"Abang, bangunlah.....". Bahu Raykal di goncang lembut. Dari tadi dia kejutkan suaminya itu, namun tiada sebarang pergerakan.
"Abang!". Kali ini Melina menggunakan suara lantangnya sehingga terbuka kelopak mata Raykal yang tertutup rapat tadinya.
"Apa sayang?". Soal Raykal malas. Mata kembali di pejam. Tak cukup tidur punya pasal, lepas subuh terus terlelap balik. Melina tak sudah-sudah duk berceloteh perihal apa pun dia tidak ingat.
"Abang dah janji nak bawak sayang jalan-jalan hari ni.....". Raykal menghela nafas lemah. Bila masa pula dia ada berjanji nak bawa isterinya jalan-jalan?
"Abang....bangun....". Rengek Melina. Goncangan di bahu Raykal di kuatkan. Heish! Tak puas hati betul la kalau kejut, langsung tak bergerak.
"Lima minit, sayang.....". Balas Raykal seraya membelakangi cik isteri yang sudah menayang raut wajah tidak puas hati.
"Tidurlah sampai abang puas! Saya boleh keluar jalan-jalan sorang!". Bentak Melina seraya bangkit menuju ke bilik persalinan. Eemph! Merajuk dengan encik suami!
"Erh sayang! Jangan nak berani keluar sorang-sorang!". Laju Raykal celikkan mata dan bangkit dari pembaringan. Memang taklah dia nak benarkan isterinya keluar seorang diri. Nanti ramai buaya yang cuba nak terkam kesayangan dia.
"Sayang......". Leret suara saya memanggil isterinya yang menguncikan diri di dalam bilik persalinan. Sah bini dia merajuk.
"Sa....". Suara Raykal tersekat di kerongkong apabila pintu bilik persalinan di buka. Terpampanglah wajah cemberut isterinya.
"Tepi! Saya nak lalu". Makin bengang Melina apabila suaminya sengaja menghalang laluan dia.
"Okay okay. Kita pergi jalan-jalan. Sayang janganlah pergi sorang-sorang". Tubuh kecil isterinya di peluk. Niat nak memujuk.
"Hikss....ab...abang tak bangun pun....waktu Melina kejut tadi...". Teresak-esak Melina di dalam dakapan Raykal. Cuak Raykal di buatnya. Takkanlah hal kecik macam tu pun isterinya Beria menangis macam kena dera?
"Sorry baby penguin......janji tak buat lagi". Raykal mula berikra di hadapan isterinya. Melina ketawa kecil melihat wajah pucat suaminya. Sengajalah dia, buat-buat nangis sebab nak bagi suami dia rasa bersalah. Hehe, jahatnya!
"Olololo baby penguin aku ni....nangis pun comel...". Pipi pau Melina di gomol sehingga cik isteri merengek rimas.
"Cepatlah abang......kita keluar jalan-jalan....". Melina kembali memperingatkan suaminya perihal dirinya mahu bersiar-siar.
"Tunggu kejap tau, aku nak salin baju....". Raykal menghadiahkan ciuman hangat di dahi Melina. Nasib isterinya ingatkan.
***********
"Abang nak ais krim!".
"Abang nak jagung bakar kat situ!".
"Abang nak tu....".
"Abang.....".
Naik pening Raykal melayan karenah isterinya. Bukannya dia tak tahu, isterinya sengaja nak kenakan dia. Dah banyak sangat makanan yang dia beli tadi, satu habuk tak habis makan. Yang jadi mangsa, dia! Terpaksa habiskan makanan yang isterinya beli.
"Apa lagi sayang? Dah banyak ni kau beli. Kau tahu tak boros tu amalan siapa?". Soal Raykal garang. Melina tersengih memandang suaminya. Hehe sorry abang!
"Hehe, jom balik....sayang penatlah". Nafas lega di hela. Akhirnya, bolehlah dia rehatkan balik badan dia. Katil empuk di homestay sudah memanggil-manggil dirinya.
"Jom". Sepatah balasan dari Raykal membuatkan Melina tidak senang duduk. Selalu 'jom sayang'. Sekarang 'jom' aje?
"Terima kasih abang dah bawak sayang jalan-jalan....sayang abang banyak-banyak!". Pinggang Raykal di peluk dari tepi. Kesian juga tengok suaminya sedari tadi memenuhi kehendak gilanya.
"Hm, sayang kau jugak walaupun sengal sikit". Tersenyum Raykal apabila muka Melina sudah cemberut memandangnya.
"Abang sepupu....". Berkerut dahi pasangan suami isteri itu apabila seseorang menegur mereka dari arah belakang. Badan segera di kalihkan ke arah si pemanggil.
"Noah....". Nama sepupunya di sebut perlahan. Bukan main lebar lagi senyuman si Noah apabila melihat raut terkejut Raykal.
"Datang honeymoon?". Soal Noah seakan mengejek. Raykal mengetap kuat rahangnya. Melina yang sedar akan perubahan pada raut wajah Raykal mula menggosok lembut lengan sasa suaminya. Dia sudah sedia maklum perihal hubungan renggang antara Raykal dan Noah. Mereka berdua boleh di ibaratkan musuh.
"Kitorang datang honeymoon. Nak proses baby banyak-banyak". Jawapan dari Raykal membuatkan wajah Melina bertukar kemerahan. Asal jawapan tu juga dia bagi? Memang dah takde ayat lain yang elok sikit?
"Balik dulu, nanti lewat pulak proses buat baby nak berlaku. Cau!". Tanpa menunggu balasan dari Noah, laju Raykal menarik pinggang ramping isterinya agar mengikuti langkahnya, meninggalkan Noah yang sudah bengang.
"Nanti kau tahu la apa yang aku boleh buat untuk pisahkan kau dengan Melina!". Gumam Noah seraya ikut melangkah pergi ke arah yang bertentangan. Akal tengah ligat memikirkan cara untuk merampas Melina dari sepupunya. Kemudian, senyuman sinis terukir.
************
"Hebat woooo jawapan abang tadi". Suara Melina memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka di dalam kereta.
"Memanglah.....tengok suami siapa!". Dengan bangganya Raykal membalas sebelum telinga di pulas sedikit kuat oleh Melina.
"Aduh duh sayang! Sakit!". Adu Raykal seraya mencengkam kuat stereng kereta. Sakit siut kena pulas telinga. Last kena, waktu dia tadika.
"Eee abang ni! Geram saya! Tak malu ke dengan Noah?". Usai memulas telinga suaminya, laju juga tangannya naik menggosok telinga encik suami yang sudah bertukar merah. Biasalah, kulit putih. Usik sikit dah merah.
"Noah tu menyakitkan hati. Cara dia pandang sayang macam dia nak makan sayang tau!". Celoteh Raykal seraya menepis lembut tangan isterinya yang sedang menggosok lembut telinganya.
"Alolo....suami sayang ni.....cemburu eh?". Usik Melina. Makin galak dia ketawa apabila melihat muncung itik suaminya. Comel je!
"Aku cemburu, sayang....". Rengek Raykal seraya memeluk tubuh isterinya apabila keretanya sudah selamat sampai di hadapan homestay.
"Sayang tak pandang pun dia, bukannya handsome.....handsome lagi suami sayang ni.....dahla manja mengalahkan baby". Rambut lebat Raykal di usap lembut. Terdongak kepala Raykal memandang isterinya. Senyuman gatal yang terukir di ulas bibir encik suami membuatkan Melina cuak.
"Sebut pasal baby.....jom kita buat baby....biar cepat-cepat ada isi dalam ni!". Perut kempis Melina di pegang.
"Ha! Jangan nak mengada....saya nak sambung makan makanan yang saya beli tadi". Badan Raykal yang menempel dengannya di tolak lembut. Malas dia nak layan perangai ulat bulu suaminya itu.
"Alaaa sayang.....". Rengek Raykal seraya melangkah keluar dari perut kereta. Langkah isterinya di kejar pantas.
"Mama dengan papa teruja sangat nak tunggu cucu.....jomlah....". Raykal tak habis-habis memujuk cik isteri agar memenuhi kehendak batinnya.
"Lepas makanlah abang....biar sayang isi tenaga dulu okay?". Tersenyum sampai ke telinga apabila mendengar balasan dari isterinya.
"Okay sayang! Abang boleh tunggu". Terus tubuh kecil Melina di dukung. Terjerit kecil Melina akibat terkejut. Haihlah suami, memang tak menyabar betul.
"Turunkan sayang!". Arah Melina geram.
"Taknak! Sayang jalan slow macam siput". Amboi! Seronok betul kutuk isteri sendiri eh? Dia tu yang tak menyabar!
"Eish! Abang!!".
Noah ni kenapa eh? Siapa single, ambiklah si Noah ni! Buat semak aje dalam ni.....
Share this novel