Bab 10

Horror & Thriller Completed 27943

Ray menahan aku dari pergi. Dia taknak lepaskan aku. Rumah ni banyak pintu. Tapi, aku takde jalan nak melarikan diri.

"Awak nak saya stay sini berapa lama? Saya nak balik. Nanti kalau orang cari saya macam mana?"

Aku cuba buang rasa takut bila berdepan dengan dia. Tapi, aku rasa tak selesa.

"Cakap jela kat diorang yang Lisa ambik cuti panjang, tipu jela balik kampung atau pergi bercuti kan senang."

Mudahnya dia berkata.

Tak mungkin Tasha nak percaya kalau aku cakap aku pergi bercuti secara tiba-tiba.

"Tapi... Saya datang sini sehelai sepinggang. Tak bawak baju."

Dia tertawa. Tak lawaklah, psiko!

"Abang boleh belikan baju baru. Itu tak jadi masalah, sayang. Kalau taknak pakai baju pun takpe. Lagi abang suka.."

Dia merenung aku atas bawah. Seramnya..

"Awak jangan nak buat benda bukan-bukan. Dasar gila seks!"

Aku memberi amaran kepadanya. Dalam hati, kecut perut jugak.

"Kalau abang jahat, dah lama abang ambik kesempatan buat semua tu. But you know what, I love you so much."

Love? Persetankan dengan love kau. Aku taknak cinta kau. Aku cuma nak tau kau siapa.

"Awak buat saya rasa loya. Saya tak perlukan cinta awak. Awak tu psiko, gila!"

Aku benar-benar marah. Dia tak patut layan aku macam ni. Selama ni privacy aku terganggu disebabkan dia.

"Tak kisahlah apa yang Lisa nak cakap. You are mine, always be mine."

Dia gelak besar tapi cukup menjengkelkan. Dia menghampiri aku. Aku terpaksa berundur ke belakang sampaikan ke dinding. Aku rasa sesak. Dia merapatkan wajahnya dekat dengan aku. Takut. Aku tutup mata.

Rambut aku dibelai. Pinggang aku dipeluk erat. Dan, dia cuba nak kucup bibir aku. Ni dah melampau. Tangan aku menepis dia kasar. Hampir saja aku cuba merentap topeng muka dia. Namun, dia lagi pantas merentap kedua tangan aku. Dia lagi kuat. Aku tak berdaya nak lawan dia.

"Lisa sayang. It's not the time untuk abang reveal siapa abang. Kalau Lisa tau siapa abang, Lisa mesti lagi benci kat abang."

Peduli apa aku. Sekarang pun aku dah meluat.

"For now. Stay here with me. Abang akan ingatkan Lisa dengan memori lama kita."

Memori kita? Not us, Ray. Jangan mimpi, Ray. Aku benci kau.

"Lepaskan tangan saya. Macam-macam yang awak dah buat kat saya, sekarang awak expect saya kena ikut semua cakap awak? Get lost, Ray. Pergi mati!"

Dia jadi berang. Sengaja aku membakar kemarahan dia. Supaya dia lepaskan aku. Namun, aku silap. Dengan orang psiko begini aku patut kawal kemarahan aku. Tangan dia cuba nak mencekik leher aku. Bukan dia yang mati, tetapi aku yang bakal mati kat tangan dia.

Aku jadi sesak nafas. Dengan lelaki seperti Ray, aku tak boleh buat main. Dia kasar. Tapi cuba nak jadi sweet dengan aku. Dia pendendam. Tapi cuba nak tunjuk baik depan aku.

Selamatkan aku, ya Allah. Aku taknak mati kat tangan dia. Cengkaman dia sangat kuat. Rasa macam memang dah sampai hujung nyawa. Aku mengucap dalam hati.

"R...ray... Sa... Saya... Takk... Tak boleh... Berna.. Bernafas.... To.... Tolong..."

Air mata aku berjuraian gugur. Sungguh aku takut saat macam ni. Aku cuba menjerit. Berharap ada orang lain akan dengar dan tolong aku.

Pintu bilik ternganga luas.

"Tuan Ray!!!! Lepaskan Cik Lisa. Dia tak boleh bernafas tu."

Suara orang gajinya memecah kekalutan. Remy cuba menahan Ray dari bertindak makin kasar ke atas aku.

Ray bagaikan baru tersedar. Dia melepaskan cengkaman dari leher aku. Aku ditolak kasar ke atas lantai. Sakitnya tubuh aku, ya Allah.

Aku memegang leher sendiri. Pasti kemerahan. Dia memang nekad nak bunuh aku ataupun dia tak sedar dengan tindakan dia?

Orang gajinya meluru ke arah aku. Cuba membantu aku bangun. Ray memang dah hilang akal. Dia terus berlari keluar tinggalkan aku bersama orang gajinya. Tanpa kata maaf.

"Cik Lisa. Maafkan Tuan Ray. Mungkin dia tak sedar tadi. Mari Makcik bawak Cik Lisa ke bilik lain."

Aku mengesat air mata yang masih bersisa. Sakit. Aku tak sangka Ray boleh hilang kawalan begini. Dia betul-betul sakit. Sakit jiwa!

Aku dibawa ke sebuah bilik tidur. Orang gajinya suruh aku merehatkan diri. Bilik ni boleh tahan besar. Tapi sekarang, jiwa aku makin sempit dan sesak.

"Minyak ni elok. Kesian, Cik Lisa. Tuan Ray memang selalu hilang kawalan diri kalau tengah marah. Kami je yang boleh menenangkan dia. Cik Lisa jangan ambik hati ye. Maafkan dia. Dia tak sedar tadi." Orang gajinya mengurut perlahan leher aku.

"Makcik nama apa? Saya takut. Saya nak balik. Tolong saya."

"Panggil Makcik, Mak Temah. Makcik kenal sangat Tuan Ray. Dia sayangkan Cik Lisa. Sebab tu dia tak boleh kawal kemarahan dia. Jangan buat dia marah. Cik tak boleh balik. Ikutkan je apa yang dia mahu, kalau tak keadaan akan bertambah teruk."

Makcik Temah menunduk. Nampaknya aku kena stay sini lama.

"Kenapa dia jadi macam tu? Saya tengok dia normal je. Tak nampak macam seorang yang psiko pun."

Aku rasa Ray sunyi. Macam yang aku perhatikan, dia layan orang lain dengan baik kecuali aku. Kecuali aku si Lisa Qaisara. Aku dilayan teruk. Mungkin dia mahukan perhatian aku.

"Mak Temah tak boleh cerita panjang. Nanti Cik Lisa tahu sendiri."

Aku mengangguk tanda mengerti.

"Tapi... Sampai bila saya kena stay sini? Saya kena pergi kerja. Saya taknak duduk sini dengan dia. Saya takut kalau dia bunuh saya."

Tolonglah.. Aku mahu pulang.

"Cuba berlembut kata dengan dia. Makin kita kasar, makin dia kasar. Duduk sini sampai dia sendiri bagi izin Cik Lisa pulang. Dahlah, Mak Temah nak masak untuk dinner. Cik Lisa rehatkan diri. Apa-apa jerit je panggil Mak Temah."

Mak Temah melangkah keluar. Tinggalkan aku sendirian di bilik besar ni. Aku memerhatikan sekeliling bilik. Mataku tertancap ke sebuah potret. Wajahnya... Seiras wajah aku. Atau erti kata lain itu memang gambar aku.

Wardrobe aku buka. Di dalamnya terdapat banyak baju, kasut. Patutlah dia gelakkan aku tadi.

Bilik ni memang luas dan selesa. Tapi aku tak perlukan semua ni. Aku cuma nak tahu kebenaran.

Jam menginjak ke jarum angka 5 petang. Aku belum solat asar lagi. Aku mengambil pakaian di dalam almari dan melangkah masuk ke bilik mandi.

Usai membersihkan diri dan solat, aku merebahkan diri ke atas katil. Mengantuk. Mahu tidur. Dan... Sebentar saja mataku terlelap.. Dunia semakin gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience