BAB 3

Romance Series 12360

"Kau jangan buat idea gila, Ril"marah Tengku Adzmir Azim.

Zaril izwan itu betul2 gila . Idea kawannya itu betul2 tak berotak !! Boleh pulak dia cadangkan Tengku adzmir memikat perempuan simpanan ayahnya itu!!

  Ya dia masih belum pasti akan kesahihan tuduhan nya . Namun dia sangat yakin bahawa wanita itu yang mengoda papanya . Jika tidak mustahil arwah Tengku azhar akan menulis wasiat seperti itu . Dasar perempuan murahan mata duitan puih!! Bentak hatinya

"Tak boleh ke aku just jumpa perempuan tu and terangkan dekat dia ? suruh dia sign je terus wasiat tu? Asal pulak nak kena pikat betina tu?! Memang tak lah "

"Kau ingat dia senang2 ke nak sign surat wasiat tu lepas dia tau yang dia ada hak dekat harta kau tu? "

"Dah namanya manusia mestilah dah dibutakan hati bila melihat harta sebanyak tu . Aku rasa kalau perempuan tu tau confirm dia taknak sign punya"

Tengku adzmir terdiam mendengar penjelasan dari sahabatnya yang seperti ingin menambah bara di dalam hati itu .

"Belum cuba belum tahu Adz ..habistu takkan kau nak biarkan je perempuan tu dapat harta bapak kau senang2 ? Tak salahpun, kau just buat perempuan tu jatuh suka dekat kau, then kau ajak dia kawin , lepas kawin nanti confirm2 dia serah balik hak kau tu " terang zaril

Tengku adzmir termangu memikirkan kata2 sahabatnya itu. Ada betulnya jugak kata zaril , aku yang bersusah payah selama ni , betina tu sape? Tetiba nak rampas harta bapak aku. Huh kau tunggu lah perempuan aku ajar kau cukup2 . Azam Tengku Adzmir

"Aku keluar jap"balas Tengku Adzmir . Lantas menyarung kot dan berlalu keluar dari officenya.

"Ehh adz .. kau nak pergi mana tu?" Panggilan zaril dibiarkan saja . Zaril hanya mengeleng kepala melihat . Apa punya perangailah

----------------------------------------------

"Adz nak buat apa details budak perempuan tu?" Tanya Encik Arsyad . Sebentar tadi anak kepada Tengku Azhar itu menelefonnya untuk berjumpa . Jadi dia hanya menyuruh adzmir datang ke officenya sahaja.

"Hmm.. adz saje je uncle, saje nak berkenalan , yelah lepasni company papa adz milik dia jugak" sinis kedengaran suaranya

Selain peguam kepada keluarga elit ini. Encik arsyad juga sahabat baik kepada Tengku Azhar. Namun disebalik wasiat yang telah diamanahkan untuknya . Dia sendiri pun tidak tahu mengapa Tengku Azhar meletakkan wasiat sebegitu.

Dia tidak mahu bertanya lanjut kerana sangat arif dengan perangai sahabatnya yang satu itu, begitu berahsia orangnya. Jadi diturutkan saja amanat Tengku Azhar itu .

"Kalau begitu .. nanti uncle printkan maklumat dia bagi adz.."kata encik arsyad tanpa curiga.

"Terima kasih , uncle.. " Tanpa sedar Tengku Admir mengukir senyuman yang penuh bermakna.

-------------------------------------------

Hai ,salam kenal ..  soryy cerita nya agak bosan right? Novel ni my first try hehe so salah silap hope dimaafkan la yeee hehekk.. agak2 berminat tak korang nak baca novel ni? Kalau mcm takde sambutan sis stop la ye? ???? acerrrr komen sikit hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience