15~ Kembalinya Laksamana Tuah

Fantasy Series 2142

  "Cikgu! Apa cikgu buat dekat sini?" Aqil menyoal pelik. Angin tiada, ribut tiada, masakan pula pokok bisa bergoyang? Atau adakah dia sekarang hanyalah sedang berfatamorgana?

  "Apa khabar tuan Laksamana?" Ahmad tunduk hormat.

  "Laksamana? Apa pula cerita merepek yang aku kena dengar lepas ni. Penat lah!" jerit hati kecil Aqil. Semua orang nak berahsia, apa tak penat ke berahsia aje memanjang? Takkan semua kena cari sendiri. Mungkin selepas ini mereka akan beritahu semuanya ini hanyalah gurauan!

  Atau lebih ekstrim, beruk sebenarnya mengeluarkan najis dari telinga. Apa? Najis beruk keluar di telinga masih logik untuk diperbahaskan jika semua cerita merepek yang Aqil pernah dengar benar-benar terjadi.

  "Ah, Aqil. Jadi kamu sudah tahu semuanya? Er, macam ini. Saya merupakan salah satu ahli Revolusi dan saya ditugaskan menjadi penjaga kamu," Cikgu Tuah memberitahu. Baik, sekarang Aqil rasa nak bunuh sahaja semua Pentadbir yang gatal sangat nak buat Pakatan.

  Apa boleh buat, apa yang pasti, bila di tempat dia, jangkakanlah sesuatu yang di luar jangkaan. Mungkin sebenarnya dia ni seekor burung, atau babun yang termutasi. Ya, kedengaran merepek tapi apa yang selama ini Aqil dengar lebih logik kah?

  "Jadi, macam mana? Kamu er, setuju atau tidak?" setuju? SETUJU? perkataan yang menjadi antonim kepada 'bangkang'? Perkataan yang membawa erti menerima dengan hati terbuka? Oh, memang tidak lah! Adakah orang yang akan setuju bila nyawa di hujung tanduk? Ada?

  "Setuju? Tak. Tapi saya akan buat. Saya ada sebab saya sendiri," satu senyuman tipis yang langsung tidak ikhlas ku lemparkan.

  "Itu lebih dari cukup," Tuah hanya tersenyum senang. Adakah hanya Aqil berasa tidak senang? Kenapa mereka senyum seolah semuanya akan jadi amat mudah dan dia boleh balik pada Hari Raya Aidilfitri tahun ni? Oh, ini memang gila!

  "Sebelum tu, macam mana cikgu boleh ada dekat sini?" pelik juga Aqil. Yalah, takkan senang-senang boleh masuk.

  "Seorang bekas panglima perlu lah handal menyamar," Tuah membalas ceria. Kenapa dia ni gembira sangat? Takkan lah dia ni kena Dissosiative Identity Disorder? Dekat sekolah, bukan main garang, kenapa baik betul? Pelik bin Ajaib!

  "Hmm, jadi sekarang kita perlu pergi ke dimensi yang mana?" kata Aqil setelah dia mendiamkan diri agak lama melihat Ahmad dan Tuah berbual-bual. Lama tak jumpalah katakan, soalan Aqil diabaikan begitu sahaja.

  "Hei!" Aqil menengking. Orang tanya bukan nak jawab.

  "Ya? Ah, maaf. Sebenarnya kita masih belum akan membuat dimensiontravel lagi," Cikgu Tuah berkata selamba sebelum sambung berbual bersama Ahmad. Buat pertama kali dalam hidup Aqil, dia benar-benar rasa ingin bunuh aje dua makhluk di hadapannya itu jika undang-undang tidak melarang. Aqil akan pastikan aspirasinya tercapai jika mereka memulaukan dia lagi.

  "Hei! Saya sedang bercakap lah!" Aqil kini ibarat gunung berapi yang bakal meletus pada bila-bila masa. Cubalah beri perhatian sikit!

  "Er, tentang tu, baiklah sebenarnya begini, Morales baru er, 'berhubung' dengan saya dan er, katanya belum sampai masanya lagi," Tuah tergagap-gagap kerana gugup.

  "Sebelum ni, mereka suruh saya pergi secepat mungkin, sekarang saya perlu tinggal di sini? Betulkah keadaan amat berbahaya?" Aqil mulai berang.

  "Bukan begitu, Aqil. Sebenarnya begini. Terdapat satu halangan yang Morales kesan. Jadi, buat masa sekarang, mereka perlulah ditumpaskan dahulu," Tuah menjelaskan.

  "Alasan lagi! Saya sudah bosan dengan semua ini. Tolonglah, seriuslah sedikit!" Aqil kembali beremosi.

  "Aqil, tolonglah faham. Kita tak boleh mengabaikan setiap faktor! Setiap peristiwa yang berlaku, setiap tindakan yang kita ambil, setiap keputusan yang kita buat, semuanya akan saling membentuk takdir! Malahan kecil mahupun besar, semuanya berkait! Kita tak boleh ambil mudah!" Ahmad mulai marah melihat Aqil mempersoalkan tindakan mereka.

  "Jadi, bagaimana dengan butiran kecil yang kamu terlepas; bahawa saya tak ingin pun keluar dari dimensi ini? Diabaikankah?" Aqil makin berani menyoal.

  "Aqil! Ianya jelas. Itu yang perlu kamu lakukan! Itulah realitinya!"

  "Realiti? Huh, realiti konon! Bagaimana dengan realiti yang lagi satu? Realiti di mana mungkin saya betul dan kamu semua salah? Ke mana perginya realiti tu? Hilang? Atau pendapat pakar fizik kuantum di mana kebarangkalian dan realiti itu wujud di dunia yang lain? Dunia sama dengan sejarah berbeza? Ia wujudkan?" Aqil bertanya. Lebih kepada ingin menjawab kembali.

  "Apa kamu maksudkan? Itu hanya teori, tak perlu terbeban dengannya. Mana boleh samakan dengan realiti!" Ahmad membalas.

  "Kenapa tidak? Realiti yang diramalkan Morales adalah berbeza-beza mengikut peredaran masa. Jika benar kata dia terjadinya perubahan yang agak besar dalam lipatan ruang dan masa, bukankah ada kebarangkalian untuk realiti bertukar boleh berlaku? Peristiwa yang diramalkan berlaku menjadi peristiwa yang berbeza. Untuk ramalan seterusnya secara saintifik, perlu ada data. Sepatutnya ia menjadi pemboleh ubah yang berkaitan. Jika peristiwa berubah, boleh jadi takdir saya berubah," Aqil mencuri nafas.

  "Tapi itu..." Ahmad cuba membalas.

  "Hanya kerana kamu semua terbiasa dengan satu realiti yang kononnya menjadi takdir, otak semua orang tertutup untuk memikirkan kemungkinan realiti lagi satu wujud! Kejam! Kamu semua kejam! Pemikir kepada realiti yang songsang dianggap tak betul. Hanya tertumpu pada satu perkara. Itukah perancangan yang dimaksudkan kamu semua selama ini? Mana butiran kecil yang dinilai itu?" Aqil semakin marah. Dia memotong cakap Ahmad seakan-akan tidak mendengarnya.

  "Aqil, cuba kamu fikirkan... " Tuah cuba memujuk namun dibalas dengan tempelak.

  "Sudahlah! I'm done! Kalau inilah pasukan yang nak beri keamanan pada dimensi, padanlah tak aman-aman lagi!" jerkah Aqil. Dia sudah penat dengan semua ini. Mereka mengubah keseluruhan rancangan tanpa memberitahu kepadanya terlebih dahulu. Benarkan dia penting di mata mereka?

  "Aqil! Aqil!" Ahmad memanggil nama Aqil. Bukan dia tak boleh guna sihir, kalau dia nak, boleh sahaja dia guna sihir Bingung pada Aqil dan pastikan dia setuju dengan semuanya. Namun, kadangkala dia merasakan bahawa dengan kuasa sihir, masyarakat Ahli Sihir merasakan mereka adalah Tuhan. Mereka lakukan semuanya sendiri dan lupa siapa yang berkuasa.

  "Biarkan dia, Ahmad. Dia perlukan ketenangan," Tuah menghalang Ahmad yang ingin melangkah.

  "Tapi tuan Laksamana, dia tak boleh dibiarkan macam itu atau..." kata-kata Ahmad dipintas.

  "Budak tu bijak. Dia sentiasa menunjukkan potensi yang besar. Cuma, keadaan terlalu sukar untuk dia. 18 tahun dia hidup dengan bahagia tanpa kisah apa-apa pun. Tiba-tiba kita semua hadir dan seolah-olah membebankan dia, sesiapa pun termasuklah saya akan stress jika begitu. Berilah dia masa Ahmad," ujar Tuah seraya menepuk bahu Ahmad. Dia kemudian berjalan dan meninggalkan Ahmad.

  "Mungkin, kalau dia jumpa dengan mereka, dia akan berubah fikiran. Ya, aku yakin mereka dapat ubah fikiran Aqil. Tapi, buat masa ni Madam melarang kami berpindah ke dimensi lain. Argh!" kepala Ahmad semakin kusut.

  Sesak otaknya memikirkan masalah yang lebih sukar dari formula kimia, istilah biologi dan teori fizik yang perlu dia hafalkan dahulu. Dia sudah putus asa. Dia membaringkan tubuhnya. Suasana Pekan Lama yang agak suram dan tidak diterangi lampu yang banyak, Ahmad dapat melihat terus ke arah langit malam. Tiba-tiba matanya yang mulai kuyu itu terbuka luas. Idea! Ya, dia dapat idea dari langit yang ditaburi bintang-bintang yang bersinar dan bergemerlapan bak permata.

  "Eureka! Laksamana... Aku perlu jumpa Laksamana!" Ahmad berlari menuju ke tengah pekan itu. Mencari sosok yang memakai baju compang-camping dengan rupa yang kusut-masai. Terdetik sejenak di benak fikiran Ahmad, kenapa Laksama Tuah jadi sedemikian teruk sekali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience