"Amna!". Tubuh sahabat baiknya di peluk erat. Tangisan usah kata, kalau di tadah sudah penuh satu baldi besar.
"Eh babe! Kau kenapa ni? Okay tak?". Soal Amna cemas. Bukak aje pintu rumah, terus tubuh dia di peluk erat. Naik lemas dia di buatnya.
"Mama....tiri....aku....di...dia halau aku!". Balas Melina tergagap-gagap dek kerana tenggelam dengan suara tangisan dan sendunya.
"Eh! Asal dia halau kau? Gila ke apa? Papa kau baru aje meninggal minggu lepas!". Amna turut bengang dengan perangai mama tiri Melina. Jahat macam nenek kebayan. Setelah kematian Dato Mukhris, terus di halau Melina dari banglo dua tingkat milik papa kandung gadis itu.
"Meh masuk dulu". Amna memeluk tubuh sahabatnya dari sisi. Kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah sewa Amna.
"Duduk dulu, aku pergi buat air". Lengan Amna di pegang lembut. Kepala di gelengkan. Dia taknak menyusahkan Amna.
"Takpayah buat air bagai. Susahkan kau aje". Amna tepuk perlahan kekura tangan Melina. Macam mana dia nak bagitahu Melina yang gadis itu tidak pernah menyusahkan dia?
"Kau tak pernah menyusahkan aku pun, Mel". Melina tertunduk. Mama tirinya selalu cakap yang dia hidup menyusahkan orang.
"Kau tinggal aje dengan aku ya? Lagipun rumah aku ni takde sesiapa, kalau kau ada boleh teman aku borak". Amna tersenyum manis seraya memeluk erat tubuh sahabatnya.
"Thanks Amna! Aku tak tahu nak balas macam mana kebaikan kau". Melina membalas pelukan Amna. Kalau takde Amna dalam hidup dia, rasanya malam ni berteduh bawah jambatan jawabnya.
"Kau boleh tolong aku cari kerja? Aku taknak jadi biawak hidup dalam rumah ni". Kata-kata Melina mengundang tawa kecil dari Amna. Alahai, biawak hidup dia bagi umpama?
"Iyelah, esok ikut aku pergi tempat kerja aku. Kebetulan ada nak pakai orang". Bersinar biji mata Melina. Wah! Peluang ada depan mata takkan sesekali dia tolak!
"Baiklah! Thanks Amna!".
*******
Melina menarik nafas panjang. Dia sedang berdiri betul-betul di depan bilik bos. Tertera nama 'Tuan Raykal Adrin' di muka pintu.
"Amna! Aku takutlah". Luah Melina entah kali keberapa. Amna menggosok lembut belakang badan sahabatnya. Cuba untuk menyalurkan kekuatan mungkin.
"Janganlah takut, Tuan Raykal tak garang pun". Melina menyepetkan matanya saat memandang Amna. Betul ke tak garang? Tadi dia ada terdengar suara lelaki itu kuat menjerit memanggil nama pekerjanya.
"Dah, pergi masuk!". Amna menolah lembut tubuh kecil Melina agar menapak masuk ke dalam bilik pejabat bosnya.
"Erk, assalamualaikum". Melina memberi salam seraya menjengukkan kepalanya mengintai lelaki yang sedang membelakangi dirinya saat ini.
"Apa kelebihan kau?". Soal suara garau tersebut tanpa membalikkan tubuh sasanya.
"Kelebihan saya? Saya boleh buat semua benda. Bancuh air, masak nasi, buat dessert, kalau Tuan rasa nak makan cupcakes pun saya boleh buat". Balas Melina panjang lebar. Sebenarnya bukan jawapan itu yang dia nak bagi, tapi dah terlajak kata, terima ajelah.
"Kelebihan kau banyak cakap". Usai berkata, Raykal mula memusingkan kerusinya menghadap ke hadapan. Tajam renungannya kepada Melina.
"Erk hehe, orang banyak cakap ni selalu comel". Gumam Melina perlahan, namun bukan Raykal la kalau tak dengar. Raykal ni sejenis telinga lintah tau!
"Comel? Comel macam penguin tu ke? Yelah, dengan pakej pendek sekali". Pergh! Bengang Melina di buatnya. Merah mukanya saat ini. Bengang punya pasal!
"Okaylah, aku taknak cakap banyak. Aku terima kau kerja". Api alvokado yang hampir meletus keluar dari kepala Melina mula sejuk perlahan-lahan apabila mendengar dirinya di terima kerja. Adalah pengubat hatinya saat ini.
"Jadi PA aku".
"What?!". Terkejut bukan kepalang Melina. PA? Seriously? PA? Macam tak percaya pula dia. Selalu kalau orang macam dia elok di buat tealady aje. Tapi ni, PA?
"Erk melampaunya! Saya tak pandailah nak jadi PA Tuan". Rengek Melina tanpa sedar. Raykal menggenggam erat buku limanya. Aduh! Imannya mula tergugat. Tak! Tak boleh macam ni! Dia takkan jatuh hati dengan gadis yang baru sahaja dia temui.
"Aku boleh ajar".
"Tapi saya taknak". Bantah Melina laju.
"Nak!".
"Taknak!".
"Nak! Nak! Dan nak!". Akhirnya Melina mengalah. Malaslah dia nak bahas benda ni panjang-panjang. Dah dapat kerja kira elok la kan? Dari tak dapat langsung.
"Fine! Kalau saya tak pandai nanti jangan nak marah pulak". Melina peluk tubuh. Raykal rasa benda tu comel. Eish!
"Dah keluar, pergi buat air coffee untuk aku". Arah Raykal sedikit tegas. Melina terlongo. Cepat betul arahan dia keluar.
"Now Melina now!". Bergegas Melina menapak keluar. Ruangan pantry di tuju. Dalam hatinya saat ini tak tahu nak happy ke nak sedih. Yelah, dia dah dapat kerja. Tapi kerja dia ni macam tak ubah jaga baby. Baby besar!
"Oit! Macam mana? Dapat kerja tak?". Soal Amna tiba-tiba. Nasib tak terlepas aje cawan dari pegangan Melina.
"Kau ni, bagilah salam dulu". Amna sengih tak bersalah. Dia terlalu excited ingin mendengar berita dari Melina. Nampak gaya Melina di terima kerja. Kalau tak, takkanlah dia menapak ke pantry kan?
"Dapat alhamdulillah". Amna tepuk-tepuk tangan macam budak ribena. Tak cover langsung.
"Kerja apa? Buat air untuk bos je ke?". Soal Amna lagi. Melina gigit bibir. Patut tak dia bagitahu Amna? Risau Amna terpekik macam orang gila bila dia bagitahu nanti.
"Tuan Raykal terima aku jadi PA dia". Mata Amna membulat sebelum mulutnya di buka luas untuk menjerit. Namun, dengan pantas Melina menekup dengan kedua belah tapak tangannya.
"Kau ni! Diamlah!". Bentak Melina seraya memberi muka amaran kepada Amna agar diam. Terangguk-angguk Amna. Dia terkejut tadinya.
"Kau serious la? PA?". Melina angguk sekali. Dah agak reaksi Amna akan begini.
"Dahla, aku nak bagi air dekat Tuan. Nanti lambat kang bising pulak".
*******
"Erm....asal manis sangat coffee kau ni?". Soal Raykal. Manis tak manis, di telan jugak sampai licin.
"Maybe saya buat dengan kasih sayang". Tersedak Raykal saat mendengar balasan Melina. Ya Allah, Melina dah start nak tunjuk taring ke macam mana ni? Nakalnya!
"Ambik tong sampah! Aku nak keluarkan balik air yang aku minum tadi". Arah Raykal namun Melina tidak mengendahkannya.
"Tu muntah aje atas lantai, nanti saya boleh bersihkan". Bersahaja jawapan Melina. Raykal hampir naik hantu.
"Kau ni kan! Memang nak kena dengan aku". Raykal bangkit berdiri dan menuju ke arah Melina yang sedang berdiri tidak jauh dari dirinya.
"Argh! Tuan! Saya mintak ampun!". Melina berlari anak mengelilingi meja kerja Raykal. Raykal kejar, dia lari.
"Sini kau! Sebelum aku dapat tangkap, lagi teruk kau kena". Melina abaikan amaran Raykal. Laju kaki pendeknya berlari menuju ke arah pintu pejabat. Nak keluar!
"Melina!". Panggil Raykal menggunakan suara celah giginya. Cis, Melina terlepas.
"Siap kau Melina! Aku dapat kau memang aku gomol-gomol!".
Assalamualaikum korang! Yang mana pernah baca Tuan Raykal I luv u versi lama, korang buat² lupa k? saya ubah story line dia. Yang versi lama heroin lemah sangat, tak mau dah heroin lemah sekarang k. Maaf sebab selama ni saya hilang astu muncul balik astu hilang balik hehe. Jangan marah k, nanti tak comel. Maklumlah, saya tak tahu apa yang saya nk dalam hidup ni. So, tanpa melengahkan masa saya perkenalkan TRILU dalam versi terbaharu. support saya dengan follow, vote and comment tau! Takmaulah readers silent² ni. Enjoy, Mi Amore!
Share this novel