BAB12

Romance Completed 31632

"Abang!". Sergah Melina dari luar pejabat encik suami. Raykal menggelengkan kepalanya apabila melihat karenah nakal Melina. Perut dah nak masuk tujuh bulan, tapi sibuk nak ikut dia ke sana ke sini. Sampai mandi pun kadang-kadang nak menempel dengan dirinya.

"Come sayang.....". Gamit Raykal agar isterinya mendekat. Terjungkit kening Raykal apabila mendapat gelengan dari wanita itu. Aik, selalu pantang orang offer, mula nak dekat. Sekarang apa citer?

"Why?". Soal Raykal sepatah. Melina sengih tak bersalah. Dia lapar sebenarnya sebab tu taknak rapat-rapat dengan Raykal. Nanti perut dia tak terisi.

"Jom pergi makan! Sayang dengan baby lapar". Perut boyotnya yang berlapik kain di gosok-gosok. Raykal bangkit berdiri dan mendekati isterinya di muka pintu. Kerja tinggal dulu. Isteri nombor satu, kerja nombor dua. Mahu letak kerja nombor satu, haru biru jadinya.

"Nak makan dekat mana? Cafe bawah?". Tangannya naik melipat lengan baju kemeja hingga ke siku. Tie juga sudah lama dia buka, panas dan tak selesa. Lantaklah orang nak cakap dia tidak kemas, macamlah dia kisah.

"Cafe bawah ada menu baru, nampak sedap....". Kecur liur Melina apabila teringat staf-staf Raykal sedang galak berbual tentang menu baharu di cafe tersebut amatlah enak. Makan sekali, nak selalu.

"Okay sayang, jom". Pinggang Melina di peluk dari sisi. Sempat juga dia labuhkan ciuman ringkas di perut boyot isterinya. Nanti kalau cium mommy aje, merajuklah baby dalam ni kan?

"Tuan Ray nak keluar ke?". Soal Sazy apabila melihat bosnya yang kebetulan lalu di situ.

"Ya, kenapa Sal?". Soal Raykal. Yelah, kut-kut ada benda penting yang dia lupa. Sejak nak jadi bapak ni, selalu sangat dia lupa hal pejabat.

"Kejap lagi Tuan ada meeting dengan syarikat Sri Meyna....". Sazy memperingatkan bosnya tentang mesyuarat yang akan di adakan dalam pukul 12 tengahari sekejap lagi.

"Oh ya? Saya lupa.....takpe, ada masa lagi....saya nak temankan isteri saya pergi makan dulu". Melina di sebelah sudah menayang muka masam. Sri Meyna? Orang tua gedik yang tak tahu malu tu ke? Ish! Tak boleh jadi ni!

"Jom sayang....". Pipi Melina di cium sekilas. Tahu sangat yang isterinya sangat anti dengan Sri Meyna. Mana taknya, satu office benci dengan perangai tak siuman Sri Meyna. Ada hati nak jadi sugar mummy, duit pun pakai yang scandal punya.

"Tak suka la dengan orang tua gatal tu!". Omel Melina seraya memeluk erat lengan sasa suaminya. Otaknya sudah mula memikirkan yang bukan-bukan. Macam mana kalau, Sri Meyna rampas suaminya dari dia? No no! Benda ni tak sepatutnya berlaku!

"Nak buat macam mana, syarikat dia yang tergila-gila nak bergabung dengan syarikat papa". Bibir Melina mula memuncung panjang. Gedik nak bekerjasama dengan syarikat yang suaminya jaga buat apa? Eyh, geram betul dengan orang tua gatal ni!

"Lepas makan, abang hantar sayang balik okay?". Terus Raykal mendapat renungan tajam dari Melina. Tak tertelan liur di kerongkongnya. Seram pula pandangan isterinya ini.

"Abang nak hantar sayang balik sebab nak bagi orang tua tu menggedik dengan abang kan?". Suara Melina mula bergema di dalam lift yang mereka naiki.

"Eih dia ni, bukanlah sayang.....suka sangat fikir yang bukan-bukan". Ubun-ubun Melina di kucup hangat. Kenapa isteri kecilnya ni suka sangat overthinking?

"Okay okay, sayang masuk meeting sekali. Boleh macam tu?". Melina sekadar diam. Dalam hati memang itu yang dia rancangkan dari awal lagi. Dia akan pastikan orang tua gatal tu takkan berani sentuh suaminya! Raykal milik dia seorang!

"Okay macam tu sayang?". Soal Raykal sekali lagi. Kali ini, barulah Melina mengangguk. Bersetuju dengan cadangan yang di utarakan oleh suaminya. Kalau suami dia tak cadang pun, dia akan masuk terjah meeting mereka juga!

************

Berasap Melina saat ini. Buku lima di kepal kuat. Amarahnya betul-betul mahu meletus sekarang. Sri Meyna memang melampau! Berani-beraninya dia cuba nak peluk lengan sasa Raykal!

"Makcik nak air? Saya boleh tuangkan". Soal Melina buat-buat ramah. Sengaja di tekankan panggilan 'makcik' biar dia sedar sikit yang dia tu dah tua! Umur kata pergi, kubur kata mari. Ye dok!?

"Hey! Call me Meyna....makcik tak sesuai dengan I". Ya Allah suara dia. Gediknya! Rasa nak cili-cili mulut orang tua ni lah!

"Oh sorry makcik, muka makcik sebaya dengan mak mertua saya....tapi rasanya tua makcik sikit". Terus merah muka Sri Meyna apabila mendengar kata-kata yang keluar dari ulas bibir wanita muda itu.

"Biadab! Isteri you ke biadab macam ni Ray?". Soal Sri Meyna gedik. Lengan sasa Raykal di peluk dari tepi. Terkejut Raykal sehingga tidak sempat nak proses satu-satu.

"Makcik tu yang biadab! Dia ni kan!". Rambut sanggul milik Sri Meyna di tarik kasar oleh Melina. Sakit hati dia tengok lengan suaminya di peluk oleh orang tua gatal ni!

"Argh! Ray, tolong I!". Rengek Sri Meyna. Kedua belah tangannya naik mencengkam kuat bahu Melina. Raykal yang tidak sedap hati mula menarik isterinya ke dalam dakapan. Manakala Sri Meyna pula di tahan oleh Sazy dan beberapa staff bawahan wanita separuh abad itu.

"Suka hati kau je kan sentuh laki aku! Gatal sangat nak jantan muda cari kat luar sana! Hey! Kau tu dah tua, sedar diri sikit!". Jerkah Melina kuat. Dirinya seperti di rasuk. Raykal masih lagi utuh memeluk isterinya.

"Lepas!". Giliran Raykal pula menerima tempias akibat perbuatan Sri Meyna.

"Kita balik okay? Sal, batalkan meeting ni dan batalkan kerjasama antara syarikat kita dengan syarikat Sri Meyna serta merta!". Tanpa berpamitan dengan tetamu, terus Raykal menarik isterinya agar keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

"Sayang okay?". Soal Raykal namun tiada jawapan. Hanya tangisan Melina yang berlagu. Makin tak senang duduk Raykal apabila Melina seakan mengabaikan dirinya. Menonong sahaja dia berjalan, macam takde suami dekat sebelah.

"Sayang.....I'm sorry okay?". Melina masih lagi diam. Turun dekat lobby pun keadaan masih lagi sama. Melina nekad, dia nak balik naik teksi. Nak balik rumah mama dengan papa! Taknak balik rumah suaminya! Semenjak kandungan Melina mencecah empat bulan, memang Raykal ingin mereka duduk berasingan dengan orang tuanya. Lebih privasi, kan?

"Sayang....listen to me please....". Leret suara Raykal seraya menarik isterinya agar berhadapan dengannya.

"I'm sorry....abang langsung tak perasan dia peluk lengan abang tadi.....abang terkejut waktu tu sampai tak sempat nak tepis. Tolong jangan salah faham macam ni.....". Tak putus-putus Raykal cuba memujuk isterinya.

"Okay". Balas Melina sepatah. Raykal seperti cacing kepanasan apabila perkataan 'okay' meniti di ulas bibir Melina. Itu tandanya, Melina betul-betul sakit hati dan sakit dia dah tak boleh nak tempis dekat sesiapa.

"Sayang....".

"Saya nak balik rumah mama dengan papa". Raykal menyibak rambut lebatnya ke belakang. Aduh! Masalah! Kalau mamanya tahu tentang kejadian ini, sudah pasti dia akan di marah habis-habisan. Dan mungkin akan di denda!

"No! Kita balik rumah kita ya, sayang?". Tangan Melina di raih dan di kucup bertalu-talu.

"Saya balik rumah mama dan papa naik teksi....awak baliklah mandi, samak lengan awak yang orang tua tu dah pegang tadi!". Tak tunggu lama, terus Melina menahan teksi yang kebetulan lalu di situ.

"Sayang!". Tak terkata Raykal apabila melihat isterinya sudah selamat membolos masuk ke dalam teksi dan kereta tersebut mula bergerak menyusuri jalan raya.

"Damn!".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience