BAB11

Romance Completed 31632

Baru je nak happy bila balik rumah kedua orang tuanya, terus amarahnya meluap naik apabila melihat susuk tubuh yang amat dia kenali yang sedang galak merenung ke arah dia dan Melina. Siap dengan pakej senyum manis lagi. Ermph, fake!

"Kau buat apa dekat sini?". Soal Raykal tanpa secalit senyum pun yang terukir di ulas bibirnya. Matanya tajam merenung wajah Noah.

"Aunty ajak aku makan tengahari dekat sini, alang-alang aku takde kerja terus datang". Balas Noah. Namun matanya terarah kepada Melina. Kenapa bini orang cantik sangat ni?

"Ha Adrin, Mel.....". Suara Puan Sri Adriana mula kedengaran. Kelihatan mamanya sedang sibuk mengangkat dulang yang berisi teko dan cawan. Mungkin ingin di hidangkan kepada Noah.

"Macam mana?". Soal mama bersama senyumnya. Raut wajah sudah excited gila. Dia yakin, menantunya sekarang ini sedang berbadan dua.

"Alhamdulillah, Mel pregnant!!". Melina menjawab dengan kuat seraya memeluk erat tubuh mama mertuanya.

"Mama dah agak!". Noah sedikit terkejut dengan berita yang di dengarinya sebentar tadi. Berlawan pandang dengan Raykal, terus buku lima di genggam kuat apabila dirinya mendapat senyuman sinis dari lelaki itu.

"Puan Sri, makanan dah siap". Ujar Bik Edah menyentakkan mereka semua.

"Ha, jomlah semua.....tunggu apa lagi". Raykal menarik Melina agar merapat dengannya. Dia takkan melepaskan Melina selagi sepupu laknatnya ada di sini. Dia takkan tenang jikalau Melina menjauh sedikitpun.

"Wah! Ada ayam masak lemak!". Terus kecur liur Melina melihat masakan Bik Edah. Dah lama dia tidak merasa ayam masak lemak.

"Duduk sini sayang.....". Pinggan yang berisi nasi di hulurkan oleh mamanya di sambut. Lauk ayam masak lemak di cedok ke dalam pinggan untuk isteri tercintah.

"Makan banyak-banyak okay?". Pipi Melina di cium sekilas. Noah sudah berasap telinga melihat adegan acah romantik dari Raykal. Sengaja nak sakitkan hatinya yang sedia sakit!

"Amboi Adrin! Tak malu betul kamu ni depan Noah ya". Perli Puan Sri Adriana. Bukannya dia tidak tahu perangai miang keladi anak lelakinya. Nasiblah si Melina ni tidak banyak songeh. Terima aje anak miangnya menjadi suami. Haha.

"Orang kalau dah ada bini. nak malu buat apa? Kecuali lah kalau bini orang lain, ma". Balas Raykal. Ayatnya sengaja di kuatkan agar Noah sedar diri sikit yang dia tu penganggu dalam rumah tangga orang!

"Aunty, I think I should go now....ada hal". Tanpa bersalaman dengan Raykal, Noah laju membuka langkah pergi. Raykal menghembus nafas lega dan senyuman penuh kemenangan.

"Adrin ingat mama tak tahu?". Soalan dari Puan Sri Adriana membuatkan kedua belah kening Raykal terjungkit naik. Senyuman terus pudar.

"Maksud mama?".

"Kamu tak suka dengan Noah kan?". Raykal menolak dinding pipi dalamnya menggunakan lidah. Jarang-jarang tabiatnya yang satu itu keluar.

"Kalau ya?". Soalan berbalas soalan. Raykal seakan bengang apabila mamanya seakan ingin mempertahankan Noah. Sekarang ni, Noah ke dia anak wanita itu?

"Dia tu sepupu kamu, tak patut kamu bencikan dia!". Suara Puan Sri Adriana mula tinggi. Raykal tergelak sinis. Kali pertama mamanya meninggikan suara kepadanya di sebabkan hal sekecil ini.

"Mama ingat Noah tu baik sangat ke? Dia pura-pura baik jelah tu". Tak tunggu lama, Raykal terus angkat punggung berlalu naik ke tingkat atas. Sebelum dia mula hilang sabar, ada baiknya dia terus berlalu.

"Mama jangan ambil hati ya?". Pujuk Melina seraya menggosok lembut kekura tangan wanita separuh abad itu. Kasihan pula.

"Takpe Mel....". Senyuman nipis di berikan agar menantunya itu tidak terlalu risaukan dirinya.

"Mel naik dulu ya mama.....nak tengokkan Raykal....". Usai mendapat anggukkan dari Puan Sri Adriana, Melina mula pasang langkah berlalu keluar dari ruangan makan.

"Emosi nak jadi bapak la ni". Gumam Melina sebelum membuka pintu bilik yang menjadi saksi cinta mereka.

"Sayang pun nak marahkan aku ke?". Soal Raykal apabila melihat isterinya melangkah masuk mendekatinya yang sedang bersantai di kepala katil.

"Siapa cakap sayang nak marahkan suami handsome sayang ni?". Labuhkan duduk, wajah suaminya di usap lembut. Emosi sangat suaminya ni.

"Mama marah aku, sayang.....". Rengek Raykal seraya memeluk pinggang isterinya. Tercengeng Melina untuk seketika. Seakan tak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Suaminya.......

"Ni kenapa menangis?". Soal Melina lembut. Rambut lebat suaminya di usap. Alahai, suami siapa comel sangat ni?

"Kau gelak ke, sayang?". Raykal angkat muka. Berlaga pandang dengan Melina, terus muncung Raykal panjang. Isterinya ketawakan dia! Sampai hati!

"No, mana ada sayang ketawakan abang.....alololo, comelnya dia menangis". Usik Melina. Hidung mancung Raykal yang sudah merah di picit lembut. Air mata yang bergayut di hujung tubir mata di lap.

"Sayang......mama marah aku....". Lepas muncung, tercemik pula bibir dia. Ya Allah! Comelnya!

"Ya ya.....kesian dia kena marah.....sini sayang peluk.....". Sekali dengan Melina turut berbaring. Di usap belakang badan suaminya agar kembali tenang.

"Sayang.....nak cium sini". Bahagian bibirnya di muncungkan ke arah Melina. Mata di pejam, bersedia untuk di cium oleh cik isteri.

"Ummmuah!". Sekali dengan pakej bunyi Melina bagi. Tersengih Raykal apabila mendapat ciuman tiga saat dari Melina. Eleh! Mengada je lebih.

"Lepasni, pergi mintak maaf dengan mama.....faham?". Terangguk-angguk Raykal mendengar arahan dari isterinya. Tersenyum Melina melihat Raykal tidak ubah seperti anak kecil. Aduh, sejak nak jadi bapak ni terus berubah jadi baby besar ya?

"Nak sayang.....". Tak terkata Melina saat bibirnya sudah di pagut rakus oleh suaminya. Ish! Tak sempat nak mengelak.

************

"Sial!!". Cermin pejabat di tumbuk kuat. Cinta yang sedang bermain handphone tersentak! Ish bosnya ni, dia baru nak layan tiktok Dato' Sri Vida.

"Sabar bos sabar!". Cinta mula menenangkan bosnya yang seakan broken. Nyeh! Memang broken pun!

"Kau diamlah! Kau tak tahu apa-apa!". Herdik Noah sedikit kuat. Matanya merah memandang tajam ke arah Cinta.

"Hey bos! Bos ingat saya tak tahu ke bos tu suka dekat bini orang? Tak elok tau bos, tuhan marah!". Ha, kan! Tak pasal-pasal terceramah pula dekat orang!

"Kalau taknak aku pecat, baik diam!". Eleh! Ingat Cinta takut dengan amaran Noah tu? Kalau bukan sebab rasa terhutang budi dekat Dato Qaiser, memang taklah dia nak bekerja di bawah anak beliau yang berlagak ni! Jadi bodyguard pulak tu!

"Ingat saya ni hamak sangat ke nak kerja dengan bos? Aduh!". Cinta mengaduh di hujung ayatnya. Bukan di sebabkan sakit, tapi lebih kepada terkejut.

"Kau diam!". Jerkah Noah kuat. Tepat-tepat di hadapan Cinta. Terdiam Cinta. Risau juga, kang kalau menjawab kena tumbuk nanti!

"Lepaslah bos!". Noah seakan baru sahaja tersedar mula melepaskan cengkaman kuat pada pergelangan tangan Cinta. Merah sudah akibat perbuatan Noah.

"Kau.....sini!". Noah mengheret perlahan lengan Cinta agar mengikutinya. Di dudukkan Cinta sebelum dia berlari anak ke arah meja kerjanya untuk mengambil ubat.

"Sini tangan kau....manja! Cengkam sikit terus merah! Camne nak jadi bodyguard aku". Gumam Noah perlahan, namun jelas menyapa pendengaran Cinta.

"Auch!". Terus Noah angkat muka apabila mendengar decitan dari ulas bibir Cinta.

"Sakit?". Soal Noah di balas gelengan oleh Cinta. Sengih persis kerang busuk di tayangkan.

"Sejuk". Noah memandang lama wajah comel Cinta. Kenapa.....kenapa dia rasa aneh?

"Erk bos.....kalau dah takde pape, saya gerak dulu". Cinta bangkit dari duduk dan berlalu pergi tanpa menunggu balasan dari bosnya. Seram mat dapat renungan pelik dari lelaki itu.

"Haish! Gila kau tenung anak dara orang camtu!". Noah mengutuk diri sendiri. Manakala Cinta di luar bilik sudah panas muka.

"Bos gila!".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience