"Erghh... Dekat... Mana... Ni?" Aqil bangun perlahan-lahan dari 'katil' tempat dia beradu.
"Ah, kau dah sedar Qil?" Ahmad yang sedari subuh menunggu Aqil bangun. Lega sungguh dia melihat budak itu sudah sedar.
"Abang, kita dekat mana ni?"
"Er... dekat rumah abang. Kau rehat dulu. Nanti kau dah sihat sikit kau boleh lah keluar," Ahmad berkata perlahan. "Dan kau akan ketahui semuanya," kata-kata itu hanya terucap di dalam hatinya. Belum masanya lagi untuk Aqil tahu takdirnya.
"Oh, baik," Aqil hanya membalas pendek. Dia menutup kembali matanya, untuk merehatkan tubuhnya yang terasa lelah. Malangnya dia tidak mengetahui mengapa dia terlalu penat sementara Ahmad mulai melangkah keluar.
Kringg!
Kringg!
Kringg!
Telefon Aqil berdering. Ini menghentikan langkah Ahmad. Mata Aqil pantas mengerling ke arah skrin telefonnya. Nombor yang tidak diketahui terpapar di skrin itu. Aqil cuba menjawab panggilan itu namun, pada waktu inilah, telefon itu boleh pula M-E-L-E-T-U-P.
"Kenapa bang...." Aqil melempar sahaja sisa ledakan peranti itu. Air matanya bergenang di tubir. Dia merasakan dirinya adalah sangat tidak berguna. Seolah dia dicipta tanpa fungsi.
"Kenapa saya.... Apa dosa saya? Saya ada buat salah kah? Kenapa teknologi tak pernah berguna pada saya? Asal saya sentuh sahaja, meletup. Saya sentuh semua benda, ada teknologi sahaja rosak, musnah, terbakar! Saya dihina sebab tak mampu guna teknologi. Orang buli saya, saya tak dapat lawan. Saya lemah. Saya tak berguna!" Aqil mulai beremosi.
"Abang faham, tabahlah ya?" Ahmad cuba memujuk.
"Sabar? Sabar? MUDAH NYA ABANG CAKAP! MEMANG LAH SENANG, ABANG TAK RASA APA SAYA RASA! SAYA NI MACAM PEMUSNAH, SEMUA TEKNOLOGI SAYA PEGANG HANCUR. SAYA TAK LAYAK HIDUP! ABANG TAKKAN FAHAM, ABANG BOLEH CIPTA APA YANG ABANG MAHU, SAYA? DAHLAH! JANGAN BERI NASIHAT KALAU TAK FAHAM!" Aqil makin berang. Air matanya jatuh bercucuran.
"AQIL! JANGAN NAK MELAMPAU! Kita masih ada agama, Qil. Kita masih ada Allah! Tak bermakna kamu tak boleh guna teknologi, kamu tidak berguna. Banyak orang yang tak boleh guna teknologi boleh jadi orang yang hebat-hebat, Profesor Mirza, yang cacat kelima-lima deria. Dia masih jadi antara orang terpenting," Ahmad cuba menenangkan Aqil.
"Oh, SEKARANG ABANG NAK SAMAKAN SAYA DENGAN ORANG CACAT?" Aqil tidak dapat mengawal dirinya.
"Aqil, bukan itu yang abang maksudkan, abang...."
"DIAM! KELUAR! ORANG MACAM ABANG TAKKAN FAHAM! KELUAR! TINGGALKAN SAYA!" Aqil tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Dia menolak Ahmad keluar.
"Aqil, Aqil!" Ahmad terdorong ke belakang apabila ditolak. Aqil menutup dan mengunci pintu bilik. Dia terduduk di muka pintu. Masih menangis tanpa tahu bahawa dia telah membuat salah. Salah yang amat besar.
"Aku tak berguna. Tanpa teknologi, aku tak berguna. Aku tak layak hidup!" Aqil meracau-racau bagai orang gila.
Secara mengejut, satu serangan bunyi yang kuat berdesing di kepalanya. Kepalanya sangat sakit, dia menghentam-hentam kepalanya di dinding. Darah merah segar mengalir dan dalam satu teriakan histeria, Aqil pengsan dengan darah masih mengalir laju seperti air terjun Niagara.
"Dia tak apa-apa kan Ahmad?" Luna bertanya lembut. Dia baru habis membuat latihan bersama-sama duo kembar dan Tok Ibrahim. Penat juga tadi, mereka dah bergabung dan guna magis yang terkuat mereka mampu, tapi... mereka tetap kalah dengan mudah kepada Tok Ibrahim. Kuat benar orang tua itu.
Ahmad hanya menggelengkan kepalanya. "Tak, dia tiba-tiba meracau tak tentu pasal, aku dengar dia menjerit, tapi tak dapat buka pintu. Dia kunci lepas tolak aku keluar," Ahmad menerangkan keadaan Aqil.
"Tolak kau? Kuat juga dia ya?" Luna tersenyum. Walaupun memang menjadi fakta bahawa sebarang hidupan hanya menggunakan 1 per 8 dari kekuatan sebenarnya. Kekuatan sebenar hanya akan digunakan 100% dalam keadaan tertentu yang memaksa sesuatu hidupan untuk mempertahankan diri.
"Hmm, itu lah, terdorong juga aku tadi," Ahmad mulai tenang sedikit.
"Dah lah tu, mari cepat. Kita perlu ke KaryaJati!" Zaun yang muncul entah dari mana bersama kembarnya, Zain.
"Yalah, jom!" Ahmad kembali bersemangat. Mereka berlari ke arah bilik kawalan dan mengaktifkan Mecha mereka. Melakukan pecutan pantas ke arah KaryaJati.
"Ni lagi laju dari roller-coster dekat Legoland!" Zaun teringat kembali suka dan duka dia berhibur di taman tema futuristik itu.
Gogon mengabaikannya dan mengaktifkan rocket booster.
"Wah, terbaik lah Gon, ni lagi best dari VR Fast&Furios 30,000X!" Zain pula yang teruja. Dia amat menggemari rancangan itu. Kereta terbang yang mereka gunakan amat hebat, atau dia gelar, cool.
"Sudah-sudah lah fikir rancangan hiburan tu. Pegang sesuatu. Kita akan terjun dari bangunan ni," Luna mulai rimas dan sesak dengan perangai ahli lelaki kumpulannya.
"YEAH! THIS IS BETTER THEN NEVIS'S ONE!" Ahmad dan Gogon sudah terjangkit dengan 'virus' gembira Zain dan Zaun.
"Sekurang-kurangnya, Tok Ibrahim masih waras," Luna menghela nafas panjang. Ketua pun tak boleh harap.
"Laju lagi! Laju lagi!" sukar untuk Luna akuinya, tapi, Tok Ibrahim pun tidaklah jauh sangat bezanya.
"Cis, yang ni pun tidak boleh diharap rupanya," Luna memasang muka datar. "Nampaknya aku sahajalah yang masih waras lagi," Luna menyambung.
"Taklah Luna, aku juga masih waras."
Luna memandang ke arah suara itu datang, panel imbasan Zaen. Satu kejutan melihat ianya adalah... Aqil? Dia juga telah bertukar seperti sebelum ini.
"Aqil?"
"Ya lah, kau ingat siapa?" soal Aqil selamba.
"Tak, tak ada apa-apa," Luna sedikit gugup. Maklumlah, jumpa dan bercakap dengan Budak Yang Terlarang bukanlah sesuatu yang boleh digelar sebagai 'impian'.
Tanpa mereka sedar, kini mereka telah tiba di KaryaJati. Pertempuran dengan askar Chaos akan bermula.
"Semua, masuk posisi!" 3 perkataan dan 4 lelaki tunduk pada arahan Luna.
"Ini terlampau mudah, mereka mungkin banyak, tapi mereka hanyalah Android. Mereka separa manusia. Kita ada peluang yang tinggi!" Aqil memberi hasil imbasan.
"Luna, kita perlukan kelemahan robot, air!" Ahmad memberikan arahan.
"Terima!" Luna menekan satu butang dan menolak tuil di depannya.
"WATER BLASTER!"
Dengan satu tembakan tentera baris pertama tewas dan meletup. Beberapa robot Android di barisan kedua seakan menari apabila sistem terasnya dibasahi air.
Piu!
Piu!
Piu!
Piu!
Piu!
Bertali-arus tembakan dari para Android ke arah Mecha pasukan The Legendary.
"Gogon! Guna perisai baru ni!" Zaun mengetik skrinnya dan menghantar kombinasi baharu kepada Gogon.
"Ya," pendek balasannya, tiada masa nak berbual pada waktu genting begini.
Perisai nano dicipta pantas. Namun terdapat penaik-tarafan terjadi. Kini ia boleh memantulkan kembali serangan yang diterima. Seperti cermin.
"Abang, gerakkan ia untuk memantulkan laser kembali pada mereka," Aqil yang berambut dan beriris putih memberi arahan.
"Terima! Hiya!" Ahmad menggerakkan perisai itu ke atas, bawah, kiri dan kanan untuk membalas serangan itu. Sekelip mata tentera barisan kedua lenyap begitu sahaja.
Dalam pada itu, satu pancaran emas mengenai tentera barisan ketiga pula. Dalam masa satu kerdipan mata, baris ketiga kini hancur berkecai. Barulah mereka sedar, Tok Ibrahim yang menembak sihir itu. Padanlah, senang sahaja menang.
"Baris terakhir, fokus!" Aqil memberi kata-kata semangat pada rakan lainnya.
Keadaan yang gawat ini menyebabkan beberapa Android belot dan melarikan diri. Namun mereka bernasib malang, satu per satu diletupkan dengan sihir Tok Ibrahim.
"Serangan terakhir! Sedia!" Ahmad memberi signal pada Luna.
Tanpa sepatah kata pun keluar, Luna menekan satu kombinasi yang agak sukar.
"Sedia!" Luna akhirnya bersuara.
"MULTIFUNCTION LASER BLASTER!" mereka memekik bersama.
Dan, seperti yang dijangkakan. KaryaJati sudah ditawan! Askar Chaos telah tewas dan seluruh penduduk di daerah itu keluar dari tempat persembunyian mereka. Sorakan dan laungan kebebasan kedengaran lantang bergema di seluruh daerah itu. Nampaknya bandar ini bakal ceria semula.
Sambil tersenyum, ahli The Legendary bersorak dengan gembira. "KARYAJATI DALAM TAWANAN!" mereka sangat gembira. Satu kemenangan yang hebat.
"Apa rancangan seterusnya?" Luna bertanya. Senyuman masih tak lekang di bibirnya.
"Kita ke... MetroFulus!" Ahmad berkata dengan penuh semangat.
Dan pada saat itu jua, Aqil rebah. Rambut dan anak matanya beransur-ansur bertukar ke warna asal.
"Ia terjadi lagi," Ahmad berkata perlahan. Dia mengangkat Aqil ke bilik sementara rakan-rakannya sedang turun berpesta bersama warga KaryaJati. "Aku perlu siasat...." Ahmad mengusap kepala Aqil dan keluar untuk menyertai rakan-rakannya. Satu lagi hari yang indah nampaknya. Betul kah?
Share this novel