"Raykal Adrin!!". Kuat suara Puan Sri Adriana menyebut nama anak lelakinya. Mahu terperanjat si Raykal apabila masuk sahaja ke dalam banglo milik orang tuanya, terus di jerkah. Dahla nama panjang dia di sebut.
"Apa yang Adrin dah buat dekat Mel sampai teruk dia menangis?". Soal Puan Sri Adriana garang. Wajahnya usah cakap. Garang giler, tambah pula dengan merah menyala.
"Ma....mana ada, mama....salah faham aje". Jawab Raykal seraya menundukkan kepala merenung kakinya yang berlapik stokin hitam.
"Salah faham apa sampai menangis teruk? Mel cakap yang syarikat kamu ada jalinkan kerjasama dengan syarikat Sri Meyna....betul ke?". Tersentak Raykal mendengar soalan dari mamanya. Sudahlah sebelum ini Puan Sri Adriana ada memberi amaran bahawa jangan sesekali menerima kerjasama antara syarikat Sri Meyna.
"Be....betul mama....tapi Adrin dah batalkan kerjasama antara.....". Terhenti bicara Raykal saat Puan Sri Adriana mengangkat tangan kanannya. Bermakna wanita separuh abad itu menyuruh anaknya berhenti dari terus berbicara.
"Papa ke yang setuju untuk kerjasama tu?". Lagi soalan yang keluar dari ulas bibir milik Puan Sri Adriana membuatkan Raykal terdiam seribu bahasa. Apa dia nak jawab ni? Aduhai! Tak sempat Raykal nak buka mulut menjawab, suara garau Tan Sri Rey terlebih dahulu kedengaran.
"Assalamualaikum sayang....eh Adrin, kenapa datang ni? Mana Mel?". Berkerut kening Tan Sri Rey apabila melihat wajah isteri dan anaknya bersilih ganti. Sorang dengan wajah garang, sorang lagi wajah pucat nak mati. Apa dah jadi?
"Saya nak tanya abang....abang ke yang setuju untuk jalinkan kerjasama antara syarikat abang dengan syarikat Sri Meyna?". Dup! Terasa terhenti nafas Tan Sri Rey saat ini. Macam mana pula isterinya tahu perihal ini? Naik pandang wajah pucat anaknya, tak! Tak mungkin anaknya yang bocorkan. Mereka sudah sepakat bersama bahawa mereka akan rahsiakan hal ini dari pengetahuan Puan Sri Adriana.
"Sa....sayang....syarikat Sri Meyna tu kan syarikat si Husman jugak.....tak manislah kalau saya reject kerjasama syarikat ka....kawan baik saya tu....". Tergagap-gagap Tan Sri Rey menjawab. Yelah, salah jawab mahu kena terajang. Bukannya dia ni mudah lupa. Masih ingat lagi sejarah yang berlaku 20 tahun dahulu.
"Nak sangat jaga hati kawan baik awak tu ye? Ha! Pergilah!". Usai berkata, terus Puan Sri Adriana angkat kaki berlalu ke tingkat atas. Tercengeng Raykal dan papanya. Aish! Macam-macamlah orang perempuan ni.
"Stay strong papa...". Bahu Tan Sri Rey di tepuk perlahan sebelum dia juga angkat kaki ke tingkat atas di mana bilik lamanya yang sedang di huni oleh mak buyung yang merajuk semestinya.
"Haih! Salah aku la ni?". Gumam Tan Sri Rey. Tangan naik memicit pelipis. Pening! Lepas sahaja Raykal putuskan hubungan kerjasama antara syarikat mereka, terus si Husman datang menyerang dan ingin membuat report perihal ini. Nasiblah boleh di urus dengan baik oleh dia. Kalau tak, ke sudahlah si Husman bodohkan dia dengan ugutan palsu tu.
**********
"Sayang abang......". Leret suara Raykal memanggil isterinya. Pintu bilik di tutup rapat sebelum di kunci dari dalam. Badan chubby isterinya yang sedang berbaring mengiring ke arah bertentangan dengannya di pandang sayu. Teruk sangat ke isterinya menangis?
"Sayang dah tidur ke?". Soal Raykal seraya memeluk erat tubuh Melina dari arah belakang. Raykal tahu, Melina belum tidur. Kalau dah tidur, takdelah sampai bunyi lagi tangisan dia tu.
"Lepaslah!". Bentak Melina seraya mencubit kuat lengan sasa yang sesuka hati memeluk dirinya. Ermph! Jangan nak peluk oyang! Oyang merajuk!
"Auch sayang.....sakitlah....". Adu Raykal. Pelukan di lepaskan. Sakit siut lengan dia. Sejak bila cubitan isterinya berbisa?
"Maran abang lagi?". Soal Raykal. Kali ini, tubuh Melina di pusing menghadap dia. Melina menundukkan mukanya. Taknak pandang muka handsome suaminya.
"Tengoklah abang ni sayang......". Dagu Melina di angkat sebelum kucupan hngat di lepaskan di bibir merah jambu milik isterinya.
"Taknaklah!". Melina mengelap air liur Raykal yang melekat di bibirnya. Sakit pula hati Raykal melihatnya. Wajah cemberut di tayang di hadapan isterinya.
"Sampai hati sayang....dah tak suka air liur abang ke?". Soal Raykal buat-buat sedih. Sampaikan Melina tak sampai hati nak merajuk lama-lama. Sejak dua menjak ni, pantang kalau Raykal terasa hati. Pasti dia rasa serba salah sampai nak nangis. Balik tadi pun dia menangis teruk sebab tidak sengaja menengking encik suami di lobby syarikat Tan Sri Rey.
"Ab....abang tak datang pujuk pun petang tadi...ma...malam baru nak.....datang....". Gumam Melina dalam tangisnya. Tersenyum kecil Raykal mendengarnya. Betul la tekaan dia, isterinya ini tak boleh tengok dia sedih sikit, terus rasa serba salah.
"Abang tak sayang Mel ke?". Bulat mata itu memandang Raykal. Alahai, kenapa comel sangat ni?
"Bukan tak sayang....tapi abang balik rumah kita dulu sebab sayang sendiri suruh balik samak lengan abang yang Sri Meyna pegang kan?". Raykal kembali mengingatkan isterinya. Memang betul sebelum dia datang ke sini, dia pulang mandi terlebih dahulu. Mahu habis satu botol sabun tu dia sabun lengan yang orang tua tu pegang.
"Betul ke?". Soal Melina inginkan kepastian. Raykal menganggukkan kepalanya sebelum ciuman hangat di lepaskan kembali di bibir isterinya.
"Good girl.....". Tersengih Raykal melihat isterinya tidak lagi mengelap air liur yang melekat di bibir merah jambu itu.
"Janji jangan bagi orang tua tu peluk abang lagi tau!". Melina memberi amaran. Dan semestinya Raykal akan menurut tanpa sebarang batasan.
"Promise sayang....abangkan love sayang je". Gedik Raykal apabila Melina mula memeluk dirinya. Nasiblah Melina jenis mudah makan pujuk. Kalau tak, habislah dia. Mesti kena tidur luar macam papanya. Sebut pasal papa, apa jadi dengan Tan Sri Rey eh?
***********
"Yang.....bukaklah pintu ni sayang....". Berkali-kali Tan Sri Rey cuba mengetuk pintu bilik mereka agar isterinya membuka dengan segera. Sudah sejam dia di sidai di luar bilik.
"Pergilah bincang pasal kerja dengan perempuan bimbo tu!". Kedengaran suara Puan Sri Adriana menjawab dari dalam bilik. Sakit hati betul dia dengan suaminya itu. Sampai hati rahsiakan hal ini darinya.
"Sayang....abang minta maaf okay? Janganlah macam ni....bukaklah pintu ni sayang.....". Tan Sri Rey mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Buntu nak pujuk isterinya macam mana. Aduhai!
KLATAK
Kunci kedengaran terbuka dari dalam, namun tiada tanda-tanda pintu akan di buka. Tak tunggu lama, Tan Sri Rey terus memulas tombol pintu. Memang tak berkunci. Yes!
"Yang.....". Seru Tan Sri Rey panjang. Di larikan pandangan ke segenap arah. Bayang isterinya tiada. Ke mana pula?
"Sayang.....". Panggil Tan Sri Rey risau. Tadi elok je isterinya bukakan kunci pintu bilik.
"Abang tidur luar!". Isterinya keluar dari bilik persalinan bersama toto dan bantal di tangan. Di lemparkan ke arah Tan Sri Rey.
"Aik yang....mana boleh camtu....". Rungut Tan Sri Rey seraya melepaskan toto dan bantal ke bawah lantai. Lengan kemeja di selak sehingga ke siku. Butang kemeja pula di buka satu persatu sehingga habis. Panas hati dia dengan isterinya yang degil ni.
"Abang apa ni?!". Soal Puan Sri Adriana terkejut apabila suaminya memeluk dan mengangkatnya sebelum di letakkan badannya ke atas katil.
"Punishment for you dear". Smirk!
maaf kalau terdapat typo, sebab saya tak check untuk kali kedua. Siap aje chapter ni saya terus update sebab dah lama sangat saya tak update. Maaf ya sayang-sayang sekalian alam. Saya betul-betul sibuk. Seminggu belajar dah stress....tak masuk sebulan lagi haha...enjoy and jangan lupa komen tau korang! Rindu dengan komen korang! Love mi amore!
Share this novel