Bab 19

Thriller Completed 28238

Dah enam hari aku stay kat rumah Ray. Bayang dia masih tidak ku lihat. Tiap kali handphone aku bergetar, aku jadi resah. Bukan panggilan dari Ray. Ray sedikitpun tidak membalas mesej aku. Call aku tidak diangkat.

Aku merenung lama ke arah siling. Fikiranku menerawang jauh. Aku berguling atas katil Ray. Hari-hari aku jengah, kemas bilik ni. Berharap tuan rumah ni akan pulang. Iya. Aku rindukan dia. Sayangkan dia sepenuh hati.

Malam ni aku nak stay tidur kat bilik Ray. Mana la tau Ray akan pulang, kan? Lisa tunggu Ray.

Aku tak bisa lelapkan mata. Hati aku jadi tak sedap. Berdebar-debar. Jam menunjukkan angka 2 pagi. Dalam kegelapan, aku terkebil-kebil. Aku mendengar sesuatu di bawah...

Sepertinya... Ada seseorang di bawah. Tak mungkin Mak Temah atau Remy berjaga di waktu begini.

Makin lama, makin mendekat. Derap tapak kaki yang makin menghampiri. Jelas pada pendengaran aku. Aku bingkas bangun. Nak kunci pintu bilik Ray dah tak sempat.

Segera aku menyorokkan diri di belakang pintu. Aku mengusap dada. Resah.

Pintu bilik dibuka. Seseorang masuk. Mungkinkah Ray?

Dia menyembamkan diri dia ke atas katil. Aku pasti itu dia.

Tiba-tiba handphone milik aku berbunyi. Alamak...

Dia mencapai handphone milik aku. Dia memandang pelik agaknya macam mana handphone milik aku berada di bilik dia.

Aku dah taknak bersembunyi. Aku berjalan perlahan dan menuju ke arah Ray. Aku mencuit kaki dia.

Dia terkejut. Ray...

Wajah dia kelihatan bingung.

"Lisa... Apa yang Lisa buat kat rumah abang? Bilik abang?"

Aku dah tak mampu tahan sebak, aku terus menangis kat tepi dia. Aku terus peluk dia. I miss you, Ray.

Ray tergamam. Barangkali tak sangka yang aku akan peluk dia. Aku menangis semahunya. Teresak. Hingus semua melekat kat baju dia. Harap dia tak geli.

Ray mengusap rambut aku.

Aku taknak lepaskan pelukan. Aku pulak yang jadi psiko sekarang.

"Ray... Lisa berdosa. Lisa bersalah."

Dia bingkas bangun. Melepaskan pelukan aku. Dia taknak buka topeng muka dia walaupun aku sudah tahu siapa dia.

Aku terkedu dengan perlakuan dia. Ray, awak dah benci saya ke?

Aku turut bangun. Berdiri di depan dia.

"Lisa... Tolong balik. Jangan cari abang lagi."

Dia membelakangkan aku.

Tidak tahukah dia aku separuh nanar mencari dia. Dan sekarang, aku dihalau pulang? Tak semudah itu, Ray.

"Kenapa? Awak dah tak sudi melihat Lisa? Ini saya, Lisa Qaisara."

Dia memejamkan mata.

Aku sentuh jari jemari dia. Tolonglah, Ray. Pandang muka saya.

"Abang dah banyak lukakan hati, Lisa. Lisa hampir maut disebabkan abang. Abang taknak Lisa mati sebab abang."

Aku rela mati disebabkan kau, Daniel Rayqal. Aku sanggup.

"Hei, look at me. I'm still alive. Saya masih bernyawa. I'm fine. Awak tak perlu rasa bersalah. Saya da bebaskan Riz. Saya da maafkan dia."

Ray terkejut.

"Kenapa Lisa ni baik hati sangat? Lisa hampir mati angkara Riz. Dia jahat. Abang malu, adik abang jahat kat Lisa."

Aku dah maafkan. Dah tak jadi isu. Fullstop.

"Takpe... Saya okay. Riz tak salah apa-apa."

Ray melarikan wajah. Aku memegang topeng dia. Cuba menarik dan membuka.

Ray menahan tangan aku. Aku senyum.

"Saya nak tengok wajah awak puas-puas."

Ray membiarkan setelah melihat aku senyum.

Topeng dibuka. Parut melintang separuh muka belah kanan.

Aku menyentuh parut itu. Maafkan saya, Ray. Wajah awak jadi begini disebabkan saya.

"Sayang tak takut tengok parut wajah abang?"

Aku menggeleng. Tidak. Aku tak takut.

"Maafkan Lisa, Ray. Lisa tak patut lari malam tu. Your life suffer because of me."

Dia senyum.

"Abang yang salah. Malam tu... Salah abang. Tak patut abang buat macam....."

Aku menutup mulut dia. Taknak dia menyambung kata. Tak betah melihat dia mengungkit.

"Cukup... Jangan ungkit lagi. Saya dah maafkan awak lama. Saya dah lupa pun perkara lepas."

"Yang penting, sekarang adalah kita...."

Aku menghentikan kata. Sengaja biar dia tertanya.

"Kita?"

Dia bertanya.

"Yes. Kita. Kita berdua."

"Sayang sudi ke hidup dengan abang yang cacat muka sebelah ni?"

Aku menampar perlahan bahu dia. Tak suka dengar dia berkata begitu.

"Lisa Qaisara sudi terima Daniel Rayqal."

Dia tergelak.

"Abang kan gila, psiko. Sudi ke?"

Aku tersenyum lebar.

Yes...

"Lisa Qaisara sudi terima Daniel Rayqal yang gila dan psiko."

"Yeke?"

"Iya. Kerana Lisa Qaisara pun gila juga. Gilakan Ray. Kita sama-sama gila."

Kami tergelak. Aku dan dia, mungkin jodoh yang telah tertulis. Kami bertemu semula kerana Tuhan menetapkan hati aku dan dia bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience