14~ Susuk Misteri

Fantasy Series 2142

"Kau Aqil?" pemilik iris merah dengan pedang tajamnya itu berjalan-jalan di dalam bilik itu. Dia memandang Aqil dengan penuh rasa curiga.

"Siapa kau? Apa kau nak?" Aqil membalas renungan remaja itu. Siapa pulak budak ni, main terjah-terjah bilik orang pula?

"Siapa aku? Itu tak penting. Jawab soalan aku, kau Aqil?" nampaknya budak itu masih berjaga-jaga dengan sebarang tindak-tanduk Aqil seolah-olah Aqil amatlah berbahaya.

"Mana adil, kau tanya aku boleh, aku tanya kau tak boleh!" ujar Aqil seraya menghentak-hentakkan kakinya sambil mencebik.

"Tak sangka budak yang bos minta aku bunuh ni suka berkawad. Aku perlu berjaga-jaga, mungkin dia sangat berbahaya," budak itu bermonolog. Peluh mencurah-curah di dahinya, waima, Aqil bukanlah tandingan dia sebenarnya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Jawablah! Hoi, kau bisu ke? Tadi bercakap. Ke kau jadi bisu ni kena ada jadual, atau sebenarnya ini penyakit baharu? Atau sebenarnya dah lama tapi tidak dikaji, atau..." semakin lama, Aqil seakan lebih kepada menyoal diri sendiri daripada budak di hadapannya. Nada suaranya turut menurun seiring dengan pertambahan bilangan kemungkinan yang dia fikirkan.

"atau mungkin kau ni cacat sejak lahir, atau..." Aqil menyambung bebelannya seorang diri dan budak itu terasa dipinggirkan.

"Dah lah tu! Aku malas nak jawab aje! Tu pun nak fikir panjang-panjang ke?" budak itu mulai berang.

"Ok, aku Aqil. Tapi ada apa kau nak ni?" Aqil bertanya bosan. Sempat juga dia menconteng buku lukisan kanak-kanak yang dia bawa jika bosan mengembara.

"Aduh... patutnya buah oren ni warna jingga, kenapa aku guna warna merah pula? Dah nampak macam tomato," Aqil merungut sendirian sambil menggoyangkan kedua belah kakinya persis kanak-kanak bawah umur.

"Bukan buah oren tu yang pentinglah! Dan aku, cuma ada satu tujuan! Untuk mengambil nyawa kau, Aqil." budak itu berkata-kata dengan penuh serius dengan penuh lagak dan gaya, namun, itu semua sia-sia sahaja.

"Bagus! Aku dah siap warnakan semua buah! Cantik tak?" tahap kebosanan Aqil tanpa teman nampaknya menjadikan dia kurang siuman.

"Hoi, aku ni musuh yang nak bunuh kau lah! Bukan juri pertandingan mewarna! Kalau ya pun aku juri, kau takkan menang, semua yang kau warna buruk!" budak itu membalas geram. Pertama kali mangsanya mempermainkan dan mengabaikan kewujudannya. Dia terasa seperti tunggul kayu kesepian pula.

"Kalau macam tu datang lusa, pukul 7 pagi. Aku tak ada mood nak mati sekarang lah," Aqil berkata bersahaja, lantas dia baring di atas katil dan menyelimuti dirinya. Ucapan selamat malam turut dia ucapkan kepada pembunuh upahan di hadapannya.

"Mana boleh! Mati mana ikut mood! Cepat! Bangun dan hadapi aku!" pembunuh upahan itu menghunus pedangnya ke arah Aqil.

"Apa-apa aje lah..." Aqil menjawab malas.

"Kau ni kan, hiya!" lelaki itu cuba menetak Aqil namun sesuatu menghalangnya.

"Apakah?"

"Hoi, jangan lah ganggu orang malam-malam buta!" suara yang agak kasar memarahi budak itu.

"Oh, hai, abang!" Aqil sempat melambaikan tangan.

"Dua beradik sama sahaja! Rasakan ni!" budak itu cuba menusuk pedang itu di dada Ahmad namun pantas dielak.

"Kau main guna pedang? Tengok 'abang' pedang ni lawan!" Ahmad mengeluarkan keris besar miliknya. Apa lagi, menggila lah keris dapat tahu yang musuh Ahmad ada darah. Ia bertukar ke warna biru cair. Ahmad mengetap gigi menahan amarah.

"Alahai, setakat keris tukar-tukar warna, masuk sarkas lah!" budak itu mengapi-apikan Ahmad.

"Cis!" hanya satu perkataan yang meniti di bibir Ahmad. Ahmad memang jarang cakap banyak bila berada dalam pertarungan. Kaki dihentak dan satu bulatan magis berukir yang berwarna kekuningan muncul. Lantai bilik itu sedikit retak dek hentakan tadi.

"Hiya!" Ahmad melompat dengan kecepatan yang tidak dapat Aqil lihat. Namun budak itu masih tenang dan sekadar tersenyum sinis.

"Analisa pergerakan diterima. Lokasi musuh dikenal pasti. Corak serangan musuh direkodkan," budak itu menggumam dengan laju dengan nada mirip sebuah robot namun telinga Aqil masih dapat menangkap setiap bait-bait kata itu.

Ahmad menikam pedang ke arah budak itu namun, serangan yang tidak terlihat itu dielak dengan senyuman yang tak lekang di bibir budak itu. Dia malah ditumbuk berkali-kali dengan pantas di abdomen dan muka. Ahmad mendecit kesal. Keris bertukar warna lagi, kini berwarna hijau.

"Corak serangan dikenal pasti. Menemui senjata untuk mematahkan serangan," budak itu menyimpan pedangnya dan mengeluarkan dua bilah pisau pendek. Dia memutar-mutarkan pisau-pisau itu sebelum melemparkannya. Lengan Ahmad nyaris terkena serangan itu. Keris jatuh dan Ahmad kehilangan senjata.

"Comerto Keris!" Ahmad mengacukan tongkat saktinya yang tersimpan di kocek jubah ke arah Keris.

"Corak serangan baru dikesan. Menemui senjata untuk mematahkan serangan," budak itu melempar sebiji bola yang kemudiannya meletus dan mengeluarkan jala darinya.

"Nak jala ikan ke?" Aqil makin tak waras dek kebosanan yang dia rasai.

"Aqil, jangan asyik buat bodoh je! Fikirlah cara nak kalahkan si bedebah ni!" Ahmad menengking Aqil. Boleh pula masa-masa genting ini dia bermain dengan bantal?

"Yalah," Aqil kembali fokus. Dia memandang sekilas ke arah Ahmad yang meronta-ronta di dalam jala seakan ikan yang kelemasan dan budak yang tak henti-henti menendang dan menumbuk Ahmad.

"Expecta Asta Larviesta! Imperialis!" Ahmad menembak pancaran sihir yang dengan mudah dielak budak yang sedang membulinya.

"Abang, guna sihir untuk keluar dari jala ikan tu, jangan sasarkan dia. Aku tahu nak buat apa!" Aqil memberi arahan.

"Slainia!" Ahmad memotong jala itu dengan Sihir Laser.

"Rasakan ni!" Aqil muncul tiba-tiba dari belakang Ahmad lalu memukul kepala Ahmad sekuat hatinya.

"Aduh! Kau dah kenapa? Sakitlah, tahu tak?" Ahmad memarahi Aqil sambil mengusap kepalanya lembut.

"Rilekslah, tengok tu." Aqil tersenyum santai. Ahmad rasa macam nak bunuh je budak depan dia. Rileks? Memang selama ni rancangan Aqil adalah untuk meluku kepalanya ke?

Dia memusingkan kepalanya sambil mulutnya tidak berhenti-henti menyumpah seranah perlahan. Amat terkejut. Itu yang dirasai Ahmad melihat lawannya tadi seperti terkena renjatan elektrik dan bergerak-gerak seperti robot. Asap juga keluar dari kepalanya. Makan cili padi pun tak lah teruk sampai macam ni agaknya. Teringat pula ayam masak lemak cili padi yang Tok Wan masak. Makan berpinggan-pinggan jawabnya kalau ada depan mata sekarang.

"Sistem ralat. Corak serangan tidak dapat dibaca. Serangan tidak masuk akal. Sistem ralat..." nada budak itu mulai mengendur, dan tidak lama selepas itu tiada bunyi lagi dapat dikesan.

"A... Apa jadi?" Ahmad langsung tidak mengerti.

"Sebenarnya, budak tu separa robot. Kira macam Android lah. Tapi dalam kes dia ni, rasanya Bionic. Jadi, dia dapat lakukan analisa yang amat tepat terhadap sebarang serangan yang dibuat.

"Senang je nak kalahkan dia, buat sesuatu yang dia tak jangka. Buktikan prognosis dia salah. Dia menjangkakan kau nak tolong aku, tapi tiba-tiba aku serang kau pula. Sebab tu sistem dia ralat. Jika objektif tidak selari dengan tindakan, dia akan rosak. Dia dicipta supaya menjadi penganalisa dan penjangka yang sempurna, jadi bila dia tak dapat jangka serangan aku, sistem dia ralat lah, tamat! Happy ending! Dah keluar, aku nak tidur," Aqil menghalau Ahmad keluar.

"Malangnya pengakhiran untuk kau belum tentu gembira," satu suara yang agak kasar menegur Aqil. Terkejut mereka berdua. Sudahlah baru lawan dengan Bionic, takkan ada musuh lagi? Mereka memalingkan muka ke arah tempat suara itu datang, namun tiada sesiapa di muka pintu.

"Dekat sini lah," suara itu menegur lagi. Kali ini dari belakang mereka. Sebaik memusingkan kepala secepat mungkin, mata mereka terbuntang! Dia ni kan....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience