10~ Aku Ke? Kau pasti?

Fantasy Series 2142

Aqil duduk di sudut Mecha itu. Kini dia lebih stabil dan sudah mampu untuk bergerak sendiri, kalau sebelum ni lah, macam mayat hidup. Sampai nak makan pun, nak kena orang suapkan!

  Are you kidding me? He is already 18 years old! Tahun depan nak ambil ijazah dah! Memang kebiasaan jika pelajar tak ambil diploma, dengarnya kena mansuh tahun ini. Ini bermakna, jika Aqil gagal bidang teknologi, habislah dia, ulang tingkatan 6.

Aqil masih terkejut dengan apa yang terjadi. Semuanya amat drastik. Seolah tak masuk akal! Entahlah, nak percaya atau tak dengan apa yang Madam Morales cakap.

  Mata Aqil yang sedari tadi tercacap ke arah Tiara Kerajaan Ahli sihir milik Luna yang dicurinya 12 tahun lalu. Berwarna putih gading, dari emas putih dan dihiasi permata hijau yang berkilau bak iris emerald Aqil. Dan oh ya, Morales juga. Ini perlahan-lahan mengingatkan Aqil terhadap apa yang berlaku semalam.

***

Soalanku dibiarkan berlalu bersama deruan angin senja. Aku masih memandang Madam Morales dengan wajah terpinga-pinga. Dia benar-benar keliru sekarang. Kebenaran? Apa maksud Morales? Dan siapa pula insan seiras aku yang berambut putih di dalam memoriku? Kembar terpisah aku ke? Mungkin juga, kerana aku berasa benar-benar dekat dengan pemuda itu.

"Kamu mungkin akan agak terkejut dengan semua ini. Jadi..." Morales berdehem sebelum menyambung ayatnya yang tergantung. "Jadi, biar saya terangkan dari mula semua ini bermula. Sebelum kamu lahir lagi Aqil,"

"Baik, saya mungkin akan pertimbangkan jika hipotesis saya menepati kesimpulan berdasarkan cerita itu. Kalau ia tak sejajar, mungkin satu ramalan dan uji kaji cukup untuk penyiasatan kali kedua," Aku mula meraban jauh.

"Bahasa apa yang kamu tuturkan, anak muda? Apa pula 'bibolesis' itu?" Tok Ibrahim menggaru kepalanya. Belum pernah dia pelajari perkataan bibolesis di Sekolah Sihir Kahteruw.

"Astaga, hipotesis lah tok," Ahmad menjawab pantas. Tengoklah abang angkat siapa.

"Oh, hipotesis," Tok Ibrahim menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum berkata, "Hipotesis tu apa?" dia bertanya tanpa riak bersalah. Aku ketuk juga orang tua ni nanti.

"Er, nanti saya ceritakan pada tok."

Aku sedikit lega dengan jawapan Ahmad tadi. Sekurang-kurangnya, waktu si tua ni di'beduk' akan ditangguhkan.

"Jadi, aku mulakan?" pertanyaan Morales ku balas dengan anggukkan.

"Baiklah, semuanya bermula pada permulaan zaman di dimensi ini. Bahkan, bukan dunia ini sahaja, seluruh dimensi turut bermula pada tarikh yang sama dengan terjadinya letusan alam yang sebelumnya.

"Er, bukan Big Bang?" aku mencelah. Menjadi tabiatku untuk membetulkan sesuatu terutamanya, sains. Malangnya bukan teknologi, haih... aku pun tak faham, kenapalah aku malang sangat dengan teknologi ni.

"Maaf?" Gogon menyoal, dia tak pernah dengar nama teori itu. Selama ini otaknya disumbat dengan teori tentang tongkat sakti, posyen, chakra dan 'chi' semata.

"Big Bang. Teori Big Bang."

"Teori apa? Aku tak pernah dengar perkataan itu di kelas Teori Kuasa Sihir," Tok Ibrahim menyampuk.

"Dalam fizik kosmologi, Big Bang merupakan teori saintifik yang mengatakan alam semesta muncul dari keadaan yang sangat tumpat dan panas lebih kurang 13.7 bilion tahun sebelum ini.

"Teori ini adalah berdasarkan cerapan anjakan merah hukum Hubble tentang jarak galaksi yang apabila disertakan sekali prinsip kosmologi mendapati ruang angkasa mengembang menurut model Friedmann-Lemaître bagi kerelatifan am.

"Ditentuluarkan ke masa silam, pemerhatian ini menunjukkan yang alam semesta mengembang dari keadaan ketika tenaga dan jirim dalam alam semesta ini sangat panas dan tumpat. Ahli fizik tidak bersetuju sepenuhnya tentang apa yang berlaku sebelum itu, walaupun kerelatifan am meramalkan ketunggalan graviti.

"Namun begitu, pada masa depan, teori ini dibuktikan salah untuk beberapa ciri. Sebagai contoh, aliran tenaga hitam masih sesuatu yang mustahil dan tiada pengurangan ketumpatan dan suhu jirim alam semesta.

"Ini membuktikan, kajian yang muhasabah hanya diperoleh dengan usaha berterusan dan sistem kajian menyeluruh di samping semata-mata bergantung kepada teknologi untuk meramal." Aku menutup peneranganku. Mereka menatap dengan wajahku penuh prasangka.

"Bukankah Yang Terpilih terutamanya Budak Yang Dilarang adalah mereka yang lembab?" bisik hati Luna.

Abang Ahmad tersenyum memandangku. Bangga mungkin?

"Baiklah, kembali pada topik pembicaraan kita. Ketika itu, tiada apa yang mengasingkan kelima-lima dimensi alam semesta. Dimensi Manusia, Dimensi Ahli Sihir, Dimensi Iblis, Dimensi Malaikat dan Dimensi Jin.

"Pada mulanya, kesemua kaum dari kelima-lima dimensi hidup bersama. Kami memerintah dimensi sendiri, dan melantik seorang yang dipilih untuk mentadbir kelima-lima alam setiap 50 Tahun.

"Orang yang mendapat penghormatan itu digelar Pentadbir. Namun dipanggil dengan nama yang berbeza di setiap dimensi. Profesor Emeritus di dimensi manusia, Sang Falsafah di dimensi Ahli Sihir, Raja Dan Ratu di dimensi Iblis dan Malaikat, dan Master untuk Jin.

"Untuk mengelakkan berlakunya persengketaan dalam perebutan kuasa mutlak Pentadbir, Profesor Emeritus Dr. Lee Fu Kiat, Pentadbir ke-5, dari dimensi Manusia mencadangkan satu perjanjian dalam pakatan. Ini dipersetujui oleh Sang Falsafah Ignotus, Ratu Sofina dan Raja Imran serta Master Luke.

"Pakatan itu menuntut setiap dari semua yang pernah menjadi Pentadbir untuk meletakkan satu hukuman jika pakatan dilanggar. Lee menaruhkan pengetahuan tanpa sempadan kaum Manusia, Ignotus mencagar kesaktian tanpa had, Sofina meletakkan cahaya teras sebagai galang ganti sementara Imran menyerahkan hak akses kaum iblis dan Luke mengambil keputusan meletakkan umur kaum Jin yang tidak terhabiskan.

"Kira-kira 90 tahun selepas itu, satu insiden telah terjadi, seorang kaum iblis melanggar janji pakatan dengan menggunakan Sumpahan dari Kitab Orgel Iblis ke atas seorang kaum malaikat. Hasilnya, Sofina mempersoalkan hak akses yang masih dimiliki Iblis, dan Imran rasa tertipu. Dia sudah berjanji akan menghukum orang itu, namun Sofina tidak menerima keengganan Imran memohon maaf.

"Hasilnya, Imran dengan rasa amarah yang memuncak dengan ego yang tinggi melangit mengisytiharkan Perang Kalah Mati ke atas Malaikat, Perang Hitam-Putih.

"Sofina terhina dengan pengisytiharan itu dan terus-menerus menyoal hak akses yang masih dipegang. Lee, Ignotus dan Luke mengambil arah neutral dan membantu mangsa perang. Ketika keadaan makin gawat, dengan separuh Iblis dan hampir kesemua Malaikat tewas dalam ikhtiar hidup semasa peperangan, Imran mengambil jalan pintas mengakhiri peperangan dengan Perang Tanding Kuasa Ajaib.

"Sofina menghidu pengkhianatan dan membawa bersama Orgel Malaikat. Tepat jangkaannya, Imran menggunakan Orgel Iblis untuk melawan. Dan akhirnya, Sofina menggunakan Sumpahan Yang Terlarang dengan mengorbankan dirinya untuk membunuh Imran, seperti syarat Orgel dalam membunuh kaum lain, untuk membunuh bayang, cahaya juga harus lenyap.

"Dengan kemangkatan kedua-dua Pentadbir itu, perang selama 1 bilion tahun telah pun tamat. Namun pengkhianatan tak terhenti di situ sahaja, budak yang sepatutnya dihukum itu, kini mendapatkan Orgel Iblis dari 'Nine Guardians', pembuat 5 Kitab Orgel.

"Dia, Azazil muncul untuk mengambil alih dunia dan kaum Manusia keji mengkhianati pakatan dengan meletakkan tirai pelindung antara Manusia dan kaum lainnya, meninggalkan Ahli Sihir dan Jin mengambil alih untuk menentang Azazil dalam masa yang sama mempersaudarakan kembali Malaikat dan Iblis.

"Ratu Mawar Nur, waris mendiang Raja Sofina, mengorbankan dirinya untuk menghapuskan Azazil. Akhirnya, keadaan telah aman dan setiap kaum mengambil jalan, untuk memerintah sendiri dan mengambil haluan masing-masing.

"Namun begitu, ia tak tamat di situ, satu demi satu generasi Pentadbir baharu terbentuk. Dengan misi baharu, untuk menyatukan kembali kesemua kaum, namun itu adalah misi mustahil, Aqil. Kesemua Pentadbir telah menerima hukuman pembelotan pakatan, akhirnya, semua Pentadbir adalah mereka yang ganjil dari orang zamannya.

"Bergenerasi Pentadbir cuba menyatukan sehinggalah, Pentadbir terkini, mendapat ramalan. Dari saya sendiri, ahli sihir masa. Saya mendapat bayangan masa depan di mana generasi Pentadbir selepas mereka akan berjaya untuk menyatukan kembali dimensi! Namun, yalah, tak semuanya bagus. Mereka akan menghadapi cabaran tak terduga, jauh... tapi kejayaan akan muncul.

"Satu pertubuhan dicipta untuk mencari Yang Terpilih. Penyimpan Rahsia; namun, seperti ramalan saya, ianya dugaan tak terduga! Kami dikhianati sekali lagi, hanya beberapa yang masih setia, antaranya Ahmad, Gogon, Luna, Zain, Zaun dan Zaen. Misi mereka adalah untuk mencari, Budak Yang Terlarang.

"Dia yang akan menjadi pelengkap kumpulan Pentadbir dan akan mengetuai mereka. Setiap Pentadbir hanya akan menerima semula kesaktian sebenar mereka selepas mereka berjaya membuat pengorbanan.

"Dan ramalan saya, membawa mereka ke sini, Aqil. Mencari kamu! Kamu adalah Yang Terpilih seterusnya Budak Yang Terlarang, kami perlukan persetujuan kamu. Semua ahli Pentadbir lain sudah tahu takdir mereka lebih awal, jadi, kalau ianya 'ya' dari kamu, bersedialah. Kamu ada takdir yang besar!" Morales berkata dengan semangat sebelum memandang Aqil seakan meminta persetujuan dalam takdir drastik ini.

"Sa... Saya... Saya rasa awak dah tersilap orang."

"Apa maksud kamu anak muda? Kamulah yang kami cari," Tok Ibrahim memintas sementara Gogon, Zain, Zaun dan Ahmad mengangguk bersungguh-sungguh.

"Saya bukan orang yang tepat. Saya mungkin tahu serba sedikit mengenai ilmu yang awak semua tak tahu, tapi maaf, dengan itu tak cukup nak kalahkan Orgel! Dan... Dan... Kuasa sihir kamu dan apa sahajalah!" aku mula tidak dapat mengawal emosiku.

"Tapi, Aqil," Ahmad cuba berkata namun aku pantas memintas.

"Ini semua terlalu... Mengarut! Semuanya langsung berlaku tiba-tiba dan ianya tak kena mengena untuk saya percaya, lebih baik saya masuk tidur dahulu. Selamat tinggal. " ujarku sedikit geram. Mereka nak permainkan aku ke? Aku melangkah pergi meninggalkan mereka dengan imaginasi merepek mereka.

"Saya faham kamu susah nak terima, Aqil. Kamu pergilah berehat, bangunlah awal. Saya pasti kamu akan faham selepas berjumpa dengan orang-orang saya," Morales sedikit menunduk. Kecewa dengan kata-kataku mungkin? Langkah ku terhenti tepat pada perkataan 'faham' disebut. Habislah, aku takkan dapat kunjungan Santa Claus kerana menjadi 'budak nakal' dan menyakiti hati orang lain.

"Apa-apa sahajalah," aku membalas dingin dan menapak ke kamarku. Dan itulah penamat peristiwa paling tak masuk dek akal yang pernah aku lalui. Tentunya di tangga nombor dua selepas peristiwa kematian ibubapaku.

***

Aku duduk termangu-mangu di sudut bilik kosong ini. Ya, aku sudah lama bangun awal, namun aku terasa malas nak keluar disebabkan rasa bosan mendengar berjuta lagi pujukan Abang Ahmad. Tapi, ayat Madam Morales membuatku tertanya-tanya.

Mengapa dia begitu yakin? Aku terfikir. Satu ketukan bertalu-talu di pintu keluli kamarku mengejutkan aku dari lamunan. Pintu terbuka dan Morales masuk bersama semua yang ku kenal di rumah ini. Tunggu, aku di sebuah rumah bukan?

Aku menatap bosan satu-persatu susuk tubuh yang ku kenali, sehinggalah akhir sekali yang masuk, Gogon.

Tapi mereka berdiri dan senyap berbaris seolah hendak menyambut kedatangan Raja. Akhirnya persoalaan aku terjawab dek kehadiran 1 susuk tubuh berjubah yang masuk ke ruang itu. Dia memandang aku dengan wajah sayu. Mulutku ternganga, hanya Tuhan yang tahu betapa aku gembira tika itu. Hatiku melonjak riang seakan anak kecil mendapat mainan idaman. Dia datang! Kehadiran yang ku nanti-nantikan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience