Bab 8

Horror & Thriller Completed 27937

Tasha pulang dari outstation pagi ni. Terserempak dengan dia di muka pintu utama. Dia mengerut muka melihatkan dahi aku yang berplaster. Banyak yang aku nak ceritakan padanya. Tentang Ray. Tentang Riz. Tentang semalam. Tapi, aku cuma diamkan dulu. Balik dari pejabat mungkin aku akan cerita. Tasha cuma mengangguk. Aku tahu dia tengah kepenatan. Aku suruh dia berehat dalam bilik je. Takut Tasha terperasankan CCTV tu. Walaupun kamera kecil, tapi terkadang kita boleh dapat sense sedang diperhatikan.

Setibanya di pejabat, wajah pertama yang aku terpandangkan adalah Riz. Dia dah masuk pejabat pagi ni. Seperti biasa, senyuman manis dia tak pernah lekang. Dah sihat la tu. Aku perhatikan bahu kanan dia. Tiada luka. Apa yang penting sangat emergency dia sampaikan ambik cuti 4 hari? Hmm. Sibuk je aku ni nak siasat semua benda. Tapi, aku syak Riz dan Ray boleh jadi orang yang sama. Walaupun, macam mustahil. I don't know.

"Hai Lisa. Hati saya jadi senang dapat tengok muka awak."

Dia tak lepas memerhatikan aku.
Aku balas senyuman dia. Dia mengerut muka memandang dahi aku. Sama seperti Tasha memberi reaksi begitu.

"Kenapa dahi tu? Luka?" Matanya tak lari dari situ.

"Terhantuk semalam kat pintu rumah."

Aku memberi alasan. Takkanlah nak cerita hal yang sebenar. Dia membuat muka risau.

"You tak berhati-hati ke masa berjalan? I tengok sekarang you tak alert semua benda sekeliling you. Tak fokus. Haritu, you langgar badan I. Padahal jalan punya luas."

Eh, mamat ni. Dia ungkit peristiwa seminggu yang lepas. Oh, masa tu aku sedang mengelamun. Risau fikirkan cara nak tangkap Ray. Merah muka aku menahan malu. Bukan aku sengaja nak langgar badan dia.

"Sorry. Banyak benda yang I fikirkan. Tak fokus." Malas mahu memanjangkan cerita. Dia terdiam.

"Riz, you dah sihat?" Aku menukar topik perbualan. Dia cuma mengangguk. Eh, diam membisu pulak mamat ni. Sentap ke apa.

Sedang aku menaip dokumen kerja, aku perasankan dia tengah mencari sesuatu.
Pasti keychain biru tu. Satu meja dia selongkar. Kesian pulak aku tengok. Macam kucing hilang anak. Wajah dia tampak risau. Aku dah sorokkan keychain tu kat tempat selamat. Dia takkan jumpa kalau dia cuba selongkar meja aku.

"Apa yang you cari tu? Missing something?" Aku menegurnya tiba-tiba. Dahi dia berpeluh.

"I cari... I cari thumbdrive. Hilang entah ke mana. Rasanya memang tinggal kat sini. Takde cicir mana-mana pun."

Dia terhenti mencari, lagaknya tengah berfikir. Tiba-tiba dia memandang aku curiga. Cepat-cepat aku meneliti dokumen di tangan. Mengelak dari bertentang mata dengannya.

"Lisa. You ada datang ke meja I tak? Dokumen yang atas meja I siapa yang letak selama I takde?" Aku mengangkat bahu. Buat-buat tak tahu.

"Tasha atau Mel kot." Jawabku acuh tak acuh.

Dia masih lagi memandang aku penuh curiga. Aku membuat muka bodoh. Tanda malas ambik tahu hal dia.

Dia bangun dan menuju ke meja Mel. Aku macam dapat teka je yang dia akan tanya Mel pasal dokumen tu. Habislah aku, matilah! Aku harap Mel tuduh Tasha. Mereka berdua memandang aku dari jauh. Rasa macam nak jadi halimunan saat ini.

Cepat-cepat aku WhatsApp Tasha.

'Tash, kalau Riz tanya siapa yang letak dokumen atas meja dia. Kau jawab kau yang letak tau. Tolong aku beb. :('

'Kenapa beb? What's wrong?'

'Nanti je aku cerita. Kat rumah. For now, kalau dia call kau, kau cakap kau yang letak dan tak tahu pape. Please....'

'Okay, beb.'

Jangkaan aku tepat. 3 minit lepas aku matikan WhatsApp dengan Tasha. Dia terus call Tasha. Sambil bersembang, dia curi pandang ke arah aku. Aku harap sangat Tasha tolong cover aku.

"I call Tasha. Memang dia yang letak. Tapi, I pelik. Macam mana thumbdrive I boleh hilang?" Aku menggeleng.

"Maybe you salah letak. Maybe kat rumah. You nak I tolong carikan ke?" Wajah dia berubah pucat.

"No. Its okay. I boleh cari sendiri." Dia bingkas bangun dan menuju ke pantri.

Aku menarik nafas lega. Sampai bila aku nak diamkan dulu? Sampai aku berjaya kumpul bukti dia bukan Ray. Cara dia pandang aku tak sama macam Ray pandang aku. Beza.

Pulang dari tempat kerja, aku lihat Tasha bersantai di depan televisyen. Aku harap Ray tak skodeng Tasha. Minah ni leh tahan seksi. Habis mengamuk Tasha kalau dia dapat tahu yang diri kami masih diintip. Aku mengeluh panjang. Aku terpaksa.

"Tash, kalau kau nak tahu kenapa aku suruh kau tipu Riz sebab benda ni." Aku mengeluarkan keychain biru tu dan menjuntaikan di depannya. Bulat mata Tasha merenung objek di tangan aku.

"Wei, mana dia dapat benda ni? Sama macam keychain kau."

"Yes. Itu yang aku pelik."

Alamak. Aku harap Ray tak perhatikan aku sekarang. Sebab aku tengah keluarkan keychain ni. Kalau dia Riz, habislah kantoi. Cepat-cepat aku menyimpan kembali ke dalam tas tangan.

"Kau cakap nak explain pasal dahi kau yang luka?" Aku tunduk. Takut nak bercerita.

"Yang pasal dahi ni... Sebab Ray." Tasha sekali lagi terkejut.

"Yes. Dia nak bunuh aku semalam. Dia pancitkan tayar kereta aku. Dia muncul depan rumah. Dia follow aku masa aku naik grabcar. Dia hentam kereta grabcar. Kesian driver tu." Tasha melopong. Banyak benda terjadi semalam.

"Sampai dahi aku luka akibat terhantuk. Dan... Dia pecah masuk rumah ni semalam. Aku taktau mana dia buat kunci pendua. Dah banyak kali kita tukar mangga pintu grill. Dia makin berani Tash. Dia... Dia dah berani sentuh aku. Dia dukung aku bawak naik bilik masa aku terlena kat sofa. Dan juga... Dia masak dinner untuk aku semalam."

"Ray makin berani. Dia dah berani dekat dengan kau. Aku takut dia apa-apakan kau, Lisa. Aku rasa kita kena pindah. Dah tak selamat duduk sini." Aku menggeleng. Tak boleh, Tasha. Nyawa adik aku dalam bahaya.

"Habistu, kau nak mati kat tangan dia ke? Kau nak redha je? We need to do something, Lisa." Iya. Not we.. But me. Aku yang kena buat sesuatu tanpa libatkan kau, Tasha.

"Jangan degil, Lisa. Dengar nasihat aku."

"Nanti aku fikirkan. Sekarang yang penting, aku perlu bongkar identiti Riz."

"Habistu, semalam kau makan ke apa yang dia masak?" Sesuatu yang membuatkan aku takut nak jawab soalan Tasha. Aku diam. Tasha menjegil mata. Dia menepuk peha aku dengan kasar. Aduh, sakitlah!

"Kau dah gila ke? Dah hilang akal? Kau memang dah gila. Kalau dia bunuh kau, letak racun pape, mati sia-sia je."

Aku dah agak Tasha akan melenting. Entahlah. Mungkin aku dah lapar sangat semalam.

"Malas aku nak layan kau, Lisa. Degil dan berani sangat." Tasha terus menonong masuk ke dalam bilik. Marahkan aku la tu. I'm sorry, Tasha. Aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan. Buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience