Bab 12

Horror & Thriller Completed 27943

Matahari kian membahang. Cahaya masuk di celah-celah langsir. Aku dapati diri aku berada di atas katil. Bukankah semalam aku kat bilik panggung dengan Ray? Pasti dia mengangkat aku ke sini.

Pintu bilik terkuak luas. Ray menatang dulang berisi sarapan. Ada makaroni goreng, milo panas dan sandwich. Dia senyum. Macam mana aku nampak dia senyum? Dia dah tak pakai topeng buruk tu lagi. Dia tukar topeng lain separuh hidung. Jadi, aku nampak senyuman dia.

"Morning, sayang... Lambat bangun, lena tidur nampak."

Sarkastik sungguh. Aku mencebik. Biarlah. Aku tetamu. Biar saja aku menjadi tuan puteri.

"Abang ada bawak breakfast. Dah pukul 11 pagi da. Pergi cuci muka."

Cuci muka je? Tak payah mandi? Buruknya perangai aku.

"Bagi saya 10 minit. Saya nak bersihkan diri."

Dia mengangguk.

Usai siap semuanya, ku lihat dia berdiri di balkoni. Entah apa yang dia fikirkan. Dia menoleh. Barangkali terperasankan aku.

"Makan." Sepatah bicara daripada Ray. Aku terus duduk kat meja bulat.

"Jemput makan." Aku mempelawanya.

"Abang da makan." Dia memerhatikan aku sambil senyuman bersisa.

Tiba-tiba mendapat idea nak pujuk dia.

"Ray, saya.... Saya nak balik boleh tak?" Aku tahu tu boleh mendatangkan kemarahan dia.

Senyuman dia mati sebaik aku mention perkataan 'Nak balik'.

Aduh, apa kau buat ni, Lisa?

"No way. Tak boleh. You stay here until I say yes."

Dia ni tak paham ke atau buat-buat tak faham? Aku ada keje kat pejabat. Melambak. Mana boleh menghilang macam tu je?

"Tapi Ray... Tolonglah faham. Semua orang tengah cari saya. Nanti diorang fikir saya kena culik."

Ray senyum tiba-tiba.

"Pasal tu jangan risau. Abang dah uruskan semuanya. Abang dah hantar permohonan cuti seminggu. Dah diluluskan pun."

Dia... What? Ni yang aku nak berhangin ni. Pandai-pandai je dia buat semua tu tanpa pengetahuan aku.

"Saya nak balik jugak la. Takkan awak tak paham?"

Aku membentak.

"I said no. Lisa tak boleh pergi."

Dia dah mula da. Ni yang aku takutkan.

"Ray, please... Buat apa saya nak stay sini."

Aku cuba merayu.

"Abang cakap stay."

"Ray...."

"Jangan cabar kesabaran abang, Lisa. Lisa nak abang bunuh Lisa ke? Dengar cakap abang kalau taknak abang hilang kawalan."

Aku terdiam. Aku takut dia naik hantu lagi.

"Lisa..."

Aku membatukan diri. Taknak bercakap dengan dia.

"Lisa... Abang cuma nak spend time dengan Lisa. Jangan risau. Kalau Lisa dengar cakap abang, abang janji takkan berkasar."

"Bagi abang peluang ye sayang."

Aku memandang kosong pada wajahnya. Takde rasa nak balas apa-apa.

Aku terus tinggalkan dia di situ dan menguncikan diri dalam bilik air. Aku benci kau, Ray.

Tak sedar aku terlena di tepi pintu bilik air. Sengaja berkurung, tanda protes. Aku menjengah keluar, dia tiada. Baguslah. Menyampah tengok muka dia. Pintu bilik aku segera kunci. Tidak mahu diganggu sesiapa.

Selepas sejam berasa kebosanan di dalam bilik tu, aku cuba mencari Mak Temah di dapur. Mak Temah sedang menyiang ikan.

"Hai, Mak Temah. Masak ke?"

Mak Temah tersenyum. Inilah misi aku nak selongkar rahsia Ray.

"Ray mana, Mak Temah? Sunyi sepi je rumah?"

Mataku melilau mencari dia. Kalau dia tiada, lagi senang aku nak jalankan misi aku.

"Tuan Ray keluar. Baru lagi."

Keluar? Bagus. Makin mudah kerja aku.

"Oh yeke. Mak Temah... Nak tanya sikit, dah lama ke kerja kat sini dengan Ray?"

"Dah lama. Dari Ray kecik."

"Dia memang taknak bukak topeng dia eh?"

Aku membuat muka pelik.

"Dengan kami semua bukak je. Dengan Lisa je dia pakai. Malu kot dengan Lisa."

Malu? Alasan kurang munasabah.

"Hmm. Ada tak gambar dia? Lisa teringin nak tengok."

Mak Temah terhenti buat kerja. Dia mengerling aku dari tepi. Entah apa orang tua ni fikirkan.

"Sorry. Mak Temah taknak masuk campur. Nanti Tuan Ray marah."

Alaa.. Dah kenapa semua nak cover dia?

"Okaylah kalau macam tu. Lisa boringlah. Nak jalan-jalan luar rumah kejap."

Mak Temah mengangguk. Sebelum meninggalkan dapur. Mak Temah memanggil.

"Lisa... jangan lari. Tuan Ray tak suka kena khianat."

Aku mengangguk. Aku taknak lari sekarang. Aku nak selongkar bukti.

Langkahku diatur kemas menuju ke bilik tidur Ray. Dia tak kunci pintu bilik. Aku memulas tombol pintu.

Besarnya bilik dia. Katil pun empuk je. Apa rahsia Ray sorokkan sebenarnya?

Aku membuka laci meja. Berkunci. Takde klu lain. Aku ternampak photo album atas meja. Belum sempat aku membukanya...

"Lisa! What are you doing here? In my room? Letakkan semula."

Aku nak buka jugak. Rahsia apa yang dia sorok? Ada gambar apa dalam ni? Aku tak mempedulikan dia. Aku buka juga tanpa sempat tengok.

Ray tiba-tiba meluru ke arah aku. Dia menolak tubuh aku ke atas katil lantas merampas photo album itu.

Aku ingat sakit aku sampai di situ sahaja, tak sangka dia menampar pipi aku sekuat hati. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

Dapat aku rasakan darah mengalir dari celah bibir. Kuat sangat tamparan dia. Tiba-tiba dia mencengkam tangan aku. Aku tak dapat larikan diri.

"Ray, apa awak nak buat ni? Lepaskan saya. Jangan..."

Air mata aku mengalir laju. Berharap dia kawal diri dia. Rayuan aku tidak dipedulikan. Dia cuba menghimpit aku. Dengan sekuat tenaga, aku menendang dia kasar. Aku cuba meloloskan diri.

"Ray, awak dah gila ke? Kawal sikit diri awak. Saya bukan hak awak. I hate you, Ray!!!!"

Terus aku bergegas keluar dari bilik dia. Aku ingin lari dari sini sekarang juga. Ray hampir buat aku hilang harga diri.

Aku berjaya meloloskan diri dari rumah puaka itu. Aku dengar Ray menjerit. Remy cuba menghalang aku. Mak Temah pun berlari keluar mendapatkan aku. Aku dah tak berdaya. Aku nak selamatkan diri dari syaitan seperti Ray. Tidak patut dia memperlakukan aku kasar begini.

Ray juga muncul. Kaki aku jadi berat. Akhirnya aku terjelepok jatuh, tapi sempat dipangku oleh Ray. Dan... Aku jadi lemah. Mataku kian berat. Aku tidak sedarkan diri di situ juga. Atas pangkuan Ray. Dunia gelap gelita. Dan.. Aku rebah juga di situ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience