"Aqil! Bangun, Qil... Ya Allah... maafkan abang...." Ahmad menitiskan air matanya melihat Aqil rebah menyembah bumi.
Lututnya terasa lemah... seolah-olah seluruh semangatnya yang membara tadi terpadam begitu sahaja!
"Ini bukan masanya, sekarang ni... kita kena fokus dekat si badut dalam skrin besar tu!" balas seorang lelaki yang muncul secara mengejut dari belakang Ahmad.
"Betul tu! Aku dah tak sabar ni! Lama aku tak guna 'cara' lama" tersengih-sengih seorang wanita yang memakai jaket berhud. Penumbuknya digenggam erat tanda sudah bersedia.
"Eleh, cara kau cakap macam dah lama sangat benda tu jadi... padahal baru lagi rasanya...." kata seorang lelaki yang muncul dari atas sebuah bangunan. Dia melompat dari tingkat 97 dan terus mendarat tepat di sebelah lelaki yang muncul sebelum ini. Satu ketakjuban bahawa mereka mempunyai paras rupa dan suara yang seakan sama.
"Aku dikejutkan dari tidur hanya untuk ini? Alahai, mereka cukup mudah untuk kau semua sendiri kalahkan," keluh seorang lelaki yang tampak lebih berumur dari mereka semua. Dia masih menggosok kedua matanya bagi membuang sisa tahi mata yang tersisa.
Dia menguap seketika sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali dan kembali mengadap ke hadapan.
"Apa?" tanyanya seakan tidak berdosa setelah melihat semua mata termasuk milik Chaos memandang dirinya dengan muka yang datar.
"Ah, abaikan sahaja! Zain, Zaun... mana Zaen? Biasanya korang bertiga ada bersama-sama kalau dapat misi?" kata Luna pantas.
"Entah lah... dia beritahu Lord Jed dan Topaz beri dia misi khas. Dah mirip-mirip 'Running Man' pula" Zain dan Zaun, kembar seiras tadi sekadar menjungkit bahu mendengar pertanyaan itu. Sempat juga mereka menyelitkan nama rancangan aneka ragam kegemaran mereka pula.
" Running Man? Binatang apa pula tu? Boleh buat makanan tak? Aku lapar lah...." ujar Gogon, lelaki yang sejak dari tadi asyik menguap tidak berhenti-henti. Dia mengusap perutnya perlahan.
"Kau ni! Perut kau pula yang kau
pedulikan! Tak ada benda lain ke?" bentak Ahmad, geram. Zain dan Zaun menyiku tulang rusuk Gogon setelah itu.
"Tak perlu lah pukul-pukul! Sakit tahu tak!"
"Siapa suruh kau cakap benda lembab macam tu, bodoh! Buat naik darah aku sahaja!" teriak wanita itu. Dahinya sedikit berkerut-kerut menahan amarah.
"Hei! Berhenti lah bergaduh! Nanti plot yang penting dalam bab kali ni tak akan berjalan!" teriak Chaos!
"Ahmad, nampaknya... Kamu perlukan bantuan?" tegur seorang lelaki misteri yang secara mengejut menepuk bahu Ahmad. Dia memakai jubah putih dengan topi kon warna senada.
Menjadi kebiasaan, Ahmad memang tangkas orangnya... dia terus memusing kan dirinya dan mencapai sesuatu berupa tongkat kecil yang sedikit aneh.
"Deatho!" pekik Ahmad dengan lantangnya. Sinaran hijau berkilau keluar dari tongkat yang dipegangnya.
"Sheiwlded!" balas lelaki berjubah itu. Dia tampak lebih tenang. Satu pancaran cahaya ungu keluar yang kemudian bertukar menjadi sebuah perisai. Sinar hijau Ahmad dipantul kembali, nyaris mengenai Gogon.
"CELAKA KAU! Ahmad! Jangan guna Sihir Membunuh melulu! nasib baik aku tak kena!" Gogon memaki Ahmad.
"Tenang anak muda semua," suara lelaki itu sedikit serak. Dia memandang mereka dengan senyuman tipis yang terukir.
"Tok... Tok... TOK PENGHULU IBRAHIM! APA TOK BUAT KAT SINI!" Ahmad menjerit dengan penuh nada yang terkejut. Matanya sedikit terjegil melihat sosok tubuh di hadapannya.
"ASTAGA, AHMAD! KENAPA KAU TAK BERITAHU AWAL-AWAL DIA NI TOK PENGHULU IBRAHIM? AKU DAH TERCARUT DEPAN IDOLA AKU KAU TAHU TAK!" sekali lagi, Gogon menjerit. Dia menggaru kepalanya seakan gila. Mana tidaknya, Tok Penghulu Ibrahim merupakan seorang pewira handalan di dimensi ahli sihir. Namanya sangat masyhur dan dikenali ramai.
Aduh, rasa boleh tercabut semua bulu di kepala Gogon jika dia terus buat begitu, sudahlah kukunya sangat tajam!
"Ah sudah! Kita lakukan sesi penyesalan ni nanti ya? Kita ada pertarungan untuk dimenangi!" serentak Zain dan Zaun berkata.
Mereka dan adik kembar mereka, Zaen... amat dikenali dengan sifat yang tegas. Mereka bencikan perbuatan yang sia-sia dan remeh.
"Betul tu! Jom kalahkan budak bertopeng tak berguna ni, dan balik ke rumah Ahmad, makan popcorn dan tonton movie selepas ni!" Luna bercakap dengan penuh semangat.
Serius, 'jagung meletup' yang disalut mentega itu sangat menyelerakan bagi Luna. Snek yang sempurna walaupun harga jagung kini di pasaran adalah 3 fasd. Bukan senang nak jumpa jagung sekarang ni.
"Serius lah korang nak bertempur sekarang? Nanti chakra korang habis macam mana?" soal Ahmad.
"No worries, my friend! Kami ni jeneral lah... Dorang ni, semua 'makanan' aku sahaja!" Gogon berkata dengan bangganya.
"Macam mana? Hebat tak aku cakap bahasa purba Negara Lagenda England? Bukan senang nak jumpa ahli sihir fasih bahasa ni tahu?" Gogon semakin riak.
"Janganlah risau, kita akan kalahkan mereka ni dengan mudah! Kau pun bukannya calang-calang orang, Ahmad," Zain dan Zaun memberi sokongan. "Dengan bantuan tuan, kita pasti menang!" tambah mereka berdua lagi.
"Tapi, kau yakin kita akan berjaya?" tanya Ahmad.
"Mestilah! Kau ni... tak perlu lah paranoid sangat! Kita ni kan 'The Legendary'! Kau sudah lupa zaman kegemilangan kita?" terang Luna bersungguh-sungguh.
"Anak muda, percaya lah pada diri kamu!" Tok Penghulu Ibrahim memberi semangat.
"The Legendary? Hahahahaha, aku suka nama tu!" Ahmad mula mendapat kembali semanganya.
"Hah, macam itu lah! Tunjukkan belang kau yang sebenarnya , Jeneral Ahmad!" Gogon tersengih.
"Ada-ada sahaja kau ni. Jadi, macam mana? Sedia semua?" kata Ahmad
"Sedia!" teriak mereka semua.
"In one, two... and three! The Legendary Magical Mecha! Assemble!" mereka berteriak. Beberapa komponen robot keluar dari sebuah portal. Ia kemudian bersambung membentuk satu Mecha yang kelihatan sangat berkuasa.
Mecha itu berupa sebuah robot mirip manusia berwarna kelabu dan kuning. Kelima-lima mereka berada di bahagian atas lebih tepat di kepala robot itu. Kedudukan mereka dapat dilihat dengan jelas melalui cermin besar yang menjadi replika mata robot itu.
"Aqil, ini janji abang. Satu masa nanti.... Kamu akan tahu kebenarannya!" gumam Ahmad. Ahli The Legendary yang lain sudah bersiap sedia. untuk mengawal robot besar itu.
"Kau semua memang berani menentang aku ya? Rasakan lah akibatnya! SERANG SEKARANG SEMUA!" tempik Chaos.
Nampaknya, satu lagi siri perang 'kecil' bakal bermula....
Share this novel