BAB9

Romance Completed 31632

5BULAN KEMUDIAN~

"Abang!". Tersentak Raykal apabila pintu pejabatnya di rempuh seseorang. Tak lain tak bukan ialah isteri penguinnya.

"Buat apa dekat sini?". Soal Raykal seraya mengamit agar isterinya mendekat dan melabuhkan duduk di ribanya.

"Dah lunch hour....jom pergi makan!". Leher Raykal di peluk. Hampir sahaja bibir mereka bertemu, namun pantas Melina mengalihkan wajahnya ke kanan. Bibir Raykal sekadar menyapa pipi Melina.

"No food, no kiss for you!". Ujar Melina seraya bangkit dari riba suaminya. Entahlah, encik suami ni makin lama makin gatal.

"Okay then....lepas makan, kita exercise". Melina menggelengkan kepalanya apabila mendengar balasan dari Raykal. Bukannya dia tidak faham.

"Come, nak makan dekat mana?". Soal Raykal. Melina seakan berfikir sejenak. Mulutnya terasa seperti inginkan tomyam, tapi dalam masa yang sama dia juga teringin nak makan......

"Abang.....sayang rasa nak makan unta bakar...". Perlahan sahaja intonasi Melina. Namun, jelas menyapa pendengaran Raykal. Un.....ta?

"U....unta bakar, sayang?". Soal Raykal inginkan kepastian. Saat melihat anggukkan dari Melina, terus cuak. Mana dia nak cekau unta ni? Sini bukan Negara Arab, senang-senang nak dapat unta.

"Bolehlah abang.....". Leret suara Melina merayu. Raykal mengeluarkan handphonenya dan mendail nombor seseorang. Ingin bertanyakan lokasi kedai makan yang menjual unta bakar di kl.

"Okay bro, thanks". Usai mematikan panggilan, Raykal menunduk pandang Melina yang sudah menayang raut wajah sedih.

"Kita pergi makan unta bakar okay? Dah, jangan sedih-sedih lagi". Bersinar bebola mata Melina apabila mendengar pujukkan suaminya. Yes! Unta bakar!

"Terima kasih abang! Saaaaayyanggggg abang!". Kaki di injit agar bibirnya dapat mengucup pipi cengkung Raykal. Encik suami apa lagi, menjerit suka la bila dapat ciuman dari cik isteri.

"Sal, tolong batalkan meeting lepas lunch hour nanti". Sazy Elias menunduk hormat. Arahan dari majikannya segera dia tunaikan.

"Bye Sal! Hati-hati, nanti ada yang mengorat". Pesan Melina seraya tersengih persis kerang busuk apabila dahinya mendapat jentikan halus dari encik suami.

"Mengorat? Siapa nak mengorat aku?". Soal Sazy separa berbisik. Kelibat bos dan isterinya sudah hilang dari pandangan. Sazy kembali melabuhkan duduk. Kerjanya yang tergendala sebentar tadi, di teruskan.

"Ehem". Deheman seseorang menyentakkan Sazy. Angkat muka, terus mata bertaut dengan si teruna.

"Nak apa?". Soal Sazy malas. Shark sekadar menayang muka coolnya. Risau kena reject macam minggu lepas. Tak sempat nak ajak makan, si dara sudah mengutarakan bahawa dia sedang diet.

"Jom, date berdua". Sazy menggeleng lemah. Ya Allah si ikan ni, memang suka menganggu.

"Encik Shark, saya tengah sibuk.....mata tu, tolong pakai". Shark senyum mengejek. Waktu lunch pun sibuk minah ni. Ada yang kena cium kang! Eh! Astaga!

"Sekarang waktu lunch, mehla.....". Shark masih tidak berputus asa. Orang handsome kena sabar.

"Oi bapak ikan! Jangan nak menggatal dekat sini!". Celah satu suara yang tidak asing pada pendengaran Shark. Terus mati senyuman di ulas bibirnya.

"Blah la kau tempurung! Sibuk je". Amna di sebelahnya di jeling tajam. Waktu orang nak mengorat Sazy la dia nak muncul. Ermph!

"Kau jangan nak kutuk rambut cantik aku!". Balas Amna garang. Sensitif betul kalau bab rambut ni. Rambut dia cantik kut! Sesuai la rambut macam tu dengan dia.

"Dah dah, jangan nak gaduh dekat sini. Nanti saya report dekat Tan Sri". Ugutan Sazy berjaya mematikan pergaduhan antara Amna dan Shark.

"Shuh shuh! Semak!". Halau Amna tanpa rasa bersalah. Shark menjeling seraya menjentik sedikit kuat dahi Amna sebelum kakinya laju melarikan diri.

"Kurang ajar kau, Shark!".

***********

"Sedap?". Soal Raykal. Senyuman manis terukir di ulas bibirnya apabila melihat isterinya dengan berselera menjamah unta bakar yang di pesannya tadi.

"Comel la baby penguin aku ni". Pipi Melina yang sedikit berisi itu di cubit geram. Sejak kahwin ni, dia tengok isterinya makin tembam. Dia malas nak bahaskan hal itu, risau Melina berkecil hati. Takpelah, orang perempuan kalau berisi selepas kahwin, maknanya dia bahagia.

"Abang nak?". Soalan dari Melina di ikuti gelengan oleh Raykal. Sebenarnya, dia tidak berapa suka dengan daging unta. Entahlah, tak pernah rasa. Baginya, rasa daging tersebut sangatlah tidak enak pada lidahnya.

"Lepasni, boleh tak Melina nak makan cupcake coklat?". Melina menyoal dengan pipinya yang kembung akibat makanan yang masih belum di telan. Tergelak kecil Raykal melihatnya. Dengan mata yang membulat besar memandangnya lagi.

"Boleh sayang. Nak beli mall pun aku sanggup". Melina menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan. Tanda dirinya benar-benar gembira.

"Tapi balik nanti, aku nak upah". Melina sekadar menayang simbil 'ok'. Tak Salah pun Raykal nak menggatal dengan dia, sebab dia pun sekarang makin gatal juga.

"Makan pun comot". Bawah garisan bibir Melina di sapu dengan menggunakan ibu jarinya sebelum sisa sos tersebut di masukkan ke dalam mulut. Merah muka Melina saat ini. Kalau berdua, takdelah malu sangat. Ni ramai kut!

"Dah habis!". Pinggan kosong di tolak ke tengah meja. Jus di capai dan di sedut beberapa tegukkan. Hah! Kenyang!

"Nak order lagi?". Melina menggeleng. Taknak! Dah kenyang!

"Orite, kalau macam tu.....boleh la ya balik sekarang". Kata Raykal bersama senyuman penuh makna. Yang paling penting, gatal!

"Abang ni....grrr....". Eleh Melina! Kau pun sama gatal juga dengan si Raykal. Secocok la korang berdua.

***********

"Sazy! Balik naik apa?". Soal Shark apabila membuka tingkap kereta yang di pandunya. Kebetulan Tan Sri Rey balik awal, jadi si Shark patah balik ke pejabat demi mendapatkan si dara.

"Bas". Jawab Sazy seraya menilik jam di pergelangan tangannya. Sejujurnya, dia malas nak melayan lelaki gatal seperti Shark. Dia rimas asyik kena ganggu aje. Dari sebulan yang lalu dia masuk kerja di bawah Raykal, selalu sangat si mamat cina muallaf ni datang kacau.

"Tak elok anak dara naik bas lewat petang macam ni, jomlah saya hantarkan". Tawar Shark seraya membuka pintu di bahagian penumpang. Masih menanti si dara masuk. Sazy langsung tidak perasan, waktu bila Shark keluar dari kereta dan berdiri di sebelah pintu penumpang yang sudah terbuka.

"Takpe encik Shark, saya dah biasa naik bas lewat petang macam ni". Sazy menolak secara halus ajakkan dari pemandu peribadi Tan Sri Rey.

"Masuklah cik Sazy oi. Jangan nak segan sangat dengan saya. Bakal suami awak jugak nanti". Sazy menayang muka geli dalam diam. Kenapalah hidupnya harus berjumpa dengan mamat ni. Suka sangat merepek hal yang bukan-bukan.

"Takpe enc.....".

Tak sempat Sazy nak berbicara lebih lanjut, ugutan dari Shark membuatkan dirinya terdiam seribu bahasa.

"Masuk atau saya cium". Terkejut Sazy dek tindakan tidak terduga dari Shark. Badan Sazy separa rapat dengan badan sasa Shark. Wajah Shark semakin menunduk, memandangkan Sazy pendek orangnya.

"Er...encik! Ya ya, saya balik dengan encik!". Bahu sasa Shark di tolak kasar. Seram! Lagi seram kalau ada staf-staf pejabat yang lalu lalang di kawasan tersebut. Boleh timbul fitnah pula.

"Silakan....". Sazy malas melayan, terus membolos masuk ke dalam kereta. Shark sudah tersenyum kemenangan.

Dari kejauhan, ada yang memerhati tanpa mereka berdua sedar. Si dia sekadar mengukir senyuman pahit. Tiada langsung manisnya.

"Aku kalah dengan perempuan yang kau suka". Luahnya bersama air mata yang mula membasahi pipinya.

maaf lambat update....btw, korang nak tak kisah Shark? IG : sara_dontknow

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience