BAB5

Romance Completed 31632

3 BULAN KEMUDIAN~

Melina mengurut lembut dadanya yang berdebar. Rasa nak tercabut pun ada tau! Hari ini, saat ini, merupakan hari yang bersejarah dalam hidupnya. Hari di mana dia dan Raykal di satukan. Pergh!

"Kau dah ready?". Soal Amna seraya melabuhkan duduk di sebelah sahabatnya yang tidak lama lagi akan bergelar isteri kepada bos mereka.

"Aku takut". Luah Melina sebak. Mata mula berkaca-kaca.

"Eip! Jangan nangis, nanti maskara comot". Tegur Amna laju. Nasiblah sahabatnya itu jenis tidak suka bermake up tebal. Kalau tak, dah tak nampak rupa agaknya.

"Kau suruh aku jangan nangis, tapi kau dah nangis". Rungut Melina di ikuti tawa besar oleh Amna. Ya Allah, ketawa dia. Kalau orang tengok, rasanya di cop bukan manusia.

"Melina sayang, jom turun. Tok kadi dah panggil". Celah Puan Sri Adriana. Makinlah berdebar Melina.

"Pucat muka kamu ni, banyakkan selawat sayang". Tersenyum Puan Sri Adriana melihat bakal menantunya itu. Dia dulu pun macam Melina jugak. Tapi lagi teruk dari Melina. Pernah cuba untuk melarikan diri pada hari perkahwinan beliau kerana jodohnya di tentukan oleh orang tua mereka. Biasalah, orang-orang dulu. Pilihan anak tidak di hiraukan.

*******

Alhamdulillah. Hanya sekali lafas, Melina Lyyona sudah selamat bergelar isteri kepada Raykal Adrin. Si Raykal apa lagi, hampir saja nak bergelek depan tetamu yang ada. Haihlah, ikut perangai siapa entah.

"Assalamualaikum, sweetheart hubby!". Bisik Raykal saat menyarungkan cincin di jari manis isterinya. Eheks! Isteri okayh!

"Waalaikumussalam Tuan Raykal!". Balas Melina seraya tertawa kecil apabila melihat wajah cemberut Raykal. Sengaja dia tekankan 'Tuan' Raykal tadinya. Niat nak mengusik encik suami.

"How dare you call me Tuan Raykal?". Bisik Raykal tegas. Degil betul ya isteri penguin dia ni!

"Gurau je abang, heeee". Barisan gigi putih miliknya di tayang di hadapan Raykal. Takut pula dia tengok muka bengang Raykal. Cepat-cepat dia capai tangan suaminya dan mencium lama. Manelah tahu boleh sejukkan hati Raykal yang panas membara.

"Bibir kau nampak sedap". Komen Raykal sebelum mencium dahi Melina. Terus pucat muka cik isteri. Mampus! Adalah tu akal Raykal nak membalas balik perbuatannya sebentar tadi.

"Jom bergambar!". Jerit Amna girang. Haihlah sahabat dia yang baru keluar dari zoo ni. Slow-slow kan boleh?!

"Rapat sikit baby penguin". Pinggang ramping Melina di sauk dan di urut lembut. Laju Melina mencubit tangan suaminya yang boleh tahan gatalnya.

"Orang nampak!". Melina menggunakan suara celah gigi. Malu la dia kalau ada orang nampak! Suaminya ini memang tak tahu malu!

"So what? Kita dah kahwin kut, baby penguin". Haihlah! Tadi sweetheart! Sekarang baby penguin pulak! Nanti apa? Baby beruk? Eh astaga!

"Hempuk kang!". Wajah acah garang di tayangkan. Tergelak kecil Raykal. Bukannya dia takut dengan wajah isterinya yang sebegitu.

"Nanti kau malam ni, aku makan hidup-hidup!". Terdiam terus Melina apabila mendapat amaran dari Raykal. Air liur yang di telan terasa kesat. Susah pula rasa nak telan.

"Pengantin oi! Pandanglah kamera ha! Kejap lagi nak tenung sampai juling biji mata pun tak kisah!". Tegur jurukamera kuat. Merah muka Melina apabila semua mata sudah memandang ke arah dia dan Raykal.

"Okay....1....2....3.....".

KLIK!

*******

Terjerit kecil Melina saat kakinya menapak keluar dari bilik air. Yelah, mana tak terkejut kalau keluar aje dari bilik air, benda pertama menyapa bebola matanya adalah Raykal! Dahla tak pakai baju! Hish!

"Ha ha! Nak pergi mana tu?". Sergah Raykal sedikit kuat membuatkan Melina tersentak. Raykal melangkah mendekati isterinya yang seakan ingin menapak keluar dari bilik tidur mereka. Memang nak lari pun huehe.

"Ta....tadi....bunyi macam mama....panggil". Melina cuba mencipta alasan. Terundur ke belakang saat badan sasa Raykal makin menghimpitnya.

"Aku takde dengar pun mama panggil nama kau". Melina menggigit bibirnya bawahnya saat badan kecilnya sudah tersandar elok di pintu bilik.

KLIK!

Pintu di kunci dari dalam. Haihlah cik jantung, dah mula berdangdut.

"Tu...tuan.....". Membulat mata Melina saat bibirnya di curi Raykal. Tangan kecilnya naik menepuk bahu suaminya yang terdedah. Tahulah seksi!

"Panggil apa tadi?". Soal Raykal setelah melepaskan ulas bibir isterinya.

"A....abang....". Melina kemam bibirnya erat. Pinggang rampingnya pula di sauk. Makin melekat rapatlah tubuh mereka saat ini.

"I love you". Ucap Raykal tiba-tiba. Melina beku untuk seketika. Mukanya usah cakap, habis merah.

"Do you love me, baby penguin?". Melina mengangguk perlahan. Malu la dia di tenung encik suami macam ni. Eheks!

Author : Sorryla tergedik sikit.

"I love you too, baby boss". Tersenyum Raykal saat mendengar balasan dari Melina. Hihi, dia pun dah jadi gedik.

"Comel la muka merah kau ni! Buat aku geram!". Pipi gebu Melina di gomol kuat sehingga terjerit kecil di buatnya.

"Aaaaa abanggggg". Tak sempat nak cakap apa-apa, tubuhnya di hempas sedikit kuat di atas katil king.

"You make me crazy baby penguin!". Ayat terakhir Raykal sebelum isterinya di ratah hidup-hidup.

*******

"Abang.....". Lengan kekar Raykal di tepuk lembut. Cuba untuk melepaskan diri dari pelukan suaminya namun tidak berjaya. Makin erat adalah pelukan Raykal.

"Dah pukul berapa, sayang?". Raykal mengumam seraya menyerang leher putih isterinya yang terdedah.

"Stop it abang! Saya dah tak tahan nak kencing". Melina tergelak kecil. Aduhlah, badan dia tengah sakit sekarang. Raykal pulak buat hal.

"Lepas baby penguin buang air kecil, kita sambung okay". Jam di meja kecil sebelahnya di kerling sekilas. Baru pukul tiga pagi.

"Aaaaa abang buat apa ni?". Soal Melina laju. Terkejut apabila di angkat dengan mengejut oleh suaminya.

"Kata nak buang air. Ni abang nak tolonglah". Melina menjerit geram dengan perangai gatal suaminya. Ish!

Haihlah Tuan Raykal ni! Tak pasal-pasal terbabas sekali lagi. Takpelah, Melina pun suka HAHA.

*******

"Maaf mama, Melina tak sempat nak tolong mama buat sarapan!". Ucap Melina serba salah. Ini semua salah suaminya!

"It's okay sayang. Mama faham". Puan Sri Adriana tertawa kecil di hujung ayat. Merah muka Melina. Bukannya dia tak faham!

"Good morning mama, good morning baby penguin". Pipi Melina di kucup sekilas sebelum dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Ish! Mama tengoklah". Gumam Melina seraya menampar lembut paha suaminya. Nasib Puan Sri Adriana aje ada. Kalau Tan Sri Rey, dah lama kena bahan. Nasiblah papa mertuanya keluar ke pejabat awal. Biasalah, anaknya kan cuti honeymoon. Ceh!

"Mama aje pun!". Balas Raykal. Sekali lagi pipi gebu Melina di kucup sekilas. Ya Allah! Suami siapa la ni gatal bebenor!

"Mama....tengok anak mama ni...". Rengek Melina manja. Automatik Raykal terdiam apabila mendengar suara manja Melina. Teringat pula perihal semalam.

"Adrin...jangan nak buli menantu mama ya?". Puan Sri Adriana memberi amaran sebelum bangkit untuk ke dapur. Nak tengok Bik Edah buat air. Lama sangat.

"Baby penguin....". Panggil Raykal apabila melihat kelibat mamanya sudah hilang di sebalik dinding dapur.

"Baby penguin.....". Rengek Raykal apabila Melina tidak melayannya.

"Apa daddy Raykal....". Balas Melina malas. Suara pun suara dalam anak tekak aje. Kang tak balas, merajuk pulak.

"Kejap lagi.....sekali lagi eh...". Dahi Melina berkerut. Tak faham dengan ayat suaminya itu. Melihat senyuman nakal yang menghiasi wajah handsome Raykal, Melina mula dapat menangkap maksud suaminya.

"Eeee pervert!".

maaf lambat update. saya terlalu sibuk memikirkan masa depan yang sedikit malap haha. dan maaf kalau ada typo or apa². saya sendiri tidak tahu apa yang saya karang untuk chapter ini. saya harap masih ada yang sudi baca story abe Raykal. chapter ni last update sebelum 8Jun. lepas 8Jun saya tak pasti masih ada update atau tak! pst! tolong culik saya sebelum 8Jun boleh? huhu *nangis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience