12~ Syarat Aqil

Fantasy Series 2142

"Kau dah gila ke apa? Pergi berperang berlima tanpa penjaga? Tak, aku tak benarkan," Ahmad membantah keras semua syarat yang Aqil kemukakan.

"Saya kurang setuju Aqil, ia amatlah bahaya!" Morales turut membangkang.

"Saya cuma mahukan 5 syarat, susah sangat ke?" Aqil tidak mahu mengalah.

"Pertama, kamu minta supaya kami beritahu semua rahsia yang kamu perlu tahu, itu saya rasa tidak boleh, Aqil. Terlalu bahaya jika musuh dapat tahu!" Tok Ibrahim membantah keras.

"Kedua, kau minta pergi berlima sahaja! Ketiga penjaga tak dibenarkan! Tak, aku takkan benarkan," ujar Ahmad yang mulai berang. Dia tak pernah dengar perkara lebih mengarut dari lima budak berumur 18 tahun nak berperang tanpa latihan dan bantuan. Gila ke apa?

"Keempat, ini yang paling tidak boleh, Aqil. Kamu tak boleh terus ada di sini, walhal 3 hari! Ia terlalu bahaya!" Tok Wan memarahi Aqil.

"Syarat terakhir kamu mungkin dapat dipertimbangkan, kamu mahu penuhi takdir kamu, tapi kamu ada matlamat lain. Dan kami tak boleh campur urusan kamu. Itu saya benarkan," Morales pantas memintas Aqil yang baru hendak membuka mulut.

"Baiklah, penjaga boleh ikut, tapi cuma beberapa orang! Rahsia? Baiklah, saya akan cari sendiri. Saya takkan tinggal di sini, kita bergerak lusa. Puas?" Aqil menyilangkan tangan di dada.

"Baiklah, kita akan undi penjaga yang akan ikut. 3 orang sahaja!" Tok Wan memberi kata putus.

Madam Morales membisikkan sesuatu ke cuping telinga Tok Wan. Tok Wan sekadar mengangguk sahaja.

"Baik, disebabkan beberapa masalah yang kita nak elakkan, kami bertiga sudah putuskan siapa penjaganya," Tok Wan membetulkan pengumuman sebelum itu. Mudahya jadi orang dewasa, sesuka hati sahaja nak tentukan semuanya. Dan semua orang wajib ikut.

"Ahmad, pergi ke CyberJaya. Dapatkan 'mereka', kamu salah satunya," Tok Ibrahim memandang tepat di mata Ahmad. Aqil memandang dengan penuh prasangka. Lagi-lagi berahsia. Tak penat ke?

"Aqil, ikut Ahmad. Kamu berdua perlu cari mereka hari ini juga atau esok, lusa, yang lain akan saya sediakan. Faham?" Morales memandang Ahmad dan Aqil. Urgh! Tak habis-habis dengan pandangan tu. Aqil rasa muak melihat pandangan penuh kepercayaan dan harapan. Buat seketika, Aqil berharap bahawa dia ada sihir masa, bolehlah dia menukar paradoks masa. Walaupun dia tahu, itu adalah perkara yang mustahil.

"Baik! Aqil, mari!" Ahmad menarik tangan Aqil dan terus berlari.

"Janganlah lari, bang! Sakitlah!" Aqil merungut, boleh putus tangannya kalau macam ni lama-lama. Sekejap, tak mungkin dorang akan ke CyberJaya dengan berlari kan? Jauh tu!

"Abang, nak pergi macam mana? Tak mungkin nak lari macam orang gila!" Aqil merentap tangannya menyebabkan langkah Ahmad terhenti.

"Pergi macam mana?" Ahmad melihat sekelilingnya. Ya tak ya juga, takkan nak lari? Ketika itu, hujung matanya menangkap imej seekor burung helang.
"Macam ni!" sejurus itu, Ahmad mengeluarkan tongkat saktinya. "Comerto burung helang!" burung helang tadi seakan ditarik untuk ke sini secara paksa. Ahmad menyimpan tongkat sakti lalu mengambil satu bulu pelepah burung itu, kemudian burung itu dilepaskan.

"Apa abang nak buat?" Aqil masih tercengang-cengang melihat dengan mudahnya Ahmad membuat semua benda menggunakan sihir.

"Adalah," Ahmad menyelit kan bulu itu di poket jubahnya. Dia mengisyaratkan Aqil supaya mengikutinya. Susahlah kalau ada orang nampak dia buat sihir! Lores tak boleh tahu kewujudan Ahli Sihir!

Setelah tiba di satu lorong yang gelap dan sempit, Ahmad mengeluarkan semula bulu pelepah itu. "Magic: Fusion!" gumamnya. Satu pancaran cahaya kemerahan muncul di mata Ahmad. Cahaya itu semakin lama, semakin terang dan perlahan-lahan menyelubungi seluruh tubuh Ahmad.

Aqil mengundur ke belakang. Entah apa pula yang akan jadi. Dalam beberapa detik, cahaya itu hilang. Perkara pertama yang Aqil lihat adalah seekor helang berbulu keemasan seakan tersenyum ke arahnya. Tahulah dia ni boleh tahan kacaknya, tapi takkan lah helang pun sukakan dia?

"Kau tengok apa lagi tu?" nak luruh jantung Aqil tengok helang tu boleh bercakap.

Aqil terduduk dan membelakangi helang itu, malangnya, kepala dia terhentak di tong sampah dan hasilnya dia pengsan.

"Aqil... Aqil..." burung helang itu menggelengkan kepalanya. Sayapnya diangkat dan helang itu menggumam, "Gravitiuna!" tubuh Aqil terangkat dan meluncur di udara menuju ke arah burung helang itu seak tarikan graviti tidak lagi wujud. Perlahan-lahan Aqil diturunkan ke atas burung helang emas itu. Ia menggangkat kedua belah sayap dan dan terbang membelah langit biru. dia perlu segera! Kalau sudah malam, sihir ini akan terbatal!

Setelah beberapa jam mereka terbang meredah langit, Aqil tersedar dari pengsan. Apa lagi, menjeritlah dia.

"Argh! Aku kat mana? Siapa kau?" Aqil meronta-ronta untuk turun. Mungkin dia tidak sedar, dia berada beratus-ratus kaki di langit. Mungkin juga dia lupa yang dia gayat. "Lepaslah!" sekali pandang, Aqil seakan tidak siuman untuk bercakap dengan seekor helang.

"Aqil! Duduk diam-diam, kau nak mati awal ke?" Ahmad yang berupa burung helang itu memarahi Aqil. Sudahlah berat, lagi dia terloncat-loncat macam kera dekat atas tu.

"Bu... Burung bercakap!" mata Aqil membuntang. Situasi mengarut apa yang sedang dia lalui ini?

"Ni akulah, Ahmad. Aku fusion dengan burung helang tadi. Kalau kita terbang, lagi cepat sampai," Ahmad menjelaskan.
"Macam mana boleh macam tu?" Aqil bertanya.

"Magis fusion melibatkan penyatuan beberapa ciri utama kedua-dua jasad. Ini magis purba kaum fenix, macam Luna," terang Ahmad.

"Ma... Maksudnya sekarang ni..." Aqil tak dapat percaya dia sedang terbang!

"Ya, kita sedang terbang," Ahmad tidak dapat menangkap riak wajah Aqil yang sangat takut di belakang.

"Argh! Aqil gayat lah, bang! Lupakah?" Aqil menjerit semahunya.

"Astaghfirullah hal azim, abang lupalah," Ahmad mula menyedari kesilapannya.

"Senangnya abang cakap! Turun sekarang! Turun!" Aqil menjerit seperti orang gila diserang histeria. Dia memukul-mukul badan helang itu untuk melepaskan rasa takutnya.

"Isy, yalah-yalah. Aku turunlah ni!" Ahmad terpaksa turun walaupun sudah separuh perjalanan. Nampaknya mereka berehat di sini sahaja. Dia meluncur laju turun ke bawah, habis kepalanya dihentak oleh Aqil sebab tak beritahu dulu. Aduhai, tukar manusia balik nanti mesti lebam-lebam badannya. Akhirnya kakinya mencecah tanah suatu pekan yang nampaknya masih elok. Tak terjejas dengan perang nampaknya. Aqil pantas melompat dan menyumpah seranah setelah selamat memijak tanah.

Ahmad terbang ke bangunan sebelah dan bertukar kembali senyap-senyap sebelum patah balik kepada Aqil.

"Kita bermalam di sini. Aku ada nampak hotel berdekatan tadi."

"Abang, kenapa pekan ni pelik? Semua benda macam zaman Tok Kaduk dulu je?" Aqil memandang pelik skruktur binaan yang ketinggalan zaman serta berasaskan kayu. Orang ramai pun berpakaian seperti ada pementasan sejarah sahaja.

"Ah, nama tempat ni Pekan Lama. Pekan ni tinggalan sejarah paling moden TommorowLand ada. Dah, jom kita beli makanan," Ahmad mengetuai perjalanan.

Pelbagai barangan dijual, makanan yang serendah 1 lin sehinggalah semahal 12 fasd, pakaian, senjata, alat permainan, semuanya ada! Aqil terbau bau yang sangat enak! Ini bau mi astor!
Astor merupakan sejenis tumbuhan kacukan yang daunnya, di masa hadapan menjadi pengganti Monosodium Glutamate dalam masakan disebabkan rasanya yang lemak-lemak amat disukai.

Aqil meraba-raba poketnya, sebelum ini, dia ada menyimpan 23 fasd. Cukuplah. Ketika Aqil sedang membayangkan kelazatan mi astor, seorang kanak-kanak melanggarnya. Kecil lagi budak ni, macam lipas kudung lari, tak minta maaf pula tu. Aqil hendak mengira semula wangnya, jadi dia mengeluarkan duitnya. Buntang mata Aqil menyedari poketnya kosong! Ah, mesti budak tadi tu! Baru Aqil nak berpatah balik untuk mencari budak itu, Ahmad memanggilnya.

"Aqil cepat! Aku dah belikan mi astor. Jom check in hotel," Ahmad menggangkat dua bungkus mi astor di tangannya. Nasib Ahmad belikan, kalau tak, meroyan lah Aqil sampai esok malam. Aqil berlari mendapatkan Ahmad, baru dia nak menceritakan apa yang jadi, Ahmad menariknya masuk ke dalam hotel.

"2 bilik ya?" Ahmad menghulur duit. Amboi, macam biasa sahaja ke sini.

Ahmad memberikan mi astor itu dan berjalan ke biliknya. Penat, nak tidur katanya.

Aqil masuk tidur setelah menghabiskan mi astornya. Sebelum terlelap, Aqil bertanya-tanya, siapa budak tadi tu?

Krang!

Bunyi kaca dan tembikar pecah didengari Aqil menangkap perhatiannya. Membulat mata Aqil melihat satu susuk bertopeng memandang tajam ke arahnya dengan sebilah pedang yang tajam. Nampaknya dia berniat untuk... Jangan-jangan dia ni... Takkanlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience