Bab 9

Horror & Thriller Completed 27943

Aku nekad. Mahu pasang perangkap untuk keduanya sekali. Mahu cuba lagakan Ray dan Riz. Kalau tidak, aku yang akan termasuk dalam jerat mereka.

Tasha masih marahkan aku. Dia kata aku gila sebab degil. Iya. Aku memang degil. Kau tak tahu apa-apa, Tasha. Yang tanggungnya aku! Harini aku amik half day. Mahu ke satu tempat. Ray menghantar lokasi untuk aku ke tempat dia.

Aku terpaksa beranikan diri. Terpaksa hadap semuanya seorang diri. Aku nak adik aku selamat. Ray cakap akan lepaskan adik aku. Sebab aku follow semua instructions gila dia.

'Sayang, jadi datang kan petang ni?'

Aku mengiakan.

'Abang tunggu sayang datang. :)'

Kata-katanya cukup menyeramkan.

#Rules no.2
- Lisa kena datang sini seorang, ada orang akan jemput di depan entrance.

- Jangan bagitahu sesiapa.

Ray hantar gambar adik aku. Syukurlah, dia tiada cedera apa-apa. Aku mohon sangat dia lepaskan adik aku. Kita tamatkan game ni, Ray.

Ray taknak stop. Dia cakap belum masanya lagi. Dasar si psiko mental.

Jam menunjukkan pukul 3 petang, aku menanti dengan penuh sabar. Dia menyuruh orangnya menjemput aku.

5 minit kemudian, datang sebiji kereta Waja menghampiri aku. Berdasarkan no. flat kenderaan yang diberi, ini keretanya. Aku melangkah ke kereta tersebut sambil memerhatikan sekeliling. Takut sesiapa ternampak aku.

Aku menyumbatkan diri ke dalam kereta tersebut. Tidak dapat kulihat dengan jelas siapa orang suruhan dia. He's not Ray.

Tiada suara yang kedengaran di dalam kereta ni. Sunyi sepi. Aku rasa gementar. Takut nak tahu identiti Ray. Jalan yang dilalui sunyi sepi disekelilingnya.

Kami tiba di sebuah rumah Banglo mewah. Aku sangka, aku akan dibawa ke tempat tersorok, rumah kosong atau kawasan pedalaman. Tak sangka inilah lokasinya.

"Cik Lisa, kita dah sampai. Jom turun. Tuan Ray sedang menanti di dalam."

Barulah orang suruhannya bersuara. Ku sangkakan, Ray si psiko yang serabai. Apa semua ni? Dia bijak, kalau tidak, masakan dia tahu semua gerak geri aku. Tak macam seorang psiko pun. Nampak normal je.

Aku jadi resah. Takut nak jejakkan kaki ke dalam rumah tu dan takut tak dapat nak larikan diri dari situ.

"Jom."

Aku hanya membuntuti langkah dari belakang. I'm so nervous, but I want to know who is Ray.

Aku disambut baik oleh orang gajinya. Sungguh aku tak sangka situasi ni.

"Hai, Cik Lisa. Masuklah. Tuan Ray sedang tunggu di dalam."

Tuan?

Aku rasa macam nak tergelak. Tuan Ray kau tu gila. Psiko tau tak. Dia buat hidup aku sengsara 24 jam.

And for now, aku dilayan baik-baik di sini. Game apa lagi ni, Ray?

Patutlah adik aku dilayan dengan baik. Rupanya Ray orang berada. Bukan cikai punya orang. Bukan selekeh. Malah bijak menyusun strategi.

Aku dibawa ke sebuah bilik. Di dalamnya ada mini library, meja snookers dan piano. Aku nak jumpa adik aku. Aku disuruh tunggu di sini.

Tiba-tiba... Piano tadi berbunyi. Dan, Ray yang memainkannya. Schubert - Serenade. Its my favorite songs. Dia memakai topeng yang sama.

Aku rasa seriau. Takut tiba-tiba. Dalam bilik ni aku berdua dengan dia. Aku bingkas bangun, menuju ke pintu. Tombol dikunci dari luar. Wajah aku pucat tak berdarah. Mana aku nak lari?

Lagu kesukaan menjadi lagu kebencian. Aku menutup kedua belah telinga.

"Lisa... Lisa... nak lari mana, sayang?"

Aku kaget. Aku memerhatikan sekeliling bilik. Tiada jalan untuk larikan diri! Aku meneguk air liur.

Dia menghampiri aku. Aku berundur sedikit ke belakang.

"Sayang tak boleh lari lagi." Tiba-tiba dia gelak berdekah. Aku rasa macam nak menangis je saat ni. Takut.

"Who are you, Ray? Apa kau nak dari aku? Mana adik aku?"

"You know me, Lisa. Very well. Pasal adik kau jangan risau. Dia sihat."

"Apa motif kau buat semua ni, Ray? Kenapa kau nak bunuh aku? Apa salah aku?"

Pertanyaan bertalu-talu aku tanyakan pada dia.

"Saja. Aku nak bunuh kau sebab aku gilakan kau. Hahahahaha...."

Aku merengus kasar. Tiada motif untuk dia buat aku begini.

"Kau memang gila! Dasar psiko. Tak guna." Berbakul makian seranah aku hadiahkan padanya.

"Cakaplah apa sayang nak cakap. Abang rindukan sayang."

Rindu? Geli aku. Nak muntah. Uwek...

Aku terpandangkan bahu kanan dia, masih berbalut. Dia terperasankan aku memandang bahu kanan dia.

"Kenapa? Rasa bersalah? Bahu kanan ni kena peluru pistol. Berhari-hari abang tahan rasa sakit."

Aku memalingkan muka ke tempat lain. Cuba buang rasa bersalah. Kerana mengkhianati dia.

Dia menghampiriku dengan jarak lebih dekat. Dia menyentuh dahi aku di tempat luka itu. Aku cuba menepis. Tak suka dia sentuh aku.

"Shhh... I'm sorry sayang. Abang takde niat nak cederakan Lisa."

Apapun alasan dia, aku tetap tak boleh terima. Aku tetap rasa sakit dengan perbuatan dia.

"Saya datang sini sebab nak tengok adik saya, tolong lepaskan dia."

"Okay. Jom. Abang bawak Lisa jumpa adik."

Dia memimpin tangan aku. Kuat. Tak berdaya nak rentap.

Kami ke bilik sebelah. Adik aku sedang bermain piano. Aku terus memeluk dia dari belakang. Tini terkejut dengan kehadiran aku.

"Tini, akak rindu kau. Okay tak ni? Ada tak orang gila ni cederakan kau?"

"Takla, Kak Lisa. Abang ni baik. Mana ada gila. Siap ajar Tini main piano lagi. Abang ni kan... Takkan akak tak kenal dia? Dia..."

Belum sempat Tini mendedahkan identiti Ray, Tini terdiam mendengar deheman Ray. Biarlah siapa pun dia. Yang penting dia kena lepaskan adik aku.

"Tunaikan janji awak, Ray. Lepaskan adik saya sekarang."

"Ala.. Tapi kak.. Best la duduk sini. Tini taknak balik."

Aku menjegilkan mata. This is not our place! Aku taknak terhutang budi.

"Ni bukan rumah kita, Tini. Balik!"

"Biarlah kalau dia nak stay sini." Ray mencelah kata. No way. Aku taknak terlibat dengan Ray lagi. Cukup.

Tini memasamkan muka. Apalah budak form 2 ni tahu. Aku yang tanggung sengsara. Dengan adik aku cakap lembut je. Huh. Dasar topeng! Syaitan!

"Its okay, Tini. You can come here anytime. Nanti ikut abang Remy. Dia akan hantar balik asrama."

Tini mengangguk akur. Rasa nak cubit je adik aku ni. Aku risaukan dia siang malam, boleh pulak dia taknak balik. Geram betul.

"She will leave. And you, Lisa. Stay here with me."

Ikutkan deal memang aku kena stay once adik aku dibebaskan.

"Don't worry. You are safe with me. Because you are mine!"

Naik bulu roma aku. Matilah aku, Tasha. Dia taknak lepaskan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience