Bab 10

Other Completed 17288

?BAB 10

Lonceng tamat waktu rehat berbunyi. Aku cepat-cepat mengesat air mataku. Mataku merah dan bengkak. Cepat-cepat aku berjalan menuju ke kelas.

Apabila aku masuk ke dalam kelas , aku melihat Zulfaqar memandangku dengan muka penuh rasa bersalah. Aku segera mempercepatkan langkah ke tempat duduk.

Sekejap lagi Cikgu Khairul akan masuk untuk mengajar matapelajaran Sains. Cikgu Khairul merupakan guru disiplin yang sangat tegas dan garang. Semua pelajar takut kepadanya.

Sebaik sahaja Cikgu Khairul melangkah masuk, seluruh kelas yang hingar-bingar tadi menjadi sunyi sepi. "Sila keluarkan buku teks kamu dan buka muka surat 10"

Aku menjadi tidak tentu arah. Aku mencari buku tulisku. Hilang ! Aku cuba mengingati kembali saatku menyusun buku semalam. "Semalam aku susun buku ade je aku ingat aku masukkan. Kenapa sekarang dah takde??"

Jantungku berdegup kencang apabila Cikgu Khairul sedang memerhatiku. "Denilla ! Mana buku teks kamu?" Teriak Cikgu Khairul dengan sekali hentakan yang kuat di meja. Seluruh kelas terkejut dan menoleh memandangku.

"Berdiri bila saya bercakap dengan kamu!"

Aku bangun tergopoh-gapah hingga kerusiku terbalik di lantai. Seluruh kelas tiuh-rendah mentertawakanku. Cikgu Khairul bertambah marah. Dia menjegilkan matanya merenungku.

"Kenapa dengan kamu ni? Apa yang kamu gelabah sangat ni? Mana buku kamu?" Bentak Cikgu Khairul
"Sa... Sa... Saya tertinggal buku kat rumah." Tergagap-gagap aku menjawab.
"Tertinggal??!! Sekarang saya akan denda kamu!! Bersihkan seluruh kelas kamu dan bersihkan rak buku itu hingga bersih ! Tiada satu habuk pun yang tinggal !"

Semua pelajar terdiam termasuklah aku. Air mataku berlinang kerana malu dimarahi. Cikgu Khairul benar-benar marah. Erissa , Alysa serta Zulfaqar memandangku simpati. Pelajar-pelajar yang lain pula mentertawakanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience