BAB14

Romance Completed 31632

Raut wajah Lena Melina ditatap penuh kasih sebelum tangan kasarnya naik mengusap lembut pipi gebu kemerahan milik isterinya. Tak sempat nak labuhkan ciuman, kedengaran bunyi deringan telefon membuatkan Raykal tersentak. Tengok nama si pemanggil, terus Raykal angkat.

"Hello.....dah settle?". Soal Raykal kepada si pemanggil. Bangkit dari pembaringan dan Raykal mula mengatur tapak ke luar balkoni bilik. Taknak isterinya mendengar perbualan antara mereka.

"Hm....baguslah kalau macam tu....". Terkejut Raykal apabila ada sepasang tangan yang memeluknya dari arah belakang. Pusing tubuh, kelihatan isterinya yang sedang tersenyum manis sebelum melabuhkan ciuman bertalu-talu di dadanya yang tidak berbaju. Geli pula dia rasakan.

"Apa-apa update dekat aku...cau". Usai mematikan panggilan, Raykal membalas kembali pelukan isterinya.

"Dah bangun eh? Ingatkan taknak bangun dah tadi....". Hidung mancung Melina di cuit lembut.

"Mestilah Mel bangun....abang tak peluk....". Rengek Melina seraya memuncungkan bibirnya. Tertawa kecil Raykal melihatnya. Mengada betul ya? Tapi takpelah, dia lagi suka!

"Dah! Jom mandi, lepastu turun breakfast.....". Melina mengangguk sebelum memusingkan badannya untuk masuk kembali ke dalam bilik.

"Hey hey....tunggu abang...". Lengan Melina dikelar lembut, dan mereka bersama-sama melangkah masuk ke dalam bilik air.

"Abang.....". Panggil Melina. Raykal menoleh sebelum menjongketkan kening kanannya.

"Boleh tak kita tinggal dengan mama dan papa sampai Mel lahirkan baby?". Soal Melina. Oh oh! Sudah tentu tidak boleh!

"Sayang.....kan kita dah bincang pasal ni? Kandungan sayang belum cecah sembilan bulan....jadi, the answer is no". Tercemik Melina dibuatnya. Kenapa suaminya beria sangat nak duduk asing dari orang tuanya? Kalau tinggal sekali, dia adalah jugak kawan untuk ajak borak.

"Kenapa? Boleh la.....". Raykal geleng lagi. Dia takkan termakan dengan pujuk rayu isterinya. Dia bukan apa, bila duduk dengan mama dan papa, mereka takde privasi tahu tak! Nak cium-cium kena masuk bilik dulu. Susah tau nak tahan!

"Jom mandi.....". Giliran Melina pula menggelengkan kepala. Ermph! Dia nak merajuk!

"Sayang.....abang bukan apa, kalau tinggal sekali dengan mama and papa...susah tau tak abang nak tahan dari cium sayang depan diorang.....nak buat projek pun kena slow-slow....mana boleh camtu, sayang.....". Merah muka Melina mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari ulas bibir suaminya. Alahai encik suami!

"Mandi jom?". Perlahan-lahan Melina menganggukkan kepala sebelum tubuhnya di heret oleh Raykal untuk masuk ke dalam bathtub.

"Abang!". Terkejut bukan kepalang Melina apabila melihat suaminya dengan selamba membuka boxer di hadapannya.

"Macamlah tak biasa, nakal sayang ni!". Hidung mancung Melina dipicit membuatkan Melina terjerit kecil.

"Sakitlah.....".

***************

"Yunk......". Panggil Tan Sri Rey meleret namun isterinya tidak membalas. Nak pandang pun taknak tau! Biar suaminya sakit hati!

"Morning ma, pa". Raykal menarik kerusi untuk isterinya sebelum dia melabuhkan duduk di sebelah.

"Morning Mel.....Mel nak nasi goreng atau roti bakar?". Soal Puan Sri Adriana seraya mengambil pinggan kosong.

"Roti bakar, ma....Mel takde selera nak makan nasi". Jawab Melina bersama senyum manisnya. Tangan suaminya yang berada di paha, di usap lembut sebelum menarik mendekat ke bibirnya untuk di cium.

"Abang taknak makan?". Soalan dari Melina di ikuti gelengan oleh suaminya. Dahi Melina berkerut. Dah kenapa pula suaminya. Selalu pantang ada makanan depan mata, terus di ngap.

"Sayang suap......". Leret Raykal manja. Sudah tidak kisah dengan keadaan sekelilingnya.

"Amboi Adrin! Hormatlah sikit orang dekat depan ni". Suara garau Tan Sri Rey mula kedengaran. Tertawa besar Raykal, manakala Melina pula sudah merah mukanya akibat malu.

"Sorry pa, tak sempat nak brek". Balas Raykal bersama sengih tak bersalah. Cebisan roti bakar yang di hulurkan oleh isterinya, di makan penuh berselera.

"Korang nak balik terus ke lepas breakfast?". Soal Puan Sri Adriana. Raykal dan Melina mengangguk serentak membuatkan raut wajah Puan Sri Adriana terus masam.

"Apa salahnya korang duduk dekat sini sampai Mel beranak, kan senang...". Raykal mengeluh lemah. Akal fikiran perempuan ni memang sama kan? Tadi Melina yang fikirkan perihal ini, sekarang mamanya pula.

"Kan Adrin dah bagitahu, genap aje kandungan Mel sembilan bulan....kitorang tinggallah dekat rumah mama dan papa". Tercebik bibir Puan Sri Adriana mendengar balasan dari ulas bibir anaknya.

"Kamu pun, yunk....biarlah budak-budak ni.....diorang pun nak ada privasi jugak". Tan Sri Rey tukang backup anak lelakinya. Terus dapat jelingan tajam dari Puan Sri Adriana.

"Tu tu.....mengutuk abang dalam diam kan?". Soal Tan Sri Rey acah-acah garang. Bukannya dia tidak tahu perangai isterinya itu. Kalau dah duk jeling-jeling, adalah tu benda yang dia membebel di dalam hati.

"Pa, ma....kitorang dah selesai breakfast, kitorang gerak dulu". Raykal dan Melina serentak bangun. Kekura tangan Puan Sri Adriana di kucup hangat oleh Melina sebelum tubuhnya di peluk.

"Mel jaga diri tau! Jaga baby baik-baik....mama sayang korang....". Melina mengangguk bersama senyuman manis yang tak pernah pudar. Tapi dalam masa yang sama, hati dia juga terasa berat ingin melangkah pergi. Apatahlagi pesan yang di sampaikan oleh ibu mertuanya seakan.....

"Adrin macam mana? Mama tak sayang ke?". Soal Raykal buat-buat sedih. Walhal takdelah sedih sangat.

"Apa pulak tak sayang anak jantan mama ni....sini....". Puan Sri Adriana terpaksa mendongakkan sedikit kepalanya. Maklumlah, tinggi Raykal ni macam galah. Sama seperti Tan Sri Rey.

"Kitorang gerak dulu. Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam...". Hilang sahaja kelibat anak menantunya, laju perut Tan Sri Rey di cubit halus.

"Sampai hati tak backup saya kan?". Usai menuturkan ayat tersebut, laju kaki melangkah masuk ke ruangan dapur.

"Aduh.....sakitnya....nasib sayang". Omel Tan Sri Rey seraya menahan pedih di tempat yang di cubit isterinya.

***************

"Betul ni nak ikut abang pergi pejabat?". Melina menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh.

"Okay....bagi kiss dulu....". Bibir Raykal memuncung ke depan. Bersiap sedia untuk di cium oleh isterinya.

"Abang........taknaklah.....". Rengek Melina manja. Malu la dia nak cium suaminya. Hehe.

"Hurry up baby penguin.....". Gesa Raykal. Melina perlahan-lahan mendekat dan melabuhkan ciuman sekilas pada bibir suaminya.

"Alaaaaa sekejapnya, sayang.....". Melina menggelengkan kepalanya perlahan. Taknak dah!

"Abang.....mandi jom.....". Ajak Melina bersama makna yang tersirat. Raykal terdiam seketika sebelum perlahan-lahan mengukir senyuman nakal. Nyah! Dia dapat baca fikiran isterinya.

"Let's go, baby penguin!". Bila dah laki bini sama naik gatal, jawabnya tak ke pejabatlah. Walhal baru aje mandi dekat rumah orang tua Raykal pagi tadi. Tengahari pun lambat lagi nak masuk.

"Abang sabar!!". Bergema jeritan Melina di dalam bilik air. Ya Allah laki bini ni, gelojoh betul kan? Kesian baby dalam perut!

"Sayang!! Sakit!! Jangan gigit perut abang! Habislah sixth pack aku!!". Giliran Raykal pula menjerit kuat. Mahu tercabut isi perut dia apabila gigit kuat isterinya bermain di situ.

Hey what's up? korang sihat? lama tak update abe Raykal.....rindu tak? haha....masih ada yang sudi baca abe Raykal tak? kalau ada, jangan lupa rate and comment okay? kalau nak tengok teaser abe Raykal....boleh follow IG saya.... IG- sara_dontknow enjoy this chapter mi amore......lope you guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience