BAB 15

Romance Series 12360

    Untuk pertama kali dalam hidup Tengku adzmir dia telah mencemar duli dengan menyentuh air kencing setan itu . Dia sudah tidak kesah akan dosa yang akan menghancurkan hidupnya kelak .

Bagi tengku adzmir hidupnya telah lama hancur apabila dia mengahwini perempuan itu . Zaril yang baru tiba  terkejut melihat situasi dihadapan matanya  . Tengku adzmir mabuk? Bermimpikah dia? .

"Adz apa dah jadi dengan kau? Adz yang aku kenal bukan macam ni . Kau tak pernah sentuh benda2 ni ..sedar adz..  sedar!!"  Zaril cuba merampas gelas ditangan sahabatnya itu . Namun tengku adzmir menepis tangan zaril .

"Alah kau , takpayah banyak cakap jom minum aku belanja .." Tengku adzmir sudah tergayang2 tangannya mengajak zaril untuk minum bersama .

Zaril hanya mengelengkan kepalanya melihatkan lelaki yang sudah mabuk teruk itu . Dia mengambil tempat duduk disebelah Tengku adzmir sebelum memesan segelas coke . Malam ini dia tidak mahu mabuk .

"Aku kecewa ril , kenapa papa aku bagi beban ni dekat aku? Siapa perempuan tu ril? Aku ni anak dia kenapa betina tu yang dapat ?! "

"Kenapa papa buat mama aku macamtu ?! Apa lebihnya betina tu . Betina tu patut dapat balasan!! Kau nak tahu aku dah tampar betina tu !! Hahaha puas hati aku ".

  Tengku adzmir mula meracau . Terlolong tergelak sendiri sambil bercerita yang bukan2 .  Seperti kurang siuman pula lagaknya .

Zaril yang mendengar sungguh terkejut .  Sudah hilang waraskah sahabatnya itu.  Kalau ye pun benci ,perlu ke sampai naik tangan bagai?

Entah mengapa mula timbul perasaan simpati pada wanita bernama Dhia dania itu . Baru berkahwin namun sudah jadi mangsa keganasan suami . Zaril yang melihat tengku adzmir mahu memesan bir lagi  ditegahnya .

"Dah2 la tu mabuk adz , jom aku hantar kau balik "

  Zaril sudah menarik tangan tengku adzmir agar mengikutnya . Dia tidak boleh membiarkan sahabatnya memandu sendirian dalam keadaan mabuk teruk begini .

Sedangkan berjalan saja seperti orang gila terhuyung-hayang . Apalagi untuk memandu kereta . Pasti sangat membahayakan nyawa .

Sepanjang perjalanan zaril hanya mendengar sahabatnya itu meracau seperti orang gila . Sekejap  ketawa sekejap menangis . Zaril buntu melihat penekanan jiwa yang ditanggung tengku adzmir itu . Semoga ada sinar esok buat sahabatnya .....

*************************************

  Dhia dania melihat jam didinding hampir ke angka 2 pagi . Namun kelibat suaminya masih belum pulang . Walaupun hatinya masih sakit . Namun dia tidak dapat menidakkan perasaan risau tentang keberadaan suaminya sekarang  .

Dania turun ke dapur ingin menghilangkan dahaga . Ketika melintasi ruang tamu mewah itu . Dia melihat pintu dikuak dari luar .

Dania agak terkejut  apabila melihat Zaril yang terkial2 memapah suaminya itu . Dia terus meluru ke arah muka pintu  . Bau yang cukup kuat bagaikan menghentikan langkahnya . Dania sudah menekup hidungnya kerana tidak tahan akan bau itu .

" Di.. dia mabuk?" Terketar suara Dania bertanya . Airmata yang ingin menitis secara tiba2 ditahannya . Zaril hanya mengangguk mengiakan pertanyaan wanita itu .

"Hmm saya bawak dia naik atas dulu ye"ujar zaril ingin berlalu .

"Biar saya tolong .." segera tangan suaminya disentuh untuk sama2 memapah . Namun tangannya direntap kasar oleh tengku adzmir . 

"Hei betina kau jangan berani sentuh aku!! Aku jijik !!" Sungguh dania malu diherdik begitu dihadapan zaril .

Dia rasa terhina kerana maruahnya diinjak2 oleh suaminya sendiri . Zaril yang melihat hanya tersenyum hambar . Melimpah ruah perasaan simpatinya pada wanita itu

"Takpe biar saya bawak dia naik ." tanpa berlengah zaril terus berlalu dari situ . Dania hanya melihat sayu tubuh kusut suaminya itu dibawa naik .

  Dania terduduk di sofa ruang tamu melayani perasaannya yang berkecamuk tika ini . Airmata sudah lama menjadi temannya sejak menjadi isteri kepada lelaki itu .

Seringkali ditanya pada diri dimana silapnya sehingga tengku adzmir begitu membenci dirinya . Namun dia tidak dapat menemui jawapan yang pasti .

Saat ini dia begitu menyesal kerana terburu2 membuat keputusan untuk menerima lamaran lelaki itu . Dia fikir dalam masa 3 bulan mengenali tengku adzmir sudah cukup untuk bina hidup bersama .

Cinta yang diberikan lelaki itu sangat indah dirasakan pada mulanya namun ternyata dia sudah salah menafsir . Cinta lelaki itu hanya palsu semata2 . Kemunculan zaril di ruang tamu mematikan lamunannya .

"Errr jangan ambil hati apa yang adz cakap tadi , orang mabuk memang macam tu"  zaril sudah mengaru kepala . Cuba untuk menyedapkan perasaan wanita itu . Dania yang mendengar hanya tersenyum hambar .

"Terima kasih sebab hantar suami saya ." Ujarnya perlahan . Tidak mahu membahas apa2 tentang perkara ini . Bagi dania orang luar tidak perlu tahu hal didalam selimut miliknya

Zaril hanya mengangguk sebelum meminta izin untuk pulang . Pada pandangannya Dania bukanlah seorang yang teruk .

Namun itu hanya pandangan luaran sahaha . Dalaman kita tidak tahu . Akhirnya zaril hanya membiarkan sahaja . Malas mahu ikut campur biarlah tengku adzmir pula yang menyelesaikan masalahnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience