7~ KaryaJati Bakal Tawanan

Fantasy Series 2142

"Ka... Kau! Tak guna! Kerja nak tiru ja kah?" Chaos bertempik.

Ya, benar. Mecha berkuasa itu merupakan Mecha milik Kumpulan The Legendary hasil dari 'silap mata' Zaun.

"Kau ingat kau seorang sahaja yang ada teras teknologi pembesaran? Aku pun ada lah!" ujar Zaun sedikit mengejek sambil menayangkan satu teras berwarna hijau neon. Teras itu kini berada di tengah-tengah bilik kawalan.

"Rasakan ini!" Luna menekan satu butang yang saiznya paling besar antara semua. Aqil memandang sekilas dan menganggukkan kepal. Ahmad menerima signal dan terus mengangkat tangan kanannya. Satu meriam plasma terhasil dan ia meledak dengan sangat cepat!

"Isy! Kau memang menyakitkan hati. Sampah! Aku akan hapuskan korang semua!" Chaos mulai terkesan dengan ejekan dan situasi sekarang yang mulai memihak kepada The Legendary kembali. Dia kini telah hilang fokus dan kawalan terhadap diri.

Tangan Chaos yang dipakaikan sepasang sarung tangan berwarna hitam itu memutarkan tombol besar berwarna merah. Dia menumbuk satu butang di sebelah kanannya dengan kasar dan penuh amarah sambil mulutnya tak lepas dari terus memaki-hamun.

Setelah itu, berjuta-juta partikel nano terhasil membentuk perisai yang bercahaya. Nampaknya, partikel-partikel nano itu berjaya menangkis serangan meriam plasma milik pasukan The Legendary. Meletus lah ketawa Chaos apabila menyedari dirinya terselamat.

"Hahahahaha! Kau ingat senang ke nak kalahkan aku!" Chaos mendapat kembali semula semangat. Dia kemudiannya melancarkan berpuluh-puluh misil dan peluru berpandu.

Sasarannya hanya satu, budak berambut putih itu. Sedari tadi budak yang baginya menjengkelkan itu berjaya menyelamatkan kawan-kawannya. Kali ini, siaplah!

"Tiba masanya!" Ahmad sedikit berbisik namun masih didengari Luna yang betul-betul di belakangnya.
"K... Kau pasti? Kali terakhir kita guna kau pengsan lah Mad!" Luna seakan tidak percaya Ahmad mahu menggunakan 'itu'.

"Lakukannya, sekarang!" Ahmad bersedia dalam posisi bertarung. Buku lima digenggam erat dan bunyi buih-buih sendi kedengaran.

"Ba... Baik!" Luna sangat gugup. Dia memberi isyarat pada rakannya yang lain. Semua mereka turut memberi reaksi yang sama. Mereka membeliakkan mata.

"APA!" mereka terjerit.

Tok Penghulu Ibrahim yang sedang nyenyak tidur dalam bilik rehat terjaga mendengar jeritan itu. Nasib baik lah dia tak mempunyai penyakit jantung. Kalau tidak, arwah juga dia di situ.

"Buat sahajalah! Nek Siah, jiran sebelah rumah aku pun tak menjerit kuat macam tu!" Aqil menutup telinganya dengan fon kepala yang muncul secara misteri entah dari mana.

"Mana kau dapat headphone tu?" Luna, Gogon, Zain dan Zaun memasang muka datar. Boleh pulak budak 'albino' ni layan lagu masa-masa sebegini. Sampai terangguk-angguk Aqil mendengar lagu itu.

"Abaikan dia. Zaun cepat!" Gogon mulai selesa untuk bercakap kembali.
"Aku tahulah, tak perlu ingatkan!" Zaun menjawab dengan nada bosan. Dia bukannya budak kecil.

Dia menekan-nekan skrin sentuh dihadapannya sambil terus mencebik.Gogon pula malas nak melayan kerenah 'perempuan' ini seraya membuang pandang ke cermin sisi Mecha ini.

Dia terfikir pula, apa faedahnya menang pertempuran ini kalau masih ramai yang bakal menderita? Kawasan jajahan Chaos bukan di CyberJaya sahaja. TomorrowLand merupakan terget utama. Lagipun, kelicikan si Chaos ni bukan dapat diramal.

"Dah sedia Ahmad!" suara Zaun itu membangkitkan Gogon semula dari lamunannya. Dia sedikit tersentak dan bahunya juga terangkat.

"Abang, serang misil dan peluru berpandu dahulu!" Aqil dengan fon kepalanya yang masih tergantung memberi arahan.

"Ya!" Ahmad menunjukkan simbol ibu jari ke atas. Dia sangat yakin. Kini, dia memegang keris gergasi berwarna emas. Keris itu bercahaya seolah sedang mengeluarkan satu aura yang luar biasa.

"ROCKET BOOSTER!" Ahmad berteriak. Sepasang roket berwarna biru berjalur merah muncul di bahagian belakang Mecha rasaksa itu. Ia menjadi penggalak yang menambahkan kelajuan saat Ahmad mulai berlari. Mecha itu kini bergerak sepantas kilat meluru ke arah misil dan peluru berpandu yang dilancarkan.

"Ambil ni!" keris itu bertukar warna menjadi merah. Kini ia seolah hidup dan berminda. Dahagakan darah, namun hanya jasad tapi besi yang terlihat. Satu sosok bertopeng, pengawal Mecha lawan menarik perhatian Keris. Ya, dia ada darah! Terus Keris meluru ke arah Chaos. Ia memotong semua misil dan peluru yang menghalang.

"Hiya!" Ahmad menyerang dengan bersungguh-sungguh sekali. Bertalu-talu tikaman dan kelaran dibuat. Tetakan tanpa henti dan kini, Ahmad mahukan lagi! Pesta 'memotong' ini memabukkan Ahmad. Inilah kegilaaan sebenar insan bergelar Ahmad. Dia seperti Keris, namun dia dahagakan perlawanan. Itu lebih bernilai baginya.

"Ahmad dan Keris dah hilang kawalan!" Zain bertempik. Namun yang lain tak mampu melakukan apa-apa.

"Itu sahaja? Aku nak lagi! Hiya!" Ahmad nampaknya telah menggantikan watak tak siuman yang dipegang Chaos. Keris berubah warna. Kini berwarna biru.

"SONIC DASH! Hiya!" Ahmad menetak baki misil dengan kelajuan bunyi pula. Mata Ahmad kini hanya nampak perlawanan sahaja. Ya, itu sahaja dia mahukan.

"Hentikan dia!" Luna berkata kepada rakan-rakannya.

"Apa kita boleh buat?" Gogon membalas manakala Zain dan Zaun hanya menganggukkan kepala.

"Aku tahu perlu buat apa."

"Huh?" kepala mereka semua memandang ke arah kedudukan suara itu.

"T... Tok Penghulu Ibrahim!" Zain tergagap-gagap.

"Ke tepi. Biar aku selesaikan," Tok Ibrahim melangkah keluar. Dia memegang sebatang tongkat sakti yang panjang dan kelihatan sangat... L-E-M-A-H pada mata kasar. Hanya akar pohon tua 'biasa' sahaja.

"Ta... Tapi tok, di luar bahaya!" Zaun cuba menghalang. Namun dengan satu kuisan tongkat 'lemah' itu berjaya menumbangkan Zaun.

"Jangan halang laluan aku."

Tok Penghulu Ibrahim terus keluar dan melihat dari luar, kerakusan Ahmad dan Keris untuk perlawanan dan darah. Dia perlu lakukan sesuatu. Dia mengacu tongkat ke arah Mecha Chaos yang sedang bergelut untuk melepaskan diri. Baru jampi-serapah ingin dibaca, bahunya di tepuk. Ya, budak berambut putih itu mengenyitkan mata. Betul-betul berlawanan dengan sifatnya yang penakut dan pemalu.

"Saya pun nak tolong abang Ahmad!" dia membuka bicara dengan sangat mesra. Dia mempamerkan giginya yang tersusun sempurna tanpa cacat dan cela.

"Kamu? Setakat baru boleh guna teknologi sekejap kamu ingat kamu ni master? Tenang dulu budak. Kamu masih jauh untuk menjadi mahir dengan...." Tok Ibrahim tercengang melihat sesuatu yang mustahil semasa dia baru hendak habis membebel.

Aqil muncul dengan satu suit armour yang kelihatan luar biasa. Dah macam ala-ala assassin creed pun ada. Dua bilah pedang pendek yang disambung pada rantai menjadi senjata. Satu pedang katana turut diselit di belakangnya.

"Kalau dengan ni membantu tak?" sengihan Aqil dilindungi oleh perisai itu.

"Bagaimana kamu..." Tok Ibrahim berasa amat hairan.

"Hehe, hebat kan? Ini perisai nano dengan tambahan senjata berteraskan teknologi terkini," Aqil berkata dengan bangganya. Manakan tidak? Dia kini sudah boleh gunakan teknologi! Sekarang mampu memanipulasi pula!

"Syabas Aqil! Kamu memang boleh diharap!" Tok Penghulu Ibrahim sangat kagum. Bukan senang budak biasa nak control sesuatu yang luar biasa.

"Mari kita kalahkan mereka!" Aqil menggenggam penumbuk. Dia sangat yakin kini.

"Hahahahaha, ini lah semangatnya, Aqil." Tok Ibrahim tersenyum. Dia sangat bangga. Jika begini, 5 yang terpilih akan menang dengan mudah.

"Kamu sudah bersedia, Aqil," Tok Ibrahim menggumam kata-kata itu. Ya, Aqil sudah mencapai tahap yang bagus. Namun, belum tiba waktunya, selagi Madam Morales tidak dapat tarikh ramalan yang tepat... mereka harus tunggu. Roda Takdir tidak boleh dilangkau, perlu ada perancangan yang rapi.

"SERANG! HIYA!" Aqil melempar dua pedang berantainya. Pedang itu bersinar kehijauan di sisi luarnya. Kedua-dua pedang itu membelah kedua-dua tangan Mecha Chaos sementara Tok Ibrahim menembak sihir-sihir pemusnah pada Mecha itu. Sehingga satu tahap, Mecha itu tidak dapat menahan lagi. Ia meledak dan pastinya menghasilkan gelombang berskala luar biasa.

Hanya ini caranya untuk Ahmad kembali sedar. Dengan terhapusnya sasaran semasa dirinya tidak terkawal. Namun, nampaknya Keris sudah mengawalnya! Zaun, Zain, Luna dan Gogon sedaya upaya mencuba segala macam magik untuk menyedarkan Ahmad kembali. Walaupun nampaknya kurang menjadi.

"Doctorius curei!" Zaun mencuba jampinya. Kepalanya digelengkan melihat Ahmad masih tidak pulih.

"Tak boleh? Er... Doctorius cureot!" Zain pula mencuba. Hasilnya sama. Begitu juga yang terjadi pada Gogon dengan jampi 'Doctorius curen!'.

"Argh! Macam mana kita boleh lupa jampi yang Master ajar!" Gogon mulai berang dengan dirinya. Dia kecewa tiada yang ingat jampi yang betul.

"Kau harapan terakhir kita, Luna!" Zain memberi kata putus.

"Ke... Kenapa aku? Aku ni mahir bertempur, bukan menyihir. Sihir yang basic aku tahu lah.

"Buat sahajalah!" Zaun dan Gogon memberi semangat.

"Er... Do... Do... Do..." terketar-ketar Luna nak menyebut jampi.

"Aduh, kau dah kenapa? Do... Do! Macam nak bersalin aku tengok?" Gogon tak puas hati. Nak sebut, sebut sahajalah, ni nak sebut 'Do' banyak kali dah kenapa?

"Isy, sabarlah! Do... Do..." Luna masih mencuba. Dia akui, dialah yang paling lemah dalam sihir, tapi kalau bertempur, Ahmad sahaja setakat ini mampu kalahkan dia.

"Sudah... gagap pula budak ni," Zain menyebut dengan nada malas.

"Psst! Zaun! Psst!" Gogon cuba untuk memanggil Zaun.

"Ah, apa?" ujar Zaun dengan nada berbisik.

"Dia teman wanita kau bukan? Tepuk sikit bahu dia. Selalunya Luna boleh hafal jampi panjang kalau dia terkejut," Gogon membalas dengan nada yang sama.

"Yalah.... Sekejap," Zaun berjalan perlahan-lahan ke belakang Luna. Dia menepuk bahu Luna dengan pantas setelah hampir.

"Eh, mak kau eh, mak nenek eh, bapak kau eh, bapak tunang mak cik kau!" Luna melatah. Ekor kucingnya naik dan bulunya meremang.

"ZAUN!" bergema satu Mecha itu dengan jeritan Luna.

"Kalau tak mengenangkan Ahmad ni nak mati dah, aku dah lama dah MATIKAN kau dulu! Kau tahu aku memang melatah kan? Lagi nak sakat! Kau tunggu lepas ni, memang siaplah! Doctorius cureiesto!" Luna membebel panjang, sempat juga dia menjampi tanpa tergagap. Lagi menakjubkan, Ahmad sudah elok!

"Nasib baik...."

Akhirnya mereka boleh menghela nafas lega. Ahmad sudah sembuh. Ketukan di pintu Mecha mengalihkan perhatian mereka. Nampaknya Tok Ibrahim sedang mengangkat Aqil yang separa sedar dan kini kembali beriris emerald dan berambut hitam.

"Dia penat lepas bertempur tadi," 5 perkataan sudah cukup ampuh untuk menerangkan sejuta persoalan di minda pasukan The Legendary.

"Biar dia berehat, Tok. Kita ada misi seterusnya," Ahmad berkata.

"Misi? Bukan Chaos dah mati ke?" Gogon terperanjat.

"Tak, dia sempat larikan diri. Kita perlu bersedia, ini akan jadi lebih dari pertempuran, ini akan jadi peperangan! Kita perlu lindungi mereka yang tidak bersalah. Sasaran seterusnya, KaryaJati. Masa untuk menawan bandar itu sebelum Chaos naik gila balik."

"Hmph!" 4 rakannya yang lain menganggukkan kepala. Mereka pun kembali ke bilik rehat untuk melepaskan lelah.

"Bersiaplah Aqil, masanya sudah hampir tiba untuk memenuhi takdir kamu," Tok Ibrahim mengusap kepala Aqil. Dia keluar untuk memberi ruang anak muda itu berehat. Dia juga perlu sambung 'tidur'.

"Morales, apa perkembangan yang seterusnya?" Tok Ibrahim mengadap satu skrin besar yang memaparkan satu sosok seorang manusia berkerudung hitam.

"Tak lama lagi."

Hanya itu yang keluar dari mulut perempuan itu. Dia tersenyum sinis sebelum skrin menjadi malap dan Tok Ibrahim masuk ke kamarnya.

"A... Apa yang Tok rahsiakan?" Zain yang selama ini menyorok di balik dinding mulai bergerak ke kamarnya. Dadanya turun naik dengan pantas. Ya, sekarang hampir kesemua 'rahsia' sudah dia ketahui....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience