Bab 1

Horror & Thriller Completed 27943

Tak cukup tidur! Pagi ni aku rasa mengantuk yang teramat. Malam tadi aku dikejutkan dengan bunyi kaca pecah di dapur. Bila aku jengah, tiada sesiapa. Tiada juga kaca yang berselerakan. Aneh!

Setiap hari ada saja gangguan. Aku cuba mengabaikan. Oleh kerana rasa insecure, aku mengajak Tasha menemankan aku malam ni. Aku cuba gagahkan diri juga ke pejabat. Banyak kerja tertangguh. Setibanya di pejabat, aku meletakkan tas tangan di atas meja. Ada sebungkus nasi lemak dan jambangan mawar merah. Pelik. Tak pernah aku menerima bunga. Aku terpandangkan Riz. Kami bertatapan mata sebentar. Seperti biasa, setiap pagi dia menghadiahkan senyuman manis. Sikitpun aku tidak melayan. Tapi cuba juga membalas senyuman dia. Taknak dia berkecil hati.

Nasi Lemak di atas meja kupegang. Tahu siapa yang beri. Siapa lagi kalau bukan Riz. Dia cuba beli hati aku. Sedangkan, aku tak mampu berikan hati pada dia. Entahlah. I don't know why. Aku cuma tak selesa dengan dia. Sometimes aku dapat sense, aura dia kurang baik. Sorry to say that.

"Riz, thanks for Nasi Lemak. Tapi I dah kenyang. I dah breakfast dari rumah. I bawak bekal sendiri. By the way, thanks again."

Aku meletakkan Nasi Lemak tu ke atas meja Tasha. Muka dia berubah. Lepastu, dia tersenyum manis balik. Ohmygod. This creepy guy kadang-kadang buat aku rimas dengan senyuman manis dia.

"Why eh Lisa, kenapa you selalu tolak pemberian I? I belikan Nasi Lemak, you tak pernah makan. You buat I rasa sedih. Tapi takpe, I tetap nak belikan you Nasi lemak setiap pagi."

Tiba-tiba je dia berdiri kat belakang aku. Terkejut. Aku pandang dia lama. This guy, totally ada aura kurang baik. Hati aku rasa tak selesa. Lebih-lebih lagi bila dia berdiri hampir sebelah aku. Rasa tak selamat. Aku mengeluh perlahan. Cuba membuang rasa tak patut itu pergi. Tak baik aku fikir yang bukan-bukan.

"Riz, jangan terasa dengan I. I'm so sorry. I tak makan Nasi Lemak sebenarnya." Akalku mendapat idea.

"Then, you makan apa? Tell me.. I boleh belikan makanan lain." Dia masih mencuba lagi.

Sebolehnya aku taknak kecilkan hati dia. Tiba-tiba dia merapatkan diri dengan aku. Aku mengundur ke belakang. Dia ni kan, macam psiko je. Dahla pagi buta macam ni takde sesiapa lagi masuk pejabat. Cuma aku dengan dia.

"I makan.. I makan kuih je pagi-pagi." Dia masih lagi dengan senyuman scary dia. Iya. Aku tau dia handsome, tapi hati aku tetap tak berkenan.

"Oh okay, kalau you makan kuih, I belikan kuih pulak. Come on Lisa, jangan buat I kecil hati. You tahukan I tak suka ditolak." Ohmygod. Mamat ni... He's crazy. Bisikku dalam hati.

"Okay-okay. Lepas ni I makan apa yang you beli. Please jangan pelik-pelik, kejap lagi orang masuk kat pintu tu takut dia cakap kita ada scandal. Tolong eh, jarakkan diri you daripada I. Behave, please." Muka aku da berubah pucat.

Dia memandang aku lama. Tiba-tiba dia tergelak. See? He's really crazy. Aku sedang ketakutan, dia boleh bantai gelak.

"Hahahaha. Lisa, why are you being so paranoid? I cuma usik jela. No worries. Janganlah takut dengan I. I tak makan you." Aku mengesat peluh di dahi. Mestilah takut. Dekat rumah kena ganggu, takkan di pejabat juga mahu diganggu?

"Err. Bunga mawar tu, you ke yang bagi?"
Aku menunjukkan ke arah meja. Dia menoleh.

"Hmm. Nope. Bukan I yang bagi. Pagi tadi I dah perasan memang dah ada atas meja you. Nampaknya, I dah ada saingan. You ada secret admirer ye. I cemburu."
Dia memasamkan wajah.

"I taktau siapa yang bagi." Lantas, aku mencapai mawar merah itu. Ada nota terselit.

'Buat Cik Lisa yang manis, saya suka tengok awak pakai baju merah. So gorgeous. - Ray'.

Ohmygod. Aku terus mencampakkan bunga ke atas lantai. Terkejut. He's a stalker. Macam mana dia tahu aku akan pakai baju merah harini. Gila!
"Why? Kenapa you nampak resah? Something wrong?"

"I taknak bunga ni. I takut. Riz, tolong buangkan." Aku mahu menangis.

"Laa. Kenapa? Bunga ni cantiklah. Sayanglah kalau buang."

"Please Riz. I takut. I tak kenal dia. And, I taknak kenal dia." Riz mengutip bunga itu dan buang ke tong sampah. Sempat dia meletakkan nota tadi atas meja.

"You kenapa? Ada masalah ke? Dia ganggu you? Tell me, mana tahu I boleh tolong." Aku menggelengkan kepala.

"No. Its okay, Riz. Takde pape." Aku terus meninggalkan dia yang sedikit bingung di situ. Dan menuju ke tandas. Fikiran aku benar-benar terganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience