BAB4

Romance Completed 31632

Melina menggelengkan kepalanya berkali-kali. Resah betul dia saat ini. Yelah, Raykal nak bawak dia pergi jumpa Tan Sri Rey dengan Puan Sri Adriana.

"Tuan Raykal! Taknaklah saya, nak balik". Rayu Melina bersama dengan raut wajah comel. Nak raih simpati bosnya punya pasal la.

"Nope sayang! Lepas jumpa papa dengan mama baru aku hantar kau balik okay?". Pipi Melina di cuit lembut. Lemah la dia kalau Melina buat muka comel camtu! Ingat iman dia kuat ke?

"Tuan Raykal selalu buli saya!". Melina menayang muncung panjangnya seraya memeluk tubuh. Merajuk! Pandai-pandailah Raykal pujuk dia.

"Alolo merajuk ke tu?". Soal Raykal lebih kepada usikkan. Bibir sudah tertawa kecil melihat tingkah laku wanita kesayangannya.

"Takyah nak tayang muncung penguin tu, jom turun". Melina meliarkan pandangan ke luar tingkap kereta. Rumah banglo bertingkat di renung sampai naik juling mata.

"Jom sayang! Buat apa lagi kat situ?". Raykal bergerak ke arah pintu tempat penumpang dan membukanya. Teragak-agak Melina ingin menapak keluar.

"Dahlah, taknak kawan ngan Tuan Raykal lepasni". Melina kalih muka ke arah lain. Taknak tengok muka handsome Raykal. Dia merajuk sebab Raykal paksa dia.

"Aku cium jugak budak penguin ni". Pergelangan tangan Melina di tarik lembut agar tidak ketinggalan di belakang.

"Eh Adrin! Dah sampai? Ni ke bakal menantu mama? Cantiknya!". Terpampang wajah manis Puan Sri Adriana. Melina tersenyum janggal sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Puan Sri apa khabar?". Sengajalah Melina beramah mesra. Kang dia diam di cop sombong pula.

"Apa pulak panggil Puan Sri? Panggil mama". Erk. Tercekik air liur Melina. Ramah sangat si mama Raykal ni.

"Eh berdiri aje dekat sini, jomlah masuk! Mama ada masak banyak tau". Melina di tarik agar mengikutinya masuk ke dalam. Di tinggalkan Raykal seorang di luar.

"Mama! Sampai hati abaikan Adrin". Pft! Nak tergelak Melina. Manja juga ya Raykal dengan mamanya.

"Alaaa Adrin ni, bagilah mama chance nak rapat dengan menantu mama yang cantik ni". Balas Puan Sri Adriana tanpa menghiraukan wajah cemberut anak lelakinya itu.

"Dah sampai?". Celah satu suara garau dri tingkat atas. Laju kaki menapak turun.

"Ni Melina yang Adrin katakan tu?". Soal Tan Sri Rey di ikuti anggukkan oleh isterinya.

"Cantikkan abang? Pandai si Adrin tu cari". Kembang kempis hidung Melina saat ini. Tak habis-habis lagi ke puji dia? Eheks!

"Sama padanlah dengan anak lelaki awak yang nakal tu". Tergelak kecil Melina mendengar kata-kata lelaki separuh abad itu. Nakal? Memang pun!

"Hah papa! Papa pun mesti abaikan Adrin jugak". Celah Raykal. Entah waktu bila terpacak depan Melina dan Puan Sri Adriana.

"Mana ada papa abaikan anak lelaki papa yang handsome ni". Tersenyum bangga Raykal apabila di puji handsome oleh papanya. Yelah, baka handsome nak buat macam mana. Tan Sri Rey pun boleh tahan handsome juga walaupun dah berumur.

"Jomlah makan. Abang dah lapar ni". Sempat di jeling manja oleh Puan Sri Adriana. Suaminya ini lapar aje kerjanya.

"Ni lauk favourite Adrin. Ayam pedas". Tekun Melina mendengar butir bicara Puan Sri Adriana.

"Melina nak sotong pedas? Mama cedokkan ya?". Sebak Melina rasakan saat ini. Dirinya di layan tak ubah seperti princess. Tak pernah dia rasakan kasih sayang seorang ibu. Mamanya meninggal selepas selamat melahirkan dia. Dan di sebabkan hal itu papanya membenci dia sehinggalah papanya menghembuskan nafas terakhir. Mama tirinya pula? Tak payah cerita, setiap hari di buat seperti hamba.

"Eh Melina sayang! Kenapa menangis? Melina tak suka sotong pedas ke? Mama minta maaf sayang". Kalut Puan Sri Adriana. Melina menggeleng laju. Apalah perangai dia ni. Tak semegah menangis bila orang dah buat baik. Ish!

"Taklah mama. Melina cuma terharu dengan layanan mama. Mama baik sangat". Melina tersenyum bersama air mata masih menitis. Aduhlah! Air mata dia taknak berhenti pulak!

"Aaa sayang mama, sini mama nak peluk". Puan Sri Adriana bangkit dari duduk dan menuju ke arah Melina yang duduk tidak jauh dengannya. Tubuh kecil Melina di peluk erat. Dia sudah sedia maklum dari anak lelakinya yang Melina anak yatim piatu.

"Adrin nak peluk jugak". Raykal berura ingin bangkit namun laju di tegah oleh papanya.

"Nak peluk kahwin dulu". Tegur Tan Sri Rey. Kemudiannya di ikuti tawa besar dari mereka berempat.

"Thanks mama". Ucap Melina perlahan. Puan Sri Adriana tersenyum manis.

*******

"Papa dengan mama Tuan Raykal baik sangat". Luah Melina di dalam kereta. Usai menjamu selera, mereka berborak panjang sehingga tidak sedar jam sudah menginjak ke angka sebelas malam.

"Suka?". Soal Raykal. Melina mengangguk laju. Raykal tersenyum penuh makna.

"Tapi kan Tuan, kenapa papa dengan mama panggil Tuan...Adrin?". Melina di hurung rasa ingin tahu. Di banglo orang tua Raykal tadi, hanya dia yang memanggil Raykal dengan panggilan 'Raykal'.

"Aku suka nama tu". Melina jongket kening. Tak faham sebenarnya.

"Lupakan, tak penting semua tu". Melina kembali diam. Raykal pula fokus dengan pemanduannya.

"Tuan Raykal! Berhenti!". Jerit Melina kuat. Raykal yang terkejut laju memberhentikan keretanya di pinggir jalan. Nasib tak terbabas.

"Melina! Apa ni?! Terkejut aku! Nasib tak terbabas!". Marah Raykal tanpa sedar. Melina memandangnya tanpa berkelip. Okay, tak boleh nak terasa sebab ni semua salah dia. Tulah Melina, jerit kuat lagi. Kan dah kena!

"Sa...sa...saya...sa...". Melina sudah mula gagap. Yelah, terkejut punya pasal sebab kena marah dah satu hal.

"Damn!". Gumam Raykal apabila tersedar yang dia tidak sengaja memarahi gadis itu. Dia cuma takut terbabas sahaja tadi. Dia taknak apa-apa terjadi kepada Melina.

"I'm sorry sweetheart! Aku cuma terkejut". Melina di raih masuk ke dalam dakapannya. Memujuk.

"I'm sorry okay? Maafkan aku tak?". Soal Raykal. Wajah cebik Melina di tekup dengan kedua belah tangannya.

"Kenapa suruh aku berhenti? Kau nak apa?". Soal Raykal lembut. Melina pula nak menangis terus tak jadi bila bosnya mula memujuk. Lemah sis tau!

"Nak ais krim tu". Jari telunjuknya di hala ke arah kedai ais krim yang meriah dengan pengunjung.

"Tadikan dah makan banyak?". Rambut Melina yang berjuraian menutupi sebelah mata di selitkan di celah telinga. Ya Allah! Kenapa Melina menggoda sangat malam ni.

"Tapi saya nak....". Mata di kerdip beberapa kali. Makin goyah Iman Raykal saat ini. Dahlah kedudukan mereka berdua sekarang sangat rapat.

"Kiss me first, and then aku belikan ais krim untuk kau". Terpaksalah Raykal buat tawaran kepada Melina. Sengaja nak mengada. Eleh!

"Mana boleh macam tu! Tunggu kahwin la!". Cebik Melina seraya menolak wajah Raykal menjauh darinya.

"Jadinya kau setuju nak kahwin dengan aku?". Soal Raykal menyebabkan wajah Melina berubah tona. Merah!

"Sudi jadi isteri aku la ni?". Soal Raykal lagi. Melina simpan senyum.

"Tanya lagi, orang dah setuju kan". Gumam Melina perlahan namun jelas menyapa gegendang telinga Raykal.

"Seriously Melina? Yeah!! Nak kahwin!!". Jerit Raykal kuat dari dalam kereta. Happynya dia saat ini.

"Kahwin esok jom!".

kalau ada typo saya minta maaf tau! saya tak check untuk kali kedua. macam biasa, jangan lupa comment tau! sayang korang, muah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience