Bab 7

Horror & Thriller Completed 27943

Ketenangan kembali terganggu. Ray sengaja cabar kesabaran aku. Nak tau apa dia buat? Pagi ni, sewaktu aku nak pergi kerja seperti biasa. Aku dapati tayar kereta aku dipancitkan. Empat tayar! Kau memang jahat, Ray! Sengaja kau buat aku naik hantu.

Aku tau ni memang angkara dia. Aku dah lambat pagi ni. Tasha tengah outstation. Jadi, aku terus book grab car. Lagi 4 minit driver grabcar sampai. Sementara menunggu, aku duduk di bangku hadapan rumah. Tau tak apa jadi lepastu?

Ada sebiji kereta Proton Saga berhenti depan rumah aku. And guess what, aku terus dapat panggilan call daripada Ray. Dia paksa aku masuk ke dalam kereta dia. Aku jadi bengang. Dahlah kau pancitkan tayar kereta aku, sengaja menyusahkan hidup aku. Lepastu, kau nak paksa aku ikut kau? Lupakan. Aku cuma buat muka takde perasaan kat situ. Grabcar sampai. Aku terus menyumbat diri ke dalam grabcar tanpa pedulikan kemarahan dia. Takkanlah aku nak kena ikut lelaki psiko yang aku sendiri tak kenal?

Ray hantar mesej.
'Kau memang nak mati ke, Lisa? Kau ingkar arahan aku!'

Aku terus matikan handphone. Dia follow aku dari belakang. Driver grabcar terperasankan kereta di follow. Aku menyuruh driver tu pecut dengan lebih laju. Makin kami laju, makin dia laju. Ray naik gila, lalu dia menghentam kereta kami dari belakang. Tubuh aku terlayang ke depan. Dahi aku terluka terhantuk ke cermin depan. Aku sempat terpandangkan senyuman jahat dia. Wajahnya masih tak dapat ku lihat dengan jelas. Ray memang gila! Aku dah tak takut dengan dia. Tak kisah dah kalau dia nak bunuh aku, yang penting lepaskan adik aku. Family aku dan Tasha masih tak tahu akan hal ini. Aku terpaksa berahsia demi fikirkan keselamatan adik aku.

1 mesej diterima masuk.
'Sakit tak dahi tu? Macam tu la aku rasa bila kau tak pedulikan aku, Lisa.'

Shit. Kami tak nampak flat kenderaan dia. Driver grabcar suruh aku report polis. Tapi, aku mohon jangan. Aku minta maaf padanya, aku harap dia tak ambil apa-apa tindakan. Aku terpaksa tipu, aku beritahu itu ex-boyfriend aku yang gila. Akhirnya, driver tu bersetuju untuk diamkan hal ini. Aku janji akan bayar ganti rugi kerosakan kereta dia. Dia berhentikan aku di hadapan Klinik Raj.

"Dik, hati-hati lepasni. Abang takut ex-boyfriend adik makin agresif. Cepat-cepat buat laporan polis. Jangan biarkan."

Aku hanya mampu mengangguk. Lantas, beberapa keping not ungu ku berikan padanya tanda ganti rugi kerosakan yang terjadi tadi.

Dahi aku luka sedikit. Tak nampak teruk. Tapi, rasa pening yang teramat. Barangkali kerana hantukan tersebut kuat. Nasib takde darah beku. Doktor memberikan aku MC. Aku terus pulang ke rumah. Takde hati nak ke mana-mana. Ray memang nak bunuh aku. Tak guna kau, Ray.

Setibanya di rumah, ada sekotak plaster dan terselit nota biru.

'I'm sorry sayang. Abang terpaksa buat macam tu. Abang nak Lisa rasa sakit macam yang abang rasa. Jangan benci abang, please.. - Ray'

Aku malas nak respond apa-apa. Aku tahu dia sentiasa perhatikan aku. Aku melangkah ke dalam rumah, dan berhenti lama di depan CCTV. Aku tahu dia tengah perhatikan aku. Aku merenung lama ke arah kamera. Senyuman sinis ku layangkan padanya dan buat isyarat loser. Hati aku lagi rasa sakit dari luka di dahi. Apa salah aku sampai terkena dugaan macam ni? Kepala aku benar-benar sakit, aku baringkan diri di sofa. Tak larat nak naik tangga ke bilik. Dan, akhirnya terlelap juga di situ.

Aku tersedar dari lena. Matahari kian berlabuh. Lamanya aku tidur. Bantal di sebelah ku peluk erat. Eh, bantal? Macam mana ada bantal di kepala dan di sebelah. Aku dapati diri aku baring di atas katil. Macam mana aku ada dalam bilik? Sedangkan tadi aku berada di...... Hati aku mula merasa kurang enak. Aku rasa dia ceroboh masuk ke rumah aku sekali lagi. Aku perhati diri aku diselimutkan. Aku menarik nafas lega. Pakaian masih tersarung di badan. Nasib baik dia tak sentuh aku. Risau jika dia berani mengapa-apakan aku. Bila manusia tengah marah, manusia akan hilang kawalan.

Bau ayam goreng mencucuk perut. Lapar. Aku tak sempat jamah breakfast dan lunch. Perut aku kosong. Sedapnya bau. Tasha dah balik ke? Aku bingkas bangun dan menuju ke dapur. Kuali masih panas. Aku menjengah ke atas meja. Wahh... Ada ayam goreng, sup sayur, sambal udang, sandwich telur dan jus Oren. Rajinnya Tasha masak. Aku dah terliur.

"Tasha. Tasha... Kau dah balik ke?"

Aku memanggil Tasha. Tiada sahutan. Aku menolak pintu biliknya. Gelap. Tiada orang. Tasha tak balik lagi. Habistu, siapa yang masak semua tu? Aku kembali ke dapur. Terperasankan sesuatu di bawah pinggan. Ada nota biru lagi.

'Sayang, abang tau sayang lapar. Abang masakkan semua lauk ni. Makan tau. Abang taknak sayang sakit. Jangan takut, takde racun atau ubat pengasih pun. Sumpah. Jangan lupa makan ubat yang doktor bagi. Moga cepat sembuh. - Ray'

Aku terus hilang mood. Mamat psiko ni cuba nak ambil hati aku. Aku macam nak buang je semua lauk ni. Tapi, aku tau dia usaha nak ambil hati aku setelah cuba bunuh aku pagi tadi. Nak pujuk aku? Hmmm... Tak payah.

Perut aku mula berkeroncong. Minta diisi makanan. Makan jela, Lisa. Tawakal. Tak mungkin dia letak racun. Ni semua rezeki. Aku basuh tangan. Duduk di kerusi. Jamah juga lauk yang dia masak. Sedap. Aku macam nampak keikhlasan dia masak semua ni. Tapi... Aku tak kenal dia. Aku tak boleh terima dia. I'm sorry, Ray.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience