Kandungan Melina sudah mencecah sembilan bulan satu hari, bermakna mereka sudah mula tinggal bersama orang tua Raykal.
"Mel, kenapa berdiri kat luar ni?". Soal Puan Sri Adriana apabila melihat menantu kesayangannya berdiri tegak sambil mengusap perut boyotnya itu.
"Mel tunggu abang Raykal......". Melina menundukkan kepala memandang kakinya yang sudah membengkak. Malu pula dia dengan jawapannya sebentar tadi. Nampak sangat laparkan perhatian suaminya. Tapi tu kan suami dia, jadi takde masalah pun.
"Kejap lagi si Adrin tu balik la, kamu kena banyak rehat.....duduk dulu, kaki tu pun dah bengkak". Melina kebam bibir sesaat sebelum tubuh di putar ke arah ruang tamu. Nak duduk, dari tadi berdiri. Lenguh juga kaki dan pinggang dia.
"Assalamualaikum". Suara garau Raykal dan Tan Sri Rey menyentakkan Melina yang sedang bermain handphone. Tengah scroll tiktok je, kak.
"Abang!!". Bersusah payah Melina bangkit dan berlari anak ke arah suaminya. Raykal tergelak kecil melihat mak buyung yang ketandusan kasih sayang itu. Isterinya sekarang, manja lain macam. Haihlah, nasib dialah Melina semakin manja. Kalau awal-awal kehamilan dulu, takpelah nak manja macam mana sekalipun. Tapi sekarang, susah tau tak!
"Ya sayang ucuk acam abang.....rindu?". Soal Raykal di ikuti anggukan oleh Melina. Mulutnya juga memainkan peranan. Muncung memanjang. Cium kang!
"Abang, Mel rasa nak makan ayam golek". Dada Raykal yang berlapik kain di cuit lembut. Tersenyum Raykal melihat hal itu.
"Okaylah sayang, nanti abang minta tolong Shark belikan.....". Kepala Melina di gosok lembut sebelum ciuman hangat di lepaskan.
"Ha Adrin, meh minum dulu....". Pelawa Puan Sri Adriana. Raykal mengangguk sekali dan membawa isterinya untuk duduk bersamanya.
"Berapa lama tunggu abang?". Soal Raykal kepada isterinya. Bukannya dia tidak tahu, banyak chat dan misscall yang di terimanya apabila dia berada di office.
"Dari abang keluar sampai abang balik". Jawab Melina bersama senyum kambingnya itu. Hehe, jangan marah encik suami.
"Nakal dia ni nakal". Hidung mancung Melina di picit lembut. Tergelak kecil Melina di buatnya.
"Bila kamu mula cuti?". Soal Puan Sri Adriana. Sudah lama dia menegur anak lelakinya agar cepat-cepat mengambil cuti dan menemani isterinya di rumah. Risau kalau-kalau buatnya Melina nak beranak, tiada orang lelaki dekat rumah. Susah pula jadinya.
"Hari ni lastday Adrin masuk kerja". Bersinar bebola mata Melina mendengar jawapan dari encik suami. Yeah! Bolehlah bermanja dengan Raykal lepasni.
"Abang.....nak ayam golek". Rengek Melina bersama bibir cebiknya. Muka sudah berkerut. Kalau muka dah berkerut macam tu, jawabnya nak menangislah.
"Iya sayang, aku dah text Shark. Kejap lagi sampailah ayam golek sayang tu". Tersenyum Puan Sri Adriana dan Tan Sri Rey melihat gelagat anak menantunya. Dia tidak kisah Raykal ingin memanjakan menantunya itu, dah memang tugas bakal ayah. Tanggunglah akibatnya.
"Assalamualaikum". Kedengaran suara Shark dan Sazy memberi salam dari luar banglo.
"Waalaikumussalam, hah masuklah". Pelawa Puan Sri Adriana. Plastik sederhana besar di hulurkan kepada isteri majikannya.
"Sorry dah ganggu date kau dengan Sal". Shark herotkan bibir ke kiri. Sorry kepala dia. Dah tahu orang tengah date, cari jelah sendiri ayam golek tu. Haih! Hempuk karang.
"Takpe Tuan Raykal, bukan masalah besar pun". Sazy tukang jawab. Nak harapkan suami dia yang jawab, memang taklah.
"Ni, makanlah.....". Ayam golek yang sudah siap di hidangkan ke dalam pinggan membuatkan Melina kecur liur.
"Abang, nak......". Raykal mencapai ayam golek dan meletakkannya di dalam pinggan sederhana kecil sebelum di serahkan kepada cik isteri.
"Makanlah Shark, Sal.....date tu lain kali ya?". Pujuk Tan Sri Rey bersama tawa besar di hujung bicara.
"Baiklah Tan Sri.....". Nak taknak, di capai juga ayam yang ada di atas meja. Dia pun tengah lapar sekarang. Tak sempat pun nak sampai dekat cafe yang sudah dia tempah khas untuknya dan Sazy, Raykal terlebih dahulu menghantar pesanan ringkas agar dia mencari ayam golek di kawasan tersebut. Bukan senang tau!
"Terima kasih, Tan Sri dan Puan Sri". Ucap Sazy sebelum ayam yang di hulurkan oleh suaminya di gigit.
"Sedap tak, baby?". Sazy mengangguk bagi menjawab soalan suaminya. Dalam masa yang sama, malu juga dia apabila Shark membahaskan dirinya dengan panggilan 'baby'. Dah cakap, jangan panggil macam tu depan orang. Tapi suaminya degil nak mati!
"Ingat kau paling sweet?". Soal Raykal apabila Shark seakan mengejeknya. Haih, itulah rutin harian mereka. Tak sah kalau dalam sehari tak gaduh.
"Haah, aku suami paling sweet dalam dunia ni". Jawab Shark bersahaja. Ayam di suap kembali kepada isterinya.
"Eleh, setakat suap ayam aje pun....aku boleh jugaklah". Tergeleng kepala Melina dan Sazy melihat pergaduhan kecil suami mereka. Yang sorang dah nak jadi bapak, yang sorang lagi dah jadi suami orang, tetap juga tak buang perangai nakal diorang.
"Yang nama Raykal Adrin, sila diam". Menggelegak Raykal. Kurang ajar dho mamat ikan ni.
"Yang spesies ikan jerung, diam". Eylah, nasib anak majikannya. Kalau tak, dah lama ayam dekat tangan dia ni melayang.
"Urgh......". Dengusan dari Melina menghentikan pergaduhan kecil tersebut.
"Sayang.....kenapa?". Soal Raykal cemas apabila melihat wajah isterinya yang seakan sedang menahan sakit.
"Tuan.....aku rasa bini kau dah nak meneran". Kata Shark sebelum......
PAK!!
"Aduh baby! Asal pukul kepala aku? Nak aku amnesia ke?". Soal Shark seraya mencerlung tajam isterinya.
"Cer sebut perkataan elok sikit, Puan Melina dah nak bersalin....bukan nak meneran....meneran nanti dekat dalam....". Tak sempat nak habiskan ayat, jeritan Melina memeranjatkan semua yang ada.
"Sakit......ab....abang.....". Tak tunggu lama, tubuh berisi Melina di bawa ke dalam dukungan sebelum mencapai kunci kereta.
"Mama tolong ambilkan beg baju dalam bilik Adrin.....kita jumpa dekat hospital! Shark, Sal....ikut aku!". Semua mengambil tugas mereka masing-masing.
******************
"Sikit lagi sayang, abang tahu sayang boleh buat". Dahi Melina di kucup hangat. Bukan sekali, bahkan berkali-kali kucupan di lepaskan.
"Ss.....sakit!!! Arghhhh!!!". Lengan sasa suaminya di cengkam kuat sehingga hampir sahaja keluar darah. Raykal tak kisah semua itu, yang penting isterinya selamat dan anak mereka lahir dengan normal dan sihat.
Tak lama selepas itu, kedengaran tangisan bayi yang kuat di dalam wad bersalin tersebut. Melina tersenyum nipis bersama air mata bahagia menemaninya. Tak sangka, hidupnya akan sebahagia ini. Dengan lahirnya anak dia dan Raykal. Bahagia mana lagi yang inginkan?
"It's a boy". Kata doktor Seri sebelum di serahkan kepada nurse yang bertugas untuk membersihkan bayi yang masih di cemari oleh darah.
"Hero pertama kita sayang.....terima kasih.....terima kasih untuk segalanya....". Untuk kesekian kalinya, dahi Melina di kucup hangat.
"Kita dah jadi mummy and daddy?". Soal Melina seakan tidak percaya. Dia dah selamat lahirkan bayi lelaki?
"Ya sayang......".
************************
Melina sudah di pindahkan ke wad biasa. Yang pasti wad vip ya guys! Haha, select aaa kita.
"Alhamdulillah, cucu pertama tokpapa dengan tokmama". Pipi kemerahan cucu pertama mereka di cuit lembut.
"Apa nama anak kau, Tuan?". Soal Shark. Dia dan Sazy juga teruja melihat bayi bos mereka yang super comel itu.
"Rais Adrian". Jawab Raykal seraya mengusap pipi isterinya. Itulah nama yang mereka bincangkan empat bulan yang lalu. Sampaikan ada selipar terbang di sebabkan Raykal bertegas ingin menamakan anak mereka dengan nama Kriss.
"Saya nak pegang boleh?". Soal Sazy serba salah. Yelah, Tan Sri Rey dan Puan Sri Adriana sedang galak bermain dengan si kecil, tak sampai hati dia nak kacau.
"Boleh Sal sayang, sini......". Rais di serahkan kepada Sazy. Tersenyum Sazy apabila melihat wajah tenang si kecil.
"Hy baby boy.....". Rais di dalam dukungan Sazy mula bergerak sedikit sebelum kembali tidur dengan lena.
"Nampaknya Rais suka mama Sazy dukung". Kata Melina membuatkan Sazy mengangkat muka memandangnya. Terkejut dengan gelaran yang Melina berikan kepadanya. Mama?
"Mel tahu, Sal teringin nak ada baby kan? Tapi belum masanya, jadi.....tak salah Rais ada dua mama dan dua papa". Berkaca mata Sazy mendengar ucapan Melina. Kenapa baik sangat ni? Huwa, dia nak nangis.
"Manjalah mama Sazy ni kan, Rais?". Terus menangis Rais di dalam dukungan Sazy apabila mendengar suara Shark.
"Ya Allah, nampak sangat anak aku tak suka kau". Galak Raykal mentertawakan Shark. Tadi elok je Rais tidur, bila Shark buka mulut, terus melalak.
hy korang! apa khabar? saya harap awak semua sihat. Maaf saya ambil masa yang lama untuk update, ni pun curi masa. Alang-alang cuti seminggu kan? haha nasiblah cikgu takde buat kelas tambahan lagi. btw enjoy guys! maaf, majlis kahwin Shark dengan Sal saya tak hebohkan hahahahahaha
Share this novel