"Abang, kenapa?". Soal Melina apabila melihat wajah suaminya yang kelihatan gusar. Rais yang mula merengek kecil di dalam dukungan di tepuk perlahan.
"Abang okay je, sayang....". Raykal mendekati Melina yang sedang memujuk hero mereka. Labuhkan duduk di sebelah isterinya, terus fikirannya terasa lapang. Dia terlalu tertekan dengan kerja dan masalah yang melanda. Dia berharap masalah tersebut tidak akan dapat di hidu oleh isterinya. Dia tidak mahu isterinya risau.
"Tipu....abang tipu Mel.....". Tergelak kecil Raykal melihat muncung itik isterinya. Rais di ambil sebelum di gomol pipi kemerahan anak lelaki mereka sehingga anak mereka menyemburkan air liur.
"Anak baru je nak tidur". Melina tersenyum kecil melihat jari kecil si Rais cuba menepis ciuman dari Raykal.
"Biarlah, anak abang jugak". Melina memincingkan mata ke arah suaminya. Eleh, anak dia konon. Waktu Rais menangis nak susu, bukannya dia boleh bagi. Eh!
"Tak sangka anak daddy ni dah tiga bulan lebih.....aummm baaaa!". Raykal terus menggomol anak lelakinya. Perut bulat Rais juga menjadi sasaran mulut Raykal.
"Kenapa awak ni comel sangat?". Soal Raykal kepada anak lelakinya. Melina menggelengkan kepala bersama senyuman manis. Dah banyak kali soalan itu di soal Raykal. Bukan Raykal saja yang obses dengan kecomelan anak mereka, tetapi Sazy, Shark, Amna, Tan Sri Rey, Puan Sri Adriana dan kenalan-kenalan dekat mereka.
"Kejap lagi mama dengan papa nak datang dan mama cakap dia ada bawa tetamu jugak". Melina mengangguk dengan dahi yang berkerut sebelum wajah suaminya di tenung dalam.
"Siapa tetamu yang nak datang sekali tu?". Raykal menjungkitkan bahu sekali. Dia pun tidak tahu siapa tetamu yang akan turut serta.
"Kalau macam tu, saya nak siapkan makanan dulu....abang jagakan Rais kejap tau". Raykal mengangguk dan terus menepuk punggung anaknya agar kembali lena.
****************
"Pukul berapa mama dengan papa nak datang?". Soal Melina apabila selesai membersihkan diri dan mengenakan dress paras betis berwarna putih. Rambut di ikat kemas.
"Cantiknya isteri abang ni.....". Galak mata Raykal merenung isterinya dari atas sampai bawah. Isterinya terlalu berseri dan cantik.
"Assalamualaikum!". Seseorang memberi salam dari luar rumah. Dan pastinya orang tua Raykal dan tetamu misteri mereka hari ini. Haha, misteri lah sangat.
"Abang buka pintu, Mel nak ambil Rais". Melina mengambil Rais yang sedang bermain dengan anak patung beruang pemberian Sazy. Memang itu je anak patung yang anak lelaki mereka suka. Usai melangkah ke tangga terakhir, Melina aneh apabila melihat suaminya masih lagi berdiri di hadapan pintu yang sudah terbuka lebar.
"Abang? Kenapa tak ajak mama dengan papa masuk?". Soal Melina seraya mendekati suaminya yang seakan terkaku. Saat terpandang satu persatu wajah yang ada di hadapan pintu, dahi Melina mula berkerut.
"Pa, ma? Masuklah....". Puan Sri Adriana dan Tan Sri Rey tersenyum dan melangkah masuk.
"Noah, Cinta....meh masuk sekali". Raykal mendengus sebal. Dah lama dia tidak bersua muka dengan sepupunya itu. Tapi hari ini, mama dan papanya yang bawa lelaki itu.
"Duduklah dulu, Mel ambilkan air". Lengan Melina di pegang lembut oleh Puan Sri Adriana.
"Tak payah Mel.....duduk sini dengan kitorang.....". Melina mengerutkan dahinya. Asal rasa pelik pula kali ni? Rais di serahkan kepada Tan Sri Rey sebelum dia melabuhkan duduk di sebelah ibu mertuanya. Wajah Noah dan gadis bernama Cinta di tatap bersilih ganti.
"Kenapa ma? Kenapa pelik sangat ni?". Soal Melina seraya tertawa kecil. Hendak menutup gusar di hati.
"Takdelah sayang, mama suruh Mel duduk aje....". Raykal di sebelah di tatap. Jujur Melina tak selesa dengan keadaan sekarang. Canggung betul rasanya. Naik pandang wajah Cinta, Melina kemudian mentafsir benda negatif. Entah-entah si gadis ni nak goda Raykal? Ataupun nak....
"Kamu ni banyak sangat fikir.....". Kedengaran suara Tan Sri Rey membuatkan Melina tersentak.
"Cinta dengan Noah teringin sangat nak tengok anak korang.....sebab tu mama bawak sekali diorang". Melina mengangguk perlahan. Cinta galak merenung Rais yang berada dalam dukungan Tan Sri Rey.
"Eeee comelnya awak". Gumam Cinta sedikit kuat. Noah menggosok lembut kepala bekas bodyguardnya itu.
"Nanti kita pun nak ada baby jugak, kan?". Merah muka Cinta saat Noah membisikkan ayat tersebut ke telinganya. Laju sahaja tangannya naik mencubit perut keras Noah.
"Dengar kata minggu depan korang nak kahwin?". Raykal mula bersuara setelah lama mendiamkan diri. Kad undangan kahwin Noah dan Cinta di pandang lama. Nasib baiklah Noah dah nak kahwin, takdelah ganggu dia dan Melina nanti.
"Haah, korang datanglah. Bawak Rais sekali". Noah tersenyum ke arah abang sepupunya. Wajah Melina dia tidak pandang kerana risau jikalau Raykal masih menganggap dirinya masih menyukai isteri lelaki itu.
"Insya-Allah.....".
Tak lama kemudian, tangisan Rais bergema di ruang tamu. Tangan kecilnya menerawang ke udara.
"Shhhh sayang....kenapa ni?". Soal Puan Sri Adriana seraya mengambil Rais dari dukungan suaminya.
"Dia nak menyusu la tu, ma....padahal baru aje menyusu tadi...". Di sebabkan tangisan Rais yang tidak surut, Melina membuat keputusan untuk menyusukan Rais di dalam bilik.
"Abang layan tetamu jap, Mel nak susukan Rais". Muncung terus Raykal apabila melihat isterinya sudah naik ke tingkat atas. Dia takde mood la kalau isteri nampak takde dekat sebelah.
"Ma......mama layan tetamu eh....Adrin nak naik tengok baby". Puan Sri Adriana menggeleng perlahan kepalanya apabila melihat anak lelakinya laju memanjat tangga ke tingkat atas. Tetamu ni macam mana?
"Jomlah kita pergi makan, layan diri.....". Kata Tan Sri Rey, kemudian bergema ruangan tersebut dengan tawa mereka. Haih, nampak sangat si Raykal ni kekurangan kasih sayang dari Melina.
"Ni Cinta, cedok aje lauk yang kamu suka. Banyak juga lauk si Mel ni masak". Cinta sekadar mengangguk saat di pelawa oleh Puan Sri Adriana.
"Sedapnya bau ayam pedas ni....". Cinta sudah kecur liur apabila aroma ayam pedas mula menyengat ke hidungnya.
"Love, kau takleh makan kan....lupa apa doktor cakap?". Tegas Noah bersuara menyebabkan Cinta mencebik. Ya, dia ingat.
"Tapi awak....sikit aje.....". Noah menggeleng. Dia taknak tunangnya itu sakit lagi.
"Kenapa dengan Cinta?". Soal Puan Sri Adriana ingin tahu. Wajah tegang Noah di pandang.
"Doktor suruh Cinta berpantang dari makan benda pedas". Cinta mencebik lagi. Ayam pedas bukannya pedas sangat pun. Bukannya pedas macam ramen atau maggie pedas giler.
"Lauk tu bukannya pedas pun". Gumam Cinta. Terus mendapat jelingan maut dari Noah.
"Tak kisah, aku taknak kau makan makanan yang ada sikit pun lada.....faham?". Tersenyum Puan Sri Adriana melihat anak saudaranya itu. Sayang betul dekat Cinta. Takut sangat kalau benda buruk berlaku.
"Ni, ayam sup.....tak pedas.....". Ayam sup pun ayam sup lah. Asalkan dapat makan.
"Good girl..... that's my love!".
Niat nak update petang nanti, tapi dah terlanjur tertekan nk buat macam mana kan? hehe.....lagipun saya excited bila ada yang sudi baca novel tak seberapa saya ni, Thanks untuk awak semua dan awak yang chitchat dengan saya dekat IG tu haha....sayang korang banyak², amore..... IG : sara_dontknow
Share this novel