Bab 17

Horror & Thriller Completed 27943

Aku kenal Ray ketika kami melanjutkan degree di UK. Dia Daniel Rayqal. Aku panggil dia Danie.

Iya. Memang betul aku dan dia pernah rapat satu ketika dulu, pernah bercinta. Dialah segalanya untuk aku. Dan, Danie seorang yang baik hati.

Satu je masalahnya, dia gilakan aku. Terlalu. Sampaikan aku naik rimas. Dia terlalu cemburu bila sesiapa cuba berkawan dengan aku. Dia mahu aku sentiasa disamping dia. Tapi, dia tak pernah berkasar.

"Lisa... Tunggu la Danie, jangan la jalan laju sangat."

"Danie ni lembaplah. Lisa da lambat masuk kelas tau."

Masa tu terlalu indah. Danie adalah segalanya. Sehinggalah satu malam, Danie buat aku rasa nak bunuh dia.

Dia... Danie buat aku rasa luka. Dia menggila. Dia ingat aku tak sayangkan dia. Kami bergaduh teruk. Dia cuba ambil kesempatan tanpa kerelaan aku. Dan aku, terpaksa protect diri aku dengan mengelar wajah dia tanpa aku sengaja.

Aku takut. Aku terus lari tinggalkan dia dalam kegelapan pada malam itu. Lepas insiden tu, aku terus pulang Malaysia. Mengelak dari dia. Putuskan semua yang ada kaitan dengan dia sehingga saat ini.

Tapi, Ray... Dia masih cintakan aku. Ray atau Danie tetap orang yang sama. Yang tak pernah berhenti sayangkan aku.

Maafkan saya, Ray... Saya bersalah. Lisa tak layak untuk Ray.

Aku bermimpi panjang, dalam mimpi itu. Aku dan Ray bergelak ketawa. Tiba-tiba kegembiraan tu diragut. Aku ditarik pergi. Ray menghilang. Aku cuba menjerit. Suaraku tersekat seperti dikunci.

"Lisa..."

Seseorang cuba memanggil aku. Cuba sedarkan aku dari lena panjang.

"Lisa..."

Aku berpeluh. Tanganku seperti disentuh seseorang. Perlahan-lahan aku kerahkan tenaga untuk menggerakkan jari.

Aku tersedar dari lena panjang.

"Rayy!!!"

Aku mula meracau. Aku mimpikan Ray menghilang. Dia nak tinggalkan aku.

"Lisa... Ni aku Tasha."

Tasha? Aku memandang Tasha lama. Aku terus memeluk Tasha. Rindu pada dia.

"Aku risau tengok kau. Dua minggu kau koma. Kau alami pendarahan teruk di kepala. Tak guna punya Riz. Dia yang langgar kau."

Aku diam membisu. Aku taknak dengar cerita pasal Riz. Aku nak tau mana Ray. I need him.

"Tasha aku nak jumpa Ray. Mana Ray? Tolong call dia."

Aku merayu pada Tasha. Tasha pandang aku lama.

"Ray? Sumpah aku tak tahu dia kat mana."

"Tolong aku, Tasha. Cari dia. Aku nak jumpa dia. Cari Mak Temah. Call rumah Ray."

Aku menangis. Hati aku tak tenang.

"Siapa Mak Temah?"

Tasha tak tahu apa-apa. Aku lupa. Sorry, Tasha. Kau tak tahu apa-apa.

"Nanti aku cerita semua. Mana handphone aku? Bak sini."

Tasha beri aku handphone. Aku call Ray.

Tiada deringan. Dia tutup telefon.

Aku jadi nanar. Aku nak jumpa Ray. Tolong jangan tinggalkan saya, Ray.

"Tasha...."

"Lisa... Kenapa ni? Jangan nangis. Sshh..."

"Ray... Dia Daniel Rayqal."

Tasha menekup mulut. Tak sangka dan terkejut seperti aku.

Aku ceritakan semua pada Tasha. Tasha termenung. Dia tak sangka Riz adik kepada Ray. Riz kena tangkap pada malam kejadian. Aku syak Ray yang report polis.

Aku dah maafkan Riz. Memang padan dengan muka aku. Aku bersalah pada abang dia, tentulah dia nak balas dendam.

"Tash, aku nak pergi rumah dia. Cari dia. Malam tu aku tak hiraukan dia. Aku malu. Aku jahat pada dia. Dia jadi psiko sebab aku."

Air mata aku masih tak berhenti mengalir. Tasha cuba menenangkan aku.

"Kau kena sihat dulu, kuatkan semangat. Nanti kita pergi sama-sama cari dia. Aku temankan kau. Aku nak tengok kau happy, Lisa."

Aku mengangguk. Aku harap Ray tak pergi jauh. Tak tinggalkan aku di sini.

Seseorang berdiri di luar pintu, mendengar semuanya. Ray meraup muka. Kesal dengan apa yang berlaku. Dia sendiri tak sangka Riz sanggup bertindak ganas begitu.

Maafkan abang, Lisa. Abang terpaksa pergi sehingga Lisa tenangkan diri. Abang tau Lisa bencikan abang.

Dan... Daniel Rayqal berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Dua hati yang mungkinkah akan bersatu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience