Bab 2

Horror & Thriller Completed 27943

'Kita jumpa. Kalau Lisa nak tau siapa abang. - Ray'.

Sekeping nota diselitkan di bawah pintu rumah. Padahal aku dah kunci gate parking. Barangkali dia memanjat gate. Aku rasa terganggu dengan nota tu. Siapa dia? Apa dia mahukan? Kenapa dia sihirkan aku? Suara bisikan yang kadang-kadang muncul. Aku takut. Tasha suruh aku relaks. Aku dah buat laporan polis. Aku dah tak tahan dengan gangguan begini. Ray makin berani. Baru-baru ni aku menerima bungkusan cantik, tetapi di dalamnya ada patung Vodoo. Tu kan patung cucuk-cucuk buat orang sampai mati.
Ray mahu bunuh aku ke? Siapapun dia, aku tak mahu cari pasal. Patutkah aku jumpa dia berdepan? Kalau dia bunuh aku macam mana? Tasha cakap jangan. Kalau nak jumpa jugak, pasang perangkap untuk tangkap Ray. Entahlah. Aku tak boleh fikir apa-apa sekarang.

Aku duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton Running Man. 1 mesej diterima masuk. From anynomous. Mesej bergambar. Terbeliak mata aku. Gambar aku. Gambar aku sedang menonton televisyen. Baju yang sama aku tengah pakai sekarang. Ini melampau. Aku sedang diperhatikan. Mataku melilau sekeliling. Pasti ada CCTV tersembunyi. Aku mendail nombor Tasha.

"Yes Lisa. I'm on the way. Kejap lagi aku sampai. Dah dekat simpang ni."

"Beb, dia letak CCTV beb. Aku sedang diperhatikan." Aku mula tak tentu arah.

"What? Kejap.... Kejap. Sabar. 2 minit." Tasha terus mematikan telefon.
Aku duduk terhenyak. Kenapa aku terkena dugaan begini?

Tak lama kemudian, Tasha terpacul di muka pintu. Tasha terus memeluk aku.

"Mana gambar tu?" Aku terus menunjukkan handphone.

"Dia ni dah gila. Apesal dia takutkan kau? Kejap, aku call Inspektor Hassan."

30 minit kemudian, Inspektor Hassan datang. Orang-orangnya berjaya mengesan CCTV tersebut.
Dekat ruang tamu ada 3, semuanya diletakkan di sudut. Dapur 1, nasib baik bilik air dan bilik tidur takde. Aku risau jugak kalau dia pervert. Lega aku tidak diintai sampai dalam bilik tidur.

"Cik Lisa, kami akan ambil CCTV ni. Macam mana you guys boleh tak perasan ada yang sedang perhati? But, I think maybe sebab camera ni kecil. Hati-hati ye lepasni. Kalau dia ugut pape, terus call saya." Aku mengangguk. Sakit kepala dengan semua ni.

1 mesej diterima masuk. 'Sayang, abang tak jahat. Abang nak jumpa Lisa. Kita jumpa. Lisa jangan bagitau Tasha atau polis. If you really wanna know me. - Ray'.

Sesuatu menggangu fikiran sekali lagi. Aku terus delete mesej tu.

'Nape taknak balas, kalau Lisa tak datang kat abang, abang yang datang kat Lisa. Tunggu...'

Aku mencampakkan handphone ke atas sofa. Ting tong... Loceng rumah berbunyi. Ray datang ke? Aku mengintai dari tingkap. Seseorang berdiri di luar. Wajahnya tak dapat kulihat dengan jelas. Dia memakai topeng muka.

'Tak berani nak buka pintu ke? You can't run away from me. You are mine, Lisa.'

This stupid guy mula menggugut aku. Nak bunuh aku la. Nak jumpa aku la. Paling tak tahan, dia kenal orang sekeliling aku. Family aku. Aku taknak dia apa-apakan orang yang aku sayang. Shit..

'I don't wanna know you. Go to hell.'

Aku berbalas mesej dengan mamat gila ni.

'Okay, jangan menyesal. Aku boleh buat kau jadi gila. Gilakan aku. Kau nak macam tu? Jangan berkasar, Lisa. Kita kenal. I know you well.'

'Kau dah buat aku jadi gila pun. Kau ganggu hidup aku 24 jam, bunuhlah aku kalau itu yang boleh puaskan hati kau.'

Amarah aku sudah sampai memuncak.

'How can I kill you, Lisa? Abang sayang Lisa. Jangan ego. Jom jumpa.'

Arghh!! Aku terus mematikan handphone. Tak guna berbalas mesej dengan stranger.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience