"Uwerk~~". Raykal terjaga dari tidur lenanya apabila deria pendengarannya menangkap bunyi bising dari bilik air.
"Sayang?". Panggil Raykal seraya menjatuhkan kedua belah kaki ke lantai. Gusar hatinya apabila mendengar seakan suara orang muntah di dalam bilik air. Isterinya pula tiada di sebelah.
"Ab...abang....". Seru Melina sedih apabila melihat susuk tubuh suaminya. Dirinya benar-benar lemah saat ini. Habis sudah tenaganya akibat muntah.
"Hey....what's going on, sayang?". Soal Raykal seraya menggendong tubuh kecil isterinya untuk di bawa keluar.
"Sayang makan apa sampai muntah?". Soalan dari Raykal sekadar di balas gelengan oleh Melina. Tiada daya dia hendak membuka mulut ingin bersuara.
"Takkanlah salah makan? Setahu abang, makan malam tadi mama masak steak je". Celoteh Raykal seraya menarik comfortable sehingga ke paras dada isterinya. Wajah pucat Melina di usap lembut sebelum ciuman hangat di berikan di dahi licin wanita kesayangannya itu.
"Abang....Mel.....uwerk~". Melina tidak sengaja memuntahkan isi perutnya sehingga terkena dada telanjang encik suami. Kembang kempis hidung Raykal menyedut aroma yang tidak menyenangkan.
"Abang....sorry....". Raykal menggelengkan kepala. Ciuman di lepaskan di dahi Melina untuk kesekian kalinya.
"It's okay sayang. Meh abang tolong angkat sayang and cucikan semua ni....lepastu baru kita sleep okay?". Melina sekadar mengangguk dan menurut. Apalah nasibnya pagi-pagi buta macam ni.
***********
"Ha Adrin! Mana bini kamu?". Soal Puan Sri Adriana apabila melihat anak lelakinya melangkah masuk ke dalam ruangan makan. Teko berisi kopi di capai dan di tuangkan ke dalam cawan sebelum di hulurkan kepada Tan Sri Rey dan Raykal.
"Mel tak sihat ma....pagi tadi pukul dua pagi dia bangun muntah-muntah". Balas Raykal seraya melabuhkan duduk. Otaknya celaru memikirkan isterinya yang sedang nyenyak tidur di atas. Risau kalau-kalau Melina ada menyembunyikan sesuatu dari dia.
"Muntah?". Puan Sri Adriana tampak sedikit terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh anak lelakinya.
"Haah ma, risau jugak Adrin.....kejap lagi lepas Mel bangun Adrin nak bawak dia pergi check klinik....takut-takut ada penyakit lain". Puan Sri Adriana mengukir senyum dalam diam. Macam akan ada berita gembira aje. Pandang suaminya di sebelah, kening di jungkit berkali-kali.
"Ni kenapa?". Soal Tan Sri Rey tidak faham dengan isyarat isterinya.
"Abangggggg.....". Suara Melina menyapa pendengaran mereka bertiga. Laju Raykal bangkit dan berlari ke tingkat atas. Risau kalau-kalau sesuatu terjadi dengan isterinya.
"Abang tak rasa apa yang saya rasa sekarang?". Soalan dari Puan Sri Adriana di balas gelengan oleh suaminya. Terus muncung wanita separuh abad itu. Ish suaminya, lembab!
"Mesti kita akan dapat cucu kan?". Saat ayat itu terluah, barulah Tan Sri Rey mula memberi respon teruja.
"Ye tak ye jugak kan? Simtom muntah selalu ibu-ibu mengandung.....". Puan Sri Adriana mengangguk bangga.
"Haah bang, minggu lepas saya tak sengaja dengar perbualan Melina dengan Adrin.....".
"Perbualan apa? kamu ni yang, telinga lintah betul". Sempat di selit ejekkan untuk isterinya.
"Melina menangis sebab teringin nak makan daging dinosour tapi Adrin cakap daging tu takde....". Tersedak kopi yang Tan Sri Rey ingin telan.
"Da...daging dinosour?". Soal Tan Sri Rey tidak percaya. Tidak pernah di buat orang makan daging dinosour.
"Orang mengidam, kalau nak makan daging pocong pun tak hairan". Sekali lagi Tan Sri Rey tersedak air yang di minumnya. Ya Allah, isteri siapa la mulut macam ni?
"Abang mesti dah lupa benda yang saya mengidam waktu mengandungkan Adrin dulu kan?". Soal Puan Sri Adriana bersama jelingan manjanya. Tertawa kecil Tan Sri Rey. Alahai isterinya ini, mestilah dia takkan lupa. Benda tu paling dia ingat dalam kepala otaknya.
"Apa pulak abang lupa....waktu tu perut awak dah lapan bulan, tapi mengidam nak berlawan dengan harimau dalam zoo". Habis bercerita, terus tawa besar mula meletus keluar dari ulas bibirnya. Isterinya mengidam mengalahkan sepupu perempuannya yang lain.
*************
"Kenapa sayang?". Soal Raykal seraya mendekati isterinya yang sudah menyandarkan badan di kepala katil.
"Abang.....sayang nak makan daging dinosour....". Rengek Melina. Pinggang sasa Raykal di peluk erat. Nak bodek punya pasal. Tadi dia mimpi pasal daging dinosour!
"Da....daging lain taknak ke, sayang?". Haish! Ingatkan dah habis isu daging dinosour, rupanya tak!
"Daging shark, boleh?". Ya Allah. Mengucap panjang Raykal mendengar permintaan isterinya. Asal daging yang limited terlampau jugak isterinya minta?
"Abang.....". Tubuh Raykal di goyang lembut. Bibirnya juga sudah melengkung ke bawah. Sedih!
"Okay okay....nanti aku mintak kawan aku carikan daging ikan shark tu". Pelukan isterinya di balas. Aneh-aneh isterinya sekarang. Sebenarnya ada apa pada isterinya?
"Abang janji tau.....". Tagih Melina. Risau kalau-kalau suaminya memungkiri janji.
"Iye sayang....dah, bangun mandi...lepastu kita pergi klinik". Dengar sahaja perkataan klinik, terus kepala Melina di angkat untuk memandang wajah handsome Raykal.
"Sayang dah sihat, abang.....takyahlah pergi klinik ya?". Mata bulatnya di kerdip beberapa kali. Dia taknak pergi klinik. Klinik busuk!
"Nope sayang....kita tetap akan pergi...full stop". Tegas nada suara Raykal membuatkan mata Melina mula berkaca. Sekali lagi Raykal cuak. Takkan cakap macam tu pun nak nangis?
"Alolo ucuk acam aku ni......manja eh sekarang". Tubuh Melina di angkat gaya bridestyle. Bibir Melina di kucup dalam. Mulut tu kan, tercebik-cebik je. Geram!
"Busuklah isteri comel aku ni". Gurau Raykal seraya tertawa kecil. Terus tangan kecil Melina naik menampar bahu suaminya. Sampai hati!
"Abang....sayang berat tak?". Raykal terhenyak. Takkanlah nak jujur? Mahu merajuk sebulan. Huish, seram!
"Tak pun sayang...". Jawab Raykal separa ikhlas. Melina mengecilkan mata memandang encik suami. Boleh percaya ke?
"Ye ke?". Raykal menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh. Sakit juga leher dia.
**************
Mereka merenung wajah doktor perempuan di hadapan mereka yang baru sahaja melabuhkan duduk. Masih menanti apa yang ingin doktor tersebut luahkan.
"Congrats, you're pregnant....three weeks already.....". Bersinar bebola mata Raykal dan Melina saat mendengar khabar gembira dari ulas bibir doktor yang memakai tag nama Sakinah.
"Se....seriously, dok?". Raykal menyibak rambut lebatnya ke belakang. Sungguh dia terkejut dengan berita tersebut. Ulas bibir mula mengukir senyum yang sangat lebar. Jadi, selama ini baby merekalah punca Melina bersikap aneh. Daging unta, daging dinosour, daging shark. Oh baby, selectnya awak!
"Abang....I'm pregnant....". Tubuh Raykal yang berdiri di peluk erat. Tersenyum doktor Sakinah. Sudah biasa dia melihat adegan bahagia suami isteri apabila mengetahui mereka bakal bergelar ayah dan ibu untuk pertama kalinya.
"Ya sayang.....baby kita dalam ni....". Perut Melina yang masih belum terbentuk di sentuh lembut.
"Kami minta diri dulu, terima kasih doktor". Doktor Sakinah menganggukkan kepalanya sekali dan menghadiahkan pasangan tersebut senyuman manis sebelum mereka beredar.
"Tak sabar nak bagitahu mama dengan papa". Ujar Melina bersama senyum lebarnya yang tidak putus-putus.
"Taknak pergi makan dulu?". Melina menggelengkan kepalanya. Taknak makan! Nak balik!
"Okay.....hati-hati jalan....". Melina tergelak kecil. Alahai encik suami ni, walhal dia dah pegang kemas-kemas pinggang dan lengannya. Takkan jatuh punya.
hehe agak-agak Melina pregnant anak kembar ke? IG : sara_dontknow
Share this novel