BAB 8

Romance Series 12360

Malam itu dania hanya berbaring dibiliknya sambil membaca novel. Sedang leka dia membaca , noti whatsappnya berbunyi. Dia mencapai telefon lalu melihat siapa gerangan-nya. Berkerut dahi nya apabila melihat nombor yang tidak dikenali itu .

"Assalamualaikum dhia, buat apa tu?

"Wsalam.. siapa ni?" Laju tangan dania menaip. Panggilan itu mengingatkan-dia pada arwah ayahnya. Terdengar fonnya berbunyi lagi

"Bos awak lah sayang..."

Dania yang membaca terus bangun dari baringnya. Terkejut membaca whatsapp dari bosnya itu.

"Dia nak apa whatsapp aku malam2 ni? Panggil sayang pulak tu buang tabiat ke bos aku ni"

Bebelnya sendiri .  Belum sempat dia membalas whatsapp itu telefonnya berbunyi lagi, membulat matanya apabila melihat panggilan dari lelaki yang sama. Segera dia menjawab 

"Hello encik adz.. ada apa2 yang boleh saya bantu"soalnya cliche mybe bosnya itu memerlukan bantuannya . Dania  cuba berfikir positive .

Terdengar lelaki itu ketawa dicorong telefon. Ketawa yang mampu mengetarkan hati wanita miliknya.

"Heii, ni bukan office lah .. kenapa formal sangat .. its okay, just call me adz okay?"kata tengku adzmir dengan maksud tersirat

"Tapi encik..." belum sempat dia menghabiskan ayat encik adzmir memintas

"No excuse okay .. actually i call nia ni sebab nak ajak nia teman i dinner esok . Ada hal yang i nak bincangkan .  i ada meeting and tak masuk office wholeday. Kalau nia setuju , After that i singgah ambil dekat rumah okay?"Beritahu tengku adzmir akan niatnya.

"Boleh ke kalau saya menolak?"kata nia polos.

"No you can't , esok i ambil you dekat rumah lepas habis kerja okay. See you tomorrow bye" arah tengku adzmir sebelum mematikan talian

Dhia dania mendengus . Sudah hampir 2 minggu dia bekerja dicompany lelaki itu . Semakin hari dia semakin pelik akan tingkah laku Tengku adzmir.

Hampir setiap hari bosnya itu mengajaknya lunch bersama dan hari2 juga dia terpaksa menahan telinga mendengar kata2 sinis dari wanita bernama suzy itu , belum lagi mata2 yang memandangnya dengan pandangan yang menjengkelkan. Dania  kembali menyambung pembacaannya malas mahu memikirkan perkara itu lagi.

****************************

Dania bergegas keluar dari biliknya apabila terdengar bunyi hon diluar rumahnya . Sebelum keluar sempat wan salmah memesan padanya

"Kirim salam bos nia tu ye nak, jangan balik lewat sangat . Jaga diri tu"

"Baik ibu, nia pergi dulu"katanya sebelum menyalami tangan ibunya.

Dia melihat lelaki itu sedang berdiri disebelah pintu kereta sambil membukakan pintu untuknya. Dania hanya tersenyum melihat sikap gentle lelaki itu. Didalam perjalanan masing2 hanya diam tidak bersuara .

"Cantik nia malam ni"puji tengku adzmir tiba2 sekaligus memecahkan kesunyian malam itu .

"Terima kasih , adz pun hensem malam ni"kata nia sambil tersenyum

"Aik..Malam ni je?"gurau adzmir sambil mengangkat keningnya.

"Hari2 pun hensem.."balas nia perlahan sambil mengigit bibirnya. Tengku adzmir yang melihat sudah berkocak nafsu lelakinya . Cepat2 dia mengawal perasaan jahatnya itu.

"Nasib baik , baru nak potong gaji tadi"sakatnya lagi. Dania hanya ketawa mendengar gurauan bosnya . Dua minggu mengenali rapat lelaki itu . Dia tahu Tengku adzmir kuat berjenaka orangnya

***************************

Mereka tiba direstoran mewah itu tepat jam 8.30 malam . Selesai membuat pesanan tengku adzmir memulakan bicaranya

"Minggu depan i outstation 3 hari dekat kedah ..wakil company yang i akan bawa zaril , suzy and you "Dania yang mendengarnya melopong .

"Kenapa saya encik adz?"soal dania lemah.

"Kenapa? Ada masalah ke?" Soal tengku adz serius sambil memandang wajah gadis dihadapannya itu.

"Err.. takde pape"dania sudah mengaru kepalanya . Takut untuk membantah kata2 lelaki selaku bosnya itu.

Sekalipun dia menolak pasti lelaki itu akan mengeluarkan kuasa vetonya sebagai bos. Lagi2 mendengarkan suara tegas lelaki itu yang mampu mengecutkan hati kecilnya. Gerun!!

"You dah ada yang berpunya ke?"kata lelaki itu setelah agak lama menyepi. Dania mengerutkan dahinya mendengarkan soalan itu

"Maksud adz?"tanya dania agak bingung dengan soalan yang pasti ditujukan khas buat dirinya . Yelah mereka berdua sahaja dimeja makan saat ini .

"Maksud i , you takde teman lelaki ke?"jelasnya lagi. Dhia dania yang mendengarkan itu tiba2 meletus ketawanya .  Saat melihat pandangan tajam dari tengku adzmir terus dia menutup mulutnya.

"Siapalah yang nak kan saya ni kan heheh" sengeh dania sekaligus menjawab soalan maut bosnya itu.

"Mustahil takde orang nak perempuan secantik you kan ?" Tengku adzmir cuba mengorek rahsia peribadi gadis itu.

"Setakat suka macam tu ada la kot.. kot laa" jawab dania tertawa. Dania tiba2 teringat kisah lamanya. Azman rakan sekampusnya yang pernah meluahkan isi hati padanya.

Mentah2 dia menolak sehinggakan lelaki itu malu lalu berhenti kolej serta merta. Rasa serba salah kembali menyelinap di ruangan dihatinya.

"Dania.. " panggil tengku adzmir sambil memetik2 jari dihadapan wajah gadis yang sedang mengelamun itu.

"Haa ye.." dania terkulat2 melihat bosnya .

"Makanan sampai pun you tak perasan eh? Jauh termenung ,  ingat apa?" Tanya lelaki itu sambil menyuap makanan kemulut.

"Takda apa la adz "kata dania sambil mencapai sudunya. Tengku adzmir yang memandang keletah gadis itu sudah mengerutkan dahinya.  Pelik2 sahaja tingkah lakunya

*******************************
Tengku adzmir yang tenang memandu dikerling dania sekilas . Tidak tahu mengapa hatinya berdegup kencang melihat lelaki itu ketika ini. Seperti ada perasaan halus yang sedang menjalar dihatinya.

"Boleh saya tanya something" tanya dania tiba2 . Tengku adzmir memandang gadis disebelahnya sekilas. "Tanya lah.."jawab lelaki itu sebelum kembali fokus pada pemanduan

"Company tu adz yang handle sorang2 ke?Tanya dania ingin tahu. Kalau betul . Lelaki disebelahnya ini memang hebat kerana boleh mengurus company sebesar itu.

"Sebelum ni i handle company dengan arwah papa ,  Tengku azhar .. lepas dia meninggal 4 months ago , i yang handle sendiri lah .. btw you kenal papa i?"soal tengku adzmir sengaja menyebut nama arwah papanya bagi melihat reaksi Dania. Namun gadis itu hanya mengeleng dan beriak biasa seperti tidak mengenali nama itu.

"Betul you tak kenal papa i?"soalnya lagi . Pelik.

"Ye adz .. kenapa?"

"Takda pape, cume pelik you tak kenal papa i, nama dia familiar jugak dulu pernah masuk majalah and tv ." Bohong tengku adzmir .

"Saya jarang  baca majalah lagi2 kalau majalah bisnes .  Memang saya tak akan baca lah .. tu yang tak kenal kot"

Jelas dania sambil ketawa.Tengku adzmir hanya tersenyum nipis . Namun didalam hatinya mula merasakan gadis disebelah itu sedang berpura2 tidak mengenali papanya . "Mustahil betina ni tak kenal bapak aku"bisik hatinya

    Selesai menghantar gadis itu pulang tengku adzmir memecut laju keretanya untuk bertemu  zaril di night club kl yang agak sering mereka kunjungi. Ada perkara yang perlu dibincangkan dengan lelaki itu saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience