BAB 18

Romance Series 12360

"Haa! Termenung apa haaaa? Ingat suami lah tu" sergah suraya yang baru tiba itu . Dania terkejut disergah begitu , lengan sahabatnya ditepuk perlahan .

"Bagi salam tak boleh ke? Kau memang tak sayang aku " jeling dania tajam . Suraya sudah terkekeh melihat wajah cemberut ituu.

"Alooo sensitifnya dia sekarang..dah ada isi ke tu" kening dinaik2 kan sambil memandang perut dania .

"Gila !!" Balas dania sambil tergelak kecil . Ya memang gila , mustahil dia mengandung . Buat hubungan suami isteri pun tidak pernah . Kadangkala dania terfikir juga , suaminya itu tidak cair ke melihat dirinya .

Jika tinggal sebilik pun suaminya itu hanya beriak biasa . Jika lelaki lain sudah lama menerkam apabila ada ikan didepan mata . "Ntah2 tengku adzmir kunyit tak?" Kutuk dania didalam hati hahaha .

"Hai dania macam mana lah.. dia nak terkam kau muka kau pun dia taknak pandang" desisnya

"Weh nia !! Orang lain pun kawin jugak takde lah angau macam kau ni duk tersengeh sorang2.. macam keluar dengan orang gila pulak aku rasa" kutuk suraya tak berlapik . Dania dah mencerlung memandang suraya .

"Kau mulut tak pernah nak letak insuran kan! Lain kali mulut tu bayar insuran bulanan biar berlapik sikit bila cakap tu " bebel dania geram .

"Wekk , kau mesti bahagia gila kan sekarang? Yela kawin dengan orang kaya hensem lagi tu wuuuuuu.. mesti apa je yang kau nak dia bagikan " si suraya ni tidak habis menyakat sedari tadi .

Dania hanya tersenyum tawar cuba menutup perit kehidupan yang dialami selepas berkahwin. Kalaulah suraya tahu perkahwinan ini umpama mimpi buruk baginya .

Kalaulah suraya tahu dirinya tak ubah seperti punching bag tempat dilempiaskan amarah suaminya itu . Dan kalaulah suraya tahu Tengku adzmir adalah manusia yang paling kejam pernah ditemuinya .

Semua itu kalaulah . Dania juga tahu aib suaminya perlu dijaga , walaupun aibnya sendiri tidak terbela.

"Happy sangat su.. kalau kau nak rasa kau kawin lah .." tipu dania . Suraya hanya ketawa mendengar .

"Tak lagi kot , muda sangat , lagipun belum jumpa calon yang sesuai lah .. selagi tak jumpa prince charming macam cik abang kau tu , selagi tu aku taknak kawin"

Suraya sudah berangan jauh . Charming ke suami aku? Dania sudah menjulingkan bola matanya keatas.

"Jangan berharap sangat su.. yang sempurna luaran belum tentu dalamannya juga sempurna"

Tuturnya perlahan sambil memandang jauh ke arah jalan raya . Kedai makan tempat mereka berjumpa ini hanya 20 meter dari jalan raya besar .

Dania yang mengajaknya bertemu disini . Pada mulanya suraya bercadang untuk makan berhampiran dengan officenya sahaja , kebetulan company suami dania dekat sahaja dengan company tempat dia bekerja .

Namun dania menolak dan mencadangkan tempat lain untuk mereka bertemu . Akhirnya suraya menurut sahaja .

"Yelah maksud aku biar dalaman luaran sempurna macam suami kau tu hehe " suraya tidak habis memuji suaminya. Dania hanya tersenyum sinis .

"Kalau macam tu jadi madu aku lah nak?" Uji dania . Suraya yang sedang minum itu sudah tersedak mendengar gurauan sahabatnya itu . Dia tersenyum nakal

"Kalau kau on , aku pun on " terkekeh dia ketawa apabila melihat wajah dania yang merah padam itu. Tahupun kau jeles !

"Over my dead body!!" Dania sudah menjengkilkan mata . Akhir mereka sama2 ketawa . Buat seketika dania dapat melupakan penderitaannya .

************************************

Tengku adzmir merasa sangat panas ketika ini . Walaupun didalam bilik berhawa dingin 16 darjah celcius itu . Entah mengapa dia merasa sangat rimas dibalik baju kameja hitam yang dipakainya .

Tengku adzmir sudah melonggarkan tali lehernya, 2 butang atas baju dicabut memberi ruang agar udara menyapa tubuh . Dia buntu saat ini bagaimana lagi cara untuk membuat dania membuka mulut .

Namun perempuan itu seakan dungu . Sanggup bertahan dengan tubuh disakiti dari bercerita perkara sebenar . Jika perempuan itu tidak mengenali arwah tengku azhar . Baginya adalah suatu perkara yang amat mustahil kerana sudah termaktub nama perempuan bernama Dhia dania didalam surat wasiat itu .

"Aku kene pikir cara lain ni" desis tengku adzmir, tiba2 timbul idea bernas di dalam fikirannya . Jika cara kasar tidak berkesan dia terpaksa guna cara halus pula untuk menjerat gadis itu untuk membuka mulut . Lelaki itu akhirnya ketawa sendirian .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience