Aku bangun dengan teruja menyapu debu-debu di seluarku dan berlari mendakap tubuh tua yang ku sayangi dengan erat. Air mataku bergenang, satu-satunya ahli keluarga kandung yang masih ku miliki, berada di tengah-tengah peperangan yang tidak berguna.
Tuhan sahaja yang tahu betapa aku merindui dia. Tok Wan! Ah, aku tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaanku kini. Sedih, gembira, marah, geram, rindu dan tertekan. Semuanya bercampur-baur dan menjadi satu rasa yang membuatkan mutiara jernih milikku tumpas dan mengalir jua.
Ku dakap tubuh Tok Wan seerat-eratnya. Tok Wan membalas pelukanku, dia juga menangis. Namun, aku rasa dia gembira, satu senyuman bahagia terukir di bibir tuanya. Dia menepuk-nepuk belakang badanku, memujukku supaya jangan menangis. Seakan magis, ia berhasil. Aku hanya tersedu-sedan dengan senyuman dan linangan air mata yang mengalir. Hanya Tok Wan boleh buat aku berhenti menangis.
Tok Wan memanggil Ahmad yang berdiri di balik pintu. Dia sedari tadi sudah mula menangis, dia merupakan anak pungutan. Disebabkan darah kacukan Ahmad, Lores dan Ahli Sihir, Ahamd dibuang dimensi. Dia tidak lagi dibenarkan untuk pulang ke Ecantadia, sebuah dimensi mirip Bumi.
Selepas dibuang negeri hanya berbekalkan chakra istimewa Ahli Sihir, tongkat sakti kayu blackthorn, 11 tiga suku inci, berteraskan bulu Qilin, dia yang baru berumur 5 tahun merantau di dunia yang kejam ini. Disepak, dimaki, dibuli malahan nyaris dibunuh untuk organnya.
Tangisan si kecil Ahmad ibarat angin lalu sahaja, dia tidur di tepi jalan, tanpa ihsan, berlapikkan kotak buruk di tempat pembuangan sampah dan kuasa sihir yang tidak seberapa, dia terpaksa bertahan dalam dunia ini. Hujan, ribut, kebuluran, demam 3 bulan dan dehidrasi, semua itu menjadi rencah anak yang masih kecil tanpa perhatian.
Itu adalah asam garam hidup bagi Ahmad sehinggalah, ibu bapaku, menemui Ahmad ketika mereka balik berperang. Kerana kasihan dan kemandulan ibuku, mereka mengambil Ahmad dan menjaganya. Atas tanda terima kasih, senyap-senyap, Ahmad menggunakan Grand Wish miliknya untuk memohon ibuku tidak mandul lagi.
Sebulan selepas itu, ibuku muntah-muntah dan dibawa ke hospital. Selepas pemeriksaan, didapati, ibuku hamil. 9 bulan selepas itu, aku lahir. Kami semua hidup bahagia, hanya untuk 3 minggu. Ibu bapaku mati. Sebab? Belum pasti lagi.
Kami dibiarkan tinggal bersama Tok Wan. Sehinggalah Ahmad sudah pun mendapat gelaran Profesor dan aku kini di tahun terakhir di Sekolah Menengah Teknologi.
***
Morales berdehem menghentikan tayangan memoriku. Kilauan mata hijaunya seolah siraman air panas yang menghidupkan kembali semangatku. "Jadi, er... saya bukannya nak menghentikan perjumpaan keluarga yang bahagia ini, tapi, Panglima Hanisah, saya perlukan bantuan kamu sekarang," Morales memandang Tok Wan dengan dengan wajah gerun.
"Morales, tak perlu formal sangat," Tok Wan membalas lembut. Pernyataan itu dibalas anggukkan kecil. "Dan ya, saya tahu. Aqil, sini kejap," Tok Wan memanggilku.
Panglima Hanisah? Jadi itu pangkat Tok Wan dalam pasukan pertahanan di bawah Sultan dulu. Agak tinggi, tapi macam mana Madam boleh kenal Tok Wan? Tak perlu formal? Mereka saling mengenali ke? Mengapa aku tidak pernah tahu? Apa kisah perjumpaan mereka? Satu demi satu persoalan menerjah ruang fikiranku. Aku mendekati Tok Wan dengan beberapa langkah yang berat.
"Tok? Apa semua ni? Sa... Saya tak faham! Apa yang Madam cakap tentang dimensi dan pakatan dan semua tu. Apa semua ni?" aku bertanya sebelum sempat Tok Wan berkata-kata.
"Aqil, kamu sudah tahu semuanya terlalu awal. Sepatutnya kamu diberitahu lebih lewat tapi, Morales dapat tahu perubahan dalam lipatan ruang masa. Kamu perlu sedia. Takdir kamu menunggu. Takdir untuk selamatkan seluruh dimensi," ujar Tok Wan
"Tapi ini semua masih..." aku cuba membalas namun sia-sia, Tok Wan memintas kata-kataku.
"Aqil, kalau nyawa dan takdir seluruh dimensi tak penting buat kamu, ada sebab lain untuk kamu ke dunia luar. Kamu juga tahu yang seluruh bandar pandang serong pada kita kan?
"Ibu bapa kamu terkorban tanpa khabar, Ahmad bijak dalam teknologi sementara, satu suis adalah masalah besar buat kamu! Tok berhenti jadi ketua panglima! Pergi, Aqil. Bukan Tok tak sayang kamu, Tok dah tak sanggup tengok kamu dibuli."
"Saya... Saya akan fikirkan. Tolong... tinggalkan saya... seorang," gumamku namun masih jelas untuk didengar.
"Saya berharap pada kamu, Aqil. Seluruh dimensi, setidaknya dimensi kamu. Fikirkanlah," Tok Penghulu Ibrahim meninggalkan bilik itu diikuti Gogon, Luna, kembar langsuyar, Ahmad serta Morales. Kesemua mereka termasuk Tok Wan yang terakhir meninggalkan aku dengan langkah yang berat. Aku menutup pintu dan duduk di katil. Mengelamun seperti biasa.
Aku merenung ke luar jendela kaku. Ya, marahlah aku, sebab perlekehkan takdir aku yang bagi kau besar. Tapi, kalau aku diberi pilihan, kau nak sangat takdir besar? Ambil takdir aku.
Percayalah, situasi di mana semua orang berharap kepada budak kecil yang tak tahu nak buka televisyen ni pun bukan sesuatu yang kau nak sekalipun mimpikan. Terseksa, terbeban, terkurung, semuanya bercampur. Ya, aku tak guna, terima sahajalah dan habiskan semuanya cepat, tapi aku, aku tak nak keluar untuk selamatkan dimensi. Itu tak penting.
Hanya satu matlamat aku, aku nak cari ibu bapa aku. Aku pasti, mereka masih hidup. Entahlah, Tok Wan pun kata dorang dah mati, tapi... aku... pasti. Aku dapat rasakan. Mereka masih di luar sana. Menunggu aku. Aku pasti.
Benar kata orang, setiap orang mempunyai batasannya. Aku, takdir selamatkan dimensi, semua wajah simpati penuh rasa percaya dan... dan... argh! Dan ibu bapa aku. Aku tersepit, antara harapan mereka dan keinginan aku.
Tersepit. Dipaksa untuk penuhi takdir bodoh ni. Inilah dia. Inilah batasan aku. Harapan mereka umpama jeriji besi, menghalangku, takdir ibarat hukuman di tali gantung yang menanti, terseksa, menyerah kepala untuk dipenggal.
Pandangan itu, pandangan tanpa prasangka, mereka kata aku mampu selamatkan dunia? Diri aku pun tak selamat! Pandangan pengganti gari yang mengikatku dengan janji dan sumpah. Semua syarat pakatan tak guna tu, dan... ketakutan.
Aku takut aku akan hampakan Tok Wan, aku takut mereka hilang kepercayaan itu, aku takut. Aku takut ibu dan bapaku sendiri tak setuju dengan cara pilihanku. Ketakutan yang mencengkam. Ketahuilah, bagi aku, kini... tiada penawarnya.
***
1,209,600 saat, 20, 160 minit, 336 jam, 14 hari, 2 minggu, 1 per 2 bulan. Waktu yang sama, dengan gelaran berbeza oleh manusia. Perkara normal, manusia suka mengkaji perkara baharu di dunia yang kompleks. Dimensi? Hipotesisnya mudah, pasti lebih kompleks. Tak sekompleks fikiran manusia bernama Aqil. Kertas biru menjadi kanvas idea-idea dari serebrum yang tumbuh melata bak cendawan tumbuh selepas hujan.
"Ya, semuanya mula kena-mengena! Kalau diikutkan, mengikut teori paradoks masa, jika sesuatu itu tak wujud sebelum itu, ia takkan wujud selepas itu.
Jadi, kalau benar ada perubahan terjadi pada lipatan ruang dan masa, sepatutnya takdir berubah! Mungkin satu perubahan kecil akan membawa perubahan yang besar! Mungkin takdir aku juga berubah!" Aqil, kusut masai, dengan perbuatan meninggalkan rutin merapikan diri selama 2 minggu, dia nampak sangat menjijikkan. Tangan kirinya tak berhenti menarikan pena di atas kertas.
Ah, manusia. Mencari sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Mengguna segala jenis teori walhal jawapan di depan mata. Ia mudah, tiada yang mustahil dalam dunia, terutama bidang sains yang sentiasa berkembang! Dulu orang kata mustahil nak terbang, tapi kini di masa hadapan, boleh kira dengan sebelah tangan orang yang tak pernah naik. Aundry Hepburn says, "Nothing is impossible, the word itself said, i'm possible!"
"Itu yang akan aku lakukan!" Aqil amat bersemangat. Dia hendak keluar sekarang dan beritahu semua orang jawapan yang dia pilih. Eh, dia terlupa! Dia belum mandi lagi. Sepantas kilat Aqil ke bilik mandi, mudah bila teknologi uruskan semua. Sekurang-kurangnya, Aqil hanya letupkan 13 perkakas dan 16 robot sahaja, lebih sedikit dari biasa! Itu satu permulaan yang baik.
Dia mengenakan baju dan seluar dan bergegas keluar. Memanglah sibuk fikir teori, tapi masih perlu kemas di mata sarwa. Pemandangan luar biasa menyambut kedatangan Aqil.
Ahmad masih berlatih dengan Keris yang berwarna ungu pula. Nampaknya dikecilkan menggunakan Pistol Sinar Saiz untuk berlawan dengan Gogon yang memilih tukul sebagai senjatanya meskipun Keris mungkin dikategorikan sebagai keris besar.
Luna sedang berlatih dengan pisaunya yang bersinar kebiru-biruan, begitu juga dengam anak matanya yang bertukar kebiruan. Dia nampaknya kini menukar bentuk menjadi entahlah, seekor helang yang besar. Beast mungkin. Lawan Luna adalah Zain yang mahir menggunakan lembing sementara Zaun nampaknya merajuk tidak dapat berlatih bersama Luna. Dia memainkan dengan tongkat saktinya sambil menyumpah seranah nama Zain.
"Apa-apa sahajalah, Tok... Wan?" Aqil memasang muka datar melihat Tok Ibrahim memakai fon kepala memutar-mutar cakera padat lagu hip hop sementara Madam Morales dan Tok Wan menari tarian hip hop bersama topi dan jaket kulit yang masih misteri tarikh dan tempat pembeliannya. Seriuslah, benarkah keadaan dimensi benar-benar genting? Dan, adakah kedai buka waktu perang macam ni?
Ketiga susuk itu terkaku setelah menyedari pandangan tidak puas hati yang Aqil tujukan 'khas' buat mereka.
Tok Ibrahim berdehem. "Er... Jadi, kamu dah buat keputusan Aqil?" dia cuba berlagak biasa.
"Er, tentang tu, boleh hentikan muzik dulu?" Aqil kurang selesa dengan suasana hiruk-pikuk. 3 orang dah macam ni, kalau beratus perangai macam mereka, Nauzubillhi min zalik.
"Maaf? Oh, muzik. Ya, muzik," Tok Ibrahim pergi ke suis utama sebelum menutup suis itu.
"Baik, saya dah buat keputusan. Saya akan sertai benda yang awak semua beritahu," Aqil memberi kata putus.
"Baguslah! Ke mari, ada benda yang perlu kamu..." Morales memanggil Aqil namun pantas Aqil pintas katanya.
"Tapi, dengan beberapa syarat."
Kesemua 8 orang dihadapannya melihat dirinya seolah dia adalah makhluk pelik dan kemudian membalas pandang antara satu sama lain seakan mereka tak pernah berjumpa.
"Apa, syaratnya?" Luna menyoal mewakili mereka sementara yang lain separuh mengangguk, separuh memandang Aqil. Soalan itu dibalas Aqil dengan satu senyuman sinis terukir.
"Syaratnya..." sengaja aku menggantung ayatku. Asyik aku kena seksa, dera mereka sesekali tak mengapa kan? Mereka memandang aku. Semua orang. Dengan penuh tanda tanya.
Share this novel