Bab 5

Horror & Thriller Completed 27937

Menggigil seluruh badan aku. Betul apa yang aku jangka. Ray makin mengganas. Dia marahkan aku. Kali ni, dia culik adik aku. Gambar tangan adik aku diikat. Why Ray, why?

'Kau da buat aku marah. Sekarang... Kau tahukan perasaan sedih, sakit hati?'

'Tolong awak... Lepaskan dia. Dia tak salah. Saya minta maaf. Saya tak patut khianat awak. Awak nak saya, awak lepaskan dia. Biar saya gantikan tempat dia.'

'Not now. Aku perlukan dia untuk ugut kau. Untuk seksa hati kau. Macam mana kau biarkan aku dalam kesakitan kena tembak?'

'Ray, saya merayu. Lepaskan adik saya. Kita buat deal. Saya datang kat awak. Saya takkan report polis atau bagitahu Tasha.'

'Tak semudah itu. Kau akan perangkap aku lagi. For now, kau kena ikut game aku. Kalau kau berjaya lepasi semua, aku bebaskan dia. Dan kau... Datang kat aku. Deal?'

Aku terkedu. Aku terpaksa setuju. Dia mahukan aku. Bukan orang yang tak bersalah harus sasaran.

'Okay. Saya setuju. :|'

'Good, Lisa. Nanti aku bagi rules of the game.'

Aku berjeda. Takut memikirkan apa yang bakal jadi.

'Goodnight and sweet dream, sayang! Hahahahaha.'

Ketawa dia benar-benar mematikan seluruh mood aku.

"Are you alright? Kenapa kau macam takde mood je?"

Aku diam.

"Kau rindu Riz ke? Dah dua hari dia tak masuk keje."

Aku memandang Tasha. Dua hari? Kenapa aku tak perasan meja depan aku kosong? Mungkin aku terlalu takutkan keselamatan adik aku sampai terlupa Riz tak masuk pejabat.

"Hey... Kau okay tak ni, Lisa? Pucat semacam je aku tengok." Tasha mencuit tangan aku.

"Aku okay. Cuma... Aku rasa tak sihatlah. Aku nak ambik half day harini." Tasha memandang aku pelik. Aku tertekan sekarang. Ray tekan aku. Dia suruh aku ikut rules game bodoh dia.

"Okay, nanti aku bagitau Mr. Raymond kau balik sebab tak sihat. Kita jumpa kat rumah nanti ye."

Aku mengemaskan meja, ambil tas tangan dan melangkah ke lif. Lif terbuka. Aku masuk ke dalam lif. Lif terbuka di tingkat 10, seseorang masuk.

Dia memakai topi dan cermin mata. Mulanya aku membuang pandang, lama kelamaan aku berbalas pandang, dia memandang aku dari tepi sambil tersenyum. Ekor matanya menyeramkan. Kenapa aku rasa semua yang pelik seperti Ray? Am I too paranoid? Rasa lega pabila lif terbuka, dua orang masuk. Lelaki tadi terus berjalan keluar dari lif. Jangan fikir bukan-bukan, Lisa.

Sampai di basement 1, aku berjalan pantas menuju ke kereta. Creepynya rasa. Aku berlari-lari anak sebentar. Ada sesuatu. Rasa seperti diekori. Sampai di kereta, ada nota yang terselit.

'Hai Lisa, kalau nak adik kau selamat. Kau kena ikut semua rules game aku. - Ray'

#Rules no.1
- Aku nak picture selfie kau setiap pagi. Tepat pukul 8.
- Dalam kotak putih tu, ada CCTV baru. Aku nak kau pasang dekat ruang tamu, senang aku nak perhatikan kau. He he he... Just do it for me.. Boleh kan?

Aku terkedu. Dia ni memang gila. Nak tengok gambar aku hari-hari. Nak perhatikan aku 24 jam. Mygod. Aku membuka pintu kereta dengan kasar. Okay, sekarang aku kena bertenang. Bawak bertenang, Lisa. Ikutkan je dulu apa dia nak. Shit... Aku menghempas tangan ke stereng kereta. Stress yang teramat.

Sampai di rumah, aku terus memasang CCTV tersebut. On. Tak lama kemudian, Ray mesej aku. Dia cakap, dia nampak aku melalui kamera. Puaslah hati kau!

Aku menuju ke kereta kembali. Membawa diri ke Tasik Kesuma. Tempat di mana pertemuan aku dan Ray pada malam itu. Aku mematikan handphone. Tidak mahu diganggu sesiapa. Siapa Ray? Apa dia nak sebenarnya? Aku memejamkan mata. Cuba mengimbas saat aku bertemu dengan dia malam tu. Mata dia... Seperti... I don't know why, tapi aku rasa macam kenal dia. Sangat. Sebab tu dia kata dia kenal aku. Klu? Keychain merah kepunyaan aku. Arghh!! Aku tak boleh pikir apa-apa sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience