5~ Gerhana Perang

Fantasy Series 2142

Hari itu, langit menjadi saksi... Ribuan nyawa terkorban! Hujan yang menitis, membawa pergi... darah-darah pejuang yang tumpah.... Beratus-ratus jiwa tak berdosa terkorban. Bangkai mereka mulai membusuk. Sisa anggota yang tinggal seakan menjadi pintu rezeki kepada haiwan pembangkai seperti burung hering.

Tiada siapa yang bakal menangisi kematian mereka, kerana ahli keluarga mereka juga turut dibunuh! Anak kecil, wanita, warga tua... tidak dipedulikan siapa pun mereka, pasti akan menjadi mangsa peperangan ini. Tiada seorang pun yang terlepas. Api semakin marak dan mengganas. Ratusan bangunan yang dahulunya gah berdiri, kini hangus dijilat api.

Tiada gunanya, bagi para penduduk... tidak penting siapa yang memenangi peperangan sial ini. Ada perkara yang lebih penting! Banyak yang terpisah antara satu-sama lain. Kota-kota silih berganti tangan pemiliknya.

Seluruh CyberJaya menjadi huru-hara! Kota MegaMetropolitan itu kini tak lebih dari sebuah padang jarak padang tekukur. Semua teknologi kebanggaan manusia itu hilang tanpa jejak.

Bagi mereka, tiada faedah pun yang dapat mereka perolehi dari peperangan ini. Hanya lebih banyak nyawa yang hilang adalah! Namun, dalam kekalutan krisis yang menimpa, agensi rahsia yang sebelum ini hanya melindungi Bumi dari jauh, mula menampakkan diri. Ini sekali gus membolehkan pihak penduduk menghela nafas lega. Ada juga akhirnya pihak yang akan menegakkan hak mereka.

Mereka lah yang digelar, Revolusi. Kumpulan pemberontak yang sudah lama ditubuhkan. Mereka mengamalkan sistem pemberontakan secara aman dan bukannya saling berbunuhan. 'Saya Menang, Awak Menang', menjadi moto pegangan hidup ahli mereka.

Di suatu daerah, tepat lagi... Kampung Murni. Markas utama pasukan elit Revolusi. Kelihatan seorang wanita tua yang nampaknya sedang berbincang dengan beberapa ahli Revolusi lainnya.

"Tuan Panglima Hanisah! Apa perlu kita buat sekarang? Chaos makin mengganas? Baru semalam peperangan ini bermula... dan kesannya kini lebih teruk dari peperangan yang pernah kita sertai!" keluh seorang pemuda. Dialah, Badang! Pendekar Bandang. Dia digelar Singa Gagah Dari Timur.

"Betul itu! Nampaknya, pihak yang lagi satu masih tak tunjukkan diri. Jika mereka di pihak yang benar, kita boleh hantarkan bantuan." balas Lieutenant Lee. Dia merupakan salah satu pejuang yang terlibat dalam Perang Dunia Ke-39 sebelum ini.

"Tapi masalahnya, mereka masih menggunakan taktik peperangan secara senyap. Walaupun rekod serangan yang dibuat amat mengejutkan! Mereka berjaya menawan KaryaJati dalam malam semalam juga!" nafas dihela Komander Tempur.

"Mengenangkan bilangan mereka yang hanyalah 7 orang tentera utama, beberapa pengikut dan beberapa haiwan peliharaan mereka yang kelihatan seperti senjata biologi yang aneh amat memeranjatkan!" terang Komander Tempur lagi, dia masih menekan kekunci holohram 3D di hadapannya sambil menjelaskan maklumat yang terpapar.

"Jadi Tuan Panglima, apa tindakan kita yang seterusnya?" Laksamana Liang membuka mulut setelah sekian lama berdiam diri dan hanya mendengar sahaja perbincangan mereka.

"Kita tiada pilihan lain. Tempur! Lee! Badang! Bergerak ke KaryaJati secepat mungkin! Jalankan risikan di sana. Laksamana Liang akan ketuai kamu berdua, Suhaila dan Asif! Kamu bertiga pergi ke CyberJaya dan hantarkan bantuan." perintah Hanisah dengan tegas. Meskipun dirinya sudah dimamah usia, dia masih lagi Sang Penggempur Dunia! Dia perlu lakukan sesuatu.

"Baik Tuan Panglima!" Lans Koperal Suhaila dan Koperal Asif memberi tabik. Disebabkan jawatan mereka yang masih rendah, mereka tidak berani menyampuk semasa yang lain sedang berbincang. Mereka hanya mengangguk kepala bak burung belatuk sahaja. Sekurang-kurangnya, mereka tidaklah mematung di situ.

"Itu sahaja! Badang, panggil Nadim sekali untuk misi ini. Kita perlukan khidmat dia. Semua bersurai!" mendengar itu, semua ahli pasukan Revolusi beredar. Mereka memasang topeng kayu berukir dan terus memakai kerudung. Ini bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti.

"Ah, Asif! Ke sini sebentar." arah Hanisah.

Panggilan Hanisah menyebabkan Asif tersentak. Liang dan Suhaila terus berjalan tanpa menoleh. Asif mendekati Panglima Hanisah dengan perasaan yang gementar.

"Ya Tuan!" balas Asif dengan tegas, walhal... dirinya sedang kerisauan. Siapa tak takut bila harus berhadapan dengan Bekas Ketua Panglima? Dari jauh dah boleh rasa aura dia. Bulu romanya tegak. Peluh mula mengalir di pipi.

"Ingat, saya ada misi rahsia untuk kamu. Kamu merupakan satu-satunya yang mengenali Aqil lebih dari mereka yang lain. Tolong cari dia! Saya dapat mengesan signal dia di sana. Boleh kamu terima tugas ini?" Hanisah bertanya dengan nada yang tegas.

"Su... Sudah tentu! Saya akan lakukannya dengan berbesar hati!" balas Asif lantang meskipun suaranya tersekat-sekat.

"Bagus lah, sudah! Pergi sekarang! Kamu akan membuatkan Liang dan Suhaila menunggu kamu." Hanisah membalas semula seraya kembali mengadap skrin hologram taktikal perang. Dia masih perlu merancang taktik peperangan yang seterusnya.

"Ah, ba... baiklah!" Asif berkata dengan sedikit gugup. Dia lantas berlari ke Mecha harimau miliknya.

"Ini semua sudah semakin teruk..." nafas Hanisah dihela panjang.

"Aku harap Ahmad dapat uruskan Aqil." air matanya jatuh mengingati cucunya masih di luar sana, di tengah kegawatan perang.

Dalam pada itu, satu potret digital perempuan sebaya dengannya di tenung sayu. Perempuan itu berambut hijau dan mempunyai iris berwarna hazel. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Kedut lansung tidak kelihatan di mukanya.

"Di mana kau Morales. Di saat aku perlukan kau...." sekali lagi mutiara jernih miliknya tumpah dari tubir mata.

***
"Erghh...." aku mengeluh perlahan. Seluruh badanku terasa sakit. Seolah-olah aku baru sahaja ditikam dan dagingku dirobek-robek kasar menggunakan pedang.

Hitam.

Itu sahaja yang dapat ku lihat sebaik mata ku dibuka. Kegelapan menyelubungi persekitaran aku. Aku mulai panik. Di ketika itu lah, sesuatu secara tiba-tiba bercahaya dengan terang. Mataku yang masih belum biasa dengan cahaya yang silau itu mulai terasa pedih. Setelah beberapa kali aku mengerdip kan mata dalam lingkungan beberapa detik, imej kabur mulai terpapar dan makin lama, semakin jelas.

Perkara pertama yang aku lihat adalah sosok seorang pemuda lingkungan 20-an. Ah, aku kenal dia! Alhamdulillah, itu Abang Ahmad! Tapi, bagaimana dia boleh berada di sini? Otakku mulai sakit apabila aku seakan dipaksa untuk mengingati sesuatu. Bayangan memori berimej kabur seakan video berdurasi pendek diputarkan di dalam layar mindaku.

"Eh, kau dah sedar Qil? Alhamdulillah, kau tak apa-apa ke?" dia memulakan perbualan dengan mesra.

"Ab... Abang... apa sebenarnya ya... yang ter... jadi?" aku menyoal dalam keadaan yang masih lemah. Aku mendesak diriku untuk bangun dari katil. Entah bila aku baring atas katil ini pun aku tak ingat.

"Kita sekarang berada dalam krisis peperangan! Tapi kau jangan risau, abang dah mohon bantuan dari Kapital Diraja. Mereka akan hantar semua tentera dari TomorrowLand untuk kalahkan Chaos. Eh, jangan bangun! Kau baru lagi sembuh!" terang Ahmad panjang lebar. Tegas juga pemuda ini.

"C... Chaos? Si... Siapa tu?" aku masih berdegil untuk bangun walhal Abang Ahmad sudah memberi amaran. Sudahnya tubuh badanku kembali sakit dan perit. Aku rasa seperti beberapa tulang rusukku sudah retak atau mungkin, patah?

"Jangan bangun aku kata. Sudah, kau sambung tidur. Esok aku cerita bila kau dah elok sikit." Ahmad menolak kembali aku ke katil. Dia menyelimutkan aku.

Aku perlu akui, memang selesa katil itu. Tapi, aku terfikir pula, di mana sebenarnya ni? Niatku untuk bangun semula dan bertanya terbantut melihat Ahmad menjeling ke arah aku.

"T-I-D-U-R!" dia bersuara dengan lebih tegas membuatkan lidah ku yang ingin bertanya menjadi kelu. Lantas aku terus melelapkan mata. Sedar-sedar, aku terus tertidur sebaik sahaja Abang Ahmad keluar dari 'kawasan' itu.

"Macam mana budak tu? Dah elok?" soal seorang wanita yang muncul sebaik Ahmad keluar.

"Isy, kau ni Luna! Buat aku terkejut sahaja!" Ahmad mengurut dadanya sementara gadis itu hanya tersengih.

"Er, dekat dalam Magical Mecha ni memang tak ada makanan ke?" soal Gogon yang muncul dari belakang Luna.

"Aku rasa tak adalah. Erm, Zain! Zaun! Mana korang!" Ahmad memanggil dua kembar itu dengan sedikit kuat memikirkan mereka sedang bermain PS1000000 Elite miliknya dengan memasang kelantangan media pada tahap maksimum.

"Hah? Ya! Kitorang kat dalam bilik. Kenapa Mad?" balas mereka serentak dari dalam.

"Kau berdua pergi temankan Gogon cari makanan kat luar! Aku laparlah!" Ahmad berteriak.

"Hah? Yalah! Sekejap! Aku matikan benda alah ni sekejap!" balas Zain dari dalam. Mungkin juga Zaun? Mereka dan adik mereka, Zaen mempunyai suara yang seakan.

"Gogon, nah." Ahmad memberikan wang tunai 100 lin kepada Gogon. "Jangan beli benda yang bukan-bukan!"

"Aku tahulah.... Kau ingat aku ni budak kecil ke, Ahmad?" Gogon memasang muka datar.

"Pergi elok-elok ya, anak!" sinis benar sindiran dari Luna.

"Kau ni!" telinga Gogon memanjang. Bulu pada badannya mulai tumbuh dan kukunya memanjang dan menjadi tajam. Matanya bertukar merah darah dan giginya bertukar menjadi taring semuanya. Kepalanya memanjang ke hadapan dan pengakhirannya, ekornya mula menonjol dan bajunya mulai koyak.

Serigala jadian itu menyeringai sebelum cuba mencakar gadis fenix di hadapannya dengan kecepatan yang luar biasa. Namun si gadis yang bergelar 'Penyamar Seribu Rupa' itu lansung tidak berganjak. Bahkan dia menguntumkan senyuman yang sinis sahaja.

"Eh, apa ni?" sedikit demi sedikit Gogon kembali bertukar menjadi manusia dan cakarannya yang kini adalah hanya 'tamparan' ditepis begitu sahaja oleh Sang Fenix. Iris delimanya kini bertukar kepada biru langit semula.

"Kau lupa ke? Hari ini Gerhana Bulan lah bodoh! Kau ingat penulis sengaja tulis Gerhana Perang? Walaupun bagi aku tiada kaitan. Pelik betul. Apa pun ini benar-benar kelakar" balas Luna. Berdekah-dekah dia mentertawakan Gogon. Sehingga menitis air matanya ketika ketawa

Seorang jadian tidak mampu menggunakan kuasa mereka sewaktu seminggu sebelum dan selepas gerhana bulan. Begitu juga pada waktu siang. Hanya sesetengah jadian yang berkuasa seperti kaum Beast dan Werebeast . Gogon merupakan Beast Serigala atau lebih orang kenali sebagai Serigala Jadian. Ada juga yang menggelar mereka Maras.

"Apa-apa sahaja lah Luna...." nafas Maras itu dihela.

"Aku pergi dulu ya, bye," Gogon keluar dari Mecha itu.

"Kami pun," kembar langsuyar itu berkata sebelum bayang mereka hilang ditelan kegelapan malam yang kelam.

Ahmad hanya tersenyum lebar melihat gelagat rakan-rakannya. Senyumannya itu perlahan-lahan bertukar kelat mengenangkan apa yang bakal mereka hadapi. Silap satu langkah, dan bersiaplah menggali kubur.

"Jangan lah kamu risau wahai anak muda. Kamu ada rakan-rakan yang boleh diharap, Ahmad." Tok Penghulu Ibrahim datang dari sudut hujung bilik kawalan Mecha itu. Dirinya datang secara tiba-tiba itu menyebabkan gadis fenix bernama Luna itu melompat tinggi.

"Entahlah tok, saya risaulah. Aqil masih belum sedia. Ini terlalu awal," Ahmad meluahkan perasaannya. Dia lansung tidak terkejut dengan 'kehadiran' tiba-tiba si tua itu. Malah mungkin telah menjangkakannya?

"Kamu juga begitu bukan pada mulanya?" soal Tok Ibrahin

"I... Itu...." Ahmad terpaksa mengakuinya.

"Jangan lah risau, saya nampak potensi yang besar pada budak itu. Lagipun... dah lupa macam mana mudahnya kamu tawan KaryaJati?"
Tok Ibrahim meyakinkan Ahmad.

"Itu kes lain, kita akan hadapi peperangan yang lebih merbahaya! Kita tak boleh nak pandang rendah kebolehan...." tidak sempat Ahmad menghabisi perkataannya, kata-kata dia dipotong oleh Tok Ibrahim.

"Kadangkala tiada guna untuk terlalu paranoid, Ahmad!" tegas Tok Ibrahim melawan. Dia memandang tingkap utama Mecha itu. Cermin mata miliknya bersinar.

"Tapi...." sekali lagi pertuturan Ahmad dipotong.

"Kadangkala, optimis tidak lah terlalu teruk. Ia terkadang memberi satu semangat baru! Dalam ddakji pun, tiada ddakji yang akan terbalik jika awak belum lempar lagi awak punya." kedengaran merapu, namun bagi Ahmad, dia faham apa yang cuba Tok Penghulu Ibrahim nyatakan.
Dan rasanya, ya! Dia sudah dapat semangat baharu!

"Aqil, semuanya bermula kini! Bersiaplah!" gumam Ahmad dengan perlahan sambil mindanya kembali memutarkan peristiwa semalam....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience