16~ Kawan baharu

Fantasy Series 2142

  "Aqil, Aqil?" Ahmad menggoncang bahu Aqil untuk mengejutkannya. Namun Aqil masih tidur dengan lenanya.

  "Aqil, bangun, Aqil," Ahmad menggerakkan bahu Aqil dengan lebih cepat. Suaranya juga semakin keras. Payah benar budak ni hendak bangun hari ni. Dah kenapa pula? Setahu Ahmad, Aqil pernah tulis guna peta i-think cara-cara yang dia nak mati. Makan pil tidur berlebihan rasanya tak termasuk.

  "Ngantuk lagi lah," Aqil memusingkan badannya membelakangi Ahmad. Merajukkah?

  "Aqil, bangunlah," Ahmad berkata lagi. Kali ini nampaknya sebaldi air menggantikan perbuatan Ahmad menggoyangkan bahu Aqil. Terus terjagalah budak itu sambil menyumpah seranah. Terus matanya mencelik dan badan terasa segar-bugar. Efektif juga, seperti mandi guna air telaga!

  "Mizan! Jangan lah buat macam tu!" Ahmad menyeru nama yang tidak Aqil kenali. Mizan? Siapa Mizan? Suami Ahmad kah? Tunggu, Ahmad tu kan lelaki, Aqil!

  "Lantaklah."
 
  Amboi, lantak ya? Siapa punya mulut yang lancang benar tu? Kalau ikut kan hati, Aqil mahu pijak-pijak tuan empunya suara yang perangainya luar biasa sopannya. Boleh dijadikan contoh nampaknya.

  Dibekalkan rasa sejuk yang menikam sehingga ke tulang dan rasa amarah yang hampir-hampir tidak dapat dibendung lagi, sekelip mata Aqil bangun dan aku mengepal penumbuknya. Tubuhnya yang menggigil itu sama ada kerana kesejukan atau marah tidak dapat dijelaskan.

  Rasa amarah yang membuak-buak sebentar tadi seakan hilang dibawa pergi apabila Aqil melihat satu peristiwa paling aneh dalam hidupnya. Kedua paling aneh sekiranya najis beruk keluar dari telinga dimasukkan. Itupun kalau Aqil pernah nampak lah, setakat ni Aqil hanya membayangkannya sahaja.

  Empat orang yang tidak dikenali memakai jubah labuh dan mengenakan topi serta topeng dan sarung tangan. Kasut pun jenis yang tutup sepenuhnya. Memang jenis tak tunjuk kulit ke? Pelik pulak.

  "Si... Siapa korang ni?" Aqil tak tahu nak cakap apa sekarang. Makin lama masalah menjadi semakin kompleks dan rumit. Setiap sesuatu akibat masa kini kebanyakannya berasbabkan kesilapan Pentadbir dulu. Makin pening Aqil nak memikirkam masalah mereka ni.

  "Aqil, aku tinggalkan dorang dengan kau lah ya? Aku ada kerja sikit," Ahmad keluar dari bilik tanpa menoleh.

  Baik, sekarang keadaan menjadi lebih janggal dari jangkaan. Seorang budak lelaki baru bangun tidur dengan penampilan tidak rapi berdiri bersama 4 orang makhluk yang malu benar nak tunjukkan kulit. Aqil rasa tidak sopan jika tidak mempelawa mereka duduk, tapi, siapa mereka ni pun dia tak tahu. Lepas jemput duduk tak kan nak bincang tentang masalah harga tauge yang naik mendadak?

  "Er, jadi..." seorang dari mereka membuka mulut. Aqil tidak dapat mengagak siapa yang bercakap kerana mulut mereka tertutup. Perempuan rasanya, suara yang keluar itu sedikit halus berbanding insan bernama Mizan yang berbaik hati menyimbahnya awal tadi.

  "Beginilah, awak Aqil bukan?" muncul satu suara lain pula. Kali ini tetap halus namun sedikit tegas dan kedengaran yakin dan matang. Mungkin empunya suara orang yang sudah dewasa.

  "Ya dan, boleh tak kalau er... buka er... topeng tu. Saya tak dapat kenal pasti siapa yang bercakap. Janggal sedikit," Aqil cuba menyusun ayat baik-baik.

  "Oh maaf, tadi Ahmad ada di dalam, kami tak boleh dedahkan identiti. Jadi terpaksalah begini," dia menjelaskan. Tapi, perlu ke sampai begitu?

  "Maaf, tapi perlukah tutup betul-betul satu badan? Kalau pakai topeng sudah memadai, kan?" Aqil berasa amat pelik. Tak panaskah?

  "Ini kerana Ahli Sihir dapat mengecam aura seseorang dengan hanya 0. nanometer persegi kulit yang terdedah. Sebagai langkah berjaga-jaga, terpaksalah begini," seorang lagi budak perempuan di sebelah perempuan yang yakin bercakap tadi. Nampaknya dia lah yang mula-mula bercakap tadi.

  "Kau Budak Terlarang? Takkan benda simple tak tahu. Lembab," Mizan menyindir pedas. Cis, cantiknya adab dan bahasa!

  "Nampaknya kau memang berasal dari kaum yang sangat beradab dan bertatasusila, ya? Sungguh manis kata-kata kau," waima, itu hanyalah satu lagi pembohongan yang meluncur mudah di bibir Aqil. Yalah, buat benda yang berdosa adalah amat mudah, tapi malangnya, benda yang mendatangkan pahala agak sukar dilakukan.

  "Ya, semestinya. Bukan seperti kaum kau yang kotor itu!" Mizan yang berkulit cerah itu mula marah dengan percakapan Aqil. Dia benar-benar rasa terhina. Kaumnya bukanlah jenis makhluk yang tidak berguna lansung!
  "Mulut tu jaga sikit!" Aqil sama berang.

  "Er..." perempuan yang mula-mula bercakap tadi seakan ragu-ragu untuk menegur sementara seorang lagi lelaki di sebelahnya hanya diam membisu.

  "Korang, dah lah tu," halus suara perempuan itu menegur.

  "Kau diam!" Aqil dan Mizan menengking serentak. Terangkat bahu perempuan itu dek jeritan memetir dua insan di hadapannya.

  "Sudahlah tu! Ini bukan masa nak bergaduh!" tegas dan nyaring suara perempuan yang sebelahnya.

  "Kita abaikan semua benda, kita teruskan suai kenal, boleh?" perempuan itu merintih.

  "Fine!" Aqil melipatkan tangannya di dada dan Mizan menjeling Aqil dengan rasa tidak puas hati.

  "Baik saya mulakan, saya, Nur. Nur Nilam, dari dimensi Ahli Sihir," perempuan yang itu memulakan dengan yakinnya.

  "Saya, Maira, dimensi Malaikat," gadis yang takut-takut itu bercakap lembut.

  "Mizan, iblis." pendek dan kasar nadanya. Padan benar perangainya dengan kaum. Padanlah tak reti menjaga mulut!

  "Dan, dia?" Aqil bertanyakan budak lelaki yang sedari tadi membisu.

  "Dia Zul, dia... er... tak cakap," Maira memberitahu.

  "Jadi, aku..."

  "Aqil, ya kami tahu," Nur memintas. Mereka tahu? Macam mana pula?

  "Dah tahu? Ma... Macam mana?" Aqil sedikit tergagap kerana terkejut. Efektif benar mereka ni; cepat benar tahu semuanya.

  "Kamu Budak Dalam Ramalan Semangat Bintang, Aqil. Seluruh 4 dunia dah tahu kewujudan kamu. Cuma, manusia mungkin tak tahu," Maira menerangkan dengan tenang.

  "Maksud?" Aqil tidak faham. Mengapa manusia sahaja yang tidak tahu? Ini sudah menjadi diskriminasi! Lebih teruk daripada perkauman dan pemilihan pakatan melalui warna kulit.

  "Dah jelas, kan? Korang semua ni lembab, jadi memang slow sikit," Mizan berkata selamba.

  "Kau ni kan!" Aqil cuba memukul Mizan yang tidak menyedari tindakan itu. Pukulan Aqil pasti akan kena jika Zul tidak menghalang. Zul memandang Mizan dengan tajam. Dia kemudiannya mengerutkan muka dan menaikkan keningnya.

  "Yalah, yalah," Mizan meminta maaf. Ajaib. Budak yang lansung tidak bercakap mampu membuat orang sedar dengan hanya pandangan, kerutan dan menaikkan kening? Aneh.

  "Maksudnya, manusia tidak diberi tahu, kerana ia mengikut penyerahan yang dibuat Pentadbir Lee. Dia telah meletakkan tirai pada dimensi Manusia, kamu sudah diberitahu Morales bukan?" ujar Maria pelik. Nur mengangguk.

  "Ah, itu rupanya maksud tirai hari itu," detik hati Aqil.

  "Aqil?"

  "Ah, ya, ya. Mestilah. Er, boleh saya tahu? Apa kamu semua buat di sini?" Aqil menyoal.

  "Teruknya pengurusan di sini, serius kamu tak tahu?" Nur berkata bersungguh-sungguh. Aqil mengangguk.

  "Sungguh?" Maria kurang pasti. Pertanyaan itu dibalas dengan anggukan Aqil yang kedua kalinya.

  Nur, Maira, Mizan dan Zul memandang Aqil pelik. Mereka menghadap satu sama lain dan kemudiannya saling merapati dan berbisik antara satu sama lain. Sudah, pakatan apakah ini.

  Perbincangan mereka terhenti dan Zul melangkah ke hadapan. Dia merenung Aqil dengan tajam penuh makna. Aqil menelan liur, kalau si Mizan yang degil tu boleh dengar cakap. Mesti dia ni power.

  Satu langkah, demi satu langkah. Derap kaki yang kedengaran, tiada seorang pun yang bersuara. Aqil mahu berundur namun kakinya seakan dipasung. Zul mendekati dengan renungan yang tajam.

  Dia melangkah dan melangkah lagi. Dia berhenti betul-betul di hadapan Aqil. Zul mengangkat sebelah tangannya, satu pancaran cahaya teramat silau sehingga menyakitkan mata dilepaskan dan semuanya hilang. Bilik itu kini sunyi dan sepi. Amat se

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience