Dua orang manusia, muncul entah dari mana, dengan beberapa elak jarah memisahkan, di lorong sempit yang hanya diterangi cahaya bulan purnama. Mereka tercegat berdiri seketika, dengan meriam pemusnah dihalakan ke dada satu sama lain; kemudian setelah saling mengenali, masing-masing menyimpan meriam pemusnah ke dalam satu beg kecil yang diciptakan mampu memuatkan apa sahaja, dan mula berjalan pantas ke arah yang sama.
"Ada berita, Profesor Amran?" tanya lelaki yang lebih tinggi.
"Paling baik," Amran menjawab pendek.
Mereka meredah lorong gelap di tengah bandar TommorowLand tanpa sesiapa bersuara lagi. Sehinggalah kelihatan sepasang pintu pagar besi tempaan yang menghadang laluan dua lelaki itu, namun tiada seorang dari mereka berhenti melangkah, secara senyap, mereka mengangkat tangan seolah memberi tabik hormat dan kekal berjalan menuju ke arah pagar itu. Luar akal, mereka menembusi pagar itu seakan ia hanya hologram atau sekadar kepulan asap.
Satu bunyi kersikan kedengaran, lelaki yang tinggi tadi, spontan menghunus pedang laser yang berada di dalam jubahnya. Kepala 'si berani' tadi jatuh dan berpusing-pusing sebelum ditendang laksana tak berharga. Murah sungguh harga nyawa.
"Kementerian perlu pertimbangkan untuk ketatkan lagi kawalan, bukan setakat pagar dwijirim semata," lelaki yang tinggi itu merungut.
Mereka berjalan lagi, pancuran air menyambut kedatangan mereka, satu lagi tabik diangkat dan pancutan itu terhenti. Kini mereka berhadapan dengan Menara Gama. Menara Pentadbiran Utama. Dengan jarak 2000 milimeter, satu sinar imbasan dipancarkan. Tepat langkah terakhir sebelum tubuh dua lelaki itu merempuh dinding, satu pintu gergasi menampakkan kewujudannya dan ia terbuka waima tiada siapa yang berdiri dibaliknya.
Berjuta-juta bilik menyambut kehadiran dua pemuda itu. Dompet dikeluarkan dan satu syiling berlambang burung rajawali berwarna biru nilam dikeluarkan dari kocek jubah merah darah kedua lelaki itu.
"Benda ni menyusahkan sahaja," lelaki tinggi itu merungut buat kesekian kalinya sebelum kedua mereka memasuki bilik berbeza yang rupanya adalah dapur.
Mereka berdiri seakan tidak siuman di atas sebuah peti sejuk, memasukkan syiling tadi di lubang yang terdapat di belakang peti. Peti sejuk yang setinggi 1 meter itu ghaib dari pandangan dan satu lubang muncul di bawah kaki mereka, dalam satu kerdipan, mereka terjatuh ke dalam lubang dan lubang itu turut ghaib sebelum peti sejuk baharu yang seiras terhasil menggantikan yang lama.
"Salah satu lagi penyalahgunaan inersia yang manusia lakukan," akhirnya, mulut Amran yang payah benar nak dibuka bak dipenuhi emas itu menggumam kata-kata.
Tanpa disedari, kini mereka telah sampai di tingkat bawah tanah menara Kementerian yang dipenuhi dengan lif dan cermin pelbagai bentuk dan saiz yang bersepuh emas.
"Tingkat 60, Dewan Mesyuarat Ahli Kementerian Tertinggi."
Sejurus selepas pengumuman dari suara sebuah robot, lif di bahagian paling kiri terbuka pintunya. Amran dan lelaki itu melangkah ke dalam lif sebelum pintu itu kembali tertutup.
Ting!
Bunyi yang dikeluarkan tanda telah sampai ke tingkat yang dimaksudkan. Amran dan lelaki tadi melangkah dengan pantas sebelum keduanya meletakkan tangan di pintu sebuah dewan berkeluasan sederhana. Mereka sedikit teragak-agak sebelum Amran memulas tombol pintu dan melangkah masuk.
Dewan itu kelihatan mewah dengan hampir keseluruhan lantainya dilitupi dengan karpet baldu biru yang berbulu tebal. Suasana bilik itu amat suram dan satu-satunya sumber cahaya adalah daripada api yang marak di bawah para-para perapian marmar yang indah.
"Amran, Hamizan. Kamu berdua hampir sahaja terlewat. Ke mari," satu suara seakan bisikan namun dapat didengari.
Kedua-dua mereka melangkah ke arah sebuah meja bulat yang sudah dipenuhi ramai orang.
"Amran, ke mari," suara itu berbunyi lagi. Wajah berkerudungnya tak dapat dilihat. Dia menunjukkan tempat duduk betul-betul di sebelah kirinya. Dia memandang Amran penuh minat.
"Hamizan, sebelah Ikram," suara yang nampaknya seakan ketua mengarahkan mereka menyebut dengan malas, seolah-olah meremehkan kehadiran Hamizan.
"Jadi, macam mana? Apa yang kita dapat, Amran?" suara itu berbunyi lagi.
"Yang Bitara, saya sudah dapat maklumat penting dari Pasukan Perisik Divisyen 09! Ejen Mokhtar, ketua divisyen tu dah berjaya mendapatkan sehelai kertas yang dipercayai sebagai salah satu dari muka surat yang terkandung dalam jurnal si Muhaya itu," Amran menjawab.
Si dia yang digelar Sang Bitara sebelum itu merenung tajam ke dalam mata Amran. Hamizan dan yang lain menundukkan kepala seakan takut mereka pula menjadi mangsa renungan itu.
"Dan mengapa ini boleh bantu kita?" Yang Bitara mulai serius.
"Kita boleh lakukan semuanya, dengan sedikit sihir. Lagi pun, Yang Bitara pasti tak mahu melihat keratan yang membuktikan kewujudan alam lain?" Amran dengan berani membalas kembali renungan Yang Bitara dengan tenang.
"Bagus, bagus Amran. Kau benar-benar boleh diharap," Yang Bitara tersenyum di balik hijab kerudungnya.
"Yang Bitara!" Hamizan bangun. Semua mata tertumpu pada Hamizan pula.
"Ada apa, Hamizan?" Yang Bitara masih memasang wajah bosan setiap kali memandang Hamizan. Dia memandang dengan riak bosan dan meluat.
"Bukan kah tak logik? Maksud saya bukan lah alam lain tidak logik, tapi, dia!" Hamizan menunding jarinya ke arah Amran. "Dia sejak mula masuk ke organisasi kita, asyik bercakap mengenai sihir, Yang Bitara! Ini abad ke 50! Apa kejadahnya semua sihir ni?" Hamizan melenting.
"Aku bukan macam kau. Aku berdarah kacukan, campuran Lores dan Ahli Sihir. Aku tahu semuanya yang kamu tak tahu," Amran memandang Hamizan penuh kebencian.
"Tapi..."
"Sudah! Amran sendiri dah buktikan kemampuannya dan dengan adanya bukti ini, maknanya... aku dapatlah meluaskan jajahan aku. Bukan di TomorrowLand, tapi di seluruh dimensi!" Yang Bitara ketawa berdekah-dekah seakan tidak waras.
"Yang Bitara, apa sebenarnya punca kami ke sini? Saya ingat kita nak bincangkan stratergi untuk menangani Chaos dan selamatkan TomorrowLand! Saya ingat kita nak selamatkan semua penduduk! " Ikram, pemuda berjubah hijau zamrud di sebelah Hamizan bangun.
"Aku tak peduli tentang warga bodoh tu! Mereka terlampau dungu kerana percayakan aku akan bantu mereka! Biar mereka mati, lebih ramai, lebih mudah kerja kita." Yang Bitara berkata sinis.
"Apa maksud semua ini? Ini bukannya apa yang saya fikirkan. Saya berhenti dari Guide To The New Era!"
"Deatho!" Amran memekik, tongkat sakti dihunus dan sekelip mata, satu lagi nyawa hilang seperti pepasir di lautan.
"Seperti yang kamu semua tahu, apa matlamat utama Kementerian TomorrowLand?" soal Yang Bitara. Mengabaikan kematian itu seolah ia adakah rutin harian.
"Menakluk seluruh alam semesta dan menjadi pemimpin kepada yang bodoh," mereka bercakap serentak.
"Dan, jika ada yang menghalang?"
"Hapuskan mereka tanpa khabar berita."
"Tepat. Dengan menakluk dimensi yang lain, maka akan tercapailah visi aku! Hanya manusia yang berhak memimpin seluruhnya, termasuk dimensi!" Yang Bitara menjegil ke arah Ikram.
"Tapi Yang Bitara, macam yang saya cakap sebelum ini, penghalang utama bukan manusia biasa," Amran memberitahu.
"Begitu, terlalu bahayakah mereka?"
"Mampu mengganggu 97% rancangan kita."
"Kumpulkan divisyen 01 dan 02, untuk berkawal di TomorrowLand. Divisyen 05 dan 06 akan bantu dalam penyelidikan kamu untuk cipta portal ke dimensi lain, Amran. Bawa Hamizan untuk bantu kamu. Perintahkan divisyen 07, 08 dan 09 untuk cari dan bunuh mereka semua. Oh, kecuali 'budak istimewa' tu. Aku nak bunuh dia sendiri. Yang lain, bantu divisyen 03 dan 04 untuk sekat aktiviti keluar masuk dari TomorrowLand! Tiada yang terkecuali!"
"Ah, sampah kecil, berangan nak jadi wira! Ingat kau boleh halang aku? Homo-sapiens tak berguna!" Yang Bitara menendang jasad kaku tak bernyawa Ikram seakan jantung, otot yang paling kuat dalam tubuhnya masih mengepam 20 liter darah untuk hidupnya dia bagi 1 minit yang seterusnya.
"Ya... Yang Bitara," semua serba salah untuk menegur perbuatan itu, namun apakan daya?
"Ada yang nak melawan?"
Hanya gelengan dari setiap orang. Yang Bitara tersenyum.
"Selamat datang ke, GTTNE, Guide To The New Era! Organisasi ini akan mencipta era baru, era penaklukan Yang Bitara!" sekali lagi Yang Bitara tergelak berdekah-dekah. "Dan, kini... ia bermula..." satu senyuman terukir.... Senyuman yang sinis sekali.
Share this novel