Laju derap kaki Melina dan Raykal masuk ke dalam wad yang ditempatkan Sazy. Barusan mereka mendapat panggilan dari Shark, yang mengatakan isteri lelaki tersebut pengsan di tempat kerja. Yang paling pelik apabila ada darah di lengan Sazy. Entah apa yang berlaku pun dia tidak pasti.
"Shark! Macam mana dengan isteri kau?". Soal Raykal seraya mendekati Shark yang sudah kelihatan serabut.
"Sazy tak sedarkan diri lagi, doktor cakap kejap lagi sedar.....tapi tak sedar-sedar jugak!". Tangan kecil Sazy di lekapkan ke pipinya. Di cium tangan itu bertalu-talu.
"Apa dah jadi sebenarnya?". Soal Melina. Jatuh kasihan pula dia melihat Shark seperti itu. Sudah tiada lagi wajah cerianya apabila dekat dengan Sazy. Yang ada sekarang, hanya wajah serabut dan risau.
"Aku tinggalkan dia dekat pantry sebab nak beli air favorite dia dekat cafe....bila aku masuk balik, tengok-tengok dia dah tak sedarkan diri dan lengan dia terluka. Macam torehan pisau". Shark bersuara seraya mencium lengan isterinya yang sudah di balut.
"Abang.....". Melina dongak memandang suaminya. Raykal jungkit kening, tanda menyoal.
"Dekat pantry ada cctv?". Soal Melina. Raykal menggelengkan kepalanya.
"Buat masa sekarang takde. Cctv dekat pantry rosak, aku tak sempat nak ganti". Melina mengeluh lemah. Eishlah suaminya ini. Nak tunggu perang dunia kedua baru nak tukar agaknya.
"Jangan marah aku, bukan salah aku pun". Terjungkit kening Melina. Dia takde marah apa pun.
"Mana ada Mel marah abang". Raykal berpeluk tubuh seraya memuncungkan bibirnya. Melina melihatnya rasa nak hempuk aje. Dah tua, tapi mengada aje lebih. Suami siapa entah!
"Tuan.....aku rasa ada orang tak puas hati dengan isteri aku". Shark bersuara apabila sekian lama berdiam diri. Berkerut dahi Melina dan Raykal saat mendengarkan itu. Siapa yang nak berdendam dengan Sazy? Semua orang sukakan Sazy di tempat kerja. Tiada pula salah seorang pekerja Tan Sri Rey yang menunjukkan sikap tidak suka dengan Sazy.
"Senang cerita, kita tunggu isteri kau bangun dulu.....". Masin mulut Raykal. Sazy perlahan-lahan membuka matanya. Kepala masih lagi berdenyut-denyut. Mungkin akibat ubat yang doktor berikan sewaktu dia tidak sedarkan diri.
"Baby!?". Lega hati Shark apabila melihat isterinya yang sudah sedarkan diri. Dahi licin Sazy di cium berkali-kali.
"Syukurlah". Ucap Melina dan Raykal serentak.
"Baby....boleh kau cerita apa yang berlaku sebenarnya?". Soal Shark laju.
"Rileks bro.....bini kau baru sedar tu....bagilah dia proses dulu apa yang dah jadi sekarang...". Tegur Raykal. Kesian pula dia tengok Sazy duk terkebil-kebil pandang muka suaminya yang pucat itu.
"Abang ni.....". Lengan sasa Raykal ditampar lembut. Member dah tak sabar nak tahu apa yang dah jadi sebenarnya.
"Sa....saya tak ingat.....". Sazy bersuara perlahan. Kepala dipegang.
"Betul ke, baby? Betul kau tak ingat apa-apa?". Soal Shark penuh curiga. Sazy menganggukkan kepalanya. Shark mengeluh. Dia bukan taknak percaya, tapi tengok dari raut wajah isterinya....dia dapat rasakan ada sesuatu yang wanita itu sembunyikan.
"Kau rehat dulu Sal....sayang, kau teman Sal....aku nak bercakap dengan Shark kejap". Melina sekadar menganggukkan kepala dan berjalan mendekati katil Sazy.
"Kau fikir apa yang aku fikir?". Soal Raykal kepada Shark apabila mereka berdua berada di luar bilik wad yang menempatkan Sazy.
"Hm". Shark angguk sekali dan berpeluk tubuh. Tak sangka, dia dan Raykal berkongsi otak buat masa sekarang.
"Tapi siapa?". Shark jungkit bahu. Dia pun tak pasti. Tapi sebelum dia masuk ke pantry, dia bertemu dengan Amna. Wait......
"Amna!". Terkejut Raykal apabila mendengar nama sahabat baik isterinya meniti di ulas bibir Shark.
"Asal dengan Amna?". Soal Raykal tak faham.
"Waktu aku nak masuk pantry, aku terserempak dengan Amna.....waktu tu dia macam nak cepat and muka dia pucat gila". Membulat mata Raykal mendengar cerita Shark. Takkanlah......
"Kau.....tak syak Amna kan?". Raykal menyoal Shark kerana dia inginkan kepastian.
"Mestilah.....ya! Siapa lagi kalau bukan dia!". Shark meramas kuat rambut lebatnya. Amna! Kenapa dari awal dia tak fikir benda ni? Kenapa waktu Raykal soal baru dia ingat?
"Macam mana kalau orang yang cuba sakiti isteri kau tu bukan si Amna?". Shark menggelengkan kepalanya.
"Aku yakin Amna! Kalau dia tak buat, mesti waktu dia keluar pantry, dia akan call ambulans atau cakap terus dekat aku....tapi dia just lari!". Raykal mengeluh lemah. Ya tak ya juga.
"So sekarang....apa nak buat?". Shark berpeluk tubuh dan merenung wajah Raykal.
"Aku nak jumpa Amna dan tanya dia pasal benda ni". Raykal mula tidak sedap hati. Habislah kalau isterinya tahu pasal ni. Sensitif ni mat, kalau Melina tahu....dia nak jawab apa?
"Amna ada minta cuti seminggu....". Damn! Shark menyumpah di dalam hati. Makin dia yakin yang Amna ada buat sesuatu kepada isterinya.
"Dia pergi mana?". Soalan Shark di ikuti gelengan oleh Raykal. Amna takde pula bagitahu dia apa-apa.
"Ish Amna ni, memang nak main tarik tali dengan aku!". Shark mula hilang sabar.
"Abang.....". Suara Melina menyapa pendengaran mereka membuatkan Raykal gusar. Alamak! Harap-harap isterinya tidak mendengar perbualan mereka berdua tadinya.
"Shark....Sal panggil". Shark angguk sekali dan berlalu masuk ke dalam wad.
"Abang....Mel dengar Shark sebut nama Amna". Berpeluh dahi Raykal saat ini. Habislah dia. Nak jawab apa ni?
"Entahla Shark tadi.....". Melina melihat suaminya dengan penuh curiga.
"Eh sayang! Aku lupa, tadi mama ada call cakap yang Rais menangis cari mummy dengan daddy dia". Oh god! Dia lupa dengan anak lelaki yang dia tinggal di rumah bersama mertuanya.
"Jom balik?". Ajak Raykal dan Melina mengangguk. Dalam fikiran dia, masih memikirkan tentang tadi. Dia rasa dia memang tak salah dengar. Memang dia dengar Shark sebut nama Amna tadi.
********************
"Ami~~ adi~~". Rengek Rais apabila melihat wajah mummy dan daddynya.
"Iye little boy mummy.....". Pipi Rais digomol geram. Ish! Geram betul dengan pipi montel dia tu.
"Kenapa little boy daddy menangis?". Soal Raykal seraya merenung mata basah anak lelakinya. Tak sangka pula, Rais betul-betul menangis. Di hospital tadi pun dia menipu Melina dengan mengatakan Rais menangis.
"Indu ami......". Balas Rais dengan pelatnya. Biasalah, baru masuk umur 2 tahun. Haihlah, kenapa cepat sangat baby mummy membesar ni? Rasa baru aje semalam beranakkan seketul Rais.
"Rindu mummy je? Daddy?". Rais berjalan terkedek-kedek seperti itik masuk ke dalam dakapan Raykal.
"Indu adi......". Tersenyum Raykal. Comel sangatlah little boy mereka ni!! Eyh!!
"Eleh, bodek!". Tercebik bibir Rais mendengar ayat daddynya. Kau jangan ha! Kecil kecil seketul Rais, dia faham apa yang dikatakan oleh orang tuanya.
"Ais.....indu adi.....". Tergelak kecil Melina melihat percakapan dua beranak itu. Suaminya, suka sangat buli si Rais. Sekejap lagi, makin kuatlah tangisan si kecil.
"Ami~~ Huwaaaaaa~~". Kan dah kata. Laju aje si Rais ni menangis. Bergegar satu banglo dengan tangisan dia.
harap² takde typo. Dan maaf sebab dah lama tak update. saya harap masih ada yang sudi baca hehe. enjoy tau korang....maybe cite ni dah nak habis....saya anggarkan dalam 20 atau 20+.....haha saya pun tak pasti *emoji menangis
Share this novel