BAB3

Romance Completed 31632

"Mel!". Sergah Raykal apabila melihat Melina tidak fokus pada perbincangan mereka kini. Jauh betul Melina berangan.

"Ha?". Muka blur di tayang. Raykal mendecit sebal. Dah masuk kali ke lima dia menangkap Melina sedang berangan.

"Kau berangankan apa?". Soal Raykal di ikuti gelengan oleh Melina. Ish! Takkanlah Melina nak bagitahu yang dia sedang merajuk dengan bosnya sebab tak ingat birthday dia hari ni?

"Takdelah....". Jawab Melina lemah. Hm, mood dia betul-betul takde ni ha. Jangan sampai dia hempuk kepala bosnya dengan file tebal yang ada di hadapan mereka sekarang.

"Yelatu, dari tadi kau tak fokus dengan kerja. Bagitahu sekarang, apa yang kau sedang fikir sekarang!". Arah Raykal tegas. Melina mencebik. Ermph! Jangan harap dia nak bagitahu! Biarlah dia merajuk sampai bila-bila!

"Dah habis berbincang kan? Saya keluar dulu". Melina meminta izin seraya menundukkan sedikit kepalanya. Badan di pusing ke belakang, ingin berlalu pergi.

"Mel! Tunggulah dulu". Halang Raykal. Lengan Melina di selar lembut. Raykal ketawa kecil di dalam hati. Bukan dia tak tahu Melina tengah merajuk dengannya sekarang. Eleh! Comel je dia merajuk.

"Apa lagi Tuan Raykal?". Soal Melina seraya memusingkan kembali badannya menghadap Raykal.

"Kau merajuk?". Soalan berbalas soalan. Dahi Melina berkerut. Macam mana bosnya dapat bau yang dia tengah merajuk sekarang? Arh! Please la!

"Merajuk sebab apa? Buang masa!". Balas Melina. Bebola mata di kalihkan ke arah lain. Taknaklah dia tengok muka handsome Raykal. Nanti dia cair. Ceh!

"Eleh! Tak merajuk konon! Dahlah, keluar". Halau Raykal tanpa bersalah. Membulat mata Melina. Kurang ajar dho jantan ni!

"Nak keluar la ni!". Melina menghentak sedikit kuat kakinya saat berjalan menuju ke pintu pejabat Raykal.

"Comel". Gumam Raykal tanpa di dengari Melina. Yelah, kalau Melina dengar mahu kena terajang.

*******

"Melina....". Panggil Amna seraya mengetuk pintu bilik. Melina yang hampir sahaja terbuai oleh mimpi kembali membuka luas matanya.

"Nak apa? Aku penatlah!". Laung Melina dari dalam bilik. Yelah, penat badmood hari ni. Bukan setakat Raykal sahaja lupa birthday dia, sekali dengan sahabat dia si Amna. Takde langsung wish birthday dia. Sedih tau!

"Bukaklah dulu pintu ni....". Pujuk Amna. Nak taknak, terpaksalah Melina menurut. Bangkit perlahan-lahan dari pembaringan. Kaki menuju ke arah muka pintu.

"Nak apa?". Soal Melina seraya merenung Amna dari atas hingga bawah. Lawa siut! Nak pergi mana malam-malam macam ni?

"Jom keluar!".

"Keluar pergi mana? Taknaklah!". Melina menggeleng laju. Dia malas la nak keluar. Ada baiknya di tidur.

"Alaaa, jomlah! Ni, pakai baju ni tau!". Kotak sederhana besar di berikan kepada Melina.

"Baju apa dalam ni?". Soal Melina. Amna tersenyum manis dan menolak badan kecil Melina masuk kembali ke dalam bilik. Mereka dah lewat!

"Cepat sikit tau!". Haihlah! Melina akhirnya pasrah. Layan ajelah karenah sahabatnya itu. Dengan berat hati Melina menyalin pakaian yang di berikan Amna tadinya.

"Hm, lawa". Tak dapat Melina nafikan. Dress paras paha berwarna maroon di tilik lagi. Cantik giler!

"Mel! Dah siap belum?". Soal Amna dari luar. Eh minah ni! Bising betul! Sempatlah Melina pakai lipstick sebelum melangkah keluar.

"Wah! Cantiknya kawan aku ni!". Amna menjerit suka. Terpaksalah Melina menekup kedua belah telinganya. Boleh pekak kalau hari-hari macam ni.

"Jom!".

*******

"Amna! Kita buat apa dekat restoren mahal ni?". Soal Melina resah. Di lihat sahabatnya selamba aje turun dari kereta. Tak, masalah sekarang ni dia tak bawak dompet tau! Nak cepat punya pasal!

"Jomlah turun!". Amna menarik lembut pergelangan tangan Melina. Melina sekadar akur.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?". Amna abaikan soalan Melina. Ermph! Dahla, Melina nak merajuk dengan semua orang!

"Happy birthday!!". Suara teriakkan bergema di setiap sudut dalam restoren Lima bintang tersebut. Terkejut Melina saat melangkah masuk tadi.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Melina, happy birthday to you! Yeah!!". Rakan sekerjanya bersama-sama menyanyikan lagu happy birthday untuk Melina.

"Waktu untuk makan!". Jerit Azman lantang. Semua sudah tergelak. Azman, makan ajelah kerjanya.

"Apa semua ni?". Soal Melina tak percaya. Telapak tangan naik menekup mulutnya yang sudah ternganga luas.

"Ni idea Tuan Raykal tau! Dia yang plan semua ni!". Pantas kepala menoleh ke arah Amna. Tuan Raykal punya plan?

"Tu....tuan Raykal?". Amna mengangguk kepalanya bersungguh-sungguh. Kemudian Amna angkat kaki berlalu
pergi. Tak sempat Melina nak menghalang.

"Melina....". Suara Raykal! Melina memusingkan badannya ke belakang saat suara yang tak asing menyapa pendengaran.

"Tuan Raykal!". Raykal menghadiahkan senyuman manisnya. Pergh! Cair mat! Manis melting!

"Ni.....". Sejambak bunga rose putih di berikan. Bunga bertukar tangan. Melina acah-acah malu la, eheks!

"Pusing belakang". Arah Raykal. Melina menurut. Yelah, bos kan.

"Tu...tuan...". Terkejut Melina saat lehernya merasakan seperti ada sesuatu yang sejuk merayap.

"For you sayang...". Terkaku Melina untuk seketika. Raykal pakaikan rantai untuk dia? Seriously?

"Cantiknya! Mesti mahal kan?". Rantai yang bercorak rose kecil di sentuh. Siap ada dengan huruf 'M' lagi tau!

"Untuk kau haruslah yang mahal-mahal". Bahu Raykal di tampar lembut. Suka sangat ha main-main. Dia tak suka Raykal membazir.

"Semua orang sibuk dengan makanan masing-masing. Jom makan dengan aku". Raykal menghulurkan tangannya. Dengan harapan Melina akan menyambut ala-ala cinderella. Ceh!

"Jom". Tangan Raykal di capai. Eleh, dua-dua blushing! Author pun blushing tau!

"Tuan Raykal...". Raykal menjungkitkan kening kanan saat Melina memanggilnya.

"Terima kasih untuk semua ni. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa baik Tuan Raykal". Sebenarnya Melina serba salah dengan bosnya. Melina yakin Raykal sudah menghabiskan banyak wang untuk membuat kejutan untuknya.

"Ada satu cara untuk kau tebus jasa baik aku". Raykal kembali dengan nada serious. Melina cuak. Nak suruh ganti balik ke duit bosnya? Dia takde duit!

"Ca...cara macam mana?". Soal Melina gagap. Sudah masuk mood berdebar.

"Kahwin dengan aku dan jadi isteri aku sampai bila-bila".

"Uhuk uhuk uhuk!". Tersedak Melina saat ayat tersebut meluncur keluar dari ulas bibir Raykal. Dia bermimpi ke sekarang?

"Tu...tuan jangan main-main de...dengan saya!". Wajah Melina pucat. Matanya tak berkelip memandang wajah handsome Raykal.

"Mel! Aku serious ni! Aku cintakan kau!". Melina memandang pekerja-pekerja Raykal. Nasiblah semua sedang menikmati makanan masing-masing. Mampus dia kalau ada yang sibuk pasang telinga.

"Tuan ni agak-agaklah nak prank saya pun. Kalau betul nak prank, cukup cakap nak ambik pekerja seksi jelah". Melina tergelak kecil. Cuba untuk menyembunyikan rasa canggungnya saat ini. Raykal menggeleng lemah. Ini bukan prank.

"Lepas makan, aku bawak kau jumpa papa dengan mama aku okay?". Terbuka ulas bibir Melina.

"Tuan Raykal janganlah main-main". Rengek Melina. Hampir saja nak menangis.

"Aku tak main-main sayang". Pergh! Sekali lagi panggilan 'sayang' meluncur keluar. Tolonglah! Tolong katakan bahawa semua ini hanya mimpi!!

maaf tau korang! baru ada masa nak update. hehe . tq kepada korang yang sanggup tunggu, ade ke yang tunggu eh? maaf sekali lagi kalau ada typo. saya tak check untuk kedua kalinya. siap je bab3 ni saya terus update. enjoy tau korang! jangan lupa untuk rate and comment tau! sayang korang banyak². muah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience