Bab 15

Horror & Thriller Completed 27943

Demam Ray dah kebah. Nasib baik dia tak degil makan ubat. Tiap kali paksa dia makan ubat, aku terpaksa panggil dia 'sayang'.

Cehh... Mengada.

Tapikan... Aku dah mula rasa selesa dengan Ray. Dah kurang sikit rasa takut. Mungkin sebab aku dah pandai jaga hati dia sikit kot. Taknak dia naik hangin. Nanti tak pasal kena toreh muka dengan pisau.

Susah nak kawal hangin Ray. Kena cakap berlembut. Tak boleh nak kasar. Makin aku kasar, makin dia kasar.

Lagipun, Ray dah janji. Kalau aku ikut semua cakap dia, nanti dia tunjukkan diri dia yang sebenar. Yang paling penting, mamat psiko ni dah pandai senyum manis kat aku. Dah takde senyuman jahat lagi.

"Lisa... Malam ni ikut abang keluar."

Aku pandang dia sekilas, sambil tangan menyiram pokok bunga. Keluar? Pergi mana?

"Ikut awak pergi mana, Ray?"

Kalau nak dinner luar, dia boleh masak kat rumah. Mak Temah pun boleh masak.

"Rahsia." Dia senyum penuh makna.

Janganlah takutkan aku lagi.

"Ajak Mak Temah tak?"

Eh, kenapa aku seret nama Mak Temah sama?

"Kita berdua je. Malam ni akan jadi paling special untuk kita."

Aku ada rasa kelainan pada kata-katanya. Special? Aku dengan Ray?

Kenapa mesti kat luar? Aku jadi berdebar.

"Tapi... Saya macam malas je nak keluar. Kita stay rumah jela."

Aku cuba berlembut kata.

"No. Ikut abang, Lisa. Malam ni penting untuk kita berdua."

Seramnya...

"Remy ikut tak? Bawak dia sekali."

"Tak... Only us."

Aku taknak berdua je. Kalau dia tolak aku dari bangunan tinggi macam mana? Kalau dia langgar aku masa dia tak boleh kawal diri? Kalau dia racun aku, dalam makanan?

Aku dah mula gelabah. Mula membayangkan yang bukan-bukan. Risau. Fikir positif, Lisa.

"Okay, Ray. Saya ikut awak."

Aku terpaksa. Rela atau tidak aku kena ikut dia.

Dia senyum lebar.

"Okay, sayang. Malam ni. Abang ada belikan baju. Nanti pakai tau. Thank you, sayang."

Dia nampak riang. Aku terus terhenti menyiram. Lisa... Kau tak takut ke?

Aku meneguk air liur. Dan, termenung panjang.

Gaun hitam paras betis ku acukan ke badan. Seksinya. Seksa nak pakai. Aku mengeluh. Kena pakai jugak ke?

Mak Temah muncul di balik pintu.

"Lisa... Bersiap la cepat. Tuan Ray tunggu kat bawah."

Aku serba salah. Kenapa aku kena ikut cakap orang?

Akhirnya, aku pakai jugak. Mak Temah mendandan rambut aku dan make-up kan aku sedikit.

Ray dah tunggu aku di bawah. Dia nampak... Kacak... Tapi, topeng buruk dia tu tetap aku benci. Dia terpegun memandang aku.

"Lisa... Cantik sangat. Abang suka tengok Lisa pakai baju ni."

Aku senyum sedikit.

Dia nak drive sendiri. Without Remy. Only us. Seramnya ayat dia. Kalau psiko dia datang, siapa nak selamatkan aku?

Sepanjang perjalanan, aku hanya diam. Hanya biarkan dia yang bersuara.

Ray perasankan aku diam.

"Lisa, are you alright? Diam je. Takut dengan abang ke?"

Aku menoleh ke arah Ray. Aku macam tak berapa sedap hati.

Aku menggeleng. Aku cuma risau. Ray nak tunjuk diri dia yang sebenar atau dia ada muslihat lain?

Aku harap semuanya okay.

Akhirnya setengah jam kemudian, kami sampai juga ke destinasi yang dituju. Kami turun dari kereta.

Ray memaut lengan aku seolah tak mahu aku lari dari dia. Dia asyik senyum je. Entah kenapa aku rasa senang melihat senyuman dia.

Ray membawa aku ke tepi pantai. Ada table dan candle. Dia nak ajak aku candle light dinner ke?

Mamat phantom opera ni mula nak beromantik.

Aku melabuhkan punggung, bertentang mata dengan Ray. Hati aku jadi tertanya, jika aku tahu siapa dia, bolehkah aku terima kenyataan yang akan membuatkan aku tersembam jatuh?

Ray macam nampak da ready. Aku yang rasa gementar.

"Sayang, kita makan... Makanan ni abang reserved special. Dan... Abang dah booking bilik."

Muka aku dah jadi biru. Takut... Mana nak lari?

"Banyaknya makanan ni, kita dua je yang makan. Saya bukan makan banyak pun."

Aku menatap ayam panggang dan beberapa makanan lain. Mengelak dari memberi respons kepada ayat terakhir dia.

"Makan banyak sikit sayang. Mungkin malam ni kali terakhir kita makan sama."

Aku terhenti pandang makanan di dalam pinggan. Menatap dia.

"Apa maksud awak?"

"Nothing. Dah, jom makan."

Ray diam. Mula mengunyah.

Aku jadi termati selera. Mulut mengunyah, menelan rasa tapi rasa seperti pasir.

Usai makan, Ray menuju ke piano di tepi kami. Dia memainkan lagu Beethoven Virus. Lagu kesukaan aku juga. Tapi, aku tak betah untuk mendengar. Kenapa aku rasa sedih begini?

Air mata aku berjuraian. Memandang dia, seakan sesuatu yang menyakitkan. Sekian lama terpendam dalam hati aku.

Ray... Siapapun awak, saya jadi takut.

Aku tak perasankan sejak bila dia menghilang. Tiba-tiba bahu aku disentuh. Staff hotel.

"Cik Lisa, Tuan Ray suruh saya bawak Cik Lisa naik ke atas."

Aku pandang staff tersebut.

"Pergi mana?"

"Naik ke bilik."

Ni yang aku takutkan. Aku ikutkan juga staff hotel tersebut.

Sampai di depan pintu bilik, staff hotel tersebut membukakan pintu untuk aku. Aku menarik nafas panjang. Semoga tiada apa-apa akan berlaku. Hati aku berdebar kencang.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Mata melilau mencari Ray.

"Ray..."

Sunyi sepi. Dia duduk di satu kerusi. Memandang aku tanpa berkutik.

"Lisa... Malam ni abang nak reveal siapa abang sebenarnya."

Aku tunduk. Aku tiba-tiba tak bersedia nak tahu kebenaran. Takut hakikat yang menyakitkan.

"Tapi, sebelum tu... Abang nak sesuatu."

Muka aku pucat tak berdarah.

"Aw... Awak na... Nak.. Apa?"

Aku nak lari tapi tak berdaya.

"Kenapa? Takut? Lisa yang nak tau sangat siapa abang, kan?"

"Apa... Apa yang kita buat dalam bilik ni? Saya nak balik."

Aku memusingkan badan. Dia tahan aku. Rentap tangan aku.

"You can't run away. Tak guna nak patah balik."

Sakit. Aku takut bila dia berkasar.

"Ray... Please... Saya takut."

Tiba-tiba dia gelak berdekah.

"Abang tak buat pape pun. Kenapa nak gelabah sangat?"

"Pejam mata. Tatap wajah abang dalam-dalam."

Kebenaran. Sesuatu yang paling aku takutkan.

Aku memejamkan mata. Dan... Setelah aku buka.

Jantung aku berdegup laju.

Dia? Lelaki itu. Ya Allah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience