Bab 11

Horror & Thriller Completed 27943

Aku dapat merasakan ada tangan menari-nari di rambut aku. Sesuatu yang aku tidak pasti. Aku membuka kelopak biji mata. Bilik gelap. Pasti sudah menginjak ke senja.

Ada suara esakan di cuping telinga aku. Siapa pulak ni? Aku menekan suis lampu tidur. Alangkah terkejutnya aku. Ray!

Dia baring di sebelah aku. Dia macam menangis. Dia tak pakai topeng. Yang aku perasan cuma biji matanya. Sepasang mata itu...

"Ray, macam mana awak ada dalam bilik ni? Dan... Apa yang awak buat ni? Kenapa awak baring dalam gelap macam ni?"

Memang aku takut dengan dia. Kalau rambut aku dia boleh belai dalam keadaan aku tidak sedar. Part lain aku tak boleh bayangkan. Tolonglah jangan...

Ray bangkit. Duduk berteleku. Dia menundukkan wajah. Aku masih tak dapat lihat dengan jelas wajahnya. Dia memeluk lutut. Ada air mata yang bertakung. Dia nampak sedih.

"Ray, awak menangis ke?"

Dia diam membisu.

"Ray..."

Aku bersuara lagi. Dia ni kenapa pulak nak sedih?

"Abang... Abang nak mintak maaf pasal hal tadi. I'm sorry. Abang tak sengaja. Takde niat nak cekik Lisa. Abang hilang kawalan. Lisa provok abang. Abang bengang. Abang sayang Lisa."

Aku menarik nafas panjang. Pasal hal tadi aku dah tak mahu fikirkan. Memang rasa sakit. Tapi... Salah aku provok dia. Dah tau dia psiko masih nak bangkitkan kemarahan. Iya. Aku tahu dia sayang aku. Sepasang mata tu... Aku boleh nampak.

"Saya takut kalau saya mati betul tadi. Saya boleh maafkan, tapi saya tak boleh lupa sepasang tangan awak cengkam leher saya. Terus terang dengan saya Ray, awak memang nak saya mati ke? Benci dengan saya sampaikan nak bunuh saya?"

Dia menggeleng pantas.

"Bukannn.... Takkanlah saya nak biarkan orang yang saya cinta mati..."

Habistu, kenapa banyak kali dia nak bunuh aku?

"Percayalah cakap abang, Lisa."

"Takpelah, Ray. Kita lupakan je hal tadi. Awak boleh tak keluar dari bilik ni? Saya nak bersendirian. Alone."

Aku tak boleh terima kata-kata dia sebenarnya. Aku memicit dahi. Rasa pening teramat.

"Lisa okay tak ni? Pening ke? Tak dinner lagi kan? Jom dinner sama. Kita turun bawah."

Aku menggeleng. Tanda tidak mahu makan apa-apa.

"Taknak. Saya nak solat maghrib jap. Awak pergilah. Kejap lagi kalau saya ternampak wajah awak, awak marah lagi."

Dia pegang tangan aku lembut.

"Okay. Kalau taknak turun takpe. Abang suruh Mak Temah bawak lauk ke atas. Kita makan sama-sama okay. Berdua."

Aku rasa rimas kalau dia ada dekat dengan aku. Tapi, aku tak boleh nak bangkang, ni rumah dia. Bilik ni dia punya, katil ni pun sama. Tapi, aku bukan hak dia. Dia tak boleh nak touch aku sesuka hati tanpa aku izinkan.

"Okaylah. Suka hati awak, Ray. Tolong keluar kejap."

Pintaku untuk dia mengerti.

Dia mengangguk dan melangkah keluar dari bilik tu.

Aku kelegaan bila dia pergi. Aku masih rasa insecure. Trauma la jugak. Aku bangkit menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Berdoa agar aku selamat di sini.

Mak Temah menatang tray makanan. Dia meletakkan di atas meja bulat di sudut bilik. Perutku mula bergendang minta diisi. Sedapnya lauk!

Ayam masak merah. Sup telur. Nasi jagung. Puding karamel. Jus tembikai. Emm sedapnya... Aku tengah lapar.

Namun, selera aku mati bila terpandangkan si Ray yang memakai topeng. Sebenarnya, aku benci topeng tu. Macam topeng pembunuh bersiri. Huhuhu. Buruklah bila tengok orang pakai. Scary.

Mulanya aku ingat dia bergurau, tak sangka dia nak makan bersama dengan aku. Dia tuan rumah, Lisa. Hadap jela.

Aku memaniskan wajah. Memandang dia, cuba untuk mengambil hati.

"Shall we eat now? Abang harap Lisa suka lauk ni. Abang yang masak."

Iya. Aku tahu dia masak sedap. Sampai licin aku habiskan lauk dia tempoh hari yang lalu.
Sampaikan Tasha marah aku. Terus taknak cakap dengan aku lagi.

"Ray masak sedap. Lisa suka."

Aku bukan cuba ambil hatinya, tapi memang ternyata sedap pun. Boleh jadi chef.

Dia tertawa perlahan.

Kejap je aku habiskan makanan. Licin pinggan. Macam malu je tunjuk lapar depan dia.

"Baguslah kalau Lisa suka. Abang happy tengok."

Aku senyum.

"Lepasni, kita tengok movie sama-sama nak? Kat bilik panggung."

Aduh, dia ni. Nak bersweet dengan aku pulak. Movie apa, aku takde mood la. Aku nak balik.

Kayanya dia. Sampai rumah ada bilik panggung.

"Tapikan... Saya rasa lepas makan ni macam mengantuk."

Aku cuba memberi alasan.

"Lisa dah tidur lama tadi. Takkan nak tidur semula. Temankan abang."

Aku jadi terkelu lidah. Akhirnya, aku mengangguk tanda setuju. Kau memang dah gila, Lisa. Dia ni psiko. Salah langkah, nyawa melayang.

Movie romantik apa entah tajuk dia. Ray ni aku ingat ganas, rupanya jiwang karat. Aku mendiamkan diri je. Cuba fokus kat screen, tapi fikiran terbang melayang. Cuba cari jalan untuk larikan diri. Dek kerana terlalu mengantuk, tanpa sedar, aku terlena di bahu dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience