Bab 6

Horror & Thriller Completed 27943

"Lisa..."

"Sayang..."

Pintu bilik tidur aku terbuka, seseorang di hadapan pintu. Mataku terpisat-pisat. Attire dia full of black. Aku tak nampak wajahnya dengan jelas. Tapi, yang pasti dia tak memakai topeng. Iya. Aku pasti.

"Ray?"

"Yes. Its me."

"Macam mana awak boleh masuk, sedangkan pintu..." Suaranya mencelah bicara yang aku yang tergantung.

"Shh..."

"Jangan cakap kuat, nanti Tasha terjaga."

"Ikut saya, jom."

Aku bagaikan dipukau. Perlahan-lahan aku bangkit dari tempat perbaringan. Mahu mengikuti dia. Dia berjalan laju. Sampai di ruang tamu, dia menghilang. Aku tercari-cari. Aku mimpi ke? Tadi aku nampak dia.

Lampu ruang tamu dibuka. Tasha mengesat kelopak mata. Memandang aku pelik yang berdiri di tepi sofa biru.

"Kenapa Lisa? Kau ngigau ke?"

Aku memandang bingung ke arah Tasha.
"Ray. He's here."

"Dear, its 3 o'clock. Kau mimpi ni. Mana ada Ray kat sini."

"Tak. I swear. Dia ada tadi. Tiba-tiba dia hilang."

"Kau paranoid sangat. Dah... Dah... Jom sambung tidur. Esok nak keje."

Tasha terus menarik tangan aku. Aku jadi resah. Kenapa aku mengingat dia secara tiba-tiba? Adakah dia menyihir aku? Ray.... Hati aku kepingin mahu bertemu dia.

Pagi esoknya, aku ke tempat kerja seperti biasa. Riz masih cuti. Katanya ada emergency. Aku pun biarkan jela. Lagi bagus dia takde. Kalau tak, matanya asyik nak merenung aku je. Tapi, bila mamat sweet tu takde, rasa kosong. Macam pelik bila takde breakfast atas meja macam setiap pagi.

Aku menuju ke mejanya. Ada gambar. Mungkin gambar dia masa zaman belajar. Tanganku membelek alat tulisnya. Hmm semua lengkap. Masa aku meletakkan beberapa dokumen atas meja, aku terpandangkan sesuatu. Keychain? Eh, kenapa keychain ni persis kepunyaan aku. Keychain biru. Aku punya merah. Hatiku mula rasa curiga. Ray? Riz? Aku menekup mulut. Harap tanggapanku tidak benar.

Oh god, janganlah mereka orang yang sama. Aku mula kecut perut. Adakah kebetulan Riz cuti? Atau dia cedera ditembak di bahu kanan? Tolonglah jangan. Hatiku cukup rasa sengsara. Aku terus mengambil keychain tersebut. Sorokkan dalam pencil box milik aku.
Tanganku mencapai handphone. Mula menaip teks, dan mesej ke Riz.

'Hai Riz. You cuti ke? Tiga hari you tak masuk pejabat.'

Sambil menunggu reply dari dia, aku sempat menscroll Fac dia. Takde yang mencurigakan pun. Semua tampak normal.

1 mesej diterima masuk.

'Hai Lisa. I tak berapa sihat. Maybe lusa I masuk pejabat. Miss me? Hahaha.'

Ishh... Apa pulak aku rindu kau. Aku tengah stalk pasal kau.

'Takla. Keje you melambak kat pejabat ni. Banyak dokumen pending. Btw, semoga cepat sembuh.'

'Hmmm. Okay... Yela. I ni tak penting pun. Bye.'

Eh... Eh... Merajuk pulak mamat ni. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Lantak kaulah. Yang penting, aku kena tahu kenapa dia ada keychain yang sama macam aku punya. Takpe. Tunggu dia masuk pejabat lusa.

Ray tak ganggu aku harini. Mungkin sebab aku ikut apa yang dia suruh. Send selfie tepat pukul 8. Aku call dia, nak cakap dengan adik aku. Dia cakap adik aku tengah tidur. Aku cakap lagi, suruh lepaskan adik aku. Takut pihak asrama cari adik aku. Dia cakap student tengah cuti takpayah nak risau pape. Susah la macam ni.

Dan... Aku tanya dia pasal dia ada ke kat dalam rumah aku malam tadi? Dia diam.... Terus matikan handphone. Kadang-kadang aku rasa si Ray ni sengaja takutkan aku sebab nakkan attention. Entahlah. Yang pasti aku lega adik aku tak diapa-apakan. Dia takdela si psiko jahat macam yang aku jangkakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience