Bab 12

Other Completed 17288

?BAB 12

Ketukan di pintu membuat aku terjaga dari tidur. Aku tertidur kerana kepenatan menangis seharian. Aku mengesat air mataku lalu membuka pintu. Ibu berada di depan pintu sambil membawa makan malam untukku.

"Nila ok tak ni? Ibu risau. Balik dari sekolah tadi , Nila terus masuk bilik tak keluar-keluar sampai sekarang. Ibu ada bawakan makanan. Makanlah. Nanti Nila jatuh sakit pula." pujuk Ibu.

"Takpe ibu. Nila ok. Nila tak nak makan. Nila tak ada selera." Jawabku sopan

"Nila sakit ke? Mari ibu bawa gi klinik." Ibu kelihatan risau dengan keadaanku.

"Eh takpe ibu. Nila kepenatan je..Ibu tak perlulah risau." Kataku menyenangkan hati ibu.

"Betul ni Nila ok? Kalau macam tu baiklah. Nila berehat lah ye sayang. Kalau nak ape-ape , bagitau je kat ibu. Selamat malam sayang" ucap ibu lembut.

"Terima kasih ibu. Selamat malam."

Malam itu aku tidur dengan lena sekali kerana kepenatan. Segala masalah yang aku hadapi aku cuba untuk lupakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience