BAB 13

Romance Series 12360

   Dania keluar dari bilik air dengan hanya memakai baju tidur satin berwarna pink cair , kemudian dia duduk dimeja solek untuk mengeringkan rambutnya yang masih basah .


Tengku adzmir azim yang berada diatas katil dikerlingnya . "kusyuk melihat phone dari melihat aku yang seksi ini ."desis hatinya

Tengku adzmir azim berlagak biasa apabila melihat wanita itu keluar dari bilik mandi . Walaupun hampir tergoda melihat wanita itu  hanya memakai baju satin nipis .

Namun dalam hati,  dia cuba untuk mengawal nafsu lelakinya . Sungguh dia terpesona melihat paras isterinya  . Untuk pertama kalinya dia melihat wajah gadis itu tanpa tudung , sangat cantik dengan rambut panjang ikal mayang hitam berkilat .


Gerak geri dania yang sedang mengeringkan rambut menggunakan towel itu dicuri2 pandangnya . Dania menyelak rambut hingga menampakkan leher putih gebu kemerahan .

Tengku adzmir yang melihat terpukau dengan panorama indah itu , ditelan liurnya . Namun cepat2 dia melawan nafsu nakalnya . "Jangan adz ..ingat dendam kau ." Tengku adzmir berdehem sedikit bagi mengawal perasaannya .

Perbuatan dania terhenti mendengarkan itu . "Abang sakit tekak ke ? Nia ambilkan air ye " nia bergegas bangun ingin ke dapur. Tengku adzmir yang melihat sudah berkerut keningnya.

"Bila masa aku sakit tekaknya?"


Dania terkejut mendengar suaminya sudah membahasakan dirinya "aku". Dia berdiri tegak dihadapan lelaki itu . Mata mereka bertaut seketika .

"Errr abang mesti dahaga nia ambilkan air ye .." sebenarnya dia kalut apabila perasan mata lelaki itu asyik memandang wajah dan tubuhnya . Sungguh dia malu saat ini .

"Tak payah!! Kalau aku dahaga aku boleh ambil sendiri , tak perlu susahkan diri kau untuk aku ." Dingin suara tengku adzmir sebelum kembali fokus bermain phone ditangannya.

Dania agak terasa hati dengan kata2 Tengku Adzmir . Perlahan2 dia berjalan ke katil pengantin yang dihias cantik itu lalu dia duduk disebelah suaminya .

"Abang .. nia ada salah ke pada abang sebelum ni? Kenapa abang berubah ? Kalau nia ada salah nia mintak maaf sangat.. abang tegurlah nia jangan diam je macam ni.."

Dania memberanikan diri bertanya . Dia perlu tahu mengapa lelaki itu bersikap dingin dengannya . Seolah2  dia seorang pesalah .Tersentak gadis itu apabila mendengar tengku adzmir mendengus keras.

"Aku takde mood sekarang ni nak berborak apa pun dengan kau.. aku penat nak tidur !!"

Balas tengku adzmir tanpa riak . Kemudian dia baring membelakangi dania yang sudah terkaku itu. Sungguh kejam suaminya .

Harini adalah malam pertama mereka namun pada Dania , lelaki itu seolah jijik melihat wajahnya . Jauh sekali untuk menyentuhnya .

Tak lama kemudian . Dania turut berbaring dikatil itu . Dia mengiring memandang belakang tubuh suaminya .

Teringat pesan Ibunya tempoh hari , berdosa jika seorang isteri tidur membelakangi suami . Namun jika suami membelakangi isteri bagaimana pula?

Dania perlahan2 mengesotkan badannya agar rapat dengan lelaki itu . Mungkin dia perlu memujuk suaminya .

Dania memberanikan diri memeluk tubuh lelaki itu namun tindakan spontannya telah membuatkan Tengku adzmir  terkejut lalu serta merta berdiri  dengan memandangnya tajam .

"Kau nak buat apa ha?! Kau ingat aku akan tergoda dengan kau? Heii kau jangan berani sentuh aku lah ! Kau tak layak perempuan !!" Tengkingan kuat lelaki itu betul2 merentap tangkai hatinya .

Penolakkan itu membuatkan dia rasa terhina . Dia betul2 kelihatan terhegeh saat ini . Airmata tidak dapat dibendung lagi . Dania dapat melihat suaminya mengambil bantal dan berlalu ke sofa yang ada diruangan bilik itu .

"But why? Aku isterinya salah ke?" . Dia buntu dan keliru saat ini . Ya allah apa salah aku sampai suamiku sendiri jijik padaku. Semalaman Dania memikirkan kesalahan yang dia sendiri tidak jelas . Akhirnya dia tertidur bertemankan airmata dipipi .

*************************************

Seusai solat subuh dania turun ke bawah ingin menyediakan breakfest untuk suami dan ibu mertuanya . Sejak petang semalam kelibat ibu mertuanya tidak kelihatan .

Dania dapat merasakan bahawa ibu mertuanya itu tidak menyukai kehadirannya sebagai menantu dirumah itu. Ketika melangkah ke dapur dania terlihat tubuh perempuan tua sebaya ibunya .

"Assalamualaikum.." dania menyapa wanita itu . Mak munah yang sedang memotong sayur disingki itu terkejut apabila disapa secara tiba2 itu.

"Waalaikumsalam .. oh puan terkejut mak munah tadi .." dania tersenyum melihat wanita itu.

"Panggil nia je makcik.. makcik nak masak apa ni" . Balasnya lagi lalu berdiri disebelah mak munah tadi .

"Panggil mak munah je nia ..makcik nak masak nasi goreng kampung . Si Adz tu suka sangat breakfest nasi goreng ,katanya makan berat pagi2 ni bagus ."

Panjang lebar mak munah bercerita . Dia cukup tahu menu makanan kegemaran majikan yang berada dirumah ini . Kerana sudah lebih 10 tahun dia mencari makan disini . Keluarga itu sungguh berjasa padanya

"Oh kalau macam tu mari lah saya tolong mak munah .. saya pun takde apa nak buat ni"

"Eh takpelah nia biar mak munah buat sendiri .. nanti adz tahu dia marah pulak bagi nia buat kerja .."

"Takdelah mak munah , adz okay je " Dania sudah mengambil pisau ditangan mak munah lalu meneruskan perkerjaan mak munah memotong sayur itu.


Mak munah hanya membiarkan sahaja . Sebelum berlalu untuk membuat pekerjaan lain . Sedikit sebanyak hatinya mula menyenangi kehadiran gadis utu

*************************************

Selesai menolong mak munah menyiapkan breakfest , Dania mendaki tangga untuk memanggil suami dan ibu mertuanya turun makan bersama .

Pintu Tengku maria diketuknya namun tiada sahutan didengari . "Tidur lagi kot .." desisnya . Lalu dia berlalu untuk melihat suaminya pula .


Kelibat lelaki itu tidak kelihatan disofa tempat tidurnya semalam . Dania terdengar pancutan air dari kamar mandi bilik . Tahulah dia suaminya sedang mandi .

Dania terus ke almari untuk menyiapkan baju untuk suaminya . Agak kekok sebenarnya kerana dia tidak tahu apa pakaian yang disukai lelaki itu apabila hari libur .

   Dania akhirnya mencapai baju t-shirt berwarna biru pekat bersama seluar track hitam separas lutut . kemudian di letakkan diatas katil.

Tengku adzmir yang keluar dari toilet dengan hanya memakai tuala itu dipandang . Terasa panas wajahnya saat ini melihat tubuh Tengku adzmir . Tubuh tegap dan sasa lelaki itu sangat menganggu naluri wanitanya saat ini .

"Abang .. nia dah siapkan baju untuk abang pakai .."Beritahu dania . Namun lelaki itu hanya buat bodoh lalu berjalan ke almari mengeluarkan baju dan menyarungnya .

Baju yang dipilih dania dibiarkan sahaja . Dania yang melihat terluka lagi . Lelaki itu sedikitpun tidak mengendahkan kehadirannya .

" Mulai harini kau jangan sibuk pasal keperluan aku , aku tak perlu bantuan kau pun untuk semua tu . Lagipun taste kau tak sama dengan aku . And one more thing.. jangan berlagak jadi isteri mithali depan aku . Aku tak suka !"

Bidas tengku adzmir tegas . Dijeling sekilas wajah perempuan dibencinya sebelum keluar dari bilik meninggalkan dania yang mula terasa pedih di hati itu .

Dania sudah terduduk diatas katil . Airmata menitis lagi , sejak menjadi isteri kepada lelaki ini bukan lah bahagia yang didapatkan malah derita yang hadir.

Lelaki yang pernah mengungkapkan kata cinta padanya berubah sekelip mata . Lelaki yang berjanji ingin sehidup semati itu telah mengkhianati janjinya . Ya allah tertipu kah aku?

Saat ini Dhia dania terlalu merindui ibunya . Hanya ibu saja tidak pernah menyakiti perasaan-nya . Dia ingin menemui wan salmah walau apa pun yang terjadi .

*************************************

Wan salmah terkejut melihat tubuh dania dihadapannya . Yang peliknya anaknya itu datang seorang sahaja tanpa tengku adzmir . Dia menjenguk2 ke laman rumah jika ada kelibat suami anaknya itu .

"Ibu.. nia rindu "ucap dania lalu memeluk ibunya , saat ini hanya dengan memeluk ibunya sahaja dapat mengurangkan beban didada. Wan salmah membalas pelukkan itu

"Ibu pun rindu nia sayang .. mana adz?" Soal wan salmah .

"Dia ada hal ibu , nia datang sorang je ni .." tipu dania cuba beriak biasa

"Oh nia datang kemari ni adz tahu tak?"

 
" mestilah tahu ibu , nia dah mintak izin nak jumpa ibu , adz pun izinkan . Cuma dia tak dapat hantar nia sebab ada hal mustahak katanya ."

    Dania sudah serba salah . Terpaksa dia menipu kering . Sebenarnya dia langsung tidak meminta izin pada suaminya . Dia hanya curi2 keluar .

   Dia tahu berdosa namun dia terluka dengan sikap lelaki itu . Kalau lah wan salmah tahu akan kebohongannya , mati dia dimarahi wanita itu .

" baguslah macamtu , jom masuk tolong ibu masak . Boleh makan tengahari sekali nanti" ajak wan salmah .

"Rindunya dengan air tangan ibu ! tak sabar nak merasa lagi "

Dania berkata riang sambil membontoti  ibunya ke dapur . Wan salmah yang mendengar hanya tersenyum . Untuk seketika dania dapat melupakan masalah peribadinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience