Melina tertunduk merenung lantai pejabat di dalam bilik bosnya. Kini dia sedang berhadapan dengan amarah Tuan Raykal. Inilah padahnya kalau buat kerja sambil berangan.
"Aku pesan banyak kali kan jangan bulatkan yang ni! Asal bulatkan jugak?!". Raykal merenung tajam Melina yang sedang memandang ke bawah. Apa lantai tu lagi handsome dari dia ke?
"Bila aku bercakap, pandang muka aku!". Pantas Melina angkat muka mendongak memandang ke hadapannya. Dapat dia lihat muka merah bosnya saat ini. Marah sangat nampak gayanya. Tapi file tu bukannya mengandungi projek besar pun. Alah!
"Cakap sikit nangis, manja!". Cemuh Raykal seraya mengepal kuat buku limanya. Lemah la dia kalau Melina dah start cebik bibir macam tu.
"Huwaaaa Tuan jahat! Saya dah cakapkan yang saya tak pandai, tapi Tuan paksa jugak! Lepastu Tuan marah saya!". Rengek Melina seraya menghamburkan tangisan dengan begitu kencang. Nasib pejabat Raykal kalis bunyi. Takdelah pekerja lain dengar Melina menangis. Kang apa pula orang fikir.
"Diam! Berhenti menangis tu". Suara Raykal sudah bertukar perlahan. Tidak sekuat tadi. Sebenarnya dia bukan nak marah pasal file tu pun, cuma dia rasa nak marah bila ingatkan balik percakapan antara Melina dan Shark. Pemandu peribadi papanya.
"Tuan marah saya lagi!". Tangisan Melina masih belum surut-surut. Makin kuat adalah. Sampai pening Raykal di buatnya.
"Aku minta maaf. Sini!". Raykal mengamit Melina agar mendekatinya. Melina menggeleng laju seraya menggosok matanya berkali-kali.
"Haih, kenapa kuat sangat menangis". Tubuh kecil Melina di dakap erat. Entahlah, tiba-tiba tubuh badannya bertindak sedemikian.
"Ey apa ni peluk-peluk orang! Dahlah tadi marah orang!". Bentak Melina seraya ingin melepaskan diri dari pelukan bosnya.
"Ish! Diam, kang aku buat kau menangis lagi nak?". Ugut Raykal mengundang cubitan kecil dari Melina di perutnya.
"Auch! Asal cubit aku ni?". Soal Raykal seraya menggosok tempat yang menjadi mangsa Melina sebentar tadi. Sakit jugak ya?
"Padan muka! Gatal lagi peluk orang! Ingat saya ni isteri Tuan Raykal ke?". Usai berkata, terus Melina angkat kaki berlalu meninggalkan Raykal yang meringis kesakitan.
"Tunggu kau! Ish".
*******
"Melina, jumpa aku sekarang!". Arah Raykal tegas tanpa secalit pun senyum yang mekar di ulas bibirnya. Yelah, muka selalu ketat. Susah nak senyum, apa bila dia senyum boleh keluar emas dari ulas bibir dia ke ha?
"Ish! Kejap-kejap jumpa! Tak habis lagi ke nak marah aku pasal pagi tadi?". Soal Melina seraya bangkit berdiri. Semua mata staf yang ada sudah memandangnya aneh. Yelah, dari pagi tadi lagi tak habis-habis Tuan Raykal memanggil Melina untuk berjumpa dengan bos mereka. Tapi no wonder la, Melina kan PA Tuan Raykal.
"Kenapa Tuan nak jumpa saya?". Soal Melina tanpa memandang muka handsome Raykal.
"Kau dah tiga bulan kerja kat sini kan?". Soalan Raykal membuatkan Melina tidak senang duduk. Kenapa Raykal Tanya macam tu? Ke Raykal nak pecat dia? Oh man! Janganlah!
"Ke....kenapa Tuan tanya?". Soalan berbalas soalan. Raykal tersenyum sinis. Hehe, masa untuk kenakan Melina.
"Aku rasa nak ambil PA baru yang lebih seksi". Membulat mata Melina. Nak ambil PA baru yang lebih seksi? Bermakna Melina tak seksi la ni? Eh, bukan! Bermakna Melina akan di pecat?
"Habis, Tuan Raykal nak pecat saya ke?". Soal Melina di ikuti anggukkan oleh Raykal. Hati Melina mula menggelegak.
"Oo, Tuan Raykal nak pecat saya sebab Tuan Raykal malas nak bayar gaji saya kan?". Tawa kecil terbit dari ulas bibir Raykal. Kenapa Melina fikir pasal tu? Nampak tak kisah kalau dirinya di pecat tapi kisah dengan gajinya, risau kalau-kalau orang tak bagi.
"Setakat gaji kau aku boleh bayarlah. Aku cuma nak PA aku tu seksi. Bukan macam kau, dahlah pendek". Pergh! Perihal seksi, memanglah dia tak seksi. Dia tak kisah sangat pasal seksi tu, tapi bila perihal ketinggian dia di buat main memang taklah dia nak duk diam!
"Tuan ni melampau! Pergilah cari PA yang seksi dan tinggi sana! Saya quit!". Erk! Raykal mula cuak apabila melihat Melina mula memasang langkah ingin beredar.
"Erk Mel! Tunggu!". Lengan Melina di selar lembut. Haih, nasib tak terlepas kali ni. Melampau sangat ke prank dia? Dia cuma nak kenakan Melina sahaja.
"Apa lagi? Lepaslah, saya nak berhenti kerja!". Raykal bertindak dengan memeluk erat tubuh kecil Melina. Melina meronta sebelum perlahan-lahan rontaan dia melemah.
"Tu...Tuan!". Berkerut dahi Melina apabila dia merasakan belakang bahunya basah. Erk, air liur Raykal ke?
"Melina! Janganlah berhenti!". Bahu Raykal sudah terinjut-injut. Erk. Melina mati kata.
"Tu....Tuan menangis ke?". Alamak! Takkanlah bosnya menangis di sebabkan dia nak berhenti kerja?
"Tuan Raykal". Panggil Melina seraya menepuk berkali-kali belakang badan lelaki itu. Macam mana ni nak pujuk baby besar?
"Dahlah nangis! Pagi tadi bukan main cakap saya ni manja!". Gumam Melina perlahan.
"Yelah yelah, saya tak berhenti". Pelukan di lepaskan. Muka Raykal merah! Bukan malu, tapi baru lepas nangis.
"Aku janji takkan buat camtu dah". Tangan kanan di angkat, seolah sedang berikrar. Terjuih bibir Melina. Huh!
"Eleh! Tadi kata nak cari PA seksi". Melina bangkitkan hal sebelum Raykal menangis.
"Dahlah menangis! Tak malu!".
"Mel.....". Seru Raykal panjang. Melina mengalah! Dahla, taknak usik bosnya dah.
"Jom teman aku makan?". Pergelangan tangan Melina di tarik menuju ke sofa berangkai tiga yang ada di dalam pejabatnya.
"Nak! Makan apa?". Soal Melina laju. Haih, bab makan menang laju.
"Tadi aku ada beli nasi ayam dekat cafe bawah". Melina memerhati Raykal membuka pelitup polistrin. Satu bungkus je ke?
"Saya punya?".
"Kongsi". Jawab Raykal selamba. Suapan pertama sudah selamat masuk ke dalam mulutnya. Suapan kedua di hulurkan ke arah mulut Melina.
"Aku suap, aaaaa". Lambat-lambat Melina buka mulut. Fulamak! Ini kali pertama Melina berkongsi begini. Dahlah dari sudu yang sama!
"Erm, sedapnya! Kenapa saya makan nasi ayam kat bawah hari tu tak sesedap ni?". Soal Melina seraya menggosok lembut dagunya. Seolah sedang berfikir.
"Aaaaaa". Melina tertawa kecil melihat bosnya tak ubah seperti sedang menyuap nasi kepada baby kecil. Hehe.
"Nak ayam tu lebih sikit, Tuan bagi sikit sangat!". Mengada betul Melina ni ya?
"Ehem! Ada drama suap menyuap kat sini rupanya". Celah satu suara membuatkan Raykal dan Melina pantas menoleh.
"Noah. Kau buat apa dekat sini?". Soal Raykal tanpa memandang wajah sepupunya itu. Huh! Tak hingin la dia nak tengok.
"Tuan, saya keluar dulu". Melina meminta izin untuk berlalu.
"Hati-hati". Berkerut dahi Melina. Hati-hati apanya? Bukannya dia nak pergi berperang. Nak kembali ke meja kerjanya sahaja.
"Hy gergous!". Tegur Noah apabila Melina melewatinya. Raykal kepal penumbuk. Bekas nasi di letakkan perlahan di atas meja.
"Kau takpayah nak kacau dia". Raykal memberikan amaran awal apabila melihat kelibat Melina mula lesap. Kenapalah sepupunya itu pulang ke Malaysia? Sebal!
"Dia cantik, apa salahnya aku puji".
"Dia hak aku! Milik aku!". Agresif nada Raykal saat ini.
"Well abang sepupu, kau lupa? Dekat kolej dulu, semua perempuan aku dapat. Setakat nak mengorat si gergous tadi bukanlah masalah besar. Aku yakin, dia pun akan jatuh cinta dengan aku". Bongkak nada Noah saat ini. Dari gayanya memang yakin benor.
"Jangan harap aku akan biarkan!". Suara Raykal mula meninggi.
"Bye abang sepupu". Noah melambai seraya mengenyit sebelah matanya kepada Raykal sebelum berlalu pergi. Makin sakit hati Raykal apabila melihat Noah memberi simbol love kepada Melina.
"Tak guna kau Noah!".
sorry eh! saya lupa nak update semalam, banyak kerja sangat hehe. sorry again kalau ada typo atau kesalahan lain²....enjoy!
Share this novel