BAB 19

Romance Series 12359

Lewat petang itu Dania sambung mengemas rumah . Alatan2 dapur yang sedia ada dalam rumah ini harus dibersihkan dahulu sebelum digunakan lagi .

Dia mencuci pinggan mangkuk yang agak berhabuk sambil bernyanyi kecil . Saat leka dengan pekerjaan itu , terasa hampir gugur jantung dania apabila ada tangan kasar memeluk
pinggangnya erat .

Dania sudah terkaku bagaikan patung cendana . Pinggan mangkuk sudah terlepas dari tangan . Makin meremang bulu roma Dania apabila ada hembusan nafas gemersik dilehernya .

Dia takut jika ada penjahat ataupun perogol mencuri masuk rumahnya tika ini . Sudahlah dia hanya sendirian dirumah . Dania beristigfar panjang didalam hati.

Perlahan2 tangannya mencelup air sabun , dan dengan sepantas kilat dia merenjis dan menenyeh2 tangannya yang dipenuhi buih ke wajah lelaki yang sedap2 memeluknya itu .

"Arghhhh.." lelaki itu sudah menjerit sambil terbongkok menahan pedih akibat ditonyoh kuat . Tidak tahan perit sabun terkena mata . Segera dia kesingki untuk mencuci matanya .

Dania yang melihat figure lelaki itu dari belakang sudah menutup mulutnya .

"Mampus aku! Adz rupanya" dania sudah mengigit jari , kedua tangannya sudah digayang2 kalut . Alamak! Alamak!

"Err nia mintak maaf bang! Nia tak sengaja , nia ingat orang jahat tadi..sorry sangat2 "gelabah dania .

Tengku adzmir menyandar tubuhnya disingki , jelas kemerahan pada mata putihnya itu . Dia memandang dania dengan tangan yang berpeluk tubuh .

Lama . Melihatkan pandangan tajam menikam itu dania terus menunduk Berdoa didalam hati agar lelaki itu tidak memarahi dirinya lagi .

Tengku adzmir perlahan mendekati dania . Dania yang melihat sudah gerun . Dia diam tidak berkutik hanya berdiri tegak saja . Makin deras degupan jantung dania apabila wajah tengku adzmir betul2 hampir dengan wajahnya

Hanya 2 inci sahaja jarak mereka . Dania terasa ingin menangis saat ini . Takut jika diapa2 kan lagi

"Abang nia janji tak buat lagi tolong jangan buat nia macam ni" dania sudah merayu kerana dapat men-agak apa yang bakal dilakukan lelaki itu . Dia sudah memejamkan mata.

Namun apa yang terjadi sebaliknya . Tangan tengku adzmir lembut menyelak rambut panjang miliknya sebelum berbisik .

"shuhhh..rileks , abang tak makan orang.. kenapa kalut sangat ni sayang?" lembut sekali bicaranya seakan dengar tidak dengar sahaja .

Dania yang mendengar kata2 itu bagaikan bermimpi . Terbuka luas matanya . Betul ke tengku adzmir dihadapannya saat ini? Wajah suaminya dipandang untuk penjelasan.

Tengku adzmir hanya tersenyum manis pada isterinya itu . Melihat tiada respon dari isterinya . Dia bersuara lagi .

" Abang mintak maaf sebab abaikan nia selama kita berkahwin ni , abang tahu abang kejam dengan nia .. abang janji abang berubah .. nia hukum lah abang apa saja , abang akan ikut asalkan nia boleh maafkan abang" Lirih tengku adzmir memujuk. Tangannya sudah mengusap pipi mulus dania .

Tanpa sedar airmata dania menitis laju . Perlahan dia mengundur diri kebelakang menjauhi suaminya itu . Tangan kasar tengku adzmir yang memegang pipinya ditepis perlahan

"Apa niat awak sebenarnya? Kenapa sikap awak terlalu mengelirukan saya? Saya tak boleh terima sikap awak ! Terlalu pelik bagi saya .. "

"Kenapa awak selalu berubah secara drastik? Haritu awak berubah jadi kejam terhadap saya , kenapa harini tiba2 jadi sebaik ni? Saya tak bodoh adz ! " bentak dania sebelum hilang dari ruangan itu .

Dania bukannya tidak bersyukur, suaminya itu telah berubah . "Kalau betul-lah" perubahan itu ikhlas dari hati suaminya dia sangat2 bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan .

Namun jauh disudut hati dania . Dia tidak dapat menerima perubahan drastik sebegini . Dia bukan bodoh !Entah mengapa dia curiga dengan sikap tengku adzmir sebentar tadi .

Dulu wajah ini dibencinya . Tubuh ini jadi mangsa kemarahannya . Namun sikap baiknya sebentar tadi bagaikan dibuat2 . Seperti ada sesuatu yang disorokkan . Dania tekad ingin cari tahu !!

Dania sudah meringkuk ditepi katil ditekup wajah dengan kedua belah kakinya . Sudah teresak2 dia menangis .

"Siapa sebenarnya dia?! Siapa sebenarnya suami aku?! Bentaknya bersama esakan yang makin meninggi . Agak parah luka dihatinya .

*************************************

Tengku adzmir mundar mandir didepan bilik isterinya . Sudah hampir 2 jam dania berkurung . Dia takut jika dania dapat menghidu rancangan barunya itu .

"Aduh perempuan ni pun ! Dah aku nak berbaik terima jelah .. ni buat keras kepala pulak ! Stress aku!! Mintak2 dia tak syak bukan2 dah la " bisiknya perlahan .

Tengku adzmir mula mengetuk pintu dania . Pertama kali dia bertandang ke bilik wanita itu . Selepas berpindah mereka memang tinggal berasingan bilik . Tengku adzmir tidak sudi tinggal bersama perempuan yang dibencinya itu.

Pintu tombol dipulasnya , apabila dirasakan tidak berkunci . Dia perlahan menyelinap masuk ke dalam bilik isterinya . " Mencemar duli "

"Oh patutlah..tidur rupanya " desisnya lalu melabuhkan punggung dikatil wanita yang tidur meringkuk itu .

Wajah itu dipandangnya . Tengku adzmir perasan mata wanita itu bengkak agak teruk mungkin akibat menangis .

Anak mata tengku adzmir yang baru ingin melilau meneroka bilik tiba2 tertancap pada sesuatu yang menaikkan nafsu lelakinya secara tiba2 .

Gaun yang dipakai dania sudah terselak hingga ke peha!! Hampir kelihatan panties nya .

"Mashaallah putih betul perempuan ni"

Peluh sudah menitik . Dia sudah high melihat dania didepan mata saat ini . Berulang kali ditelan air liurnya . Lama peha putih itu menjadi santapan matanya .

Entah apa yang merasuk tengku adzmir perlahan dia menyentuh peha gebu itu sehingga hampir ke seluar dalam yang dipakai dania .

Lupa sekejap akan kebenciannya . Yang dia ingin sekarang adalah bersama dania . Itu yang dia rasakan saat ini!!

Apabila merasakan seakan ada sesuatu yang menganggu tidurnya , segera dania membuka mata . Alangkah terkejutnya dia melihat tengku adzmir sedang duduk rapat disebelah sambil mengusap pehanya yang terdedah teruk itu .

"Awak buat apa?!"

Dania sudah mengundurkan badannya ke kepala katil . Tangannya kalut menutup kain yang terselak parah itu . Wajah tengku adzmir dipandangnya tajam .

Tengku adzmir tersedar akan perbuatan lucahnya apabila disergah begitu . Cuba mengawal riak wajah agar tidak ketahuan oleh dania .

"Err tadi abang nak kejutkan nia.. lepastu macam ada serangga dekat peha nia, tu yang abang buangkan "

Lancar tengku adzmir berbohong .
Mata dania mengecil memandang wajah lelaki itu . Belum sempat dania ingin membuka mulut , cepat2 tengku adzmir menukar topik .

"Hmm..sebenarnya abang nak mintak maaf pasal tadi . Abang mengaku apa yang Nia cakap tu betul .. abang berubah secara drastik , abang sendiri pun tak tahu apa masalah abang , nia .. "

"Abang terlalu terbeban dengan masalah . Lagi2 masalah kerja sehingga abang jadikan nia sebagai mangsa abang . Abang mintak maaf sayang , abang janji tak akan sakiti nia lagi"

Tangan dania sudah dikucupnya berkali2 . Lagaknya betul2 seperti orang yang telah menyesal . Dania yang melihat seakan terpujuk sedikit . Lembut sungguh hati seorang wanita bernama dania ini .

Dania masih diam tidak bersuara , dia ingin menguji sejauh mana penyesalan lelaki itu . Apabila masih tiada tindak balas dari isterinya . Tengku adzmir sudah mengutuk dirinya didalam hati .

Seorang Tengku Adzmir sanggup menjatuhkan ego demi seorang perempuan ?!Perempuan kampung yang dibencinya pula tu . Euww!!

"Kalau nia masih tak boleh maafkan abang , takpe abang faham.. mungkin abang memang tak layak dimaafkan . Nia hukum lah abang kalau itu yang buat nia bahagia .. abang keluar dulu , nak cari makan.. dari siang tak makan apa lagi .. isteri pun dah tak sudi nak masak untuk kita .."

Sayu bicara Tengku adzmir sebelum bangun ingin berlalu meninggalkan bilik itu . Dania spontan memegang tangan suaminya itu .

"Tak jijik dah dengan saya? Nak ke awak makan masakan dari seorang yang awak geli selama ni?" Balasnya yang masih menyandar pada kepala katil itu .

Tangan suaminya masih dipegang kemas . Tengku adzmir kembali duduk . Di bawa tubuh itu kepelukannya untuk pertama kali . Dania terpaku .

"Abang harap sangat , nia dapat lupakan semua khilaf abang sepanjang kita berkahwin ni . Kita bukak buku baru ye sayang.." diusap belakang tubuh itu perlahan. Dania hanya mengangguk2 , airmata disekanya.

" nia maafkan abang .. " sebaris senyuman sinis terbit dibibir Tengku adzmir mendengar kata2 kemaafan itu . "Yes perempuan ni terpedaya!" Bisik hatinya .

***********************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience