6~ Pertempuran

Fantasy Series 2142

"Robot tempurku sekalian! SERANGGGGGG!" pekik Chaos.

"Bersedia semua!" Ahmad memberi semangat. Masing-masing mereka mengawal bahagian yang berbeza dalam robot itu.

Ahmad mengawal pergerakan robot. Dia disambungkan dengan menggunakan wayar dan kabel ke cip robot itu. Setiap pergerakannya akan ditiru oleh robot. Dia merupakan kunci utama setiap pergerakan.

Luna mengawal serangan. Dia perlu peka dengan isyarat dari Ahmad untuk melancarkan serangan. Terdapat sebuah meja yang penuh dengan butang, tuil dan suis. Setiap kombinasi yang berbeza akan menghasilkan serangan yang berbeza.

Gogon mengawal bahagian pertahanan. Sama seperti Luna, dia juga memiliki satu meja dengan tuil, butang dan suis yang bertaburan.

Zain bertugas di tingkat kedua robot itu. Dia berfungsi sebagai mekanik. Setiap kerosakan yang terjadi, dia perlu baiki dengan segera.

Zaun pula bertugas di bahagian teknologi. Tugasnya adalah untuk peka dengan keadaan sekeliling dan memilih alatan khas yang sesuai. Dia memerlukan kemahiran imaginasi yang tinggi.

Hanya satu bahagian yang masih kosong iaitu bahagian pemerhatian. Itu merupakan kerja Zaen. Dia perlu mengimbas sifat musuh. Dia perlu menjangkakan pergerakan seterusnya dan merancang strategi. Bahagian ini dibiarkan kosong kerana ketidak hadiran Zaen.

"LEGENDARY MAGICAL MECHA! ACTIVATED!" mereka berlima menjerit dengan penuh semangat.

"SELURUH PENDUDUK TOMMOROWLAND AKAN RASAKAN AKIBAT MENENTANG AKU! MUAHAHAHAHAHA!" Chaos ketawa berdekah-dekah seolah tidak waras. Senyuman yang diukir kelihatan sangat mengerikan.

"Kau sedia Ahmad?" Luna bertanya sesaat sebelum mereka bersedia dalam posisi bertempur.

"Semestinya! Hiyaaa!" Ahmad melompat dengan agak tinggi. Serentak itu juga robot Mecha itu berjaya meniru pergerakan itu dengan sempurna sekali.

"Serang sekarang Luna!" arah Ahmad. Robot iti kini sedang melompat ke arah ribuan robot tempur yang berkuasa. Mereka perlu bertindak pantas.

"Baik!" sepantas kilat Luna menekan butang-butang, menolak tuil-tuil dan memicit suis-suis di hadapannya. Sekali pandang jari-jemari runcing miliknya seakan menari di atas meja itu.

"Water Blaster!" pekik Luna dengan nyaringnya. Tangan kiri robot itu bertukar menjadi sebuah meriam. Satu ledakan air bertekanan tinggi keluar dari senjata api itu.

Beberapa buah robot di bahagian hadapan terkena serangan itu dan terus rosak. Tubuh keluli mereka seakan menari secara terhenti-henti dan akhirnya meledak. Ini menyebabkan robot di belakang mereka turut meledak juga.

"Pasang perisai Gogon!" teriak empat lagi pengendali robot itu.

"Baik! Arghh!" Gogon menekan beberapa butang dan menolak sebuah tuil yang paling hampir dengan dirinya. Satu suis juga sempat ditekan.

Meriam tadi bertukar kembali menjadi bentuk tangan robot yang asal. Kedua-dua tangan robot itu kemudiannya mengeluarkan pancaran partikel nano yang membentuk perisai untuk mereka bertahan dari gelombang yang terhasil.

"Arghh!" mereka menjerit. Walau dengan perisai, gelombang dari letupan robot tempur tadi masih memberi impak yang amat besar!

Sejurus selepas gelombang itu mulai reda, Ahmad melompat dengan pantas ke belakang. Percaya atau tidak, semua aksi pertempuran tadi berlansung tak lebih dari satu minit. Kepantasan yang luar biasa!

"T...TAK GUNA KAU!" Chaos memekik.

"AKU AKAN HAPUSKAN KORANG SEMUA! MUAHAHAHAHAHA!" dia semakin menggila. Sekali pandang, dia dah nampak macam pesakit hospital sakit jiwa.

"Ahmad! Sedia!" Zain dan Zaun berkata serentak. Jujur cakap, memang seram sedikit.

"Ya! Aku tahulah!" Ahmad membalas.

"ROBOT TEMPURKU SEKALIAN! SERANG!" Chaos memberi arahan.

Semua robot tempur melepas kan misil dan peluru berpandu. Mereka menyerang bertubi-tubi tanpa perasaan.

"AHMAD! ELAK!" Gogon, Luna, Zain dan Zaun bercakap serentak.

"T...TAK SEMPAT! BERTAHAN SEMUA!" Ahmad tidak sempat untuk bergerak.

Semua misil dan peluru berpandu itu tepat mengenai sasarannya. Mech itu mengalami kerosakan yang agak teruk.

"Argh!" mereka semua jatuh kecuali Ahmad. Kalau dia yang jatuh, jatuh lah mereka semua nanti!

"Zain, Zaun! Cepat betulkan mech ni! Aku tak boleh nak gerakkan tangan kanan robot ni!" Ahmad menjerit.

"Betulkan? Nak betulkan apa? Aku tak dapat tahu lokasi yang rosak! Kau ingat boleh main betulkan ke?" Zain berteriak. Riak mukanya kelihatan tidak puas hati.

"Dalam pada tu, aku tak in charge untuk betulkan!" Zaun pula membalas.

"Betulkan beberapa komponen di bahagian triseps tangan robot ni. Beberapa wayar dah putus dan cip utama rosak. Kita betulkan yang tu dulu! Kerosakan luar masih dapat dibaiki nanti! Dinding robot ni tebal." jelas satu suara.

"K... Kau Aqil! Apa yang kau buat dalam ni!" Ahmad tidak dapat mempercayai apa yang dia lihat. Aqil yang sebelum ini kelihatan bodoh dan kurang cemerlang dalam teknologi mampu uruskan mesin pengimbas milik Zaen tanpa meletupkannya? Ini amat menghairankan. Pelik bin Ajaib berketurunan Hairan namanya!

"A... Aqil? Adik angkat k... kau tu ke?" tergagap-gagap Zain bercakap. Bukan dia sahaja yang sedang gugup. Rakan-rakannya yang lain turut berdebar-debar.

Mana tidaknya, ini bermakna penyamaran mereka di dimensi manusia ini boleh diketahui pada bila-bila masa! Apalah mereka nak jawab dengan Lord Berlima nanti? Lagi-lagi si Ruby itu!

"Apa kau tercegat lagi? Buat lah cepat!" Aqil berteriak.

Pada ketika itu, Ahmad menyedari sesuatu yang pelik tentang Aqil. Iris emerald miliknya kini sudah bertukar menjadi putih! Rambutnya juga telah bertukar warna mejadi putih. Sekali pandang, Aqil kelihatan seperti orang yang asing. Hanya Ahmad yang masih dapat mengecam wajah Aqil.

"Kenapa tak bergerak lagi? Aduhai, aku perlu lakukan semuanya sendiri ke?" Aqil mengangkat tangannya.

Yang menakjubkan, kotak alatan milik Zain terapung dan semua peralatan membaiki yang berteraskan teknologi itu meluncur ke bahagian tangan robot itu seolah mereka mempunyai minda sendiri.

Sejurus selepas beberapa ketika semua peralatan itu kembali dan memasukkan diri sendiri ke dalam kotak peralatan itu semula.

"Abang! Cuba gerakkan!" Aqil menggesa Ahmad sebaik sahaja kotak itu kembali ke pangkuan tuannya.

"Ya!" Ahmad membalas pendek. Sungguh memeranjatkan! Aqil benar-benar berjaya membaiki tangan itu dengan sangat pantas.

"Dah boleh Ahmad?" Luna menyoal setelah lama mendiamkan diri. Gogon masih mengunci mulutnya, dialah yang paling terkejut sekali melihat keberadaan Aqil.

"Dah! Bersedia untuk serang balas!" Ahmad berlari anak kehadapan dan robot itu dengan pantas meniru gerak langkahnya.

"Abang elak ke sebelah kiri! Robot tempur dari sebelah kanan akan menyerang!" Aqil berkata dengan nada yang tegas. Meskipun ini adalah pertama kali dia menggunakan alat pengimbas, dia nampaknya seakan sudah mahir!

"Baik!" tepat seperti jangkaan Aqil. Pergerakan Ahmad mengelak ke kiri merupakan tindakan yang tepat.

"Imbasan menunjukkan robot tempur dari bahagian belakang akan maju ke hadapan! Er, siapa-siapa, sedia dengan alatan serangan!" arah Aqil.

"Zaun, sediakan meriam plasma!" Ahmad memberikan arahan sebaik sahaja mendengar kata-kata dari Aqil. Kejayaan mereka meramal pergerakan musuh tadi menambahkan kepercayaan Ahmad terhadap budak mentah itu.

"Baik!" Zaun menekan-nekan skrin sentuh gergasi miliknya. Satu ketikan terakhir dan signal dihantar kepada Luna.

"Sekarang Luna!" perintah Zaun.

"Ya, aku tahulah."

"Kalau tahu tekan lah."

"Nak tekan apa? Kau tak bagi kombinasi."

"Aku dah ajar semalam, tak mungkin kau dah tak ingat."

"Aku ada banyak lagi benda nak kena ingatlah."

"Takkan benda senang pun tak boleh?"

"Lain kali, kau pula yang kawal meja ni."

"Mana boleh, kerja aku cipta senjata baru, bukan kawal senjata."

"Tahu pula tak boleh. Kau ingat senang ke nak hafal banyak-banyak kombinasi serangan."

"Belum cuba mana tahu."

"Boleh fokus tak! Aku kahwinkan juga budak dua orang ni!" Ahmad memarahi mereka.

"Apa-apa sahaja lah. Hmph!" Luna dan Zaun membuang pandang antara satu sama lain sementara Aqil dan Gogon memandang mereka dengan muka yang datar.

Luna menekan tombol, tuil dan suis dengan bimbingan Zaun. Boleh pulak tergelak-gelak, bergurau dua 'ekor' budak ni. Pelik betul hubungan Zaun dan Luna ni. Sekejap elok, sekejap gaduh. Macam suis lampu, sekejap buka, sekejap tutup.

"PLASMA CANNON! ACTIVATED!" mereka berenam berkata serentak. Bila si Aqil tu practice dengan yang lain tu nampaknya masih sebuah misteri.

"Hiya!" Ahmad melepaskan tembakan secara bertubi-tubi. Setiap tembakan plasma meleburkan, meletupkan dan menghancurkan robot-robot tempur milik Chaos.

Namun, masih ada satu robot tempur yang masih tinggal sebagai pertahanan terakhir Chaos walhal, bekalan kuasa Mecha mereka sudah hampir mencecah tahap sifar.

"Tak guna kau! Aku akan pastikan kau menyesal hancurkan robot tempur aku! Muahahahaha!" Chaos sudah menjadi 'tin-tong'. Tiga suku menjadi sinonimnya.

"D... Dia nak buat apa tu Aqil?" Ahmad agak gentar dengan gelakan sewel Chaos.

"Aku tak dapat nak predict! Sedia untuk sebarang kemungkinan," Aqil memberi kata putus.

"What! Macam tu sahaja kau cakap!" Gogon melenting.

"Diam! Fokus dengan keadaan sekeliling!" Aqil membalas penuh berani. Betul-betul berbeza dengan diri asalnya yang penakut dan lansung tidak berguna. Bak kata orang barat, useless.

"Aku tengah peka lah ni!" Gogon membantah.

"Kalau begitu, kenapa kau tak sedar yang aku dah halakan meriam pada kau?" Aqil menyoal dengan sinis.

"Meriam apa yang kau...."

Lansung terdiam Gogon melihat meriam yang dikatakan Aqil benar-benar di belakangnya. Persoalannya, siapa angkat meriam berat tu kalau Aqil masih di bahagian pemerhati?

Tambah terkejut dia melihat sebuah tangan robotik yang diperbuat daripada cantuman pelbagai objek elektronik. Sekali pandang, macam mustahil benda tu nak angkat meriam seberat tu.

"A... Aku...." Gogon tidak mampu menghabiskan ayatnya mengenangkan nyawanya kini ibarat telur di hujung tanduk. Sekelip mata dia boleh cedera teruk kalau 'tangan' Aqil tu tarik picu meriam.

"F-O-K-U-S. FAHAM?" Aqil menyoal dengan senyuman yang sinis. Iris putih miliknya kini menambahkan aura seram.

"Ya... Ya A... Aku faham, Aqil," Gogon menganggukkan kepalanya beberapa kali dengan perasaan yang gementar. Terasa pelik pula bercakap dengan Budak Yang Terlarang. Ini patutnya dah melanggar peraturan, tapi nak buat macam mana? Mereka perlukan Aqil sekarang.

Balik Ecantadia, habis kena bebel dengan Ruby. Dah lah orang tua tu kuat membebel. Dia sahaja yang 'betul' bila bercakap.

"Bagus!" Aqil membalas dengan pendek.

"MEGA SUPER DUPPER ULTRA PLATINUM GOLD POWERFUL GIGA MECHA! ASSEMBLE!" Chaos memekik.

"A... Apakah!" mereka menjerit serentak.

"Saksikanlah, akibat menentang aku, Chaos!" Chaos terjerit-jerit bagai orang sewel.

Semua komponen dari Mecha dihadapannya berpecah dan membesar sehingga 10 kali ganda. Ia kemudia bercantum semula di badan Chaos. Dia kini memakai suit armour bersaiz sepuluh ganda dari Mecha milik The Legendary.

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang?" Ahmad menyoal rakan-rakannya yang lain dan... ya, Aqil juga.

"Aku tahu," Zaun berkata pendek.

"Tahu apa?" Gogon menyoal pantas.

"Kita pun boleh besar juga...." Zaun mengukir senyuman sinis dan kelihatan seakan matanya bersinar.

"Maksud kau?" Luna berasa ingin tahu.

"Zain beri aku kotak alatan kau!" Zaun lansung tak menjawab pertanyaan dari Luna.

"Ahmad?" Zain meminta kebenaran Ahmad.

Ahmad sekadar mengangguk tanda setuju. Satu gelakkan kedengaran keluar dari kerongkong Ahmad.

"Kita biarkan sahaja dia, kembali menjadi... Ahli Silap Mata! Kau masih boleh buat muslihat kau bukan, Zaun?" Ahmad sekadar tersenyum.

"Mestilah!" Zaun menggenggam buku limanya tanda dia sangat bersemangat.

"Lakukan. Aku percayakan kau."

Kesemua mereka memandang arah sumber suara itu sekilas. Suara itu datang dari Sang pemilik iris emerald.

"Hmm! Thanks Aqil," Zaun tersenyum dengan mempamerkan giginya yang tersusun cantik. Mereka semua tergelak sebentar.

"APA YANG KORANG GELAKKAN, HAH? RASAKAN NI! HIYA!" Chaos melancarkan serangan pertamanya. Kedua penumbuknya terpisah dari tangan dan melayang ke arah mecha team The Legendary.

"Gogon! Pertahanan, sekarang!" Ahmad memberi arahan.

"Baik!" lancar tangannya di atas meja itu.

Sepasang perisai nano muncul untuk menahan serangan itu.

"Tahan lagi! Aku perlukan lebih banyak masa!" Zaun memekik dari bahagian bawah.

"Yalah-yalah!" Gogon membalas dengan nada malas.

"SEMBUNYI? JANGAN HARAP! HIYA!" Chaos menembak laser pemusnah pula.

"Tahan sekejap lagi!" Zaun memekik lagi. Aduh, selalu hidup dengan dorang ni, boleh naik bingit telinga jadinya.

"TA... TAK BOLEH DAH! CEPATLAH SIKIT!" Gogon tidak mampu lagi bertahan. Perisai itu akhirnya retak!

"90% dari mecha akan rosak jika dibiarkan!" Aqil menjerit.

"Argghhhhh!" mereka semua menjerit kecuali Zaun yang terlindung di tingkat bawah.

Satu sinaran yang menyilaukan mata terpantul ke Mecha milik Chaos. Apakah? Lengan robot itu putus dek 'serangan' itu.

Dari kabus yang terhasil dari pertembungan tadi mulai mengurang dan memaparkan, sebuah mecha yang kini sama saiz dengan mecha Chaos. Adakah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience