BAB19

Romance Completed 31632

"Ice!!". Jeritan kuat Melina menggegarkan ruang tamu banglo milik Tan Sri Rey dan Puan Sri Adriana.

"Daddy.....help!!". Jerit Rais pula. Bibir tidak habis-habis mengeluarkan tawa kecil dan mengumam agar dia selamat dari mommynya yang garang mengalahkan harimau.

"Kenapa ni?". Soal Tan Sri Rey apabila melihat menantunya itu seakan bengang dengan cucu lelakinya itu. Rais pula sudah selamat berada dalam dakapan Raykal.

"Papa tengoklah Ice tu.....dia patahkan lipstick Mel.....". Adu Melina seraya menjeling tajam anak lelakinya. Budak nakal ni, nak kena babap!

"Lipstick je tu, sayang.....nanti abang ganti baru". Raykal mula bersuara. Rambut lebat Rais di usap lembut. Mata pula naik memandang Melina yang sedang berdiri bersama muka bengang.

"Abang selalu camtu.....". Raykal menelan liur kesat apabila mendapat jelingan maut dari isterinya.

"Duduk Mel.....kesian baby tu dalam perut, terkejut dengar mommy dia menjerit". Tegur Puan Sri Adriana seraya membawa dulang minum. Tertawa kecil beliau. Macam-macam dua beranak ini.

"Takpelah ma....Mel naik dulu.....penat....". Raykal mengeluh kecil. Dia tahu, Melina merajuk dengannya. Bukannya dia tidak kenal Melina tu macam mana. Sejak di sahkan hamil anak kedua mereka, senang sangat Melina terasa hati. Walaupun hal kecil, habis di besarkan. Tanggung jelah Raykal oi, pandai sangat buntingkan Melina.

"Pa....ma....Adrin naik tengok Mel....". Rais di letakkan di paha Puan Sri Adriana. Tercebik Rais apabila melihat daddynya mula melangkah naik ke tingkat atas.

"Ni kenapa cucu tokmama monyok je?". Soal Puan Sri Adriana seraya mencium pipi gebu Rais.

"Ice tak sengaja buat mommy marah....". Rais menundukkan kepalanya. Jari-jemari bermain antara satu sama lain.

"Ice.....Ice tahukan mommy bawak baby dalam perut?". Soalan dari Puan Sri Adriana mengundang anggukan dari Rais.

"Jadi, Ice kena jaga kelakuan Ice lepasni tau". Tersenyum Tan Sri Rey dan Puan Sri Adriana apabila melihat anggukan dari cucunya itu.

***********************

"Sayang......". Tutur Raykal perlahan seraya mengambil tempat duduk di birai katil berdekatan dengan isterinya yang kusyuk bermain handphone.

"Sayang.....abang panggil ni.....". Lengan Melina disentuh lembut dan di gosok perlahan. Melina tidak menepis, hanya diam menanti langkah suaminya yang seterusnya.

"Tengok apa?". Soal Raykal dengan dahi berkerut. Kusyuk sangat isteri dia sampai dia tegur pun tak layan. Tubuh dirapatkan dan terus membulat matanya melihat gambar yang isterinya tengok. What!!!!!!

"Sayang!!". Telefon Melina terus dirampas dan di hempas ke lantai. Habis berkecai. Melina mendecit perlahan apabila melihat handphone kesayangan dia sudah hancur.

"Phone saya!". Adu Melina seraya berpeluk tubuh. Air mata cuba di tahan dari terus keluar. Dia bukan nak menangis sebab phone, tapi sebab jerkahan Raykal. Raykal dah tak sayang dia ke?

"Yang kau tengok gambar lelaki mana tah yang tak pakai baju kenapa? Dah gatal sangat? Ha?". Makin kuat Melina kemam bibir dari meletuskan esakan. Panggilan 'kau' dari encik suami, menandakan Raykal sudah tidak dapat menahan sabar dan cemburunya.

"Baby......ya...yang....nak tengok....". Melina memberanikan diri membuka mulut. Kepala menunduk ke bawah kerana air mata sudah keluar bercucuran. Esakan kecil juga sudah kedengaran.

"Sayang......". Raykal mengeluh lemah apabila mendengar tangisan Melina. Dagu isterinya di angkat agar memandang dirinya.

"Tengok abang.....". Buat seketika, mata redup Melina berbalas pandang dengan Raykal.

"I'm sorry....". Bibir Melina dikucup sekilas sebelum Raykal bangkit membuka baju t-shirt putihnya. Terus terhenti air mata Melina yang mengalir apabila melihat badan sado suaminya. Auch! Mood gatal on!

"Just look at me.....only me.....". Seluar pula yang dilurut oleh Raykal. Makin membuatkan mata Melina membulat besar dan nafas mula tersekat.

"Mata kau .....hanya boleh tengok aku.....". Kata-kata terakhir Raykal sebelum Melina ditelan hidup-hidup. Denda untuk Melina!!

*********************

"Abang .....bangunlah.....dah lewat petang ni.....". Lengan sasa Raykal yang membelit perutnya ditepuk perlahan. Raykal mengumam halus.

"Kejap lagi.....abang penat ni.....". Melina mendecit perlahan. Memanglah penat, hampir 4 round dia tibai!!

"Abang!". Terjerit kecil Melina saat tubuhnya di kunci dari bawah oleh encik suami.

"Ingat abang tak tahu? Sayang mengutuk abang dalam hati.....". Raykal jungkit kening kanannya. Matanya galak merenung seluruh pelosok wajah isterinya. Aneh. Walaupun sudah beribu-ribu kali dia melihat Melina sedekat ini, namun tiada sedikit pun rasa muak atau bosan. Semakin obses adalah.

"Dah lewat petang. Nanti apa pula kata mama dengan papa.....". Raykal smirk. Itulah smirk yang Melina sangat tidak suka. Dia tahu apa yang akan Raykal lakukan kejap lagi!! Otak yellow!!!!!!!

"Diorang faham....".

*********************

"Mommy!". Rais berlari laju ke arah Melina saat melihat wanita itu sudah selamat turun dari tangga.

"Mommy......Ice minta maaf......I'm so sorry.....". Muka cuba di comelkan agar mommynya simpati dan memaafkan dirinya.

"It's okay baby boy....mommy minta maaf jugak...sebab naikkan suara dekat Ice..... kosong-kosong okay?". Niat nak ambil Rais dan gendong, namun terhalang apabila mendengar deheman dari encik suami.

"Hehe sorry abang.....". Sengih tak bersalah ditayang. Dia lupa, Raykal anti kalau dia dukung Rais memandangkan Rais semakin montel dan beratnya semakin bertambah.

"After this....no more sorry....I will punish you immediately....". Tak terlelan liur Melina saat mendengar amaran suaminya. Kenapa eh? Suaminya sekarang makin lama makin seram dan obses dengan dirinya. Adakah itu namanya semakin sayang akan dirinya?

"Fine.....I will take noted about that.....". Labuhkan duduk. Pinggangnya yang lenguh di urut lembut.

"Lenguh?". Soal Raykal di ikuti anggukan dari Melina. Terus tangan kasarnya naik mengurut lembut pinggang Melina.

"Thanks abang....rasa lega....". Tersenyum kecil Raykal. Laju pula ciuman di lepaskan di leher isterinya.

"Daddy....Ice nak kiss jugak!". Rais berpindah duduk di riba Raykal dan bibir mula di muncungkan.

"Kiss daddy untuk mommy je". Jawab Raykal selamba. Terus monyok muka Rais mendengar balasan dari daddynya.

"Merajuk?". Soal Raykal. Nak tergelak dia apabila melihat Rais mengangguk. Selalu kalau orang merajuk, diam aje. Ini lain. Nampak sangat ikut perangai dia. Eh?

"Okay okay sini.....". Terus pipi Rais digomol dan bertubi-tubi Rais menerima ciuman di pipi daripada daddynya.

"Amboi.....seronok dia dapat kiss dari daddy.....". Melina mencium lembut ubun-ubun anak sulungnya. Haihlah, lama pula si kecil dalam perut nak keluar. Lagi 4 bulan.

"Abang.....". Seru Melina apabila dia teringat akan sesuatu. Raykal pandang dia seraya jungkit sebelah kening.

"Dah jumpa Amna?". Raykal mengeluh lemah saat mendengar soalan dari isterinya itu. Kepala di geleng perlahan. Dia juga buntu, ke mana lagi dia dan Shark nak cari si Amna? Sejak kes Sazy di pantry, Amna terus menghilangkan diri. Kata Amna, dia pulang ke kampung. Namun, saat Raykal dan Melina ke sana, Amna tiada.

"Dah.....jangan stress fikir benda ni....tak elok untuk baby". Perut boyot Melina di cium hangat sebelum dahi Melina menerima kucupan.

"Harap-harap semuanya okay....".

dah lama tak update....maklumlah, bz je memanjang haha.....chapter ni saya pun tak tahu apa yang saya taip....anggap je ni sebagai ubat pelepas rindu dekat Raykal dengan Melina...dan juga Ice.....korang enjoy jelah. kalau ada typo, saya minta maaf. MSFAH saya akan update nanti tau! hehe.....bye amore!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience