Bab 13

Horror & Thriller Completed 27937

Aku tersedar tiba-tiba. Seperti terjaga dari mimpi panjang. Aku melilaukan mata. Ini bilik Ray. Kenapa aku kat sini? Aku taknak tengok muka dia. Bibir aku masih terasa pedih. Aku bingkas bangun.

Eh... Baju yang aku pakai ni? Kenapa aku pakai baju dia? Apa si psiko ni buat kat aku? Ray keluar dari bilik air. Kami sama-sama terpandang. Dia tidak memakai topeng muka. Cepat-cepat dia membelakangkan aku. Aku tak sempat nak mengecam wajah dia.

"Ray, apa yang awak buat dengan saya? Kenapa saya pakai baju awak?"

Suaraku mula bergetar. Aku harap tak seperti apa yang aku fikirkan.

"Abang tak buat apa-apa. Lisa berpeluh dan meracau dalam tidur. Abang suruh Mak Temah salinkan pakaian. Abang jaga Lisa dari tengah hari tadi. Tu yang Lisa kat bilik ni. Percayalah cakap abang."

Aku harap dia tak tipu aku. Nanti aku tanyakan Mak Temah.

"Lisa nak pergi mana? Lisa tak sihat lagi. Rehat je kat bilik ni."

Bilik dia? Taknak. Nanti kalau aku tengah lena tidur tak pasal kena tikam pulak. Mati dalam tidur.

"Boleh percaya ke? Silap haribulan, saya mati kena tikam sewaktu tidur."

Aku mencebik.

"Abang tak seteruk itu. Memang abang psiko. Tapi... Abang takkan bunuh orang yang abang sayang. Dengan Lisa, abang hilang kawalan."

Mengaku pun psiko.

"Kau bukan abang aku. Tak payah nak berabang sangat. Macam ni la Ray, kalau awak tak kawal diri awak, kita tak boleh rapat. Jadi.... Stay away from me. Saya benci awak."

Aku terus meluru keluar dan masuk ke bilik aku.

Pintu aku hempaskan sekuat hati. Terus aku tukar baju. Geli aku. Taknak ada sisa badan dia melekat kat aku. Aku benci kau, Ray. Tak guna.

Sakitnya bibir. Aku renung di cermin. Nasib baik tak teruk. Macam mana aku nak lari dari sini? Lama-lama aku yang gila.

Aku mencari handphone. Mana pergi handphone aku? Lebih baik aku tanya Mak Temah.

Sampai di anak tangga terakhir. Ku lihat Ray turut berada di dapur menemankan Mak Temah masak. Aku perhatikan dari jauh. Bila dia dengan Mak Temah perangainya jadi lain. Mesra sangat. Tapi, dengan aku. Agak dingin. Apa rahsia kau, Ray?

Aku menghampiri mereka. Ray dan Mak Temah memandang aku.

"Mak Temah, Lisa nak phone Lisa boleh?"

Sedikitpun aku tidak memandang dia.

"Oh yang tu.. Mak Temah tak pegangkan. Tuan Ray yang pegang."

Aku dah agak. Hmm. Susahlah macam tu nak dapatkan phone aku semula. Terus aku jadi tak berminat nak minta.

"Hmm takpela kalau camtu."

Aku nak naik atas semula. Mak Temah menahan aku.

"Lisa... Tentang baju Tuan Ray tu Mak Temah yang tukar, dia tak sentuh Lisa pun."

Aku malas nak ambik tahu.

"Okay."

Hanya sepatah aku menjawab. Terus meninggalkan mereka berdua terpinga-pinga.

Aku dah mula berguling di atas katil. Lapar la. Takde sesiapa nak hantar makanan ke? Sampai hati. Aku ni tetamu tau.

10 minit kemudian, Mak Temah masuk menatang tray berisi makanan. Ada spaghetti bolognese dan ice blended cokelat. Wahh.. Sedapnya. Hatiku mula melonjak gembira.

"Menu spesial untuk Lisa. Tuan Ray yang masakkan tau."

Keriangan mula jadi sepi. Ray masak? Mati selera. Taknak aku rasa air tangan dia. Loya tekak.

"Taknak la spaghetti. Lisa nak Maggi. Boleh tak Mak Temah masakkan Maggi Kari?"

Maggi Kari? Aku nak rasa spaghetti tu tapi aku taknak Ray yang masak. Meluat. Makan Maggi mana kenyang.

"Nak Maggi pulak? Ni lagi sedap."

Aku menggeleng.

"Okay, kejap. Tunggu Mak Temah masakkan Maggi Kari."

Aku senyum riang. Yeay, sayang Mak Temah.

Ray melihat Mak Temah membawa turun pinggan spaghetti yang tak berusik.

"Mak Temah, dia taknak makan ke?"

"Lisa nak Maggi Kari. Taknak spaghetti ni."

Ray mengerutkan dahi. Bukankah ini favorite food Lisa? Merajuk la tu.

"Takpela. Biar saya masakkan dia Maggi."

"Kalau Lisa tahu nanti dia taknak makan pulak."

Mak Temah tampak serba salah.

"Takpe. Nanti saya pujuk dia."

Maggi Kari siap.

Ray yang bawa naik ke bilik. Spaghetti tadi turut dibawa. Mahu memujuk Lisa.

Aku menekan-nekan perut. Terlalu lapar. Melihatkan Ray aku terus menyelimutkan diri.

"Sayang, abang bawakkan Maggi Kari."

Aku berselubung. Selimutku ditarik.

"Saya nak tidur. Jangan ganggu saya."

"Tengah lapar kan? Jangan nak mogok sangat."

Aku menjeling. Eh sukati aku la.
"Awak yang masak ke Mak Temah yang masak?"

Kalau dia masak aku taknak makan.

"Abang yang masak."

Lagi la aku taknak makan. Fullstop. Mengada betul aku ni. Padahal tengah lapar betul.

"Hmm. Kalau awak yang masak, saya taknak!"

"Okaylah. Taknak sudah. Sambung la mogok tu."

Ray berpaling dan nak melangkah pergi.

Aku.... Aku lapar. Perut lapar aku dah sampai limit. Aku macam nak menangis tengok dia bawa makanan tu pergi. Sampai hati dia.

"R..ray... Saya nak. Saya lapar sangat."

Dia terhenti. Iya. Kali ni dia menang. Aku betul-betul tak tahan lapar. Lagi-lagi dia yang masak, semuanya sedap.

"Da tau lapar, tapi sombong."

Sengaja dia memerli aku. Aku cuma menundukkan muka. Aku taula aku cuma menumpang teduh di rumah dia. Sedihnya rasa hati. Aku mula berdrama dalam hati.

Dia senyum menang. Aku rasa macam nak tarik je topeng tu dan tamatkan semua drama ni.

"Abang tau Lisa lapar. Nah Maggi Kari special dengan Spaghetti Bolognese."

Aku tahan senyum. Gembira. Tatap makanan depan mata.

Usai makan, aku senyum lebar. Terpaksa tolak ego jauh-jauh. Ray hanya berpeluk tubuh perhatikan aku dari kerusi di tepi pintu.

"Lisa... Pasal kejadian tengah hari tadi... Abang nak mintak maaf sangat-sangat. Abang tak boleh. Selalu hilang kawalan kalau dengan Lisa. Abang tak sengaja nak buat macam tadi tu. I'm so sorry."

Aku pandang dia lama. Sepasang mata dia. Taktau kenapa hati aku mula rasa lain. Dia tak sweet macam Riz. Tapi... Ada sesuatu dalam diri dia.

Jangan, Lisa. Dia psiko. Banyak kali dia cuba bunuh kau. Akalku mengingatkan.

"Pasal tadi tu. Saya taknak komen pape. Pleasee Ray. Jangan ungkit. Awak buat saya takut."

Aku memejamkan mata. Takut kejadian sama berulang lagi.

Dia bangun. Duduk di sebelah aku.

"Abang sayang Lisa. Tapi, abang tak boleh tunjukkan diri abang kat Lisa. Nanti Lisa makin benci kat abang."

Apa maksud kata-katanya itu? Aku tak faham. Kenapa aku nak benci dia lepas tahu siapa diri dia tanpa sebab?

"Lisa... Do you hear me?"

Aku memandang dia. Lantas, aku menutup telinga.

"Saya taknak dengar apa-apa. Selagi awak berahsia macam ni, saya taknak tahu. Kalau awak bukan pengecut, tunjuk diri awak yang sebenar."

Aku mula memaksa dia. Aku taknak tertipu lagi. Cukuplah, Ray.

Dia tunduk.

"Okay, nanti abang akan tunjukkan diri abang sebenar. Not now."

Dia berlalu pergi tanpa memandang aku. Saya cuma nak habiskan teka-teki ni, Ray. Secepat mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience